MCA: Plan to cancel ECRL just an opposition ploy to gain votes


NSTP

MO,4/4/2018, KUANTAN: Tun Dr Mahathir Mohamad’s statement that Pakatan Harapan would cancel the East Coast Railway Link (ECRL) project if the Opposition gained power was nothing but an attempt to gain popularity, Kuantan MCA division chief Datuk Seri Ti Lian Ker said. He said people should know that every project that had been planned would surely have gone through indepth studies and thorough evaluation at all levels.

“It is amazing that Dr Mahathir is now saying that the ECRL project was nothing but a waste of peoples’ money. “This coming from the same man who had previously proposed for a crooked bridge (linking Johor and Singapore)…didn’t he think that the bridge plan was also a waste of peoples’ money,” he said, adding every project would surely benefit the people in the long run.

Ti said it was clear Dr Mahathir was just condemning the ECRL to gain popularity in the run up to the 14th General Election (GE14). He added that such statements were not only meant to fish for votes but also confuse the people. “The statement could also have a negative impact on the economy.

Ti said the people, especially those living in the east coast states must evaluate the kind of infrastructure projects which could benefit them without being influenced by Opposition propoganda. (File pix)

“Previously Dr Mahathir also described the BR1M payment as dedak (animal feed) but now they (the opposition) say they would continue handing out BR1M…it just shows they are all out of ideas,” he said.

Ti said the people, especially those living in the east coast states must evaluate the kind of infrastructure projects which could benefit them without being influenced by Opposition propoganda.



Source link

read more

Apple Dilaporkan Sedang Membangunkan iPhone Dengan Skrin Melengkung – Amanz


Apple sedia menawarkan beberapa generasi iPhone sehingga kini, tetapi kesemuanya hadir dengan rekaan skrin pipih – berbeza dengan pelbagai pengeluar peranti lain yang turut bereksperimen dan menawarkan rekaan skrin melengkung. Salah satunya adalah Samsung yang menawarkan rekaan skrin sedikit melengkung pada bahagian tepi pada telefon pintar mereka.

Terkini, ia dikatakan Apple turut sedang membangunkan rekaan skrin melengkung untuk digunakan pada iPhone.

Walaubagaimanapun, rekaannya adalah sedikit berbeza – dimana ia melengkung kedalam dari atas ke bawah secara berperingkat. Untuk tujuan berkenaan Apple dijangka menggunakan skrin OLED.

Apple dikatakan masih sedang pada peringkat membangunkan teknologi berkaitan, dan kita mungkin akan melihat iPhone dengan skrin melengkung sekitar dalam dua tiga tahun lagi.

Selain daripada rekaan skrin melengkung, pihak Apple turut dikatakan sedang menguji kaedah interaksi baru pada peranti mudah-alih tanpa menyentuh skrin, sekaligus menawarkan sejumlah gesture kawalan menarik pada peranti mudah-alih. Google sebelum ii mendemonstrasikan ciri lebih kurang sama melalui Project Soli.

Kesemua perkara ini masih pada peringkat awal pembangunan, dan sekiranya ia dikomersialkan, maka ia mungkin mengambil masa sekitar dua tiga tahun lagi.



Source link

read more

Pesara kerajaan hargai insentif yang diumumkan PM


PUTRAJAYA 04 APRIL 2018. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa menyampaikan sumbangan kepada Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia, Tan Sri Wan Mahmood Pa'wan Teh (kanan) pada majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Keenam Belas (MAPPA XVI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. NSTP/AHMAD IRHAM MOHD NOOR.

MO, 4/4/2018, PUTRAJAYA: Insentif terbaharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk pesara kerajaan akan menambah baik kualiti hidup golongan itu selain menjamin kebajikan mereka.

Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia, Tan Sri Wan Mahmood Pa’wan Teh, berkata kenaikan kadar pencen satu peratus secara ‘one-off’, kuota haji dan geran khas RM1 juta kepada persatuan pesara membuktikan kerajaan tidak pernah melupakan jasa golongan itu walaupun ada antara mereka sudah lama meninggalkan perkhidmatan awam.

