Apple Mac Pro Baru Dijangka Hadir Pada 2019 – Menawarkan Rekaan Modular Untuk Penaik-Tarafan – Amanz


Mac Pro tidak dikemaskini sejak 2013. Apple telahpun menjanjikan komputer desktop paling berkuasa dan mensasarkan pengguna profesional ini akan dikemaskini. Menerusi temubual bersama TechCrunch, kini kita mengetahui ia akan akhirnya dilancarkan pada tahun 2019.

Apple sebelum ini menjadualkan untuk memperkenalkan Mac Pro baru dengan rekaan berbentuk modular untuk tahun ini. Namun, ia nampaknya mengalami sedikit pengangguhan, dan kini Apple menyasarkan untuk memperkenalkannya sekitar 2019 kelak.

Mac Pro

Ini disahkan sendiri oleh Phil Schiller. yang merupakan ketua bahagian pemasaran di Apple. Bagi memastikan Mac Pro baru ini akan memenuhi kesemua keperluan profesional, pasukan Pro Workflow Team telah ditubuhkan di Apple. Pro Workflow Team akan memastikan perisian dan perkakasan akan berfungsi dengan baik.

Tiada maklumat sama ada rekaan “tong sampah” Mac Pro akan dikekalkan. Yang pasti rekaan komponen modular akan dikekalkan bagi memudahkan perkakasan ditukar sepanjang hayatnya kelak.

Dengan penangguhan ini, ia sekaligus menawarkan lebih masa untuk pembangunan, selain memudahkan lagi mereka menjual iMac Pro baru yang turut menawarkan spesifikasi tinggi berkuasa.



Source link

read more

Honda Malaysia issues recall for 28,399 units of 2013 year models


CITY
MO,5/4/2018, KUALA LUMPUR: Honda Malaysia has issued a precautionary recall for 28,399 units of 2013 year model vehicles to replace Takata passenger front airbag inflator. It said on Thursday the models involved in this recall are City (2013 Year Model), Jazz (2013 Year Model), Jazz Hybrid (2013 Year Model) and Insight (2013 Year Model).As at March, the company has replaced more than 223,000 units of Takata driver front airbag inflator, or an 84% completion ratio.

“The total number of Takata driver and passenger front airbag inflator replacements completed is at more than 435,000 units or 77% completion ratio. “Honda Malaysia reiterates that all its current selling models are not affected and will continue to uphold transparency and stringent controls to ensure customer safety,” it said. It said as of Thursday, there are no crashes or injuries related to this Takata passenger front airbag inflator reported in Malaysia.

Honda Malaysia said it would be informing all affected customers via notification letters which will include details of the product recall. Customers who receive these letters are encouraged to send their vehicles to the nearest Honda authorised dealer for inspection and replacement for free. It also said there was 100% stock availability for front driver and passenger airbag inflators (excluding front passenger airbag inflator parts availability for this recall) and increased service capacity via Mobile Hubs, Hubs at selected Petronas stations, Hubs at Honda roadshows and prioritising replacement activities at dealerships.

Honda Malaysia emphasised it was doing its utmost best to ensure the stock was awavilable for the Takata passenger front airbag related to this recall which was currently limited. The replacement would  be carried out once the parts are ready and the cost of parts and labour will be borne by Honda Malaysia. Honda Malaysia said it would continue to proactively recall vehicles on the Takata front airbag inflator issue and continue alerting and informing customers of the importance of replacing the affected vehicle’s airbag inflators, via increased frequency of postings on social media and SMS blast.

Owners of Honda vehicles affected by the airbag inflator product recall are advised to immediately get their vehicles checked and parts replaced at any Honda authorised service dealers or mobile hubs as soon as possible.
–NSTP



Source link

read more

Empat ahli akademik Turki maut ditembak



ANKARA: Seorang lelaki bersenjata menembak mati empat ahli akademik Universiti Turki pada Khamis yang dipercayai kumpulan yang menyokong seorang ulama Islam yang dituduh kerajaan berada di belakang rampasan kuasa pada 2016.

Rektor Universiti Osmangazi, Hasan Gonen berkata, lelaki bersenjata itu bekerja sebagai penyelidik di institusi itu dan telah menembak mati penolong dekan, setiausaha fakulti, pensyarah dan kakitangan fakulti pendidikan.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan telah berjaya diberkas polis di Universiti Osmangazi di bandar Eskisehir dekat ibukota Ankara.

Lapor CNN Turki, lelaki bersenjata itu menyerah dan tidak cuba melarikan diri.

Gonen berkata beliau percaya penyerang itu sedang mencari dekan, yang tidak berada di bangunan ketika itu, ketika memulakan tembakan.

