Rakyat Terengganu diingatkan jangan terpengaruh janji manis PAS


BESUT – Rakyat Terengganu diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan janji PAS yang kononya akan memberi satu lot tapak rumah atau satu unit rumah kediaman sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Ahli Dewan Undangan Negeri Jertih, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata PAS membuat janji tersebut bersama 14 tawaran lain yang semata-mata untuk menambat hati rakyat Terengganu walhal PAS sedar apa yang ditawarkan menerusi manisfesto PRU14 tidak akan mampu dilaksanakan.

“Jangan terpedaya dengan janji manis yang ditaburkan PAS…jika tindakan tanpa berfikir panjang, rakyat akan hidup dalam kekecewaan seperti sebelum ini.

“Kerajaan negeri mempunyai cara tersendiri untuk menunaikan setiap janji dalam manifesto termasuk menyediakan tanah atau rumah kediaman kepada rakyat seperti yang dilakukan melalui pemberian Rumah Komuniti di Besut sejak setahun lalu,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan rumah komuniti kepada beberapa individu yang kurang bernasib baik di sini hari ini.-BERNAMA



Source link

read more

Akur keputusan pucuk pimpinan parti soal calon


KUANTAN – Semua anggota dan pemimpin parti perlu akur dengan keputusan pemilihan calon Pilihanraya Umum (PRU) ke-14 oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis Datuk Khairuddin Mahmud berkata Najib mempunyai strategi tersendiri bagi memastikan kemenangan kepada BN bagi PRU ke-14 ini.

“Sebarang keputusan berhubung pemilihan calon dibuat mengikut pertimbangan sewajarnya dengan mengambil kira pandangan semua parti komponen diambil kira terlebih dahulu” katanya kepada pemberita selepas di Majlis Penyerahan Wang Ihsan di Dewan SMK Seri Damai di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis ini, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Zainal Azman Abu Seman.

Khairuddin berkata setiap langkah yang diambil oleh Najib adalah mengikut tradisi yang dijalankan sejak daripada zaman Perdana Menteri kedua lagi iaitu Tun Abdul Razak yang mana mementingkan kesepakatan di dalam parti komponen.-BERNAMA



Source link

read more

Kompleks sukan bernilai RM9 juta bakal dibina di Kuang


RAWANG –  Sebuah kompleks sukan bernilai kira-kira RM9 juta bakal dibina di Kuang di sini tidak lama lagi, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata kompleks itu bakal dilengkapi dengan padang bola dan dewan untuk pelbagai jenis sukan.

“Kompleks sukan ini sebenarnya dirancang sejak 2008 di Batu Arang dekat sini tetapi tertangguh disebabkan tindakan kerajaan negeri Selangor merampas tanah berkenaan.

“Anggota Dewan Undangan Negeri Kuang Datuk Abdul Shukur Idrus mengenal pasti satu tapak seluas empat hektar di pekan Kuang sebagai ganti…kompleks itu kini dalam proses tender,” kata Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

Beliau berkata demikian pada sidang berita selepas menghadiri pelancaran Briged Gempur Pemuda Barisan Nasional (BN) Selangor Padang Awam Kampung Setia oleh Pengerusi Barisan Nasional Selangor Tan Sri Noh Omar.-BERNAMA



Source link

read more

Turki sasar bandar Tal Rifaat, Syria – Erdogan – Nasional


ISTANBUL 26 Mac – Turki akan menyasarkan bandar Tal Rifaat di Syria sebagai sasaran seterusnya dalam kempen memerangi militia Kurdis selepas kejayaan menawan bandar Afrin, baru-baru ini.

“Dengan izin Tuhan, kami akan memastikan operasi ini mencapai matlamatnya selepas menguasai Tal Rifaat dalam masa yang singkat,” kata Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, semalam.

Turki mula melancarkan kempen memerangi militia Kurdis di Afrin sejak 20 Januari lalu sebelum menguasai sepenuhnya kawasan itu pada 18 Mac lepas. – AFP



Source link

read more

Polis tahan 389 individu terlibat Daesh – KPN


KUALA LUMPUR – Seramai 389 individu yang disyaki terlibat dengan elemen Daesh ditahan sejak tahun 2013.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata jumlah berkenaan merupakan hasil pemantauan rapi serta risikan keselamatan yang dijalankan dari semasa ke semasa.