“Imbuhan melalui geran kepada persatuan akan kita gunakan untuk mentransformasi pesara supaya mereka tidak hanya duduk di rumah tetapi menyertai aktiviti yang dianjurkan.

“Apabila beraktiviti, mereka akan lebih sihat dan kurang sakit, sekali gus peruntukan untuk bil hospital oleh kerajaan juga dapat dikurangkan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-16 di sini, hari ini.

Wan Mahmood berkata, kuota haji khusus yang diumumkan juga amat menggembirakan pesara kerana mereka sudah lama menunggu peruntukan itu.

“Pada usia emas ini, pesara mahu menumpukan kepada amal ibadat dan apabila tidak dapat pergi haji, mereka hampa. Justeru, peluang ini amat menggembirakan mereka,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kelab Pesara Kerajaan Malaysia (KUPEKMAS), Datuk Omar Osman, berkata ketiga-tiga insentif berkenaan adalah perkara yang sememangnya dihasratkan pesara sebelum ini.

“Walaupun kenaikan kadar pencen secara ‘one-off’ itu hanyalah satu peratus, kita faham dengan keadaan semasa dan itu pun sudah membabitkan jumlah kewangan kerajaan yang tinggi.

“Selain itu, wang geran kepada persatuan pula boleh digunakan untuk kebajikan termasuk disumbangkan kepada keluarga pesara yang meninggal dunia,” katanya.



Source link

read more

HAD BERPOLITIK | Merdeka Online


HAD BERPOLITIK copyMO, 4/4/2018 – DALAM perang ada undang-undangnya, sesuatu yang perlu dipatuhi, walaupun masing-masing mahu mengalahkan dan menghancurkan pihak lawan.

Tidak salah, Korea Utara dan Korea Selatan ada undang-undang perang mereka, iaitu mereka tidak boleh menembak lawan yang sedang terjun dengan payung terjun (kalau fakta ini silap, sila betulkan).

Tentu rugi jika tidak dapat menembak lawan yang terjun, bukan? Inilah masanya untuk menewaskan musuh. Mungkin anda akan berfikir begitu.

Tetapi, jangan lupa, pasukan anda juga mungkin perlu terjun dan boleh ditembak jika undang-undang ini tidak lagi terpakai.

Mungkin kerana itulah diadakan persetujuan bersama bagaimana untuk berperang, apa yang perlu dipatuhi dan dilarang.

Agama Islam juga melarang pembunuhan ke atas kanak-kanak, orang-orang tua, perempuan dan orang-orang tidak berdaya (oku) ketika perang.

Pokok-pokok sumber makanan, punca air, rumah ibadat dan bangunan tidak boleh dimusnahkan ketika dalam perang.

Semua orang tahu kewajaran perkara ini ditetapkan ketika dalam peperangan.

Dalam perang dan kempen propaganda politik demokrasi moden hari ini, bagaimanakah pula ia patut ditetapkan?

Kita lihat hari ini pembangkang menggunakan apa sahaja cara untuk menumbangkan kerajaan. Mereka meruntuhkan apa sahaja yang menjadi penghalang untuk mencapai cita-cita mereka.

Jika mahu dianalogikan dengan perang konvensional, mereka ini telah membunuh apa sahaja, termasuk orang tua, meracun sumber air dan menebang pokok-pokok.

Kenapakah dikatakan begitu?

Ambil contoh akta antiberita tidak benar. Mereka menolaknya. Hujah mereka, akta ini akan diselewengkan untuk menekan pembangkang.

Berbalik kepada mereka, adakah jika mereka memerintah mereka tidak perlukan undang-undang seperti ini untuk mengekang berita-berita palsu yang mengancam masyarakat mengikut tafsiran mereka?

Benar, ia cenderung disalahgunakan. Meracun sumber air juga boleh memusnahkan musuh dan menekan mereka, tetapi bagaimana mereka sendiri mahu hidup selepas itu?

Politik sepatutnya mempunyai kod etika mereka sendiri. Mereka tidak boleh melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan lawan walaupun mereka di pihak yang benar. Kekalahan adalah lebih baik daripada kemenangan yang menghancurkan negara selepas itu. Ini sepatutnya menjadi prinsip asas ahli politik jika mereka ikhlas berjuang untuk rakyat dan negara.