“Penyerang mendakwa bahawa beberapa ahli universiti itu adalah ahli FETO, dan telah membuat tuntutan yang sama (sebelumnya) di mahkamah,” kata Gonen.

Gonen berkata tuntutan lelaki itu disiasat oleh pihak berkuasa sebelum penangkapan dibuat.

Seorang profesor di universiti berkenaan memberitahu media Turki bahawa sesetengah anggota kakitangan telah berulang kali memfailkan aduan mengenai lelaki bersenjata itu.

Gabenor Eskisehir Ozdemir Cakacak berkata pendakwa daerah telah melancarkan siasatan ke atas kejadian itu.



Source link

read more

Pan Borneo Highway Construction Ahead of Schedule in Sarawak – Rosnah


ASEAN M&E SHOW / ROSNAH ANDUL RASHID SHIRLIN

MO,5/4/2018, KUALA LUMPUR: The construction of the Pan Borneo Highway in the Sarawak sector is proceeding at a pace two per cent faster than scheduled, the Dewan Rakyat was told today. Deputy Works Minister Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin said that up to last month the construction had progressed to 14.76 per cent compared to 12.78 per cent under the schedule.

She said the construction of the mega infrastructure project, from Telok Melano, Sematan, to Miri, involved 11 packages of work and had been progressing in stages since September 2016. “Work is going on under all the packages and is expected to be fully completed in June 2021,” she said when replying to an oral question from Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) who had wanted to know the status of progress of the construction.

Rosnah also said that the cost of each package was between RM580 million and RM2.11 billion.

–BERNAMA



Source link

read more

Tug Membolehkan Kesemua Palam Elektrik Terputus Seperti Apple MagSafe – Amanz


MagSafe ialah sistem sambungan magnetik yang cukup sinonim dengan komputer riba MacBook suatu ketika dahulu. Kerana ia bersambung menggunakan magnet, ia akan terputus dengan mudah sekiranya wayar tersentak dengan pantas. Ini mengelakkan komputer riba dari turut tertarik sehingga terjatuh dan mengakibatkan kerosakan yang teruk.

Ia tidak lagi disertakan pada MacBook kerana Apple sudah berubah ke sambungan menggunakan USB-C. Teknologi seakan MagSafe kini digunakan pada palam elektrik pula. Tug ialah hasil rekaan sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Ia terdiri daripada dua komponen. Satu disambungkan kepada palam dinding dan satu lagi pada wayar peralatan elektrik. Sambungan akan terputus jika wayar disentak pantas. Pra-pesan untuk Tug telah dibuka dan ia boleh dimiliki pada harga sekitar $20 (~RM 77) sebuah.



Source link

read more

Kes Jong Nam tutup selepas 39 hari bicara


SHAH ALAM 05 APRIL 2018. Tertuduh wanita warga Indonesia, Siti Aisyah (belakang) dan wanita warga Vietnam, Doan Thi Huon (depan) dikawal oleh anggota Polis ketika keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas perbicaraan kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-nam. STR/MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT

MO, 5/4/2018, SHAH ALAM: Perbicaraan kes pembunuhan Kim Chol atau abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam, berakhir hari ini, selepas pihak pendakwaan selesai memanggil 34 saksi memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini.

Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor, Muhamad Iskandar Ahmad memberitahu mahkamah, pihaknya selesai memanggil saksi dan menutup kes mereka.

Pihaknya menawarkan 93 saksi dipanggil pihak pembelaan termasuk rakan sebilik tertuduh pertama, Siti Aisyah, 26; pemandu peribadi dan rakan baik kepada Jong Nam sepanjang berada di Malaysia, pemandu ambulans ketika kejadian serta pekerja hotel tempat penginapan tertuduh kedua yang juga warga Vietnam, Doan Thi Huong, 29.

Perbicaraan yang bermula 2 Oktober tahun lalu berlangsung selama 39 hari.

Hakim Datuk Azmi Ariffin memutuskan semua pihak memfailkan hujahan bertulis pada 11 Jun dan menetapkan hujahan lisan dibuat bermula 27 Jun hingga 29 Jun depan.

Sepanjang perbicaraan, sebanyak 236 bahan bukti dikemukakan kepada mahkamah termasuk pakaian dipakai ketika hari kejadian milik kedua-dua tertuduh dan mangsa serta rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) ketika kejadian.

Antara saksi dipanggil ialah Ketua Unit Alkohol dan Toksikologi Klinikal, Jabatan Kimia, Dr K Sharmilah, 38, dan Ketua Makmal Pusat Analisis Senjata Kimia, Jabatan Kimia Malaysia, Dr S Raja.

Sepanjang perbicaraan lalu, Mahkamah Tinggi diberitahu Dr Raja bahawa insiden kematian Jong Nam disebabkan agen saraf VX adalah insiden kedua di dunia dan pertama di negara ini.

