[VIDEO] Zaidatul mara ke separuh akhir acara pecut – Sukan


GOLD COAST 8 April – Atlet olahraga negara, Zaidatul Husniah Zulkifli membuktikan keupayaannya dengan layak ke pusingan separuh akhir acara 100m pecut wanita Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia, hari ini.



Video MEDIA SOSIAL

Lebih manis, kejayaan Zaidatul Husniah itu dilakukan selepas 20 tahun tiada atlet negara yang mampu berbuat demikian. Kali terakhir atlet negara layak ke separuh akhir acara itu adalah pada Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur melalui G. Shanti.

Zaidatul, 25, mencatatkan masa 11.64s untuk tempat ketiga dalam saringan kelima di Stadium Carrara, sebentar tadi.

Pusingan separuh akhir akan berlangsung petang ini, dan Zaidatul akan berlari pada saringan ketiga yang dijangkakan bermula pada pukul 3.15 petang (waktu Malaysia).

Situasi berbeza buat Khairul Hafiz Jantan apabila dia tersingkir daripada acara 100m pecut lelaki setelah menduduki tempat keempat dalam pusingan pertama.

Atlet dari Melaka itu yang berlari di lorong kedua menamatkan persaingan dengan masa 10.50 saat. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Xiaomi Redmi Note 5 Akan Dilancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi – Amanz


Xiaomi Malaysia nampaknya mungkin melancarkan Redmi Note 5 untuk pasaran tempatan tidak lama lagi. Terkini, peranti berkenaan dengan angka model M1803E7SG telah pun melepasi pengesahan pihak Sirim.

Seperti ramai sedia maklum, sebelum ini Redmi Note 5 pada awalnya telah dilancarkan di India yang mana merupakan variasi Redmi 5 Plus. Untuk pasaran tempatan, kita mungkin melihat penawaran seumpama di China, iaitu versi Redmi Note 5 Pro di India yang dikenali Redmi Note 5 di China.

Redmi Note 5 ini hadir dengan skrin 5.99-inci menggunakan nisbah 18:9, cip Snapdragon 636, memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 64GB. Ia juga dilengkapi bateri 4000mAh.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan dwi-kamera belakang 12MP + 5MP, selain kamera hadapan 13-megapixel.

Di Malaysia, Redmi Note 5 ini dijangka diperkenalkan sekitar penghujung bulan ini. Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenainya daripada Xiaomi Malaysia dalam masa terdekat ini.



Source link

read more

Atlet menembak kandas di pusingan kelayakan – Sukan


GOLD COAST 8 April – Kontinjen Malaysia menamatkan persaingan hari pertama pertandingan menembak Sukan Komanwel 2018 dengan mengecewakan apabila Muhammad Ezuan Nasir Khan dan Bibiana Ng gagal menempah tiket ke pusingan seterusnya.

Dalam acara raifal angin 10m yang diadakan di Pusat Menembak Belmont, Brisbane, Muhammad Ezuan hanya mampu mengutip 614.3 mata, hanya kekurangan 0.5 mata berbanding penembak England, Dean Bale yang mengisi tempat kelapan iaitu slot terakhir untuk ke pusingan seterusnya.

Sementara itu, Bibiana sekadar mengumpul 370 mata dalam peringkat saringan pistol angin 10m wanita untuk berada di tempat ke-11 daripada 25 peserta. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

PKR khianati perjuangan ahli – Politik


KUALA LUMPUR 8 April – Ahli-ahli PKR seharusnya sedar bahawa mereka sebenarnya telah dikhianati secara terang-terangan oleh barisan kepemimpinan tertinggi parti itu sebaik sahaja Pakatan Harapan yang diketuai DAP mengumumkan logo PKR dipilih untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Hal ini kerana, logo yang membawa simbolik mata lebam Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu turut akan digunakan oleh individu yang menjadi punca lebam berkenaan iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas Ketua Cabang PKR Kepong, Tan Sri S. Nallakaruppan menegaskan bahawa adalah tidak berbaloi untuk sebuah parti yang telah berjuang dari tahun 1999 untuk menghancurkan seorang pemimpin yang digelar ‘mahazalim’ dan sebagainya tetapi kini merelakan diri menjadi pemudah cara kepada bekas Perdana Menteri itu mencapai agenda peribadi.

Katanya, perasaan ratusan malah ribuan ahli PKR yang dizalimi oleh Dr. Mahathir terutama ketika era reformasi 1998 perlu difikirkan serta diutamakan sebelum keputusan sebesar itu dibuat kerana ia melibatkan ideologi dan maruah parti.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negara turut menambah, Pengerusi Pakatan Harapan diketuai DAP itu kini boleh tersenyum bangga melihat gelagat musuh-musuh politik utamanya yang kini membentangkan karpet merah untuk dirinya mendapatkan kerusi Parlimen seterusnya kembali memegang jawatan Perdana Menteri.

