Dua maut 30 cedera dirempuh van di Jerman



MUENSTER: Sekurang-kurangnya dua maut manakala kira-kira 30 yang lain lagi cedera selepas sebuah van merempuh orang ramai di sebuah restoran di bandar Muenster, barat Jerman, pada Sabtu.

“Ada beberapa mayat (ditemui),” kata jurucakap polis sambil memaklumkan pemandu kenderaan berkenaan turut menembak mati dirinya sendiri.

Van tersebut dipercayai merempuh orang ramai yang sedang duduk di meja luar restoran Grosser Kiepenkerl, yang popular dalam kalangan pelancong.

Menurut polis, siasatan masih dijalankan untuk menentukan sama ada ia serangan pengganas atau tidak.



Source link

read more

Manifesto BN ‘pukul habis’ janji Pakatan Harapan – Politik


PEMBENTANGAN Manifesto Barisan Nasional (BN) malam ini memang langkah checkmate terhadap apa yang Pakatan Harapan tawarkan biar pun lawan menampilkan janji-janji penuh populis.

Malah tawaran yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi dengan janji untuk menunaikannya dan ini berbeza dengan Pakatan Harapan yang terus membuat pusingan U terhadap beberapa janji mereka sendiri walaupun tidak sampai sebulan dilancarkan.

Sebagai contoh, di satu pihak mahu menjanjikan penghapusan tol manakala calon Perdana Menteri sementara mereka yang berusia 93 tahun itu, masih dengan pendekatan lama, gemarkan tol.

Sikap tidak konsisten mereka semuanya kerana kekaburan mengenai jumlah pendapatan negara gara-gara mahu menjadi populis menerusi penghapusan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sekali gus meletakkan manifesto Pakatan Harapan dalam keadaan samar-samar.

Sebab itu, sehingga sekarang pemimpin mereka gagal memberi penjelasan langkah bagi menampung kehilangan hasil lebih RM20 bilion akibat pemansuhan GST yang menjadi tanda tanya ramai penganalisis termasuk Bank Dunia.

Sebaliknya tawaran populis penghapusan GST ditangkis mudah oleh kerajaan dengan memulangkan balik kutipan hasil tersebut kepada rakyat antaranya yang menjadi buah mulut ramai adalah menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Peningkatan jumlah BR1M kepada sekali ganda yang bermula bayaran akan datang selain bayaran one off RM1,500 kepada anak-anak penerima yang menuntut di universiti sememangnya satu faktor ‘feel good’ cukup besar buat Barisan Nasional (BN).

BR1M adalah satu contoh mudah, bagaimana pelaksanaan GST memberi banyak manfaat kepada rakyat yang layak. Biar pun sama-sama dikenakan GST seperti golongan kaya, namun jumlah GST yang dibayar mereka pastinya tidak sebesar golongan lain.

Faktor memukau lain dalam akujanji BN memang jelas. Manifesto BN digarap dengan terperinci, siap dengan langkah pelaksanaan dan jangka masa. Cukup meyakinkan yang tawaran BN ini mampu ditunaikan.

Maka, yang diperlukan mandat daripada pengundi kelak dan jika diukur daripada tawaran manifesto, BN jelas di hadapan berbanding lawan.

Cuma tinggal lagi, jentera BN perlu siap siaga dalam berhadapan hasutan pemimpin lawan kerana politik hasutan, pembohongan adalah ‘kekuatan sebenar’ DAP dan sekutu termasuk Tun Dr. Mahathir Moahamad yang kini tidak ubah seperti Lim Kit Siang dan Mohamad Sabu. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kereta rempuh orang ramai, empat maut – Luar Negara


BERLIN 7 April – Sekurang-kurangnya empat orang dilaporkan terbunuh manakala 30 lagi tercedera apabila sebuah van merempuh orang ramai di bandar Muenster, barat Jerman.

Van berkenaan merempuh orang ramai yang duduk di luar restoran Grosser Kiepenkerl, yang popular dikunjungi oleh pelancong.

