Pungutan pingat Sukan Komanwel 2018 (8 April) – Sukan


BERIKUT pungutan pingat Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia hari ini (8 April 2018).

Hajat pasukan squasy negara untuk membawa pulang dua pingat emas acara individu tersekat apabila kedua-dua pemain lelaki dan wanita terkandas dalam laluan ke pusingan akhir.

Hasrat Datuk Nicol David untuk merangkul pingat emas selepas edisi 2010 di New Delhi dan 2014 di Glasgow disekat oleh pemain New Zealand, Joelle King 11-13, 5-11, 11-1, 5-11 dalam perlawanan yang berlangsung selama 39 minit di Oxenford Studios, Gold Coast.

Nicol jelas kecewa, namun masih menaruh harapan tinggi untuk menyumbang pingat untuk kontingen negara dalam penentuan gangsa, esok.

“Saya telah memberikan yang terbaik tetapi kadang-kadang terbaik itu tidak cukup untuk menang.

“Sudah tentu ia mengecewakan tetapi saya masih ada esok dalam perlawanan pingat gangsa. Saya akan fokus dan berharap dapat konsisten dan melakukan yang terbaik, ” tambahnya.

Terdahulu, dalam acara separuh akhir lelaki, Mohd. Nafiizwan Adnan, yang semalam membuat kejutan mengalahkan pilihan utama kejohanan, Nick Matthew dari England, gagal mengulangi pencapaiannya apabila tewas kepada seorang lagi pemain England, James Wilstrop 6-11, 10-12, 4-11 dalam perlawanan separuh akhir lelaki yang berlangsung selama 49 minit.

Esok, kedua-dua pemain negara ini akan beraksi di dalam perlawanan penentuan pingat gangsa, di mana Nicol akan menentang pemain Wales, Tesni Evans, manakala Nafiizwan akan bertemu Joel Makins, juga dari Wales.

Pasukan basikal trek negara turut mengecewakan pada hari terakhir sukan itu hari ini apabila pulang dengan tangan kosong tanpa memenangi sebarang pingat.

Bagi pasukan badminton negara, hasrat merangkul pingat emas acara berkumpulan hanya tinggal selangkah sahaja lagi apabila hari ini, mereka berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir setelah mengalahkan England 3-0 di Pusat Sukan Carrara.

Dalam perlawanan akhir esok, Malaysia akan menentang India pada pukul 3.30pm (waktu Malaysia). – UTUSAN ONLINE/BERNAMA

 















KEDUDUKAN NEGARA EMAS PERAK GANGSA JUMLAH
1 AUSTRALIA 31 25 28 84
2 ENGLAND 19 19 9 47
3 KANADA 7 15 10 32
4 INDIA 7 2 3 12
5 SCOTLAND 6 7 10 23
6 NEW ZEALAND 4 7 6 17
7 AFRIKA SELATAN 4 1 4 9
8 WALES 3 4 3 10
9 CYPRUS 2 0 2 4
10 MALAYSIA 2 0 1 3
           
* kedudukan kutipan 10 teratas
Sumber: results.gc2018.com



Source link

read more

Helikopter bomba terbangkan mayat dari Hutan Royal Belum – Nasional


GERIK 8 April – Mayat seorang lelaki yang maut semasa aktiviti ‘jungle trekking’ di Sungai Ketir, Hutan Royal Belum di sini selamat dikeluarkan dengan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Mangsa, Ahirazwin Abdul Ghani, 33, meninggal dunia setelah rebah semasa sedang berehat di sebatang pokok berhampiran lokasi perkhemahannya pada pukul 8.30 malam tadi.

Ahirazwin dari Semenyih itu berada di Hutan Royal Belum bersama 28 pemancing lain untuk menjalankan aktiviti memancing dari Kampung Sungai Kejar ke Sungai Karjang.

Dia yang berada dalam kumpulan kedua pemancing itu bagaimanapun terpaksa bermalam di Sungai Ketir memandangkan keadaan cuaca yang gelap dan hutan tebal.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Azizul Aswad Asaris berkata, mayat Ahirazwin telah dibawa keluar dari hutan tebal tersebut dan tiba di Lapangan Terbang Gerik pada pukul 3.33 petang.

Katanya, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 9.30 pagi dan bantuan helikopter bomba diperlukan memandangkan bentuk fizikal mangsa yang besar selain laluan yang curam dan sempit.