Kita lihat pula dalam perkara-perkara lain. Mereka langsung tidak berfikir ke hadapan. Pemikiran mereka hanya untuk hari ini, menjatuhkan kerajaan tanpa memikirkan apa yang akan terjadi kepada negara.

Mereka menggunakan apa sahaja kaedah walaupun kotor dengan berhujah bahawa matlamat mereka suci. Di sinilah mereka mengamalkan matlamat menghalalkan cara.

Lihat pula contoh ini. Seteruk mana pun kerajaan, sepatutnya pembangkang tidak meminta bantuan asing kerana tiada pihak asing yang akan campur tangan tanpa keuntungan kepada mereka. Keadaan ini tidak akan mendatangkan kebaikan kepada negara, malah mengundang musibah yang lebih besar. Perkara ini patut dijadikan had dalam berpolitik.

Demonstrasi dan tunjuk perasaan telah digunakan oleh pembangkang untuk menumbangkan kerajaan.

Adakah perkara ini elok untuk sesebuah negara?

Mari kita renungkan. Apabila demonstrasi telah diterima dan menjadi budaya dalam sesebuah negara, ia akan dianggap sah dan tidak boleh dipersoalkan lagi sebagai suatu kaedah berpolitik.

Mungkin anda akan berkata, gunalah apa sahaja cara untuk menjatuhkan kezaliman. Nampak pernyataan ini sebagai benar, tetapi ini adalah suatu kekeliruan.

Bagaimana jika pembangkang pula memerintah? Demonstrasi juga akan digunakan ke atas mereka.

Mereka mungkin pada hari itu akan menganggap para penunjuk perasaan di pihak yang salah sebagaimana kerajaan hari ini menganggap pembangkang begitu.

Para penunjuk perasaan pula akan berfikir sebaliknya.

Jadi, tidak ada sesiapa yang dapat menjadi hakim atas perkara ini.

Sebagaimana dahulu anda berdemonstrasi melawan kerajaan kerana anda fikir anda di pihak yang benar, begitu jugalah anda perlu menghadapi golongan yang seperti ini.

Apabila demonstrasi dihalalkan untuk menjatuhkan kerajaan yang zalim, maka ia akan disalahgunakan untuk menjatuhkan kerajaan  yang adil.

Bolehkah diletakkan harapan pada golongan yang tidak berwawasan seperti ini?

Jika benar sekali pun sesuatu yang ditentang mereka itu cenderung disalahgunakan oleh pemerintah, mereka harus berfikir ke hadapan. Bagaimanakah jika mereka sendiri menjadi pemerintah? Seperti itu pulalah mereka akan diperlakukan. Jadi, keadaan akan terus bergolak dan rakyat yang akan menjadi mangsanya.

Sepatutnya, bagi yang berfikiran rasional, mereka perlu menerima kekalahan asalkan tidak melanggar had-had yang boleh merosakkan masyarakat di masa hadapan. Kemenangan tidak akan memberi apa-apa makna jika tidak ada lagi kuasa atau kawalan ke atas masyarakat.

Benar, akta ISA mungkin disalahgunakan untuk menekan pembangkang. Tetapi, ketiadaan akta seperti ini mengundang keadaan yang lebih buruk lagi seperti hari ini, di mana isu-isu sensitif yang mengancam keamanan negara mula dibangkitkan. Keadaan ini sebenarnya lebih buruk lagi.

Banyak contoh lain yang boleh temui dan renungkan dalam dunia politik Malaysia hari ini.

Kegilaan berpolitik ini menyebabkan mereka melanggar apa sahaja had dan batasan kemanusiaan untuk mencapai kemenangan.

Ambil contoh yang lain lagi, tidak sepatutnya anda bersekongkol dengan puak-puak atheis, LGBT, sekular dan sebagainya. Benar, anda perlukan sokongan dan undi. Tetapi berpadalah. Letaklah hadnya. Jika anda bertindak seperti itu, ia adalah kekacauan pemikiran yang tidak dapat membezakanmanfaat dan mudaratnya sesuatu perkara.