“Suspek juga menembak dirinya sendiri,” menurut jurucakap wanita polis.

Lapor majalah Spiegel, pihak berkuasa Jerman menyifatkan insiden itu sebarang satu serangan, walaupun masih belum ada pengesahan secara rasmi. – REUTERS



Source link

read more

Turki usir 600 pendatang Afghanistan – Luar Negara


ANKARA 7 April – Turki akan mengusir hampir 600 pendatang haram Afghanistan di timur negara ini ke Kabul pada hujung minggu ini, menurut Kementerian Dalam Negeri.

Pendatang haram berkenaan telah memasuki Turki melalui Iran ekoran aktiviti keganasan yang berlarutan dan masalah kewangan di Afghanistan.

Menurut kementerian terbabit, prosedur pengusiran telah dilakukan kepada 591 pendatang di timur wilayah Erzurum.

Namun tindakan tersebut mendapat kritikan daripada kumpulan hak asasi manusia kerana mereka mengatakan langkah berkenaan hanya mendedahkan nyawa pendatang berada dalam bahaya. – REUTERS



Source link

read more

Mahathir umum Syed Saddiq calon di Muar – Politik


MUAR 7 April – Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan bagi Parlimen Muar dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengumuman itu dilakukan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu ceramah di Parit Jawa, di sini sebentar tadi.

Turut diumumkan, Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub sebagai calon di kerusi Parlimen Simpang Renggam.

Sementara Ketua Wanita PAN negeri, Norhayati Bachok dan Ketua PAN Ledang, Faizul Amri Adnan masing-masing sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani dan Serom. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Spotify Mungkin Memperkenalkan Pemain Audio Dalam Kenderaan Tidak Lama Lagi – Amanz


Spotify sebelum ini telah beberapa kali diperkatakan bakal hadir dengan perkakasan mereka tersendiri. Kini, hadir info terbaru memperlihatkan yang mana produk pertama daripada mereka berkemungkinan adalah sebuah pembesar suara untuk digunakan dalam kenderaan.

Spotify Car Audio

Info ini tertiris melalui ujian yang dilakukan oleh Spotify, memaparkan iklan pemain audio dalam kenderaan ini untuk sesetengah pengguna. Daripada ujian yang dijalankan, Spotify seperti menawarkannya dalam bentuk langganan bulanan dengan komitmen selama 12 bulan.

Dengan adanya pemain audio ini, ia akan memudahkan lagi pengguna mendengar bukan sahaja lagu, tetapi juga mendengar podcast ketika sedang memandu.

Spotify sendiri dilihat menjadualkan tarikh 24 April kelak untuk suatu pengumuman khas. Ia tidak diketahui lagi sama ada Spotify akan memperkenalkan pemain audio dalam kenderaan ini pada acara berkenaan, atau mempunyai perancangan pengenalan produk baru yang lain.



Source link

read more

Jangan bimbang istilah ‘hotspot’ – Polis – Jenayah


SEREMBAN 7 April – Polis menggunakan istilah ‘hotspot’ untuk kawasan tertentu di negeri ini sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bagi membolehkan tumpuan lebih banyak diberikan oleh pasukan keselamatan di situ.



MUHAMAD ZAKI HARUN

MUHAMAD ZAKI HARUN

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, ia sama sekali tidak bermakna bahawa kawasan berkenaan adalah tidak selamat dan mendatangkan bahaya kepada orang ramai.

Katanya, polis telah pun memberi jaminan bahawa keselamatan orang awam akan terus menjadi keutamaan pasukan itu daripada ancaman mana-mana pihak tanpa mengira sesiapa pun.

“Jadi orang ramai boleh menjalankan kegiatan mereka seperti biasa serta mengikuti aktiviti berkaitan pilihan raya mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.

“Jangan bimbang dengan hotspot kerana ia hanyalah istilah yang digunakan untuk pasukan polis sahaja,” katanya kepada para wartawan selepas merasmikan Jom Ronda Skim Rondaan Sukarela (SRS) Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Senawang dekat sini malam ini.