Menurutnya, bagi memudahkan urusan membawa keluar mangsa, sebuah pesawat Agusta AW139 dari Unit Udara JBPM Pengkalan Bertam telah berlepas pada pukul 1.21 petang dan tiba di Kem Sri Banding kira-kira 30 minit kemudian.

“Kapten pesawat dengan dibantu tiga orang anak kapal telah memulakan operasi ke Sungai Ketir. Teknik ‘winching’ telah dilakukan kerana tiada lokasi sesuai untuk pendaratan.

“Mangsa yang berjaya dikeluarkan dari hutan tebal itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 3.45 petang,” katanya.-UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Laman web Nadi Rakyat Malaysia dilancarkan bantu masyarakat India – Politik


KUALA LUMPUR 8 April – Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia hari ini melancarkan laman web pertubuhan itu sebagai pusat sehenti dalam membantu masyarakat India.

Laman web yang mempunyai pelbagai ciri untuk membantu segala permasalahan masyarakat India baik dari segi kesihatan, pendidikan, pekerjaaan dan perkhidmatan lain tersebut dilancarkan sempena Karnival My Wangsa Maju di sini malam ini.

Acara itu dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Dr. Shafie Abdullah.

Yang turut hadir, Penasihat pertubuhan itu, Datuk B. Anbumani dan Pengerusinya, P. Alagan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Lebih 20,000 hadir Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau – Nasional


TAWAU 8 April – Lebih 20,000 penduduk Tawau berkumpul di Dataran Majlis Perbandaran Tawau di sini malam ini bagi memeriahkan majlis penutupan Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Festival yang diadakan kali ketujuh dan diilhamkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Allahyarham Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan itu disertai oleh lebih 20 etnik di daerah itu yang memperagakan seni tarian dilengkapi dengan pakaian tradisional sambil diiringi alunan muzik asli masing-masing.

Najib dalam ucapan perasmiannya berkata, festival berkenaan mencerminkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negata ini yang hidup aaman damai sejak merdeka.

Beliau berkata, keamanan yang dikecapi melalui dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini membolehkan rakyat di seluruh negara terutama Sabah hidup aman makmur sambil saling berkongsi amalan dan budaya yang berbeza.

“Festival ini mencerminkan dua dimensi atau unsur yang boleh dibanggakan seluruh rakyat iaitu yang pertama kepelbagaian budaya dan keistimewaan setiap rakyat Sabah kerana di sini terdaoat 35 etnik secara rasmi dan 217 subetnik.

“Festival ini juga mencerminkan kepesatan industri pelancongan Sabah yang berjaya mengutip hasil RM8.3 bilion melalui kedatangan pelancong pada tahun lalu iaitu peningkatan ketara berbanding RM7.25 bilion tahun 2016,” katanya.

Yang turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman dan isteri, Puan Sri Faridah Tussin; Ahli Parlimen Tawau, Datuk Mary Yap Kain Ching; ADUN Balung, Datuk Syed Abas Syed Ali dan Naib Ketua UMNO Bahagian Tawau, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.



Source link

read more

Bayi lahir dengan kalimah Allah di dahi



KALIMANTAN: Setiap pasangan berkahwin pasti merasa bahagia dan bersyukur saat dikurniakan cahaya mata, apatah lagi jika bayi itu dilahirkan dengan kalimah Allah tertulis di dahinya.

Pasangan Saiful dan Dewi Agustina dikurniakan bayi istimewa itu pada 3 April lalu dan gambarnya menjadi tular setelah dimuat naik di akaun seorang pengguna Facebook, Yuni Rusmini.

Meskipun hanya mengetahui dirinya hamil pada usia kandungan sudah mencecah lima bulan, bayi yang dilahirkan menerusi pembedahan itu berada dalam keadaan sihat.

Menurut Ketua kampung Desa Ambahai yang juga bekas guru sekolah Dewi, wanita itu seorang pelajar yang pendiam dan sabar serta tidak pernah menimbulkan masalah.

Walaupun hidup susah dengan sekadar mencari rezeki sebagai nelayan, Saiful dan Dewi dikenali sebagai orang yang sabar serta aktif dalam kegiatan kemasyarakatan.



Source link

read more

Sabotaj bendera BN tingkah laku ketinggalan zaman – Nasional


KUALA LUMPUR 8 April – Tindakan segelintir rakyat yang bersikap agresif dengan mengoyakkan dan membuang bendera Barisan Nasional (BN) disifatkan sebagai perbuatan kurang bijak dan ketinggalan zaman apatah lagi Malaysia sedang berada dalam landasan terbaik menjadi sebuah negara maju.