Keadaan ini seperti anda tidak lagi mempunyai akal fikiran dan wawasan masa hadapan.

Jika anda telah melanggar tembok, memecahkan pemikiran rakyat dengan idea-idea baru yang merosakkan, apa yang akan berlaku di kemudian hari adalah anarki, chaos.

Walaubagaimana pun, tidak ada siapa yang dapat menahan perkara ini berlaku. Ia tetap akan berlaku dalam dunia politik.

Jadi, anda sebagai rakyat sepatutnya dapat menggunakan hak anda dengan bijak, iaitu menolak politikus-politikus Machiavelli yang tidak beretika seperti ini.

Anda sepatutnya tahu tanpa perlu diajar bahawa politikus yang baik dan di pihak yang benar tidak akan melakukan tindakan yang boleh membawa kerosakan sebegini, sekali pun mereka melawan kerajaan yang zalim.

Prinsip asasnya, tidak ada maknanya pertukaran kerajaan jika keamanan dan kestabilan negara diruntuhkan. Tidak ada guna kemenangan jika anda terpaksa menggadaikan prinsip-prinsip asas dalam negara.

Ia seolah-olah anda hanya mahu menumbangkan kerajaan, tetapi tidak memikirkan apa yang akan terjadi kepada negara selepas itu.

Janganlah anda berkhayal untuk sebuah negara yang baik jika apa yang anda lakukan bakal membawa ke arah yang lebih buruk.

 

Oleh: AZMAN HUSSIN



Source link

read more

Persempadanan Semula Kawasan Pilihanraya Umum: Siapa Yang Mendapat Faedahnya?


PERSEMPADANAN SEMULA copyMO, 4/4/2018 – Gegak gempita dengan rang undang-undang persempadanan semula. Bukannya dilakukan secara tiba-tiba oleh Suruhanjaya Pilihanraya, semua pihak mengetahuinya.  Sebagai ahli politik dan juga ahli parlimen sama ada di Dewan Rakyat, Dewan Negara, Dewan Undangan Negeri, perkara mengenai kajian semula persempadanan sepatutnya difahami oleh mereka kerana ianya termaktub di dalam Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan dan juga berlandaskan kepada prinsip persempadanan dan tata cara persempadanan yang telah ditetapkan di bawah Bahagian I dan II, Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan. Kali terakhir kajian semula persempadanan dilakukan pada tahun 2003 kerana peruntukan menyatakan kajian semula perlu dilakukan sekurang-kurangnya 8 tahun sekali.

Dan ini bermakna PRU 12 dan PRU 13 adalah menggunakan kajian semula persempadanan yang dilakukan pada tahun 2003. Maka untuk PRU 14 ini sejajar dengan kajian laporan semula persempadanan, maka perincian di dalam laporan akan digunakan bagi perjalanan PRU 14 ini. Dan untuk PRU 14 ini, tarikh bermula Kajian Semula Persempadanan kali keenam adalah pada 15 September 2016 iaitu pada tarikh tersiarnya Notis Persempadanan yang diwartakan menurut Seksyen 4, Bahagian II, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan. SPR hendaklah menyiapkan kajian ini pada atau sebelum 15 September 2018 iaitu dalam tempoh tidak melebihi 2 tahun dari tarikh kajian ini bermula.

Sehubungan dengan itu, pameran kali pertama telah diadakan selama satu bulan mulai 15 September hingga 14 Oktober 2016 dan yang kedua bermula pada 8 Mac hingga 7 April 2017. Secara keseluruhan, sebanyak 600 representasi daripada 1,685 representasi yang diterima melalui kedua-dua pameran. Dan semasa pameran ini, semua pihak telah menyatakan pandangan dan bantahan mereka secara terbuka kepada ahli-ahli SPR. Dan yang paling penting, proses ini dilakukan secara telus dan penglibatan dari semua parti politik yang terlibat.

