This Artificial Sweetener Can Literally Lead to Diabetes


sugar packets in restaurant

Trying to lose weight? Think about steering clear of “diet” foods sweetened with artificial sweeteners like sucralose: Not only are you setting yourself up for failure—check out how diet soda can make you fat—but new research from George Washington University suggests you’re also putting yourself at risk for metabolic syndrome, a precursor to diabetes and heart disease.

Metabolic syndrome is a scary cluster of conditions that include high blood pressure, high blood sugar, unhealthy cholesterol levels, and abdominal fat. Each condition is bad enough on its own, but when you have at least three of them, you’re looking at twice the risk of heart disease and three to five times the risk of diabetes. And if you’re already battling obesity, the risk is even higher, warns senior study author, Sabyasachi Sen, MD, an associate professor of medicine at George Washington University and author of the research (which was presented at the annual meeting of the Endocrine Society).

Dr. Sen’s report was the culmination of several studies he and colleagues conducted, which included:

  • Stem cell research: These demonstrated that artificial sweeteners promote fat accumulation within cells, probably as a result of increased activity of genes called “glucose transporters;” the more artificial sweetener the cells were exposed to, the more fat they accumulated.
  • Human fat samples: They collected samples from 18 regular sucralose users, 14 of whom were obese. The researchers noted that sucralose stimulated sugar consumption by the fat cells while encouraging fat-producing genes—an effect that was much more pronounced in the obese volunteers. This confirmed earlier findings that the artificial sweetener promotes diabetic risk factors: “We have much more confidence that low-calorie sweeteners are causing metabolic dysfunction,” Dr. Sen said in a press release.

In an interview with MedPage Today, Dr. Sen expressed concern that artificial sweeteners are “promoted for use in weight loss,” when their negative effects are markedly worse in those who actually need to lose weight. Currently, he’s researching the metabolic effects of other types of artificial sweeteners—beyond sucralose. That said, the solution is not to go back to consuming sugar, Dr. Sen advised: He hopes health-care providers will steer patients away from both sugar-sweetened and artificially sweetened beverages.

Think your sweet tooth might be out of control? Watch for these signs, and follow this advice from dietitians on breaking your addiction to sweets.

The post This Artificial Sweetener Can Literally Lead to Diabetes appeared first on Reader's Digest.



Source link

read more

Perlu siasatan bebas pembunuhan di Gaza – EU



BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) menggesa satu siasatan bebas diadakan terhadap penggunaan peluru hidup oleh tentera Israel sewaktu pertembungan di Gaza yang menyebabkan 16 penduduk Palestin maut.

Ketua diplomatik EU, Federica Mogherini berkata penggunaan peluru hidup sepatutnya disiasat oleh satu badan siasatan yang bebas dan telus.

“EU meratapi mangsa terkorban dan menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa.

“Kebebasan bersuara dan berhimpun adalah hak asasi yang perlu dihormati,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pertempuran pada Jumaat, sekurang-kurangnya 16 rakyat Palestin maut dengan ratusan lagi dilaporkan cedera.

BACA: Ketegangan di sempadan Gaza-Israel memuncak, puluhan warga Palestin maut

BACA: Tentera Israel guna gas pemedih sekat kemaraan rakyat Palestin

Sementara itu, jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan pihaknya menerima ratusan pesakit dengan kebanyakkan mangsa mengalami kecederaan akibat ditembak.

“Kami menerima 290 kes, kebanyakkan mereka adalah kesan tembakan peluru hidup di bahagian bawah badan namun ada sesetengah kes mereka ditembak di kepala dan dada,” kata Dr Ayman Sahbani.

Tentera Israel dalam kenyataan sebelum ini mendakwa mereka melepaskan tembakan gas pemedih mata dan peluru hidup ke arah warga Palestin dengan alasan untuk menyuraikan penunjuk perasaan.



Source link

read more

Ibu maut tercampak keluar kereta – Nahas & Bencana


KUALA LUMPUR 31 Mac – Seorang warga emas maut akibat tercampak keluar dari arah belakang kereta yang dipandu anak lelakinya dalam kemalangan di Kilometer 413.2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berdekatan Hulu Selangor, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 4 petang itu, mangsa, Zahera Ahmad, 55, yang duduk di bahagian kerusi penumpang belakang kereta maut manakala suaminya, Darwis Sanja, 46, cedera selepas tercampak keluar dari cermin pintu kereta sebelah kiri.

Pemandu kereta iaitu anak kepada pasangan suami isteri tersebut, Mohd. Faiz Hakim Darwis, 18, cedera di kepala manakala adiknya, Nurul Fadhilah Aisyah, 13, turut cedera parah.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, sebelum kejadian itu, keluarga terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah mereka dari utara menuju ke Port Dickson, Negeri Sembilan

“Tiba ditempat kejadian, kereta dipandu Mohd. Faiz Hakim terbabas lalu masuk ke longkang yang terletak di sebelah kiri lebuh raya tersebut.