Tokoh bahasa dan budaya, Dr. Lim Swee Tin berkata, masyarakat seharusnya lebih bijak dan matang dalam berpolitik serta tidak menggunakan emosi semata-mata.

Jelas beliau, perbuatan sedemikian sewajarnya dikeji oleh semua golongan tidak kira penyokong mana-mana parti sekali pun kerana tindakan tersebut jelas tidak melambangkan budaya masyarakat negara yang bersopan-santun.

“Masyarakat perlu bertindak dengan lebih matang kerana kita bukan pertama kali menghadapi pilihan raya umum. Ini merupakan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) negara sejak kita merdeka.

“Budaya perbalahan agresif seperti ini sudah ketinggalan zaman, kita harus bergerak ke hadapan dan bersikaplah seperti rakyat di negara maju. Sekiranya tindak-tanduk kita tak mencerminkan kita matang, maka kita akan berasa sangat kesal dengan perlakuan sedemikian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Media sosial hari ini digemparkan dengan sebuah video tular yang memaparkan tindakan seorang individu mencabut dan mengoyakkan bendera BN.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail pada pukul 4 petang semalam itu disifatkan sebagai provokasi awal bagi mencetuskan huru-hara menjelang PRU-14.

Video berdurasi 42 saat yang turut dikongsikan oleh sebuah akaun Facebook menerima hampir 20,000 tontonan, 649 perkongsian dan 229 komen setelah lapan jam dimuat naik.

Mengulas lanjut, Swee Tin berkata, perbuatan sedemikian sepatutnya dihentikan serta-merta memandangkan ia boleh memberi impak lebih buruk kepada masyarakat.

“Politik pada hari ini ialah tentang kebijaksanaan pemimpin dan sesebuah parti mentadbir negara untuk membawa Malaysia ke arah era yang lebih maju pada masa akan datang, bukannya politik kebencian seperti ini,” ujar beliau. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Empat garis panduan rakyat sebelum mengundi – Politik


TAWAU 8 April – Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan empat perkara yang perlu dipertimbangkan oleh setiap rakyat sebelum menunaikan tanggungjawab mereka memilih kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Perdana Menteri berkata, perkara pertama ialah rakyat perlu menilai siapakah yang selama ini telah terbukti mampu menjaga keharmonian negara sejak merdeka meskipun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa.

Beliau berkata, hubungan serasi antara setiap kaum di negara ini tercapai kerana kerja keras kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui dasar yang berkesan sehingga mewujudkan satu ikatan toleransi antara rakyat yang mempunyai budaya berbeza.

“Kedua, siapa yang akan menentukan kestabilan negara kerana kestabilan ini adalah punca kita boleh buat apa sahaja untuk rakyat, tanpa kestabilan politik mana mungkin ada hubungan baik ini serta tidak mungkin ada kerjasama baik antara Kerajaan Pusat dan negeri selama ini.

“Bila kita berdepan pilihan raya, fikirlah siapa yang dapat memberi faedah kepada kita untuk mencapai impian, cita-cita dan kehendak kita,” katanya ketika merasmikan majlis penutupan Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau di dataran Majlis Perbandaran Tawau di sini malam ini.

Yang turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman dan isteri, Puan Sri Faridah Tussin; Ahli Parlimen Tawau, Datuk Mary Yap Kain Ching; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung, Datuk Syed Abas Syed Ali dan Naib Ketua UMNO Bahagian Tawau, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Perdana Menteri berkata, perkara ketiga ialah rakyat mesti menilai siapa yang mampu menjaga keamanan negara terutama di pantai timur Sabah daripada ancaman asing dan jenayah rentas sempadan.

“Saya sebagai pemimpin sentiasa memberikan komitmen untuk terus menjaga keamanan di pantai timur Sabah, saya akan terus pertahankan rakyat Sabah dan setiap inci bumi Sabah,” katanya.

Menurut Najib, kemajuan ekonomi dan keupayaan serta kesungguhan kerajaan untuk berkongsi kek kekayaan ekonomi kepada rakyat adalah perkara keempat yang perlu dipertimbangkan demi memastikan rakyat dapat hidup aman dan selesa sepanjang masa.

Jelas beliau, bagi mencapai perkara itu, kerajaan BN pimpinannya telah membuat dasar bahawa setiap hasil negara tidak perlu disimpan sebaliknya diagihkan kepada rakyat yang memerlukan iaitu melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan ditambah serta pelbagai lagi bantuan lain.

“Falsafah saya sebagai ketua kerajaan ialah kalau hasil bertambah kita mesti agih kepada rakyat, mesti bantu rakyat sebab itu bila punca pendapatan bertambah dengan pengurusan kewangan cekap hasil kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST), cukai individu dan syarikat, saya cakap jangan simpan tetapi beri pada rakyat.

“Mudah-mudahan ini akan beri keceriaan kepada rakyat kerana sebagai pemimpin saya selalu sebut, kita mesti rasa denyut nadi rakyat, kita mesti bantu rakyat dan inilah komitmen BN iaitu tunaikan janji untuk rakyat,” tambahnya.



Source link

read more

Neelofa, Khai dominasi Anugerah MeleTOP Era 2018 – Hiburan


KUALA LUMPUR 8 April – Hos utama program hiburan MeleTOP, Neelofa berjaya merangkul empat buah trofi pada majlis Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME 2018) yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil, di sini hari ini.

Mula diumumkan sebagai pemenang Fesyen Meletop, Neelofa sekali lagi naik ke pentas untuk menerima trofi Pelakon TV Meletop di samping drama lakonannya, Red Velvet menang kategori Drama Meletop.

Sementara itu, menepati ramalan, penangan lagu berhantu Bayang membolehkan penyanyi remaja, Khai Bahar unggul mendominasi kategori Penyanyi Meletop dan Lagu Meletop.

Malah, kedua-dua selebriti itu turut membolot trofi utama, Top Top Meletop AME 2018 bagi kategori lelaki dan wanita.

Biarpun tidak hadir, Nur Fazura tetap unggul memenangi dua trofi menerusi filem pecah panggung lakonannya, J Revolusi yang melayakkannya memenangi Bintang Filem Meletop dan Filem Meletop.

Tidak ketinggalan, Nabil Ahmad dipilih sebagai Hos Meletop, merampas takhta milik pasangan pengacaranya, Neelofa yang memenangi edisi terdahulu.

Sementara itu, heroin siri Titian Cinta, Farah Nabilah membuktikan populariti drama rantaian tersebut memberi kelebihan kepadanya untuk unggul sebagai Artis Baharu Meletop.

Dalam pada itu, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan regu duetnya, Faizal Tahir menang kategori Duo Meletop menerusi lagu nyanyian mereka, Dirgahayu.

Bagi segmen Anugerah Khas, personaliti RTM, Datuk Harjit Singh Hullon diberi penghargaan atas baktinya selaku penyampai berita paling lama berkhidmat dalam dunia penyiaran tanah air.

Antara pemenang lain ialah Arif Jiwa Asyraf (Si Cilik Meletop), Johan (Penyampai Radio Meletop) dan Zizan Razak (Artis Lawak Meletop). – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Trump kecam serangan gas klorin di Syria – Luar Negara


WASHINGTON 9 April – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menegaskan kerajaan Syria bakal berdepan akibat buruk berikutan serangan gas klorin yang membunuh puluhan penduduk di pekan Douma.

Trump menerusi akaun Twitternya, menyifatkan serangan itu sebagai tindakan tidak berperikemanusiaan dan turut menggelar Presiden Syria, Bashar al-Assad sebagai binatang.

“Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Iran bertanggungjawab menyokong haiwan Bashar. Akan ada harga yang mahal untuk dibayar.

“Ramai yang mati, termasuk wanita dan kanak-kanak dalam serangan kejam di Syria. Kawasan itu berada dalam keadaan terkurung dan dikelilingi oleh tentera Syria hingga tidak dapat diakses oleh dunia luar,” katanya.-AFP



Source link

read more

UMNO Padang Rengas mahu Zambry kekal MB Perak – Politik


PADANG RENGAS 8 April – UMNO Bahagian Padang Rengas mahu Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dikekalkan sebagai Menteri Besar Perak jika Barisan Nasional (BN) menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketuanya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pihaknya tidak rela orang lain selain Zambry menerajui kerajaan negeri.

Katanya, untuk itu UMNO Bahagian Padang Rengas akan memastikan kemenangan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Padang Rengas iaitu Chenderoh dan Lubuk Merbau untuk membentuk kerajaan negeri.

“Selepas PRU-14, maka pada petang hari pemilihan kita mahu berkumandang diumumkan kerajaan yang akan ditubuh dan kemenangan itu adalah kepada BN. Ketika itu kita mahu Zambry menjadi Menteri Besar, kita tidak mahu orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian Karnival Pelancongan dan Dewan Millenium Lubuk Merbau di sini hari ini.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more