TAWAU 8 April – Lebih 20,000 penduduk Tawau berkumpul di Dataran Majlis Perbandaran Tawau di sini malam ini bagi memeriahkan majlis penutupan Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Festival yang diadakan kali ketujuh dan diilhamkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Allahyarham Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan itu disertai oleh lebih 20 etnik di daerah itu yang memperagakan seni tarian dilengkapi dengan pakaian tradisional sambil diiringi alunan muzik asli masing-masing.

Najib dalam ucapan perasmiannya berkata, festival berkenaan mencerminkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negata ini yang hidup aaman damai sejak merdeka.

Beliau berkata, keamanan yang dikecapi melalui dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini membolehkan rakyat di seluruh negara terutama Sabah hidup aman makmur sambil saling berkongsi amalan dan budaya yang berbeza.

“Festival ini mencerminkan dua dimensi atau unsur yang boleh dibanggakan seluruh rakyat iaitu yang pertama kepelbagaian budaya dan keistimewaan setiap rakyat Sabah kerana di sini terdaoat 35 etnik secara rasmi dan 217 subetnik.

“Festival ini juga mencerminkan kepesatan industri pelancongan Sabah yang berjaya mengutip hasil RM8.3 bilion melalui kedatangan pelancong pada tahun lalu iaitu peningkatan ketara berbanding RM7.25 bilion tahun 2016,” katanya.

Yang turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman dan isteri, Puan Sri Faridah Tussin; Ahli Parlimen Tawau, Datuk Mary Yap Kain Ching; ADUN Balung, Datuk Syed Abas Syed Ali dan Naib Ketua UMNO Bahagian Tawau, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

%d bloggers like this: