Singapura mahu kenduri kahwin Melayu disenarai sebagai warisan budaya UNESCO



SINGAPURA: Butiran awal elemen warisan budaya tidak ketara Singapura telah didedahkan kepada umum, dan senarai 50 elemen itu termasuk kenduri kahwin Melayu, tarian klasik India, xinyao dan budaya penjaja jalanan.

Portal berita Channel NewsAsia melaporkan, senarai itu adalah ‘langkah penting’ demi memastikan elemen Singapura diterima masuk ke dalam senarai warisan budaya tidak ketara UNESCO, ujar Menteri Kebudayaan, Komuniti dan Belia republik itu, Grace Fu, pada Sabtu.

Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) memerlukan negara-negara pemohon mencipta inventori elemen warisan budaya tidak ketara, dan perlu memastikan permohonan itu sesuatu yang popular dan dipersetujui ramai.

Semua 50 elemen itu dihimpunkan dalam enam kategori, dengan lima daripadanya adalah berdasarkan kategori warisan tidak ketara UNESCO.

Kategori itu adalah tradisi dan ekspresi lisan; seni persembahan; amalan sosial, ritual dan acara keraian; ilmu dan amalan tentang alam sekitar dan semesta; dan pertukangan tradisional. Kategori keenam mengenai warisan makanan dikhususkan kepada budaya makanan Singapura.

Antara warisan tidak ketara lain yang tersenarai adalah kemahiran pembuatan ceongsam, songkok, kesenian manik kaum Peranakan, dondang sayang Peranakan, wushu, silambam serta perayaan penting setiap kaum dan agama.

Meskipun sebahagian daripada elemen itu turut ditemui di negara-negara lain, inventori itu akan menekankan tentang kaedah ia diamalkan atau diekspresi di Singapura, iaitu menunjukkan bagaimana ia berevolusi dalam konteks tempatan.



Source link

read more

DUN Kelantan bubar hari ini – Nasional


KOTA BHARU 7 April – Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dibubarkan berkuat kuasa hari ini setelah mendapat perkenan Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra.


Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dalam sidang akhbar di sini hari ini.


“Saya mengisytiharkan DUN Kelantan dibubarkan secara rasmi hari ini setelah mendapat perkenan Pemangku Raja malam tadi.


“Kita kembalikan semula kuasa kepada seluruh rakyat untuk memilih kerajaan selepas ini,” katanya.


Ahmad dalam pada itu berkata, sepanjang mentadbir Kelantan, Pas berjaya menguruskan negeri dengan baik dan berharap rakyat terus memberi sokongan sama pada PRU-14. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

MAHA2018: Pantai Kuala Kertih tapak kekal usahawan wanita – Nasional


KEMAMAN 7 April – Pantai Kuala Kertih yang menjadi lokasi Road To MAHA 2018 dan Karnival Usahawanita 2018 bakal menjadi tapak kekal pusat jualan usahawan-usahawan wanita bukan sahaja untuk masyarakat Terengganu tetapi juga rakyat Malaysia.


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, cadangan itu akan menjadi sebahagian manifesto Parlimen Kemaman bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.


Jelas beliau, satu kerugian Pantai Kuala Kertih yang indah dan cantik yang dahulunya hanyalah hutan sebelum dibangunkan tidak digunakan sepenuhnya. 


“Pantai Kuala Kertih ini telah diuji berkali-kali sebagai tempat pengajuran pelbagai karnival. Saya cadangkan tempat ini tapak kekal usahawan wanita menjalankan kegiatan mingguan dan bulanan.


“Kita juga akan mengubah nama Pantai Kuala Kertih dengan nama yang sesuai. Ada yang ingin namanya ditukar menjadi Pantai Cinta Wanita, Pantai Citra Wanita dan ada mahu menamakannya Pantai Rhu sempenan pohon rhu yang memenuhi pantai ini. Kita akan fikirkan,” kata Ahmad Shabery.


Ahmad Shabery berkata demikian ketika berucap di majlis Karnival Usahawanita 2018 yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim di sini hari ini.


Karnival Usahawanita diadakan serentak dengan Road To MAHA 2018 yang bertemakan Segalanya Wanita.


Ahmad Shabery berkata, kementerian akan sentiasa mendahulukan kaum wanita kerana golongan itu terbukti menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara.-UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Khidmat veteran UMNO ditagih – Politik


PASIR MAS 7 April – Sokongan veteran UMNO terus ditagih pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bagi membantu jentera parti itu berkempen.


Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Senator Datuk Hanafi Mamat berkata, pengalaman yang dimilik oleh golongan tersebut amat membantu terutama dalam menggerakan kempen dalam kalangan ahli keluarga.


Menurutnya, veteran UMNO mempunyai anak dan cucu yang ramai sekaligus memudahkan proses penyampaikan maklumat dilakukan selain pengalaman luas dalam politik.


“Kita berterima kasih kepada golongan Veteran UMNO Kelantan yang sanggup mengerakkan kempen Keluargaku Pengundi Barisan Nasional (BN).


“Kita harap, apa yang dilakukan oleh golongan ini menjadi pembakar semangat kepada jentera parti untuk bekerja keras bagi memastikan Kelantan menjadi milik BN pada PRU-14 nanti,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas merasmikan pelancaran Keluargaku Pengundi BN peringkat Parlimen Pasir Mas.


Lebih, 1,000 veteran UMNO bahagian itu hadir pada program tersebut.


Yang turut hadir Pengerusi Veteran UMNO Kelantan Datuk Rozali Ishak.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Azroy, Aznil terima penghargaan Longines – Sukan


GOLD COAST 7 Apr. – Dua jaguh angkat berat negara Mohd. Azroy Hazalwafie Izhar Ahmad dan Muhamad Aznil Bidin masing-masing menerima penghargaan daripada penaja utama Sukan Komanwel 2018 hari ini atas pencapaian mereka memecahkan rekod.

Mereka menerima sijil penghargaan daripada Longines, pengeluar jam yang merupakan salah satu penaja utama temasya di Gold Coast ini dalam majlis ringkas.

Hazalwafie menerima penghargaan itu setelah merakamkan rekod baharu snatch (117kg) dan keseluruhan (261kg) dalam laluannya untuk memenangi pingat emas kelas 56kg manakala Aznil mencipta rekod baharu snatch (126) ketika mencipta kejutan dalam kelas 62kg.

Turut menerima penghargaan dalam majlis di Longines Record Club itu adalah perenang Thomas Hamer dari England yang memecahkan rekod dunia 200m gaya bebas dengan masa satu minit, 55.88 saat.-UTUSAN ONLINE



Source link

read more

[VIDEO] 5,000 terima sumbangan di Parlimen Bandar Tun Razak – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 7 April – Sebanyak 5,000 keluarga golongan berpendapatan rendah di Parlimen Bandar Tun Razak menerima sumbangan menerusi Program Merisik Khabar sejak diperkenalkan setahun lalu.

Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar berkata, sumbangan berupa barang-barang keperluan harian dan wang tunai itu diharap dapat meringankan beban golongan berkenaan.

“Melalui program ini kami bertanya khabar dan cuba mendekati masyarakat dengan menyelesaikan permasalahan yang ditanggung mereka.

“Misalnya pada hari ini kami memberi sumbangan kepada penghuni pangsapuri dengan mengecat semula dan membaik pulih kediaman penduduk,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan penutup program Merisik Khabar dan pelancaran Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sri Permaisuri di Pangsapuri Cheras 4E di sini.

Rizalman berkata, pembukaan PDM itu diharap akan memberi kemudahan pusat perkhidmatan setempat kepada penduduk sekitar kawasan berkenaan.

Selain itu katanya, pelancaran PDM itu juga membuktikan persediaan parti Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang.

“Jika BN berjaya merampas kembali Parlimen Bandar Tun Razak pada Pilihan Raya Umum Ke-14, taman permainan kanak-kanak di kawasan

perumahan ini akan berwajah baharu,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Doctor Appointment Mistakes You Keep Making


Getting to the appointment late

A young business woman checks time on her classic watch, she thinks about time management and corrects schedule in her diaryNikita Savostikov/ShutterstockYour doctor will have less time to spend with you if you can’t make it on time, according to the Cleveland Clinic. Make sure you have reliable transportation, know where the office is, and be sure to arrive about 15 minutes prior to your appointment so you can fill out the necessary paperwork. And be sure to let the front desk staff know you’ve arrived. “Doing so will give you plenty of time to check in and have your vitals (height, weight, blood pressure) taken before your appointment time,” according to the Cleveland Clinic experts.