Dari sudut politik, sudah tentu pihak yang menang di sesuatu kawasan atau kerusi cuba mengekalkan kemenangan mereka di kawasan tersebut dan juga tidak rela kawasan mereka dipecahkan atau dikecilkan. Namun hakikatnya keadilan sebenarnya perlu dilihat kepada keperluan, suasana dan struktur sosio ekonomi para pengundi secara amnya dan bukannya demi menjamin kemenangan kepada mana-mana calon pilihanraya. Keadilan terletak di tangan pengundi bukannya kepada calon parti politik.

Jika melihat kepada perkembangan sebelum dengan berdasarkan kepada persempadanan semula tahun 2003, keadaan yang sebaliknya berlaku melalui kejayaan besar kepada parti pembangkang berdasarkan kepada PRU 12 di mana pada masa tersebut pihak pembangkang telah berjaya membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kedah selain mengekalkan kedudukan mereka di Kelantan. Keadaan ini berbeza sebelum PRU 12 di mana pihak pembangkang mempersoalkan perubahan persempadanan semula pilihanraya kerana bimbang mereka berada di kedudukan yang lemah. Namun keadaan yang sebaliknya terjadi di mana mereka berjaya menyapu 5 buah negeri dan merupakan kekalahan besar kepada Barisan Nasional.

Dan jika pihak pembangkang sekali mempersoalkan persempadanan semula untuk tahun 2018 ini, mereka sepatutnya melihat semula kepada kejayaan mereka akibat persempadanan semula, bukan sekali tetapi dibukti lagi pada PRU 13. Secara realitinya persempadanan semula ini dilihat memberikan keadaan yang tidak berpihak kepada Barisan Nasional selaku parti pemerintah. Tetapi atas bertanggungjawab kepada Perlembagaan Malaysia, pihak parti pemerintah tetap melaksanakan peruntukan yang sedia ada bagi menjalankan persempadanan semula kawasan pilihanraya.

Dan senario yang berlaku di Dewan Rakyat semasa usul untuk meluluskan rang undang-undang persempadanan semula ini, sewajarnya pihak pembangkang memainkan peranan mereka selaku wakil rakyat yang dilantik oleh rakyat untuk berdebat secara mendalam, bukannya bertindak untuk memboikot atau bermain dengan plakad. Dewan Rakyat bukannya tempat untuk berdemostrasi tetapi Dewan untuk berbahas apa-apa usul demi kepentingan rakyat. Jelas kelihatan Ahli Dewan Rakyat dari parti pembangkang tidak menggunakan peluang yang diperuntukan di dalam undang-undang dan juga amanah dari rakyat diwakili dengan sebaik mungkin. Keadaan ini cukup mengecewakan kerana mereka meletakkan diri sebagai ahli politik sebagai keutamaan dan bukannya sebagai wakil rakyat.

 

 

 

 

 



Source link

read more

Pawagam pertama Arab Saudi dibuka bulan depan



RIYADH: Arab Saudi akan membuka pawagam pertamanya dalam tempoh 35 tahun pada 18 April depan.

Pawagam pertama akan beroperasi di ibu negara Riyadh, selepas kerajaan itu mencapai persetujuan dengan syarikat AMC Entertainment Holdings untuk membuka 40 pawagam dalam tempoh lima tahun.

Menurut sumber, pawagam yang dibuka di Arab Saudi tidak akan membuat pengasingan mengikut jantina, seperti mana polisi yang dilaksanakan di beberapa negara Islam lain.

Kali terakhir pawagam beroperasi di Arab Saudi adalah pada 1970-an.

Namun, ia ditutup atas arahan ulama, sejajar dengan peningkatan pengaruh Islam di rantau Asia Barat ketika itu.

Pada 2017, kerajaan mengumumkan akan menarik semula larangan itu, yang merupakan sebahagian daripada reformasi sosial dan ekonomi, seperti yang diperjuangkan Putera Mahkota Mohammed Salman.

Baginda kini giat melakukan misi perdagangan di Amerika Syarikat, bagi melobi pelaburan asing ke negara itu, bagi membantu memperluas sumber ekonomi, dan tidak terhad hanya bergantung kepada hasil minyak.

Warga Arab Saudi disifatkan sebagai penonton tegar filem barat.

Di sebalik larangan pembukaan pawagam, filem Hollywood lazimnya ditonton di rumah.