Disebabkan faktor keselamatan, proses pengecaman barang kes dalam perbicaraan ini dibuat di Jabatan Kimia Malaysia berikutan kesan agen saraf VX masih aktif dan dikhuatiri memudaratkan orang ramai jika dibuka di tempat terbuka.

Dr Raja melalui keterangannya mengesahkan racun agen saraf VX dikesan pada baju-T tanpa lengan dalam sampul dilabelkan Siti Aisyah dan baju-T putih dengan cetakan ‘LOL’ di bahagian hadapan dilabelkan Thi Huong.

Sebelum kes ditutup semalam, Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz, 40, sekali lagi dipanggil menjawab soalan peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Doan.

Wan Azirul Nizam mengakui pasport Doan dirampas pada 15 Februari 2017 dan keterangan diambil pada 18 Februari 2017 tanpa bertanya berhubung pemergian wanita itu ke Jeju, Korea Selatan.

Pada 1 Mac 2017, di Mahkamah Majistret Sepang, dekat sini, Siti Aisyah dan Doan didakwa bersama empat lagi yang masih bebas membunuh Kim Chol, atau Jong Nam di Balai Berlepas KLIA2, pada jam 9 pagi, 13 Februari 2017.

Empat lelaki itu adalah empat warga Korea Utara iaitu Hong Song Sac (Mr Chang), 34; Ri Ji Hyon (Mr Y), 33; Ri Jae Nam (Hanomori), 57, dan O Jong Dil (James), 55,

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.

Peguam Datuk Naran Singh dan Salim Bashir mewakili Doan, manakala Siti Aisyah diwakili peguam Gooi Soon Seng



Source link

read more

Jet pejuang Korea Selatan terhempas 1 maut 1 cedera parah



SEOUL: Seorang juruterbang Korea Selatan terbunuh manakala seorang lagi cedera parah dalam nahas jet pejuang terhempas di wilayah tenggara negara itu, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan media tempatan pada Khamis.

Jet pejuang F-15K itu, yang berlepas dari pangkalan udara di bandar Daegu dalam wilayah Gyeongsang Utara pada pukul 1.30 tengah hari waktu tempatan (0430 GMT), terhempas di kawasan pergunungan dalam daerah Chilgok, kira-kira 290 kilometer di tenggara Seoul, kira-kira sejam kemudian.

Nahas berlaku ketika pesawat pejuang itu dalam perjalanan pulang ke pangkalan udara selepas menyelesaikan satu misi. 

— BERNAMA



Source link

read more

Tindakan Hishammuddin disanjung netizen | Merdeka Online


da591dcc-c7f9-45ec-bcc8-9dec5dd477e7.transformedMO, 5/4/2018, KUALA LUMPUR: Keprihatinan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, membantu mengikat tali kasut penerima Anugerah Kecemerlangan Pendidikan, semalam mendapat pujian netizen di laman sosial.

Insiden berkenaan berlaku ketika majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang (PPT) 2018 di Kuala Lumpur.

Detik Hishammuddin mengikat tali kasut pelajar Muhammad Ammar Hakim Mohd Azmi, 13, yang menerima anugerah berikutan mencatat keputusan 7A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sempat dirakam sebelum dimuat naik ke Instagram miliknya.

“Tali kasut adik Muhammad Ammar Hakim, anak PW1 Mohd Azmi Laibi, tidak tersimpul rapi ketika ingin terima Anugerah Kecemerlangan Pendidikan tadi, jadi saya tolonglah betulkan ikatannya.

“Agaknya dia begitu berdebar hingga terlupa mengikat tali kasut dengan baik!

“Apa-apa pun, sekalung tahniah diucapkan kepada Muhammad Ammar yang berjaya catat 7A dalam UPSR tahun lalu! #PerkasaPerwira,” katanya dalam catatan Instagram itu.

Sehingga jam 4.15 petang hari ini, gambar itu mendapat lebih 6,800 likes dan lebih 200 komen di Instagram.

Dalam majlis itu, 20 anak warga Kementerian Pertahanan yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR, peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lalu turut menerima Anugerah Kecemerlangan Pendidikan.

Mereka yang berjaya menerima bantuan pendidikan khas RM80 setiap bulan selama setahun bagi UPSR, RM100 (PT3) dan RM150 (SPM) termasuk sijil.

Selain itu, 31 warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 30 warga awam ATM menerima APC 2018 berikutan khidmat cemerlang sepanjang perkhidmatan bagi 2017.

Majis berkenaan turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Abdul Rahim Mohd Radzi dan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.