Holding back info on how you’re feeling

Male physician talking to a patient during consultation at his office. Mature doctor explaining diagnosis to female patient.Jacob Lund/ShutterstockWhile you may find some symptoms uncomfortable to discuss, don’t be embarrassed or hesitant to bring up anything and everything. “Leaving out details or lying to your doctor can be bad for your health because it affects your care, so tell your doctor everything. Honesty is definitely the best policy—especially for your health,” according to the Cleveland Clinic. Here are some insider tips on finding a great doctor.

Not having a list of your medications

business, education and people concept - close up of female hands with papers, stickers and eyeglasses on tableSyda Productions/ShutterstockAlways bring a complete list of all the medications—and supplements—that you’re taking, advises Nesochi Okeke-Igbokwe, MD, MS, an internal medicine physician at NYU Langone Medical Center in New York. “This information becomes crucial for any doctor evaluating and treating a patient so that the provider can determine which medications are critical to continue, stop, or adjust. Especially when a patient requires initiation of a brand new medication, the doctor must know the thorough list of all medications to avoid prescribing anything that may cause dangerous interactions.”

To be more prepared: If you are unsure about your complete list of medications, you can always give your pharmacy a quick call prior to your doctor’s appointment to determine the medications that you have filled in the past, she says.

Not keeping track of any medication allergies

African american person holding a tactile mobile smartphone - Black peopleSamuel Borges Photography/ShutterstockIf you are unaware of your medication allergies, it becomes difficult for your physician to come up with an appropriate treatment plan for you, explains Dr. Okeke-Igbokwe. You can keep track, she says: “There are various downloadable apps that allow patients to keep track of such things as medication allergies, medication list, etc. Anytime you have a reaction to any medication, update and save your records.”

Content continues below ad

Leaving out parts of your medical history

Medical objectslenetstan/ShutterstockDr. Okeke-Igbokwe says sometimes patients do not fully disclose critical information about their medical history. When obtaining a history from a patient, there are certain questions about their social history that a doctor must routinely ask. “This includes questions about one’s drug history, sexual history, and family history. Sometimes patients do not divulge key information that their physician must be aware of because they may be embarrassed or even fear being judged,” she adds. “Patients should understand that their doctor needs all the important details of their history to be able to provide them with the best care possible.” Find out the other things your doctor is really thinking, but won’t say to your face.

Not bringing records from your previous physician

close up of male doctor holding x-ray or roentgen imageSyda Productions/ShutterstockKaushal Kulkarni, MD, a neuro-ophthalmologist in San Diego, CA, says one of the most prevalent mistakes he sees is patients arriving at a doctor’s appointment thinking that their previous doctor’s office has sent over their records. Another potentially risky issue is assuming a new doctor doesn’t need to hear your past diagnoses and will somehow figure everything out with the first visit. “The best advice I can give is to obtain your old records yourself, organize them chronologically, and hand-deliver them to your new doctor’s office,” he recommends. “If you have had an X-ray, CT scan, or MRI, get a copy of a CD with the actual images on it (not just the report) from the radiology department, and carry it with you to the new doctor’s office. Do not rely on another doctor’s office to fax, mail, email, call, or transfer your records for you. Chances are, they either won’t do it, or it will get lost.” Plan ahead and use these tips to make the most of your next doctor’s appointment.

Not bringing someone with you

Candid shot of positive young African man and Caucasian woman job candidates wearing formal clothes sitting in queue on chairs in waiting room for a long time, talking and amusing themselvesWAYHOME studio/ShutterstockNot everyone will need this, but if you feel like you’d like someone with you, bring a family member or friend. Patient advocate Teri Dreher, RN, of NShore Patient Advocates in Chicago, says it’s helpful to have someone else hear the diagnosis, the treatment, and the prognosis. “During the visit, your ‘health buddy’ can bring up what you may be reluctant or embarrassed to ask and take comprehensive notes,” Marie Savard, MD, told ABC News. “A health buddy is also indispensable after leaving the doctor’s office, helping you follow through on what the doctor advises.”

Being hesitant to ask questions

A patient at the doctor at the reception.David Tadevosian/ShutterstockIf something doesn’t make sense to you or the doctor uses a term you don’t understand, ask for clarification, says Dreher. Whether it’s confusion over medication, symptoms, or follow-up care at home, ask the doctor while you have her time so that you can leave with a sense of comfort. Ted Epperly, MD, a clinical professor of family medicine at the University of Washington School of Medicine told TIME: “Asking questions is one of the best ways to ensure you and your doctor are on the same page. And if your doctor doesn’t seem interested in answering, or you get a negative response, you need to find a new doctor.” Check out more medical tips doctors and nurses wish you knew.