Yang turut hadir, Pengarah JPNIN negeri, Salasiah Hashim dan Penaung Jawatankuasa Permuafakatan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Zon 1 Daerah Seremban, Datuk Mohammed Najeeb Abdullah.

Muhamad Zaki memberikan contoh dengan membandingkan pusat mengundi yang mempunyai jumlah pengundi besar berbanding kawasan lain dengan bilangan pengundi yang kecil.

“Sudah tentu pusat mengundi dengan jumlah pengundi beratus-ratus orang diberi perhatian lebih besar berbanding pemilih tidak sampai 100 orang,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Nombor 11 dan tarikh undi PRU-14 – Nasional


KUALA LUMPUR 7 April – Ramai yang dapat mengesan betapa angka 11 mempunyai tempat yang amat istimewa di hati Datuk Seri Najib Tun Razak, yang sememangnya diketahuai ramai merupakan angka kegemaran beliau apabila beliau memilih tarikh bagi pembubaran Parlimen.

Ketika mengumumkan pembubaran Parlimen yang berkuat kuasa esok, Perdana Menteri nampaknya menggemari angka itu memandangkan esok adalah 7 April, dan apabila 4 dicampur 7, maka jumlahnya ialah 11.

Berdasarkan logik yang sama, sesetengah orang terus meramalkan bahawa pilihan raya umum ke-14 berkemungkinan akan diadakan pada 29 April, yang sekali lagi akan menyaksikan kewujudan angka 11 iaitu jumlah yang akan didapati apabila 2 dicampur dengan 9.

Najib pernah menjelaskan kenapa 11 begitu istimewa bagi beliau – Allahyarham ayahanda beliau, Tun Abdul Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922; bondanya, Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933; anak sulung beliau juga lahir pada 11 haribulan; dan UMNO diasaskan pada 11 Mei 1946.

Najib pula adalah Menteri Besar Pahang ke-11 dan bergelar Orang Kaya Indera Shah Bandar Ke-11.

Menurut laporan, beliau mempunyai kenderaan rasmi yang menggunakan nombor pendaftaran khas dengan angka 11. – BERNAMA



Source link

read more

Pemilik Facebook Pages Bersaiz Besar Kelak Perlu Melalui Pengesahan – Amanz


Pada hari ini, terdapat sejumlah Facebook Pages dengan angka pengikut yang ramai. Bergerak kehadapan, Facebook dilihat ingin mengurangkan angka pentadbir yang menggunakan akaun palsu untuk pengurusan Pages, selain mengurangkan perkongsian info palsu melalui platform berkenaan.

Untuk menjayakannya, Mark Zuckerberg kini mengatakan tidak lama lagi pemilik Facebook Pages yang bersaiz besar akan perlu disahkan terlebih dahulu. Sekiranya mereka gagal, maka seseorang pentadbir Pages berkenaan tidak dapat melakukan perkongsian melaluinya.

Buat masa ini, Mark Zuckerberg masih tidak mengumumkan lagi apakah angka yang dianggap “besar” berkenaan. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya dalam masa bulan-bulan akan datang.



Source link

read more

Tiga maut 30 cedera dirempuh van di Jerman



MUENSTER: Sekurang-kurangnya tiga maut manakala kira-kira 30 yang lain lagi cedera selepas sebuah van merempuh orang ramai di sebuah restoran di bandar Muenster, barat Jerman, pada Sabtu.

“Ada beberapa mayat (ditemui),” kata jurucakap polis sambil memaklumkan pemandu kenderaan berkenaan turut menembak mati dirinya sendiri.

Van tersebut dipercayai merempuh orang ramai yang sedang duduk di meja luar restoran Grosser Kiepenkerl, yang dikatakan popular di kalangan pelancong.

Menurut polis, siasatan juga masih dijalankan untuk menentukan sama ada ia adalah serangan pengganas atau tidak.



Source link

read more