Beliau berkata jumlah 389 individu berkenaan termasuklah kes terbaru melibatkan enam rakyat Malaysia dan seorang warga Filipina yang ditahan dalam operasi yang dijalankan pada 27 Feb dan 15 Mac lepas.

“Suspek rakyat Malaysia itu ditahan disyaki merancang untuk melancarkan serangan ke atas rumah-rumah ibadat bukan Islam dan menculik serta membunuh anggota polis.

“Suspek warga Filipina pula merupakan individu yang dikehendaki pihak berkuasa Filipina kerana terlibat dalam kes ‘Penculikan untuk Tebusan’ serta beberapa cubaan bunuh,” katanya ketika berucap pada Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-211 Tahun 2018 di Pusat Latihan Polis, di sini, hari ini.

Hadir pada majlis itu adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Sementara itu, Mohamad Fuzi berkata Polis telah berjaya mengekalkan kecemerlangan pasukan dengan penurunan jenayah indeks sebanyak 13,186 kes atau 11.7 peratus pada tahun lepas, berbanding tahun sebelumnya.

Jenayah kekerasan menurun sebanyak 960 kes atau 4.3 peratus dan jenayah harta benda menurun sebanyak 12,226 kes atau 13.6 peratus.

 

Berlandaskan nilai ambang yang ditetapkan bagi tempoh Januari hingga 15 Mac lepas, jenayah indeks menunjukkan pengurangan sebanyak 9.7 peratus manakala jenayah kekerasan berkurangan sebanyak 16.2 peratus dan jenayah harta benda menurun sebanyak 7.9 peratus, katanya.

Mohamad Fuzi berkata walaupun jenayah indeks menurun tetapi fenomena ‘takut akan jenayah’ masih membelenggu masyarakat, dan polis akan melipatgandakan lagi program komuniti bersama masyarakat.

Mengenai persiapan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mohamad Fuzi berkata segala persiapan bagi memantapkan jentera pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diatur secara strategik sejak tahun lepas dan kini berada pada tahap tertinggi.

Ini termasuklah inisiatif Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman yang menjalankan latihan simulasi Ex-Undi Per-PRU14 di seluruh negara kontinjen polis, katanya.

Sementara itu, mengenai keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone), Mohamad Fuzi berkata kawalan keselamatan ESSZone berada pada tahap maksimum dan ancaman penculikan kumpulan Abu Sayyaf serta kumpulan menculik untuk wang tebusan (KFR) dikesan masih aktif.

Alhamdulillah, tiada rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penculikan di perairan ESSZone sepanjang tahun lepas, katanya.- BERNAMA



Source link

read more

Penjawat awam dan kerajaan saling memerlukan antara satu sama lain


BESUT – Hubungan antara penjawat awam termasuk mereka yang telah bersara dengan pihak kerajaan masih berlangsung dengan baik dan sentiasa menghormati keputusan yang telah ditetapkan.

Presiden Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda berkata ia berikutan hubungan yang saling memerlukan iaitu penjawat awam bekerja untuk memajukan negara dan kerajaan pula bertanggungjawap membayar gaji mereka.

Katanya, selama ini seramai 700,000 penjawat awam telah menunjukkan komitmen dalam tugasan masing-masing hingga berjaya menggerakkan sistem pentadbiran dengan baik.

“Setakat ini penjawat awam dan mereka yang telah bersara bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana masih tidak mengabaikan tanggungjawab bagi membayar gaji kepada kami sebagai sumber pendapatan utama setiap bulan atas kerja yang kami laksanakan,” kata Azih ketika ditemui Bernama di Program Hari Koperasi Negara 2018 di sini semalam.

Bagaimanapun, katanya, para penjawat awam berpendapat mereka masih perlu dibantu oleh kerajaan memandangkan majoriti daripada mereka masih berada pada skim rendah.-BERNAMA



Source link

read more

Instagram Aafiyah belum dipertimbangkan – Siti Nurhaliza



KUALA LUMPUR: “Akaun instagram Aafiyah belum saya pertimbangkan, kalau sudah ada, saya umumkan nanti.”

Itu jawapan Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika ditanya apakah beliau sudah punya perancangan untuk membuka akaun Instagram bagi cahaya matanya, Siti Aafiyah Khalid.

Beliau ditemui pada satu sidang media ringkas yang diadakan di kediamannya malam ini, selesai berlangsungnya majlis Maulid Nabi, Akikah dan Tahnik sempena usia puteri sulungnya itu memasuki tujuh hari.