Pawagam ini akan dibuka di daerah kewangan King Abdullah, di bangunan yang pada asalnya dibina untuk dewan konsert.

Beberapa lagi operator pawagam juga sedia membuka francais mereka di Arab Saudi sekiranya mereka menang bidaan.

Arab Saudi merancang untuk membuka 350 pawagam, dengan 2,500 skrin menjelang 2030, bagi memenuhi kehendak populasinya yang berjumlah 32 juta, dengan majoriti adalah berusia bawah 30 tahun.



Source link

read more

40,000 dijangka hadir pelancaran Manifesto BN


KUALA LUMPUR  04 APRIL 2018. Setiausaha kerja UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (2, kiri) bersama Setiausaha Kerja Barisan Nasional , Datuk Abu Khamis (kanan) serta Pegawai keselamatan dan teknikal membuat tinjauan persiapan selepas Mesyuarat Teknikal Perlancaran Manifesto Pilihan Raya UMUM (PRU) ke-14 di  Stadium Nasional Bukit Jalil. Presiden Barisan Nasional  yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka melancarkan Manifesto BN bagi PRU -14 pada 7 April Sabtu di Axiata Arena Bukit Jalil. NSTP/OSMAN ADNAN

MO, 4/4/2018, KUALA LUMPUR: Seramai 40,000 ahli Barisan Nasional (BN) dari seluruh negara dijangka hadir pada pengumuman Manifesto BN untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) di Axiata Arena, Bukit Jalil, tepat jam 8 malam, Sabtu ini.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pengumuman manifesto itu yang akan dibuat oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak turut disiarkan secara langsung di televisyen.

Beliau berkata, pihaknya amat berpuas hati kerana persiapan untuk majlis itu berjalan lancar dan kini mencapai 80 peratus.

“Lawatan hari ini juga meninjau kedudukan pemerhati dari seluruh negara di dalam stadium.

“Seramai 9,000 orang akan berada di dalam stadium manakala selebihnya di luar dan kita akan sediakan skrin LCD besar untuk melihat pelancaran dalam suasana selesa dan santai,” katanya pada sidang media selepas meninjau lebih sejam di tapak lokasi pelancaran di Bukit Jalil hari ini.

Terdahulu, Ab Rauf mempengerusikan Mesyuarat Teknikal yang turut dihadiri semua wakil perhubungan UMNO negeri selain agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Sukarelawan Rakyat Malaysia (RELA).

Menurut Ab Rauf, pihak urus setia juga menyediakan makanan percuma bagi semua peserta majlis selain jaminan aspek keselamatan dengan lebih 400 anggota polis bertugas sepanjang majlis serta dibantu RELA.

“Daripada taklimat tadi pihak polis memberitahu akan menambah beberapa kaedah keselamatan bagi memastikan peserta yang masuk ke dalam dewan ini adalah selamat dan terkawal,” katanya.

Beliau berkata, semua presiden komponen BN termasuk dari Sabah dan Sarawak akan hadir untuk bersama-sama Perdana Menteri melancarkan manifesto.

“Saya mengharapkan pada malam itu satu semangat untuk memenangi PRU -14 akan disuntik kepada semua peserta.

“Ia (pelancaran manifesto) juga bagi memastikan daya juang untuk menang lebih besar daripada PRU ke-13.

“Jadi kita menunggu amanat yang akan disampaikan oleh Presiden bagi memastikan semua jentera yang hadir menanam semangat dan daya juang dalam hati masing-masing untuk memenangi PRU ke-14, dan dibawa kepada jentera di peringkat Pusat Daerah Mengundi,” katanya.

Beliau berkata, tema pakaian dipilih bagi semua peserta adalah warna rasmi BN iaitu biru.

Pada PRU ke-13, Najib melancarkan manifesto BN mengandungi 17 janji bertemakan ‘Menepati Janj Membawa Harapan’ di Stadium Putra Bukit Jalil pada 6 April 2013 iaitu 28 hari sebelum hari mengundi.

Bagaimanapun, sehingga kini teka-teki mengenai tarikh pilihan raya belum terungkai.