Content continues below ad



Source link

read more

SPR terima pemakluman rasmi 4 DUN – Politik


PUTRAJAYA 7 April – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada empat negeri – Perlis, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata pemakluman itu diterima daripada Speaker DUN masing-masing.

“Pemakluman rasmi daripada negeri-negeri lain masih belum diterima walaupun ada pembubaran di beberapa negeri yang telah dilaporkan oleh media namun kami tidak menerima secara rasmi daripada Speaker DUN Negeri masing-masing,” katanya.


Bercakap pada sidang media bersempena Simulasi Bilik Gerakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 di ibu pejabat SPR di sini hari ini, Mohd Hashim berkata SPR akan menetapkan tarikh untuk mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh penting PRU selepas menerima semua pemakluman tersebut.

“Ini termasuklah tarikh Writ dan Notis Pilihan Raya, tarikh penamaan calon, hari pengundian awal, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dalam pilihan raya dan persiapan-persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya,” katanya.

Mohd Hashim berkata SPR semalam telah menerima sesalinan pengisytiharan pembubaran Parlimen ke-13 oleh Yang di-Pertuan Agong serta surat pemakluman rasmi yang sama daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat berkuat kuasa pada hari ini. 
- BERNAMA



Source link

read more

Sakit hati lamaran ditolak lelaki bunuh keluarga calon isterinya



GARA-GARA lamaran kahwinnya ditolak, seorang lelaki membunuh seluruh ahli keluarga calon isterinya.

Kejadian yang mengerikan itu berlaku di sebuah kampung di Tulasai, India, kira-kira dua minggu lalu.

Mayat kelima-lima ahli keluarga calon isterinya itu bagaimanapun hanya berjaya ditemui pihak polis dalam hutan yang tidak jauh dari kampung berkenaan pada 1 April lalu.

Menurut polis tempatan, mangsa yang terlibat ialah Ram Singh Sirka, isterinya Pano Kui, anak perempuan mereka iaitu Rambha Sirka, 17 tahun, dan dua anak lelaki, Kod Sirka, 12 tahun dan Sonia Sirka, lapan tahun.

Pihak polis turut berkata suspek utama pembunuhan ialah Topay Boypai, seorang penduduk kampung yang dihormati.

Topay sebelum ini menyatakan hasratnya untuk mengahwini anak Ram, namun lamarannya ditolak hingga menyebabkan hatinya terguris.

Pada pertengahan Mac lalu, ketika Ram sedang bekerja, suspek kembali ke kediaman Ram untuk membunuh isteri Ram serta ketiga-tiga anaknya.

Manakala Ram juga dibunuh ketika dia pulang ke rumah pada waktu malam oleh suspek dan lapan lagi rakannya.

Selepas polis menemui mayat keluarga terbabit, mereka menjalankan siasatan lalu memberkas suspek.

Polis tempatan, Sanjay Kumar mengatakan bahawa suspek mengaku terlibat dalam pembunuhan tersebut dan sedang memburu lapan lagi rakannya.



Source link

read more

[VIDEO] 18,425 petugas SPR di Kelantan – Nasional


KOTA BHARU 7 April – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah melantik seramai 18,425 petugas bagi mengendalikan proses Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di negeri ini.


Pengarah Pilihan Raya negeri, Fakhrul Razi Ab. Wahab berkata, kesemua petugas tersebut akan ditempatkan di 558 pusat mengundian termasuk 36 pusat pengundian awal.


Beliau berkata, mereka akan bertugas bagi memastikan kelancaran perjalanan PRU-14 di 14 kawasan Parlimen dan 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).


“SPR negeri telah membuat persediaan termasuk dari segi logistik membabitkan penyediaan helikopter bagi operasi pilihan raya di enam daerah mengundi di Gua Musang.

“Persiapan pilihan raya lancar, dan hari ini kita mengadakan simulasi ulangan untuk sistem penamaan calon dan sistem penjumlahan rasmi undi, “ katanya.


Beliau ditemui pada Program Simulasi Petugas Pilihan Raya di Bilik Gerakan PRU-14, Wisma Persekutuan di sini hari ini.


Berdasarkan statistik sehingga 30 Mac lalu iaitu selepas urusan kajian semula persempadanan terdapat lebih 1 juta pemilih berdaftar di negeri ini. -UTUSAN ONLINE



Source link

read more