BACA: Siti Aafiyah Khalid, nama anak Siti Nurhaliza BACA: ‘Menangis pun merdu’ – Video tangisan baby girl Siti raih hampir 1.2 juta tontonan

Jelas Siti, dia menginginkan agar cahaya matanya itu, yang dilahirkan 19 Mac lalu, menjalani kehidupan yang normal sebagai manusia biasa.

Katanya, bagi peminat yang merindukan wajah anaknya itu, beliau akan sentiasa memuat naik gambar bayi tersebut menerusi akaun Instagramnya.

BACA: Siti Nurhaliza cipta sejarah! Selebriti tempatan pertama ada aplikasi sendiri

BACA: Siti Nurhaliza sambut bayi sulung tanggal 1 Rejab

Selain itu, Siti menambah, dia selesa sekiranya anaknya itu memanggilnya dengan gelaran ‘ibu’ kerana menurutnya, suaminya Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa selesa dipanggil ‘ayah’ oleh anak-anaknya.

Buat masa ini, selebriti kesayangan ramai itu berkata beliau akan berehat selama enam bulan sebelum kembali aktif menyanyi.



Source link

read more

PRU14: Pakatan Harapan tidak yakin calon sendiri


PADANG TERAP – Tindakan Pakatan Harapan yang tidak akan mengumumkan calon lebih awal kononnya bagi mengelak calonnya itu ‘dibeli’ Barisan Nasional (BN), menunjukkan bahawa parti itu tidak yakin dengan calon mereka sendiri.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata dakwaan yang dibuat Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad adalah taktik bagi menutup kelemahan pembangkang yang ketandusan calon pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Pakatan Harapan ini parti baharu jadi mereka sendiri tak tahu siapa yang nak dikemukakan sebagai calon untuk PRU. Tambahan nampak mereka tidak yakin dengan calon sendiri sebab tu bimbang takut mereka mudah dibeli.

“Dulu masa jadi perdana menteri, dia (Tun Mahathir) beli calon juga ke..Dia tidak seharusnya menyalahkan orang lain dengan membuat dakwaan-dakwan seperti itu kerana apa yang dia cakap itu tidak benar,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Tun Mahathir pada ‘Jelajah Selamatkan Malaysia’, semalam berhubung Pakatan Harapan yang tidak mengumumkan calon lebih awal bagi mengelak calon tersebut dibeli Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengalahkan parti tersebut.-BERNAMA



Source link

read more

Kuota calon wanita 30 peratus pada PRU14 bakal dipenuhi – Shahrizat


BATU PAHAT – Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil hari ini membayangkan kuota calon wanita yang disasarkan sebanyak 30 peratus pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bakal dipenuhi.

Shahrizat, yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu berkata setakat ini, maklum balas yang diterima daripada Ketua Perhubungan UMNO negeri-negeri sangat positif, sekali gus memberi keyakinan kuota tersebut dapat dicapai.

“(Berdasarkan pertemuan empat mata dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin misalnya) Saya gembira, tak payah minta teruk-teruk, tetapi diberi dengan penuh penghormatan, itu saya amat hargai.

“Wanita harap dapat penuhi 30 peratus kuota. Saya sudah bisik dengan semua Pengerusi Badan Perhubungan UMNO, takut-takut mereka terlupa dan terlepas pandang,” katanya.

Beliau ditemui ketika pelancaran Himpunan Muafakat Jentera Wanita BN negeri di Universiti Tun Hussein Onn, di sini.

Terdahulu, dalam ucapannya, Shahrizat berkata sayap itu akan terus menjadi benteng utama BN dalam mengekang kemaraan pembangkang yang berhasrat mahu menawan negeri itu.

Beliau berkata jentera wanita BN, terutamanya akan memastikan Johor kekal kubu kuat UMNO dan tidak akan membenarkan bekas pemimpin UMNO sekalipun untuk cuba menembusinya.

“Maaf, tapi tidak mungkin Wanita akan membenarkan bekas pemimpin UMNO sekalipun bertapak di Johor.

“DAP mendakwa pakatan pembangkang akan menang lima negeri termasuk Johor dalam PRU14 dan kita Wanita BN mengalu-alukan kedatangan mereka,” kata beliau.

Majlis itu yang dilancarkan Pengerusi BN negeri merangkap Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, turut menyaksikan pelancaran Kad Laporan Pencapaian Kerajaan Johor 2013-2018.- BERNAMA



Source link

read more