Dengan pelancaran manifesto itu sekali gus memberi gambaran bahawa kemungkinan besar PRU ke-14 akan diadakan seawal hujung bulan ini atau awal Mei depan.



Source link

read more

Xiaomi Memperlihatkan Pembantu Digital Pintar, XiaoAi – Terhad Untuk Pasaran China – Amanz


Semasa pelancaran Xiaomi Mi Mix 2S minggu lepas, Xiaomi turut telah melancarkan pembesar suara pintar Xiaomi AI Speaker Mini yang dikuasakan dengan pembantu digital baru mereka XiaoAi. Xiaomi membangunkan Xiao AI kerana pembantu digital Google, Google Assistant tidak boleh digunakan di China dan pembantu digital lain seperti Siri dan Alexa mempunyai fungsi yang terhad dalam bahasa Mandarin.

Menariknya, bukan sekadar pada pembesar suara, pihak Xiaomi turut menyertakan pembantu maya digital mereka pada telefon pintar Mi Mix 2S yang dipasarkan di China. Melalui pembantu digital maya berkenaan, pengguna boleh menggunakan arahan suara bukan sahaja untuk membuat sejumlah tugasan mengawal peranti, bertanyakan soalan, selain pada masa yang sama mengawal sejumlah peranti berhubung dibawah ekosistem Xiaomi. XiaoAi juga dilihat diintegrasikan bersama ekosistem WeChat yang digunakan meluas di China.

Secara kasar, XiaoAi adalah ibarat Google Assistant versi China. Ini kerana fokus XiaoAi adalah arahan suara interaktif yang memfokuskan bahasa Mandarin. Kewujudan XiaoAi juga akan memudahkan pengguna di negara China mengawal telefon pintar melalui arahan suara, selain menikmati ciri pembantu maya digital pintar yang menarik dan berfungsi dengan lebih menyeluruh berbanding Google Assistant ataupun Siri.



Source link

read more

Tun M is not the person who should decide whether ECRL project should be stopped


NSTP

MO,4/4/2018, KOTA BARU: Tun Dr Mahathir Mohamad is not the person who should decide whether the East Coast Rail Link (ECRL) project should be stopped. State Barisan Nasional (BN) secretary Datuk Alwi Che Ahmad said Dr Mahathir should not simply go round saying that Pakatan Harapan (PH) will review all mega projects in Malaysia including ECRL if the opposition gained federal power.

“In actual fact it is the people who will decide whether ECRL should be continued or not. “If the people want it to be continued, they must vote for BN in the coming election,” he said. Alwi also said he believed Dr Mahathir who is PH chairman was trying to disturb the good relationship between Malaysia and China nowadays.

Dr Mahathir recently declared that PH would review all mega projects in Malaysia, should it wrest control of Putrajaya in the next general election. This included the RM55 billion East Coast Rail Link (ECRL) and the KL-Singapore High Speed Rail (HSR) project.

The ECRL will create a 250 km land bridge which could undercut the Melaka Straits trade route by bypassing Singapore, while the 350km HSR will cut travel time between KL and Singapore to just 90 minutes.

–NSTP



Source link

read more

40,000 Barisan leaders, supporters expected at April 7 manifesto launch


FELDA-PM

MO,4/4/2018, KUALA LUMPUR: A crowd of 40,000 Barisan Nasional component party leaders, members and supporters are set to gather at the Axiata Arena indoor stadium in Bukit Jalil on Saturday (April 7) night for the launch for the coalition’s general election manifesto. Barisan chairman Datuk Seri Najib Tun Razak  will launch the manifesto at the event which will be broadcast live on television at 8pm.

“On that night all presidents of Barisan component parties will be present and they will join Datuk Seri Najib,” Umno executive secretary Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh told the media after making a site visit to the venue here on Wednesday (April 4). He said preparations at the venue to hold the event was now 80% complete. Of the 40,000 people expected to attend the event, 9,000 will be inside the indoor stadium while the remaining 31,000 will be gathered right outside the venue.

Those outside the venue will be able to follow the proceedings via giant LED video screens which will be placed outside the stadium. Abdul Rauf said more than 400 police personnel will be on duty at the venue to help ensure that everything proceeds smoothly.

–TheStar



Source link

read more