BN manifesto: PM Datuk Seri Najib Razak’s full speech


08_pmnj_1523115406

MO,8/4/2018, The following is the speech text of Barisan Nasional chairman Datuk Seri Najib Razak during the launch of the coalition’s manifesto for the upcoming 14th General Election.

Lapan juta rakyat Malaysia sedang menonton Manifesto menerusi TV dan siaran live fb dan sebagainya, saya rasa amat teruja semakin tegak bulu roma saya, merinding-rinding jadinya dengan lautan biru penuh semangat, berkobar-kobar membara, bukannya kelam senja menanti malam, maka marilah kita saudara saudari sekalian luahkan suara kita, Barisan Nasional, rakyat negara ku, Malaysia, Ahamdulillah.

Hebat, hebat,hebat. Atas pun hebat. Bawah pun hebat.

Saudara saudari sekalian, jika kita imbau PRU 1955, kita telah membentangkan dan menyajikan manifesto demi manifesto dan kali ini masuk 14 kali, bagi parti Barisan Nasional, kita tidak anggap ini sebagai satu yang kita pandang mudah, sebagai satu dokumen yang kita rakamkan secara bertulis semata-mata tetapi sebagai akujanji kita kepada rakyat sesuatu dokumen yang kita pandang sangat-sangat berat dan inilah ikrar janji dan sumpah kita, bahawa segala-gala dalam manifesto kita akan laksanakan sepenuhnya.

Barisan Nasional chairman Datuk Seri Najib Razak during the launch of the coalition’s manifesto for the upcoming 14th General Election. Pix by Osman Adnan

Saudara- saudara sekalian

Justeru pada malam ini, sempena pada PRU ke-14, perhimpunan ini bukanlah satu perhimpunan yang biasa-biasa saja tetapi perhimpunan keramat yang bakal dikenang dan ditanda sejarah menjadi penentu kerana PRU14 ini sangat anggap sebagai penentu destinasi dan hala tuju masa depan Malaysia serta anak cucu keturunan kita. Pucuk pangkalnya saudara saudari sekalian, berikrar dan berjanji bahawa kita akan membangunkan negara ini dari Perlis Indera Kayangan ke Sarawak Bumi Kenyalang membawa ke Sabah Negeri Di Bawah Bayu agar tidak ada apa pun satu pun kawasan rakyat yang akan ketinggalan atas prinsip ‘no one is left behind’.

Saudara saudari sekalian, pilihan raya kali ini tidaklah boleh disifatkan sebagai sesuatu yang merupakan sebagai pilihan secara peribadi. Pilihan raya ini bukan Najib Razak lawan ketua pembangkang dan bukan Barisan Nasional lawan pembangkang. Soal pokoknya adalah penentuan bahawasanya mana satu pihak yang akan dapat menentukan bahawa setiap rakyat Malaysia akan mengecapi kehidupan yang lebih baik bahawa saudara saudari keluarga dan anak-anak serta cucu-cucu akan mengecapi masa depan yang jauh lebih baik, sebab itulah saya ingin tegaskan di sini, Barisan Nasional akan terus memperjuangkan untung nasib setiap rakyat Malaysia tidak kira keturunan, tidak kira bangsa, tidak kira agama, mahu pun darjat dan warna kulit. Di sisi Barisan Nasional, setiap rakyat Malaysia adalah penting bagi Barisan Nasional.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian

Manifesto kita yang kita akan bentangkan kepada rakyat Malaysia ini dia rupa manifesto kita, setebal 220 muka surat mengandungi pula sejumlah 364 inisiatif kalau malam ini saya nak kupas satu persatu inisiatif , bak kata Seniman Agung P Ramlee, sesudah subuh belum tentu kita dapat pulang.

Dalam majlis ini amat wajar saya petik perkara utama yang perlu menarik rakyat umum.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Akur janji dalam menifesto ini bermula dengan memberi keutamaan kepada ibu dan wanita , dikaulah ratu hati negara ku. Bila kita kita memilih wanita dan ibu , bererti bahawa kita letakkan wanita dan ibu sebagai tempat yang begitu tinggi dalam masyarakat kita. Ini melambangkan komitmen Barisan Nasional untuk memperkasakan wanita sebagai isteri, sebagai ibu, sebagai anak dan wanita yang berkerjaya supaya kita dapat mengimbangi peranan wanita sebagai suri rumah tangga dan wanita sebagai yang mengejar kerjaya masing-masing, Barisan Nasional juga ingin melahirkan ribuan wanita profesional, wanita yang berjaya dalam bidang korporat, dalam bidang sebagai penjawat awam, bidang politik dan kepimpinan yang lain malah kita anggap wanita sebagai tulang belakang kepada negara kita kepada kerajaan dan pasti kepada Barisan Nasional jua.

