PRU14: BN P. Pinang sedia manifesto khusus bagi setiap Parlimen, DUN


 

PULAU PINANG – Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan memperkenalkan manifesto berbeza bagi setiap Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Pengerusinya, Teng Chang Yeow berkata, manifesto itu akan dirangka khusus mengikut keperluan dan kehendak penduduk di setiap kawasan Parlimen dan DUN.

Tambahnya, setiap Ketua Bahagian dan Koordinator parti komponen BN sudah diarahkan untuk merangka manifesto di kawasan masing-masing sejak tahun lalu.

“Ini adalah tambahan kepada manifesto BN peringkat negeri dan peringkat Pusat dan dirangka secara khusus berdasarkan isu yang berlaku di kawasan tersebut.

“Kita akan memperkenalkan manifesto setiap kawasan ini sebaik sahaja senarai nama calon yang mewakili BN diumumkan kelak dan mereka yang dipilih sebagai calon boleh menggunakannya sebagai bahan berkempen,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menjelaskan lebih lanjut, Chang Yeow yang juga Pengerusi Gerakan Pulau Pinang berkata, manifesto BN itu lebih realistik dengan jaminan akan ditunaikan sekiranya berjaya merampas negeri ini.

Sementara itu, mengulas mengenai persiapan BN menjelang PRU-14, beliau berkata, pihaknya kini sudah bersiap sedia sepenuhnya apatah lagi selepas pengumuman pembubaran Parlimen pagi ini.

Menurutnya, semua bahan berkempen termasuk poster dan risalah juga sudah dicetak dan diagihkan kepada setiap kawasan dan akan diedarkan sebaik sahaja memasuki tempoh berkempen.

Ditanya mengenai calon, Chang Yeow berkata, senarai nama itu sudah diserahkan kepada BN Pusat dan akan diumumkan sebaik sahaja diluluskan.

“Bagi calon Gerakan, perlu diingatkan tidak semua coordinator parti akan dipilih sebagai calon,” katanya.

Berhubung status pencalonan beliau, Chang Yeow mengesahkan beliau akan bertanding salah satu kerusi DUN di negeri ini namun tidak mendedahkan DUN berkenaan.

Sebelum ini, terdapat desas-desus beliau akan bertanding di DUN Batu Uban; Pantai Jerejak; Sungai Pinang atau Tanjung Bungah sekali gus bakal dilantik sebagai Ketua Menteri sekiranya BN berjaya merampas negeri ini daripada DAP. – theRakyat



Source link

read more

Nelayan Indonesia selamatkan warga Rohingnya



IDI RAYEUK: Sekumpulan nelayan Indonesia pada Jumaat berjaya menyelamatkan lima warga Rohingya yang ditemui di perairan negara itu dalam keadaan lemah.

Kumpulan pelarian itu dipercayai telah hanyut di lautan selama 20 hari dengan menaiki sampan kecil sebelum memasuki perairan negara itu.

Tambah menyedihkan, lima lagi warga Rohingya yang bersama mereka difahamkan telah meninggal dunia ketika berada di tengah laut.

Panglima Angkatan Laut Tempatan H.B Arisanto berkata, bot mereka ditemui tanpa enjin dan kelima-lima mereka telah terputus bekalan makanan.

Pihak berkuasa Indonesia mengesahkan dua daripada yang diselamatkan adalah wanita dan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun.

Serangan keganasan yang bermula pada tahun 2012 mendorong ribuan Rohingya Muslim untuk melarikan diri dari Myanmar, melalui laut, ke Thailand, Malaysia dan Indonesia.

Sementara itu, sekitar 300 orang daripada mereka dipercayai masih berlindung di Aceh, Indonesia.



Source link

read more

Negri MB to seek an audience with Yang Di-pertuan Besar Negri Sembilan today


N9 MB

MO,6/4/2018, SEREMBAN: Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan would seek the consent of the Yang Di-pertuan Besar Negri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir at Istana Hinggap today, to dissolve the state assembly. In a statement issued by Mohamad, he would seek an audience with Tuanku Muhriz at 4.30pm today, before holding a special Press conference at Wisma Negeri here.

During a recent Press conference held at his weekly exco meeting on Wed, he said would immediately seek an audience with Tuanku Muhriz after the announcement of the dissolution of parliament. He added that the state’s administration would continue to operate normally under the care of the temporary government after the state assembly was dissolved.



Source link

read more

DUN Perlis bubar serentak Parlimen


WhatsApp_Image_2018-04-06_at_16.18.22.jpeg.transformedMO, 6/4/2018, KANGAR: Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis akan dibubarkan berkuat kuasa esok, serentak dengan pembubaran Dewan Rakyat bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man, mengumumkan demikian dalam sidang media di pejabatnya di Kompleks DUN, di sini, 3.45 petang tadi.

Azlan yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perlis, sebelum itu menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra di Istana Arau, bagi memohon perkenan pembubaran pada jam 2.40 petang.

Azlan berkata, pembubaran berkenaan selaras dengan Perkara 55(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis.

Beliau dalam pada itu mengharapkan PRU nanti akan berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini antara semua parti yang bertanding.

“Saya yakin pihak keselamatan sudah membuat persediaan awal bagi menghadapi PRU.

“Ini harapan semua rakyat sebenarnya yang mahu melihat perjalanan pilihan raya ini berlaku dalam keadaan yang penuh berdisplin,” katanya.

Turut hadir pada pengumuman pembubaran DUN berkenaan adalah semua Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis.

DUN Perlis mempunyai 15 kerusi dengan 13 kerusi disandang BN, manakala baki dua kerusi disandang PKR dan PAS iaitu di Indera Kayangan dan Sanglang.



Source link

read more

Huawei P10 Plus Kini Boleh Didapati Pada Harga Serendah RM1599 – Amanz


Huawei Malaysia hari ini telah mula menawarkan Huawei P20 dan Huawei P20 Pro secara rasminya untuk pasaran tempatan. Menariknya, bagi anda yang inginkan telefon pintar keluaran Huawei pada tahun lepas, iaitu Huawei P10 Plus, anda kini boleh mendapatkannya daripada Tesco kini pada harga serendah RM1599.

Huawei P10

Tesco menyenaraikan Huawei P10 Plus ini dibawah promosi terhad pada harga RM1699, tetapi pengguna turut boleh menambah kupon tambahan RM100, sekaligus mendapatkannya pada harga serendah RM1599.

Huawei P10 Plus hadir dengan skrin 5.5-inci, dilengkapi cip Kirin 960, memori 6GB RAM, dan ruangan storan 128GB. Ia turut dilengkapi dwi-kamera belakang Leica 12MP+20MP F/1.8, kamera hadapan 8-megapixel. Ia turut hadir dengan bateri berkapasiti 3750mAh, serta kalis percikkan IPX3.

Ia sebelum ini ditawarkan pada harga RM2399, tetapi dengan promosi Tesco ini anda boleh berjimat dan mendapatkannya pada harga RM1599.

Beli : Huawei P10 Plus



Source link

read more