Skuad hoki raih tiga mata berharga – Hoki


GOLD COAST 7 April – Skuad hoki lelaki negara bangkit merebut tiga mata pertama apabila menang 3-0 keatas Wales dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, hari ini.

Ternyata kekalahan pada aksi pembukaan kepada England tidak mematahkan semangat skuad bimbingan jurulatih Stephen Van Huizen untuk menjaringkan tiga gol dalam perlawanan di Stadium Hoki Gold Coast, pagi tadi.

Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Fitri Saari melalui pukulan penalti stroke pada minit ke-19, Joel Van Huizen (min. 36 pc) dan Faizal Saari (min. 55).

Malaysia yang berada dikedudukan ke-12 dunia akan bertemu pasukan keenam dunia, India dan Pakistan (no. 13) pada 10 dan 11 April ini. – BERNAMA



Source link

read more

Pengundian PRU-14 pada 1 Mei? – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 7 April – Setelah teka-teki tarikh pembubaran Parlimen terjawab, penganalisis politik kini meramalkan bahawa pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan diadakan antara 29 April dan 1 Mei.

Pakar Strategis Geopolitik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Madya Dr. Azmi Hassan berkata, purata tempoh yang diambil oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjalankan pilihan raya, berdasarkan PRU yang lepas ialah 25 hari dari tarikh kuatkuasa pembubaran Parlimen.

“Saya jangka tempoh 25 hari itu adalah jangkaan terbaik untuk menjalankan hari pengundian. Tidak akan sampai kepada bulan Ramadan. Ini setelah mengambil kira tempoh minimum berkempen selama 11 hari,” katanya kepada ketika dihubungi di sini semalam.

Susulan pembubaran Parlimen berkuat kuasa 7 April maka mengikut tempoh purata 25 hari yang dicadangkan oleh Azmi, tarikh pengundian akan jatuh pada 1 Mei, iaitu Hari Pekerja yang juga merupakan cuti umum.

“Tidak menjadi masalah jika hari pengundian itu dijalankan pada hari cuti umum. Malah lebih baik kerana akan memberi lebih peluang kepada pengundi untuk keluar mengundi.

“Keadaan ini juga bersesuaian dengan sentimen masyarakat yang dilihat sedang berkobar-kobar untuk mengundi, terutama dikalangan 1.6 juta pengundi baharu. Saya menjangka peratusan rakyat keluar mengundi pada PRU14 akan melebihi 80 peratus,” jelasnya.

Bagi Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak, penamaan calon kebiasaannya akan dijalankan dalam tempoh 10 hingga 14 hari dari tarikh Parlimen dibubarkan, yang mana akan jatuh pada 20 April.

Katanya, tempoh tersebut dirasakan bersesuaian untuk parti-parti politik memuktamadkan pemilihan calon dan memberi peluang kepada calon yang akan bertanding untuk membuat persiapan.

“Selesai penamaan calon, saya menjangka hari mengundi akan diadakan dalam tempoh 10 hingga 11 hari selepas penamaan calon dan tarikh itu akan jatuh pada 29 atau 30 April. Saya yakin SPR dapat selesaikan keseluruhan proses pilihan raya dalam masa sebulan,” katanya.

Prof. Dr. Sivamurugan Pandian membuat ramalan yang sama sambil berkata, beliau menjangka tempoh minimum berkempen ialah selama 11 hari kerana percaya semua parti politik telah bekempen sejak 2013, iaitu tahun Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan.

“Mereka tidak pernah berhenti berkempen. Semakin lama (hari berkempen), lebih banyak isu akan dibangkitkan. Mengenai hari penamaan calon, ia akan diadakan dengan mengambil masa 10 hingga 14 hari selepas pembubaran Parlimen,” kata Ahli Sosiologi Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM).

Ramalan para penganalisis politik tanah air mungkin melegakan banyak pihak apabila masing-masing menjangkakan PRU-14 akan dijalankan sebelum Ramadan, yang dijangka bermula pada 17 Mei ini. – BERNAMA



Source link

read more

Shah Firdaus mara ke suku akhir – Berbasikal


GOLD COAST 7 April – Muhammad Shah Firdaus Sahrom mencipta kejutan apabila menewaskan juara dunia, Matt Glaetzer untuk mara ke suku akhir acara pecut lumba basikal trek di Velodroma Anna Meares, Brisbane sebentar tadi.



SHAH FIRDAUS

SHAH FIRDAUS

Pelumba dari Johor itu menamatkan perlumbaan dalam masa 10.696 saat setelah memintas Glaetzer, yang memenangi acara keirin semalam untuk berada 0.024 saat di hadapan pelumba Australia itu dalam peringkat saringan lapan terbaik.