Yang kedua, saya nak sebut di sini, adalah aku janji kita kediaman untuk Satu Negaraku sebab kita ingin membina rumah kediaman yang sempurna lagi selesa yang

mampu dimiliki oleh rakyat kita akan memperkasakan program perumahan melalui satu langkah baru yakni mewujudkan satu agensi perumahan negara di bawah satu bumbung untuk mengendalikan program-program perumahan seluruh negara dan juga untuk menentukan pembiayaan kepada bakal-bakal pemilik rumah.

Langkah ini akan dapat menggerakkan pelaksaan program-program perumahan kita dengan lebih lancar dan berkesan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Saya suka berpantun di sini sikit, pantun ini saya tujukan kepada orang-orang di Selangor dan Pulau Pinang.

Mana orang Selangor, dengar baik-baik

Tercari terowong di Pulau Pinang

Terjumpa baldi di negeri Selangor

Barisan Nasional mesti kena menang

Barulah rakyat hidup aman dan makmur

Maka aku janji kepada negeri Selangor dan pada rakyat negeri Selangor bahawa dengan izin Allah jika Barisan Nasional kembali memerintah, masalah air di Selangor, ‘confirm’ Barisan Nasional akan selesaikan.

Boleh tuan-tuan

Aku janji untuk negeri Pulau Pinang pula

Nampaknya tiada cahaya dihujung terowong namun agenda utama Barisan Nasional kita berjanji akan menyediakan 65,000 rumah mampu milik di Pulau Pinang.

Aku janji ketiga, kerajaan Barisan Nasional akan mencipta tiga juta peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun akan datang. Saya tengok dalam manifesto pembangkang mereka hanya janji mewujudkan satu juta saja tuan-tuan, sikit sangat. Barisan Nasional janji tiga juta. Ini dia manifesto pembangkang wujudkan satu juta pekerjaan saja saya dah buatkan bulatan, Barisan Nasional akan wujudkan tiga juta tuan puan.

Saya juga suka sebutkan di sini, kepentingan pekerja akan kita jaga kebajikannya melalui peningkatan gaji minima dari semasa ke semasa kita sasarkan minima RM1,500 dalam tempoh lima tahun akan datang. Ada banyak lagi perkara dalam bab pekerja termasuk menambahkan kemahiran latihan, reskill and upskilling program secara besar-besaran yang akan ktia lancarkan dalam sedikit masa lagi.

Sekarang ini saya nak masuk bab aku janji kepada rakyat negeri Kedah

Kepada rakyat negeri Kedah, kita akan membangunkan special ekonomi zone, Bukit Kayu Hitam.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Aku janji keempat, yakni dalam manifesto kita, kita hendak bagi senyuman bertambah di Sabah dan Sarawak. Untuk ini sebab Sabah dan Sarawak merupakan simpanan tetap kita. Kita mesti jaga Sabah Sarawak, kita tak kutuk orang Sabah Sarawak, kita tak hina orang Sabah Sarawak, kita akan terus memperjuangkan kepentingan orang Sabah dan Sarawak.

Apa yang kita akan lakukan termasuk Pan Borneo high way akan terus kita siapkan sepanjang 2,294 kilometer dengan jumlah perbelanjaan RM40 bilion dan lebuh raya yang tidak ada tol dan kita juga akan terus membina 12,900 kilometer jalan luar bandar.

Tuan-tuans,

Kita akan tambah lagi peruntukan untuk kajian ukur peremiter tanah-tanah adat. Dan saya suka umumkan atas kehendak kerajaan negeri Sabah dan Sarawak kita akan mulakan projek pilot sekolah yang mengggunakan bahasa Inggeris penghantaran dengan komponen bahasa kebangsaan yang tidak akan dipinggirkan. Saya telah janjikan bahawa kalau hak-hak orang Sabah dan Sarawak dalam Malaysia Aggrement 1993 kita terambil atau sengaja di diambil di zaman pemimpin yang berkenaan, kita akan kembalikan semula. Yang mana secara pentadbiran kita telah pun lakukan umpamanya nisbah guru di sabah dan sarawak hendaklah merupakan nisbah 90 peratus anak tempatan dan 10 peratus anak semenanjung. Kini sudah pun sampai 80 peratus maknanya hampir sampai janji kita kepada rakyat Sabah dan Sarawak. Dari segi perundangn pula, kerana telah ditetapkan dalam perundangan maka sukacita saya umumkan, hak untuk penyeliaaan kawalan elektrik dan gas, kita kembalikan kepada Sabah dan Sarawak.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian

hebat, hebat, serangkap pantun kepada orang sabah dan swak

Bumi Kenyalang bumi yang indah,

dibawah bayu gelaran Sabah,

Selagi Barisan Nasional terus memerintah,

Sabah dan Sarawak akan tetap dijulang maruah.

Barisan Nasional chairman Datuk Seri Najib Razak says the party had remained true to the election pledges it made through its Aku Janji 2013.

Aku Janji ke 5.

Kerajaan akan terus memberi keutamaan atas kepentingan asas infra rakyat. Dalam hal ini kita telah dan akan melaksanakan d

an terus melaksanakan MRT 2, MRT 3, LRT Fasa 3, Gemas-Johor Bahru, High Speed Rail, ECRL, ETS dan RTS.