“Akibatnya, Zahera maut ditempat kejadian akibat tercampak keluar dari bahagian belakang kereta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua mangsa yang cedera dirawat di Hospital Slim River, Perak dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

(April Fool) Google Maps Menambah Permainan-Mini, Where’s Waldo? – Amanz


Setiap tahun, pelbagai syarikat teknologi menyambut tarikh 1 April dengan pelbagai jenaka kreatif. Kini, memulakannya pada tahun ini adalah Google, melalui integrasi permainan-mini pada Google Maps.

Permainan dinamakan Where’s Waldo? ini ditawarkan melalui Google Maps untuk Android, iOS dan juga web. Pengguna akan dapat melihat sebuah watak khusus dipaparkan apabila anda mengakses Google Maps hari ini, dan anda boleh memulakan permainan-mini dengan tap pada watak berkenaan.

Melaluinya, anda akan perlu mencari beberapa watak disesuatu lokasi rawak di Google Maps. Pengguna boleh memainkan permainan-mini ini, dan pada masa yang sama turut melihat pelbagai lokasi baru diserata dunia.

Bagi anda yang berminat, boleh mengakses Google Maps hari ini, dan memainkannya sendiri. Google menawarkan permainan ini untuk tempoh seminggu dari hari ini.

Layari : Google Maps



Source link

read more

Misi Masuk Kampung di DUN Kuala Berang – Komuniti


HULU TERENGGANU 31 Mac – Kemunculan beratus wanita berseragam putih menjengah rumah-rumah di beberapa buah kampung dalam Dewan Undangan Negeri Kuala Berang kelmarin mengejutkan seketika penduduk kerana kehadiran mereka tidak diduga.

Namun kehadiran mereka membawa kegembiraan dan kepulangan diiringi ucapan terima kasih dengan khidmat yang diberikan itu.

Wanita-wanita berkenaan merupakan jururawat bersama doktor pelatih menjalankan pemeriksaan kesihatan di bawah program Misi Masuk Kampung.

Program dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang.

ADUN Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata, program ini melibatkan lebih 300 jururawat pelatih, doktor dan kakitangan kesihatan menjelajah 37 buah kampung  secara serentak dengan diiringi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

“Program ini memberi manfaat kepada 500-600 penduduk. Mereka bukan bukan sahaja ke rumah pesakit kronik atau yang uzur tetapi juga jalankan pemeriksaan kesihatan termasuk tahap paras gula serta tekanan darah.

“Jika bacaan tidak bagus mereka penduduk akan dirujuk ke klinik atau hospital berhampiran selepas ini bagi pemeriksaan lanjut,” jelas Tengku Putera tentang program sehari itu kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurut beliau, pendekatan turun padang sebegini nempunyai impak yang baik, memberi kesedaran meluas terhadap penjagaan kesihatan dalam kalangan penduduk kampung, dan wajar dilakukan secara berkala.

Menurutnya lagi, program ini dilaksanakan bagi mempertingkatkan kesedaran dikalangan masyarakat untuk lakukan pemeriksaan kesihatan.

“Pendekatan secara masuk kampung ini diharapkan dapat ketepikan rasa takut kepada doktor, misi atau hospital yang masih ada dalam diri,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Lelaki atau perempuan Putera William dan Kate Middleton masih tidak tahu jantina bayi ketiga



LOS ANGELES: Apakah jantina bagi bayi ketiga pasangan diraja popular Putera William dan Duchess of Cambridge, Kate Middleton?

Tatkala ramai yang mula berteka-teki dengan jantina bayi tersebut, dilaporkan bahawa kedua pasangan ini juga masih tidak tahu akan jantina bayi mereka.

Memetik laporan portal E! News,  sumber terdekat kedua pasangan berkenaan mendedahkan berita tersebut.

“William dan Kate sukar melakukan persiapan kerana mereka masih tidak mengetahui jantina bayi tersebut,” dedah sumber tersebut secara eksklusif kepada E! News.

Kate dijangka bakal melahirkan bayi tersebut pada April ini.

Sumber tersebut juga mendedahkan bahawa Kate sudah mula bercuti dan dijangka akan kembali menjalankan tugas rasminya selepas musim luruh.



Source link

read more

Serangan tentera rejim Zionis Israel perbuatan jenayah – PCOM – Nasional


KUALA LUMPUR 31 Mac – Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) mengutuk serangan tentera rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin yang menyertai bantahan The Great March of Return di Gaza semalam yang disifatkan sebagai satu perbuatan jenayah.

Menurut PCOM, tentera rejim Zionis Israel perlu dipertanggungjawabkan atas tindakan keganasan yang  mengorbankan sekurang-kurangnya 15 nyawa serta mencederakan kira-kira 1,400 orang termasuk wanita dan kanak-kanak.

“Kami bimbang tentang keselamatan rakyat Palestin yang menjadi sasaran serangan tentera Israel terutamanya di Gaza yang berdepan sekatan sejak 11 tahun lalu.

“PCOM berharap lebih banyak pihak tampil memberi sokongan terhadap usaha menamatkan tragedi kemanusiaan di  Gaza,” kata pertubuhan tersebut dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Serangan itu berlaku ketika ribuan rakyat Palestin menyertai bantahan yang bertujuan mendesak rejim Zionis Israel membenarkan pelarian Palestin pulang ke tanah air sendiri.

PCOM turut menghargai keberanian dan pengorbanan yang ditunjukkan rakyat Palestin dalam usaha mengakhiri penjajahan rejim Zionis Israel serta membuka sekatan terhadap Gaza.

“Kami menyeru kepada para penyokong dan sahabat Palestin di Malaysia serta di seluruh dunia untuk memainkan peranan penting dalam membuka laluan bagi kepulangan rakyat Palestin ke negara asal mereka dan menyokong The Great March of Return,” kata PCOM. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

(April Fool) Acer Hadir Dengan Komputer Riba Esktrim – Predator 31X – Amanz


Acer pada tahun lepas telah hadir dengan Acer Predator Zero, iaitu komputer riba tanpa sebarang port. Untuk jenaka April Fool 2018 tahun ini, ia dilihat mereka hadir dengan Acer Predator 31X, dikatakan sebagai komputer riba paling berkuasa tinggi daripada Acer setakat ini, dan merupakan generasi seterusnya untuk Predator 21X sebelum ini.

Acer Predator 31X

Acer Predator 31X dikatakan hadir dengan skrin 31-inci MegaUltraWide QHD, sokongan dok dengan ciri tablet, dan menariknya hadir dengan pilihan menggunakan kuasa diesel untuk penggunaan mudah-alih.

Seperti biasa, ini hanya jenaka kreatif daripada Acer bersempena dengan tarikh 1 April 2018 ini. Jadi, apa kata anda mengenai jenaka kreatif Acer untuk tahun ini?



Source link

read more

Road To MAHA bukti komitmen kerajaan perkasakan ekonomi wanita – Nasional


TELUK INTAN 31 Mac – Langkah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan 70 peratus penglibatan golongan wanita menerusi program Road To MAHA 2018  bukti komitmen kerajaan dalam memperkasakan golongan tersebut.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, golongan itu perlu diletakkan di barisan hadapan dalam semua aspek terutama menjadi usahawan baharu bagi industri pertanian berasaskan agro makanan.

Justeru beliau berkata, Road To MAHA bukan sahaja untuk memperlihatkan keberadaan wanita sebaliknya yang lebih penting produk yang dihasilkan bukan semata-mata untuk pasaran tempatan tetapi diperluaskan di peringkat antarabangsa.

“Tentunya slogan ‘Segalanya Wanita’ pada kali ini bukan hanya sekadar ‘tagline’ dan MAHA juga bukanlah majlis keraian sebaliknya kita mahu ia menjadi medium untuk mempromosikan peranan golongan berkenaan di dalam industri.

“Jika potensi ini dapat digali dan berikan peranan penting untuk wanita, saya yakin MAHA kali ini bukan sahaja mencatatkan kehadiran 3.7 juta pengunjung tetapi lebih 4 juta pengunjung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan program Road To Maha 2018 Zon Utara di Dataran Menara Condong, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman; Menteri Perusahaan Perladangan dan Komiditi, Datuk Seri Mah Siew Keong dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Sallehhuddin Hassan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

BN Melaka tidak rela Alor Gajah jatuh ke tangan pembangkang – Politik


ALOR GAJAH 31 Mac – Kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri Melaka meminta semua pengundinya tanpa mengira kaum agar bersatu menyatakan sokongan kepada sesiapa sahaja calon yang dipilih dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) demi parti dan negara.

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, pada masa yang sama beliau mahu semua pengundi di Parlimen Alor Gajah supaya tidak sesekali membenarkan mana-mana kerusi sama ada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dirampas oleh pembangkang.

Katanya, Parlimen Alor Gajah selama ini merupakan kubu kuat BN kerana tidak pernah ditawan oleh pembangkang sebelum ini.

“BN terbukti dalam sejarah sebagai parti yang memberi khidmat membela nasib rayat sejak merdeka sehingga kini.

“Apabila semboyan PRU-14 ditiup marilah kita sama-sama lupakan sengketa dalaman, rapatkan saf dan buktikan Parlimen Alor Gajah adalah milik mutlak BN,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Jentera BN Parlimen Alor Gajah P135 di Dewan Kampung Machap Baru dekat sini malam ini.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Koh Nai Kwong; Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan dan para pemimpin parti komponen BN Melaka daripada UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan MyPPP. 

Mengulas lanjut, Idris mengingatkan setiap jentera parti agar bersiap sedia dengan helah pembangkang yang akan cuba mewujudkan krisis keyakinan dalam kalangan ahli.

“Benar… mungkin setiap inci Alor Gajah dipenuhi jentera BN ketika ini tetapi saya ingin ingatkan agar kita tidak terpedaya dengan helah pembangkang kerana perangkap tidak pernah melupakan pelanduk tapi pelanduk mungkin terlupa akan perangkap,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more