Peringkat lapan terbaik hanya mempertaruhkan satu persaingan dan perlumbaan akan berlangsung dua kali apabila memasuki peringkat suku akhir. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

APEK KIT SIANG MENGAMUK BILA “ROKET” DIABAIKAN!!! ~ SEMUT HITAM


Ketua Parlimen DAPigs, Lim Kit Siang, mengakui marah apabila logo parti itu yang sudah berusia 50 tahun, tidak akan digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Kit Siang mengakui berasa kecewa dan marah dengan keputusan menggunakan logo bersama berbanding penggunaan logo Roket sebelum ini bagi mewakili parti itu yang diguna pakai sejak 50 tahun lalu.

“Bukan saja ada ahli DAP yang marah dengan keputusan itu, saya juga marah tetapi kita akan ikut logo yang diumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad di Pasir Gudang malam ini,” katanya.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, sebelum ini mengumumkan persetujuan menggunakan satu lambang yang dipersetujui semua parti dalam PH bagi PRU-14.

Keputusan terbabit diambil selepas kegagalan PH didaftar sebagai pakatan untuk bertanding dalam PRU14 gara – gara kegagalan PPBM untuk menyerahkan dokumen yang dikehendaki oleh RoS.

Dari satu sudut, tindakan Pakatan memilih logo PKR dan mengenepikan logo Roket yang mewakili DAPigs turut dianggap sebagai satu Penghinaan serta memberikan gambaran seolah – olah Tun Mahathir berjaya menundukkan Lim Kit Siang. Itu pasal la Apek tu marah!!!




Source link

read more

[VIDEO] Felda belum pasti milik bumiputera jika Pakatan Harapan memerintah – Nasional


SHAH ALAM 7 April – Tiada jaminan Felda akan kekal untuk bumiputera sekiranya pemerintahan negara dikuasai oleh parti lain selain Barisan Nasional (BN).


Presiden Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF), Tan Sri Rozali Ismail berkata, kepimpinan BN di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa memberikan komitmen kuat dalam membantu Felda. 


Sehubungan itu katanya, GWGF yang mewakili 14 pertubuhan yang terdiri daripada 600,000 peneroka Felda sebulat suara menyokong penuh BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).


“Kerajaan diterajui UMNO dan BN telah banyak berjasa kepada masyarakat Felda dan generasi baru Felda sejak penubuhan Felda pada 1956 hingga kini.


“Justeru, kita akan menggembeling tenaga dan berkerja kuat dalam memastikan kemenangan UMNO dan BN di seluruh tanah rancangan Felda di seluruh negara pada PRU-14,” katanya pada sidang akhbar khas GWGF di Wisma Rozali sebentar tadi.


Tegasnya lagi adalah tidak adil sekiranya masyarakat Felda menukar sokongan kepada parti lain setelah BN berjaya merubah kehidupan mereka ke arah lebih baik.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Mobile JPN kemas kini pengenalan Orang Asli – Nasional


KUANTAN 7 April – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli ( JAKOA) Pahang hari ini mengadakan

program Mobile Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) di sekitar Kampung Kuala Sat, Ulu Tembeling, Jerantut, dekat sini.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, program itu bertujuan mendekati dan membantu masyarakat Orang Asli untuk

mengemas kini dokumen pengenalan.

Mohammad Razin berkata, antara perkhidmatan yang disediakan melalui program menyantuni masyarakat kawasan pedalaman dan luar bandar itu

termasuk permohonan MyKad dan sijil kelahiran.

“Seramai 30 kakitangan kumpulan Mobile JPN turun padang di tiga perkampungan Orang Asli di Jerantut iaitu Kampung Sungai Keniam, Kampung

Sungai Sat dan Kampung Sungai Kucing.

“Kami memahami cabaran yang dilalui masyarakat Orang Asli untuk ke pejabat JPN. Kehadiran kami diharap dapat mengurangkan kesukaran mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan gantian MyKad dan sijil daftar lewat kelahiran Orang Asli di Kampung Kuala Sat.

Yang turut hadir Pengarah JPN Negeri Pahang, Juzilawati Kamarudin dan Pengarah JAKOA Pahang, Johari Alwi. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pemburuan haram Salman Khan dibebaskan sementara tunggu rayuan



NEW DELHI: Bintang Bollywood, Salman Khan yang dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana didapati bersalah terlibat dalam aktiviti pemburuan haram, telah dibebaskan oleh mahkamah dengan ikat jamin sementara rayuan untuk kesnya dibuat.

Aktor terkenal itu akan dibebaskan selepas dua hari menjalani hukuman penjara, kata peguamnya, Mahesh Bora.

Dia juga tidak dibenarkan meninggalkan negara tanpa izin mahkamah, kata Mahipal Bishnoi, seorang peguam untuk masyarakat Bishnoi.

Salman, 52 tahun, didapati bersalah atas pertuduhan terlibat aktiviti pemburuan haram sejak tahun 1998 oleh sebuah mahkamah di Rajasthan, pada Khamis.

Reuters melaporkan, kes dan dakwaan tersebut disifatkan mampu menjejaskan kerjaya Salman sebagai salah seorang daripada aktor popular di India.

Salman didapati bersalah melanggar undang-undang hidupan liar negara itu apabila memburu antelop jenis blackbuck, iaitu haiwan yang tergolong dalam kumpulan rusa.