“Dr. Mahathir sanggup buat apa sahaja untuk memenangi PRU-14 bagi memenuhi agenda peribadi. Apa yang jadi keutamaan sekarang ini adalah untuk mendapatkan dan memenangi kerusi Parlimen bagi dirinya dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Bertanding guna logo parti mana pun bukan satu perkara yang besar kepadanya, tambahan pula kini partinya telah diarah bubar sementara oleh ROS. Saya rasa sungguh kesian kepada ahli-ahli PKR,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pengesahan untuk menggunakan logo PKR untuk mewakili semua calon Pakatan Harapan diketuai DAP telah diumumkan dalam sebuah ceramah di Pasir Gudang, Johor pada Jumaat lalu.

Walau bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memaklumkan bahawa logo roketnya akan tetap digunakan di Sabah dan Sarawak. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Manifesto BN: Masyarakat Pagoh bersyukur – Politik


PAGOH 8 April – Penduduk Parlimen Pagoh bersyukur dengan manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, malam tadi.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed berkata, manifesto yang ditawarkan itu amat positif dan bersifat menyeluruh untuk rakyat, khususnya masyarakat di kawasan berkenaan.

“Tentunya kami masyarakat luar bandar menyahut manifesto berkenaan kerana Pagoh terlibat dalam banyak perkara seperti yang diumumkan Perdana Menteri.

“Antaranya, di Pagoh ada peneroka Felda dan pekebun kecil pun ramai, manakala golongan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) juga bakal menerima manfaat yang lebih baik,” katanya selepas merasmikan Program 1MPAK, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) negeri, Zulkifli Baba; Pengarah Jabatan Link dan Pejabat Bank Negara, Datin Arlina Ariff serta Pegawai Daerah Muar, On Jabbar.

Bertemakan Bersama BN, Hebatkan Negaraku, manifesto setebal 220 muka surat itu menggariskan sebanyak 14 teras dan 364 inisiatif yang memberi banyak manfaat kepada rakyat di seluruh negara. -UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Siti Nurhaliza nafi disaman kerajaan – Hiburan


KUALA LUMPUR 8 April- Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia telah disaman oleh kerajaan kerana terlibat dalam pelaburan haram.

Penghibur yang kini sedang menjalani tempoh berpantang selepas melahirkan anak sulungnya, Siti Aafiyah berkata, beliau tidak ada kena mengena dengan berita palsu yang sedang tular di laman sosial.

Penyanyi lagu Cindai dan Jerat Percintaan itu juga menegaskan, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya sekiranya laporan palsu berkenaan masih berlanjutan.

“Berita palsu ini terdapat di dalam sebuah blog dengan tajuk lain tetapi apabila kita klik pautan yang berkenaan, akan keluar berita yang memaparkan wajah saya dengan ejaan nama Sita Nurhaliza.

“Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya berita tersebut (jika dirujuk pada saya). Saya tidak ada kena mengena dengan berita palsu tersebut,” kata Siti Nurhaliza dalam kapsyen bergambar di akaun Instagram peribadinya sejam lalu.

Artis popular itu juga mempersoalkan tujuan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita palsu menggunakan wajah dan nama “Nurhaliza”.

“Apakah tujuan yang cuba dibuat oleh pihak yang menulis berita tersebut, saya tidak pasti. Namun menggunakan wajah saya dan nama Nurhaliza telah mengundang kekeliruan dan menimbulkan pertanyaan banyak pihak mengenai kesahihan berita tersebut.

“Saya berharap agar pihak yang membuat berita palsu ini segera memadamkan wajah dan nama saya seperti mana yang tertera dalam petikan di blog tersebut.

“Jika perkara ini berlanjutan, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya yang diperuntukkan di bawah undang-undang yang berkaitan,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

SPR terima watikah pembubaran DUN Pahang – Politik


KUANTAN 8 April – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri menegesahkan telah menerima watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang yang ditandatangani Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, hari ini.

Pengarah SPR negeri, Datuk Zamree Hamli berkata, watikah bertarikh 7 April itu diserahkan oleh Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Ishak Muhammad pada pukul 8.45 pagi ini.

“Speaker DUN Pahang datang menyerahkan watikah berkenaan di pejabat saya di Wisma Sri Pahang di sini pagi tadi,” katanya ketika dihubungi di sini.

Semalam, Tengku Abdullah memperkenankan pembubaran DUN Pahang selepas Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob membuat permohonan itu di Istana Abu Bakar, Pekan dekat sini.

Pembubaran itu adalah serentak dengan pembubaran Parlimen yang berkuat kuasa semalam bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dilakukan.

Pahang mempunyai 42 kerusi DUN. Pada pilihan raya umum 2013, BN memenangi 30 kerusi, DAP (tujuh) dan PAS (tiga), PKR (dua). – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Infografik Hebatkan Negaraku | NajibRazak.com



8 April, 2018


Dokumen Manifesto Barisan Nasional setebal 220 muka dengan 14 teras strategik dan 364 inisiatif ini mempunyai pelbagai inisiatif dan perencanaan untuk semua golongan. Kesemua ini disimpulkan dalam infografik yang boleh saudara-saudari teliti di bawah.

