Israel tolak siasatan pembunuhan penduduk Palestin – Luar Negara


BAITULMUQADDIS 1 April – Israel menolak desakan berhubung siasatan bebas membabitkan pembunuhan kira-kira 17 penduduk Palestin yang dilakukan oleh rejim Zionis ketika satu demonstrasi besar-besaran di sempadan Gaza-Israel kelmarin.

Demonstrasi tersebut bertukar menjadi pertempuran ganas antara penduduk Palestin dan rejim Zionis, turut mencederakan beratus-ratus yang lain.

Rejim Zionis berdepan kritikan daripada kumpulan hak asasi manusia kerana menggunakan peluru hidup dalam pertempuran berkenaan.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres dan Ketua Diplomatik Kesatuan Eropah (EU), Federica Mogherini menggesa agar siasatan bebas dijalankan berhubung perkara itu.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman berkata siasatan tersebut bersifat hipokrit.

“Tidak akan ada suruhanjaya siasatan. Tidak ada perkara seumpama itu di sini.

“Kami tidak akan bekerjasama dengan mana-mana suruhanjaya siasatan,” jelas Lieberman. – AFP



Source link

read more

15 maut dalam nahas bas di Kuwait – Luar Negara


KUWAIT CITY 1 April – Seramai 15 pekerja di sebuah syarikat cari gali minyak terbunuh dalam satu nahas membabitkan dua buah bas di selatan negara ini, hari ini.

Jurucakap jabatan bomba, Kolonel Khalil al-Amir berkata, kesemua mangsa, merupakan pekerja dari syarikat subkontraktor swasta, Burgan Drilling.

Manakala empat lagi pekerja dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan masih menerima rawatan di hospital. – AFP



Source link

read more

China, Vietnam mahu selesai isu Laut China Selatan – Luar Negara


HANOI 1 April – Menteri Luar China, Wang Yi berkata Beijing dan Hanoi seharusnya menyelesaikan pertikaian mereka di Laut China Selatan menerusi rundingan dan kerjasama antara kedua-dua negara.

“Kami telah bersetuju bahawa penyelesaian isu maritim adalah sangat penting untuk pembangunan hubungan dua hala yang sihat dan mampan,” katanya kepada wartawan selepas mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Vietnam, Pham Binh Minh di Hanoi.

China menuntut 90 peratus wilayah pertikaian berkenaan dan dilaporkan telah memulakan pembinaan infrastruktur di situ.

“Kedua-dua pihak perlu menguruskan pertikaian terbabit menerusi perbincangan dan mengelak daripada mengambil tindakan unilateral yang boleh merumitkan serta mencetuskan lagi pertikaian,” ujar Yi. – REUTERS



Source link

read more

Suu Kyi gesa rakyat Myanmar bersatu – Luar Negara


YANGON 1 April – Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi hari ini menggesa rakyatnya agar kekal bersatu, biarpun negara ini berdepan cabaran dari dalam dan luar negara.

Gesaan itu dilontarkan oleh Suu Kyi ketika berucap sempena ulang tahun kedua parti pimpinannya, Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) memerintah negara ini.

Suu Kyi dikatakan menerima kritikan ekoran perkembangan ekonomi Myanmar yang perlahan dan berterusan bertempur dengan kumpulan etnik bersenjata.

“Dunia kini fokus kepada Rohingya, tetapi kita juga perlu membangunkan negara ini dengan aman. Kita berdepan cabaran dari luar dan dalam negara, selain bergelut untuk membangunkan politik, masyarakat serta ekonomi,” ujar Suu Kyi.

Beliau juga menggesa rakyat agar ‘menghormati hasrat dan matlamat komuniti antarabangsa’ namun Suu Kyi tidak mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Tambah Suu Kyi, perkara paling mustahak baginya ialah menamatkan peperangan antara pemberontak dan tentera yang berlanjutan selama berdekad lamanya. – REUTERS



Source link

read more

20 terkorban dalam pertempuran di Kashmir – Luar Negara


SRINAGAR 1 April – Sekurang-kurangnya 20 maut manakala 70 lagi cedera dalam insiden keganasan membabitkan penduduk tempatan, pihak berkuasa serta kumpulan militan hari ini.

Sekurang-kurangnya tiga penduduk di kampung Kachdoora, daerah Shopian ditembak mati oleh pasukan keselamatan India ketika beratus orang menghalang pihak berkuasa daripada menjalankan operasi terhadap kumpulan militan.

Sementara 17 orang lagi termasuklah 13 suspek militan terbunuh dalam insiden berbalas tembakan di selatan Kashmir.

Dalam perkembangan berkaitan, pertempuran turut berlaku di dua buah kampung hari ini.

“Di Dragad, 7 mayat militan ditemukan termasuk komander tertinggi mereka. Mereka ditembak mati,” kata Pengarah Besar Polis Negeri, S.P. Vaid.

Seorang lagi militan dibunuh di kampung Dialgam, daerah Anantnag, kira-kira 60 kiloemter selatan Srinagar. – REUTERS



Source link

read more

Kehadiran ramai ke ceramah pembangkang hanya pesta demokrasi


ALOR SETAR – Pergerakan Pemuda UMNO Kedah ingin mengingatkan pemimpin Pakatan Harapan jangan mudah membuat apa-apa kesimpulan berdasarkan kehadiran ke ceramah mereka yang agak signifikan.

Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, bagi mereka, kehadiran ramai bukan penentu kemenangan jauh sekali ianya petanda terhadap apa jua gelombang termasuklah “tsunami Melayu” yang sering dimomokkan oleh pihak pembangkang.

“Pemuda Kedah menyifatkan kehadiran agak ramai ke mana-mana ceramah ataupun program pembangkang mahu pun kerajaan adalah semata-mata “pesta demokrasi” yang turut di sambut oleh rakyat dan pengundi.

“Bagaimanapun keputusan akhir akan dibuat oleh pengundi di kotak membuang undi dimana Pemuda UMNO Kedah yakin rakyat akan membuat pertimbangan terbaik tanpa dipengaruhi emosi ataupun sentimen sementara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Shaiful Hazizy, ceramah pembangkang adalah hanya bersifat stereotaip Ia juga sebuah “mesin penipuan dan fitnah” yang dihidupkan apabila tiba musim pilihan raya.

“Sebahagian besar akan kecewa kerana tak ada agenda baru untuk negara. Yang ada hanyalah kata nista dan maki hamun. PRU-12 dan PRU-13 menunjukkan tunjuk trend yang sama. Akhirnya, rakyat berikan mandat kepada BN,” katanya.-theRakyat



Source link

read more

Jika ditahan bersama gading dan sumbu Kenya mahu hukum penjara seumur hidup


NANYUKI: Kematian Sudan, iaitu badak sumbu putih utara jantan terakhir di dunia, membuatkan kerajaan Kenya mengambil langkah lebih drastik.

Pihak berkuasa mengisytiharkan sesiapa sahaja selepas ini yang ditahan bersama gading gajah atau sumbu badak, hukuman penjara seumur hidup akan dikenakan.

“Gading dan sumbu adalah milik gajah dan badak sumbu,” tegas Menteri Pelancongan Kenya, Najib Balala, sewaktu upacara penghormatan terakhir buat Sudan di Pusat Konservasi Ol Pejeta pada Sabtu.

Sudan mati pada usia 45 tahun pada 19 Mac lalu selepas lama bertarung dengan penyakit.

Pegawai hidupan liar di Ol Pejeta, yang terletak 250 kilometer ke utara Nairobi, terpaksa memberikan suntikan maut kepada Sudan untuk mengakhiri deritanya.

BACA: Kematian Sudan lambang kezaliman manusia

Selepas ketiadaan Sudan, spesies terancam itu kini hanya diteruskan oleh dua ekor badak sumbu betina –  Najin yang berusia 27 tahun dan Fatui yang berumur 17 tahun.

Harapan terakhir untuk usaha mendapatkan zuriat seterusnya bagi spesies itu adalah menerusi teknik persenyawaan in-vitro menggunakan telur dan sperma jantan yang disimpan.

Ribuan badak sumbu putih selatan masih hidup di sub-Sahara Afrika, namun bagi spesies badak sumbu putih utara, aktiviti pemburuan haram hampir melenyapkan populasinya.

Pemburu haram boleh mendapat habuan sekitar AS$50,000 bagi setiap kilogram sumbu badak, lantas menjadikannya lebih berharga daripada emas.