BACA: Salman Khan didapati bersalah terlibat kes pemburuan haram

Atas kesalahan memburu dan membunuh spesies terancam itu, aktor itu kini berdepan hukuman lima tahun penjara.

Ini bukan kali pertama Salman berdepan dengan kes undang-undang. Pada 2015, Mahkamah Tinggi Mumbai membatalkan sabitan kes langgar lari yang melibatkan aktor tersebut.

Salman Khan adalah antara selebriti ternama India yang berjaya menjana keuntungan besar industri menerusi filem-filem lakonannya yang sering melepasi tahap box-office di negara itu.



Source link

read more

Bersama BN, Hebatkan Negaraku! | NajibRazak.com



7 April, 2018


Alhamdulillah, hari ini di Axiata Arena Bukit Jalil, tercatat satu lagi peristiwa dalam sejarah negara, terlancarnya sebuah dokumen yang akan menjadi asas kepada perencanaan masa hadapan Malaysia di bawah kepimpinan Barisan Nasional.

5 tahun dulu, Barisan Nasional membawa tema “Menepati Harapan, Menunaikan Janji”, dan kita menepati setiap satu daripada harapan dan janji tersebut dengan pencapaian 99.4 peratus, angka yang amat boleh dibanggakan.

Kali ini, kita menawarkan bukan sahaja kesinambungan kepada segala apa yang kita telah capai sebagai sebuah negara, tetapi lebih daripada itu kita kini di persimpangan mencapai cita-cita malah menjadi lebih hebat dan berjaya lagi!

Manifesto ini direncanakan bukan untuk mengejar undi, bukan untuk menabur gula-gula, bukan harapan palsu, bukan juga janji populis. Sebaliknya, Barisan Nasional sentiasa mendahulukan rakyat dan meletakkan kepentingan negara sebagai asas utama.

Segala apa yang disenaraikan ini mampu dicapai, boleh dilaksanakan, dan akan memastikan negara terus membangun, lebih maju dan berjaya.

Setiap pelusuk tanah air, dari Perlis ke Johor, Sabah dan Sarawak, tiada mana-mana kawasan walau jauh di ceruk mana sekalipun akan ketinggalan.

Setiap lapisan masyarakat, tanpa mengira agama, kaum, kepercayaan, taraf pendidikan atau latar belakang, tiada sesiapa pun yang akan terlepas pandang.

Lebih 60 tahun lamanya Barisan Nasional telah membawa Malaysia maju, tapak demi tapak sehingga kita kini terkenal serata dunia sebagai negara Islam contoh, negara yang aman dan harmoni, lokasi tumpuan pelancong dan juga pelabur.

Kali ini, saya sebagai Pengerusi Barisan Nasional, mengajak anda semua untuk membaca dan meneliti Manifesto ini, setiap perkataan, ayat, kategori serta janji yang tercatat di dalamnya ditulis dengan penuh perasaan tekad, cinta dan komited untuk berkhidmat kepada rakyat dan berbakti untuk #Negaraku.

Maklumkanlah kepada keluarga dan sahabat handai mengenai segala apa yang tertulis di dalam Manifesto ini, mengenai segala apa yang mampu kita capai bersama sekiranya Barisan Nasional terus diberi kepercayaan membawa Malaysia ke hadapan.

Kerana sesungguhnya Bersama BN, kita mampu Hebatkan Negaraku!



Source link

read more

DUN Pahang diibubarkan hari ini – Nasional


PEKAN 7 April – Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang berkuat kuasa hari ini.

Baginda mengisytiharkan pembubaran itu pada pukul 12.30 tengah hari selepas menerima watikah daripada Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Adnan menyerahkan watikah pengisytiharan DUN bagi memohon perkenan baginda selepas Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar di sini.

Pembubaran DUN Pahang menjadi tradisi sejurus pembubaran Parlimen seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Facebook Live Menyambut Ulang Tahun Ke-2 – Melangkaui 3.5 Bilion Siaran Sejak Dilancarkan – Amanz


Facebook sedia mempunyai ciri perkongsian siaran video langsung melalui platform mereka sejak 2016 yang lepas. Terkini, Facebook menyambut ulang-tahun ke-2 ciri berkenaan, dan mengumumkan hampir kesemua pengguna pada Facebook pernah menonton siaran Facebook Live.

Pada masa yang sama, Facebook turut mengatakan sejak 2016 yang lepas, lebih 3.5 bilion siaran telah ditonton oleh pengguna, dan ia memperlihatkan peningkatan berganda dari tahun ke tahun.

Dengan populariti Facebook Live ini, kita akan dapat melihat gergasi laman sosial ini terus memberikan perhatian serius ke arena berkenaan – selain memperluaskan melalui beberapa kategori baru seperti dalam arena permainan video dan juga Stories.

Bagi anda sendiri, pernahkah anda melakukan sebarang penstriman Facebook Live?



Source link

read more