Source link

read more

Bagaimana Menggunakan DNS CloudFlare Pada Android (Root)? – Amanz


Pada 1 April, Cloudflare telah memperkenalkan DNS 1.1.1.1 yang memfokuskan privasi dan kepantasan secara percuma. Kini seorang pembangun telah memperkenalkan modul Magisk untuk pemasangan DNS 1.1.1.1 ini terus ke sistem Android.

1.1.1.1

Ikuti langkah mudah di bawah untuk pemasangan DNS baru ini.

  1. Pastikan peranti anda sudah mempunyai akses root dan mempunyai mod recovery TWRP.
  2. Muat turun fail modul DNS Magisk di sini.
  3. Masuk ke mod recovery TWRP dan pilih Install.
  4. Cari modul DNS tadi dan pilih.
  5. Masuk semula ke peranti anda dan nikmati sekuriti dan kepantasan ekstra.

Selain cara di atas, anda turut boleh memasang modul ini secara terus melalui aplikasi Magisk sendiri. Selepas memasang modul ini anda boleh menikmati pengalaman melayari web lebih pantas dan lebih selamat.



Source link

read more

Sedih melihat 17 kucing mati diracun


KUANTAN 05 APRIL 2018. Kucing milik Muhammad Nor Fiqry Zahari 38, yang mati dipercayai selepas memakan kepala ayam yang diletakkan racun di Lorong Seri Mahkota. STR/SHAHRINNAHAR LATIB

MO, 5/4/2018, KUANTAN: Kejam, tidak berhati perut selepas melihat 17 kucing peliharaannya mati dipercayai diracun.

“Memang kejam individu yang sanggup lakukan perkara sebegini kepada kucing yang saya.

“Tak tahu nak gambarkan perasaan ketika ini dan apa yang saya boleh katakan semoga perbuatan mereka ini mendapat pembalasan sewajarnya,” itulah luahan Muhammad Nor Fiqry Zahari yang sedih selepas melihat kucing mati akibat diracun di rumahya di Lorong Seri Kuantan, di sini.

Muhammad Nor Fiqry, 38 tahun atau lebih dikenali sebagai Babah Conan berkata, Selasa lalu, dia tiada di rumah dan semua pintu serta pagar berkunci, manakala kira-kira 60 kucing yang dipeliharanya berada di dalam rumah.

“Namun, sebaik sahaja saya pulang ke rumah, saya lihat dalam sembilan ekor kucing sedang mengerumuni sesuatu dan apabila saya mendekatinya mendapati ada kepala ayam.

“Saya tidak pernah bagi makan kucing kepala ayam. Saya ambil kepala ayam dan lihat ada cecair seperti bahan kimia.

“Kucing saya tidak makan kepala ayam, mungkin mereka menjilat cecair daripada kepala ayam berkenaan sehingga menyebabkan mereka keracunan dan mati,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Lorong Seri Kuantan di sini, hari ini.

Muhammad Nor kemudiannya membuang kepala ayam berkenaan sebelum memberi kucingnya minum air kelapa dan membasuh mulut haiwan berkenaan.

“Selepas itu, beberapa kucing mula nampak seperti keletihan dan tidak bermaya serta tidak mahu makan, saya tidak syak apa-apa lagi. Kucing saya mula mati bermula dengan lima ekor sejak semalam, sebelum beberapa ekor lagi mati sehingga ke hari ini menjadikan jumlah keseluruhannya 17 ekor,” katanya.

Muhammad Nor Fiqry berkata, dia tidak tahu bagaimana kepala ayam berkenaan ada di kawasan ruang tamu rumahnya walaupun pagar dan pintu dikunci dengan rapi.

Katanya, sehingga kini masih terdapat kucing yang tidak bermaya dan dia terpaksa melepaskan kesemua kucingnya ke luar rumah bagi membolehkan mereka mengambil ‘angin’ untuk tujuan pemulihan.

“Ini adalah kali pertama kejadian seperti ini berlaku sejak saya membela kucing jalanan bermula 2016, sebelum ini mati pun disebabkan penyakit sahaja,” katanya sudah membela lebih 150 ekor kucing.

Katanya, kejadian itu mengakibatkannya hampir berputus asa untuk memberi perlindungan kepada kucing jalanan malah sebelum ini dia juga pernah merancang untuk membuat taman kucing.

“Saya memang sudah lama rancang untuk mewujudkan sebuah taman yang membolehkan orang ramai, terutamanya kanak-kanak dapat bermain dengan kucing, namun disebabkan kejadian ini saya berasa ralat sikit.

“Buat masa ini saya hanya mahu merawat kucing yang masih sakit dan tidak akan mengambil kucing yang baharu sama ada dikutip atau diberikan oleh orang ramai,” katanya.



Source link

read more