Hanya tinggal dua ekor badak sumbu putih utara yang masih hidup dan kedua-duanya betina. - Reuters

Kenya mempunyai 20,000 ekor badak sumbu pada tahun 1970-an, sebelum berkurangan mendadak menjadi 400 ekor sahaja pada tahun 1990-an. Kini cuma ada 650 ekor sahaja dengan kebanyakannya adalah badak sumbu hitam.

“Kita akan mencabar undang-undang kita supaya sesiapa yang ditangkap dengan gading atau sumbu akan dipenjara seumur hidup,” kata Balala.

Kenya pernah memperkenalkan undang-undang perlindungan hidupan liar pada 2013 dalam usaha membanteras penyeludupan sumbu, terutamanya ke Asia, yang mendorong aktiviti pembunuhan ribuan haiwan yang terlindung dan terancam teruk.

Mereka yang disabitkan kesalahan menyeludup gading berdepan hukuman penjara seumur hidup, namun hukuman minimum kerana memilikinya hanyalah lima tahun.

Pembunuhan haiwan terancam di Afrika untuk meraih keuntungan masih berterusan, namun kempen kesedaran tentang isu itu semakin giat digerakkan di peringkat antarabangsa.

Dalam usaha menghentikan perdagangan hidupan liar dari Afrika, China telah mengharamkan penjualan gading pada Disember. Negara itu merupakan pengimport dan pengguna gading gajah terbesar dunia.



Source link

read more

BN tidak hadapi masalah tentukan pembahagian kerusi


PUTRAJAYA – Parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah dalam menentukan pembahagian kerusi untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata ini kerana BN mengamalkan kaedah perbincangan dan persetujuan bersama di antara parti komponen dalam menentukan calon wakil rakyat yang akan bertanding pada PRU nanti.

“Tiada masalah di antara parti komponen kerana kita merupakan gabungan yang akur pada konsensus. Apa yang kami buat adalah berdasarkan kepada konsensus, semua mesti bersetuju kerana itu adalah konsep kita,” katanya kepada media pada Majlis Penutup Karnival Kad Ceria di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas seruan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam agar parti komponen BN mengelak perbalahan dalam menentukan calon khususnya di kerusi-kerusi tradisi.

“Jangan kerana TPM cakap macam tu, anda membuat persepsi bahawa ada masalah di antara (parti) komponen. Tidak ada masalah malah kita berbincang dengan mereka, kalau kerusi itu parti kamu boleh menang kamu ambil, kalau tak boleh bagi balik kepada sesiapa (parti komponen lain) yang boleh menang,” katanya.-BERNAMA



Source link

read more

Setuju ketepi soal pemilihan, PRU14 lebih utama – Ismail Sabri


BERA – Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju supaya soal pemilihan parti diketepikan sementara bagi memberi tumpuan kepada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Ismail Sabri berkata perjuangan utama buat masa ini adalah untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) kerana semua perancangan untuk membantu rakyat hanya dapat diteruskan jika mereka tidak kehilangan kuasa pemerintahan.

“Tidak ada untungnya jika kita menang dalam pemilihan parti, tapi kalah pada pilihan raya. Itu adalah asas paling utama yang kita kena ingat. Saya harap semua anggota parti akan akur dengan perkara ini,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Briged Gempur Pemuda BN Parlimen Bera melibatkan 1,400 Pemuda BN di Dataran Kerayong di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bera Mohd Zoolihsan Ahmad.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pemimpin dan anggota UMNO untuk mengetepikan seketika soal pemilihan parti dan memberi tumpuan penuh kepada PRU14, kerana ia menentukan soal kuasa pemerintahan.-BERNAMA



Source link

read more

10 terbunuh dalam kejadian runtuhan hotel di India



NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam kejadian runtuhan bangunan hotel empat tingkat di Indore, Madhya Pradesh, India pada Sabtu.

Menurut pihak berkuasa, 10 orang berjaya diselamatkan dan dikejarkan ke hospital.

Ketua Perbandaran Indore, Malini Gaur berkata pasukan mencari dan menyelamat menjangkakan ramai lagi mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan dan identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

“Ramai yang masih terperangkap di bawah runtuhan hotel ini.

“Saya tidak dapat menegsahkan berapa ramai jumlah sebenar dan operasi mencari masih dijalankan,” jelasnya.

Buat masa ini, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.



Source link

read more