Bagi meneliti pecahan infografik yang lebih terperinci di laman utama Manifesto, klik di sini.



Source link

read more

MCA bentang 10 Aku Janji


KUALA LUMPUR – MCA membentangkan 10 Aku Janji sebagai agenda untuk terus membangunkan masyarakat Cina di negara ini untuk tempoh lima tahun akan datang sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat sekali lagi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai juga menghuraikan 10 inisiatif tambahan yang dirangka istimewa untuk kaum Cina di Dewan San Choon, Wisma MCA.

Kemajuan Hub Pendidikan Global,Kebajikan sosioekonomi dan Pemerkasaan Ekonomi Digital tonggak kerangka 10 aku janji dan 10 inisiatif.

Berikut ialah Aku Janji MCA:

  • Bertekad mempertahankan kesederhanaan dalam kerajaan, mempertahankan institusi dan menegakkan perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
  • Menyuarakan hak seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan keperluan Komuniti Cina di Malaysia dalam konteks rakyat Malaysia dan memastikan keseimbangan rakyat majmuk.
  • Memperkasa pemuda dan Wanita kaum Cina dengan peluang perniagaan baharu , pekerjaan dan latihan, mempertingkatkan kemahiran keusahawanan sejajar dengan TN50.Dalam hal ini MCA akan melahirkan platform baharu untuk pembangunan kepimpinan kalangan pemuda selain menganjurkan program supaya mereka terus belayar dalam arus perdana kerajaan selain menyertai revolusi digital.
  • Memperkasa kualiti pendidikan Cina untuk terus memastikan UEC diiktiraf dan pendekatan sistematik dalam pembangunan sekolah Cina baharu serta pengagihan peruntukannya secar adil selain pemodenan sekolah Cina menerusi Blueprint Pendidikan Cina selain menguasai Bahasa Malaysia dan Inggeris
  • Menekankan tentang menyediakan pendidikan bertaraf global, pengkomersialan Penyelidikan dan Pembangunan menerusi Universiti Tunku Abdul Rahman, Kolej Universiti TAR dan Institut VTAR supaya generasi muda Malaysia yang juga bakal pemimpin negara boleh memenuhi potensi mereka menerusi kualiti pendidikan yang terbaik merentasi perbezaan etnik dan latar belakang keluarga.
  • Komited dengan hubungan dagangan yang terikat bersama China dan Komuniti Ekonomi ASEAN. MCA akan terus memperkuatkan hubungan dengan China dengan membuka perniagaan dan peluang pelaburan di China bersama usahawan China.
  • Ekonomi Digital dan Inovasi  untuk mentransformasikan perniagaan tradisional melibatkan peniaga kecil dan sederhana serta perniagaan berasaskan di rumah untuk berkecimpung dalam e-dagang. MCA juga mahu memastikan Komuniti Cina bersedia mengadaptasikan diri dengan perubahan, inovasi dan ekonomi digital secara efisien.
  • Mewujudkan bank koperasi KOJADI untuk memperkasa fungsi Sekretariat pemerkasaan Usahwan Malaysia (SAME) untuk memperluaskan sokongan kewangan kepada usahawan kecil dan sederhana untuk berkembang dan memperluaskan pasaran ke luar negara.
  • Mentranformasikan Kampung Baru kepada Pusat bandar baharu sebagai mempromosikan e-dagang, pertanian moden dan pelancongan eko-budaya.
  • Akses kepada kesihatan yang mampu milik dengan mewujudkan Hospital UTAR sebagai institusi kesihatan terkemuka menggabungkan perubatan moden dan tradisional seperti perubatan Cina dan India, Ayurveda. – theRakyat



Source link

read more

Pembangkang mahu jadi hero, tapi tidak mampu


TAWAU – Usaha pembangkang menabur janji ketika pilihan raya semakin hampir disifatkan seolah mahu menjadi hero rakyat, sedangkan mereka tidak mampu berbuat demikian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho berkata, beliau percaya kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh membantu rakyat, sedangkan parti pembangkang hanya boleh menabur janji sahaja.

Katanya, apabila sudah dekat pilihan raya, pelbagai pihak datang menghasut seolah jika pembangkang membentuk kerajaan, mereka boleh menjadi hero rakyat.

Berucap pada majlis program pembangunan masyarakat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wallace Bay, dekat Pulau Sebatik, kelmarin, Abdul Muis berkata, tidak semudah itu rakyat Sabah akan terpedaya dengan hasutan pembangkang.

Menurutnya, pembangkang boleh menabur janji, tetapi mereka tidak boleh menunaikannya tidak seperti yang dilaksanakan kerajaan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. – theRakyat



Source link

read more