Sekarang ini sampai pula Aku Janji kita kepada rakyat negeri Johor. Pada bangsa Johor, saya suka nyatakan bahawa lebuh raya PLUS dari Yong Peng ke Johor Bahru akan diperbesarkan daripada 4 lorong menjadi 6 lorong.

Sebab terlalu sesak, kita jadikan 6 lorong. Sekarang Aku Janji untuk Negeri Melaka pula,negeri yang bersejarah. Barisan Nasional dengan ini menjanjikan bahawa kita akan membina lebuh raya baharu dari Kuala Linggi-Masjid Tanah-Klebang-Teluk Mas.

Aku Janji 6. Kita akan memperkasakan penggunaan teknologi digital melalui DFTZ. Barisan Nasional akan mewujudkan lebih 10,000 PKS yang terlibat dalam digital free trade zone dalam tiga tahun ini dan perluaskan kemampuan jalur lebar internet broad band, akan double the speed, half the price.

Untuk orang Negeri Sembilan pula, saya beri komitmen bahawa Malaysia Vision Valley akan diperhebatkan sebagai projek ikonik.

Aku Janji 7 untuk kita beri keutamaan dan sokongan pada barangan dan perusahaan buatan Malaysia. Akan perkasakan sumbangan PKS, bina lebih banyak RTC dan UTC. Terus pergiatkan pengeluaran dan pengeskportan barangan buatan tempatan dan majukan industri halal.

Aku Janji rakyat Terengganu.

Saya dengan ini menyatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional akan membina lebuh raya Tepoh-Kuala Nerus ke Kelantan yang merupakan sebahagian LPT 3 secara berperingkat.

Aku Janji 8.

Kerajaan Barisan Nasional akan terus mengutamakan ekonomi kehidupan rakyat termasuk tubuhkan Fair Works Commisison untuk tentukan paras gaji pekerja di sektor swasta lebih setimpal.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalin, saya juga ingin menyatakan bahawa Aku Janji ke 9, kita akan pastikan sistem pendidikan kita sesuai dengan masa depan dalam konteks Industrial Revolution 4.0 untuk lahirkan lebih ramai lagi anak-anak kita yang mahir dalam bidang terbaru sebagai data saintis umpamanya, sebagai mereka yang lahir dalam bidang ICT dan sebagainya.

Sekarang ini Aku Janji Negeri Perak pula.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, sebuah lapangan terbang baru akan dibina di Seri Iskandar.

Aku Janji ke 10, Barisan Nasional berazam bina sebuah kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti untuk semua rakyat Malaysia. Untuk ini kita cadang untuk adakan Public Private Partnership dengan General Practitioner yang mempunyai klinik masing-masing supaya rakyat dapat akses kepada kualiti kesihatan secara lebih meluas lagi.

Aku janji untuk Negeri Perlis pula, negeri ke-14 terbesar di Malaysia. Dengan ini saya ingin mengumumkan bahawa projek pembangunan lembangan Sungai Perlis dari Kangar ke Kuala Perlis akan dilaksanakan.

Aku Janji ke-11. Kerajaan Barisan Nasional menjamin agar rakyat Malaysia dapat tinggal dalam sebuah Negara yang aman dan selamat maka kita terus memerangi ideology ekstremisme dan perangi jenayah. Nak ucapkan terima kasih kepada angkatan tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia dan semua agensi lain.

Saudara sekalian, Aku Janji pada orang Wilayah pula. Aku Janji Barisan Nasional adalah bahawa kita akan bina lebih banyak projek urban renewal dan urban redevelopment seperti Rumawip dalam tempoh lima tahun akan datang.

Aku janji ke-12 kepada generasi pewaris TN50. Kita akan buat satu pelancaran khas pada orang muda pada 10 haribulan ini. Tapi malam ini memadai saya sebut ikrar kita untuk sediakan anak muda dibawah umur 30 tahun jamin dapat peluang pekerjaan atau latihan sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan lepas tamat belajar.

Aku janji selanjutnya, yang ke-13, penjagaaan anak-anak universal, kita buka dengan ibu dan wanita. Penjagaan kanak-kanak secara lebih menyeluruh akan kita laksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang ini.

Barisan Nasional chairman Datuk Seri Najib Razak during the launch of the coalition’s manifesto for the upcoming 14th General Election. Pix by Mohamad Shahril Badri Saali

Sekarang ini sampai pula akur janji untuk negeri Pahang… mana negeri Pahang.. kita akan tambah peruntukan untuk menambah bilangan rumah mampu milik rumah, rumah kos rendah dan perumahan generasi Felda kedua.

Aku janji terakhir adalah meneruskan agenda pemerkasaan bumiutera sebagai agenda nasional, terus memperteguhkan meninggikan kesyumulan syiar Is

lam dan untuk ini kita akan melahirkan sebanyak 125,000 huffaz pofessional, dalam tempoh lima tahun kita akan menaik tarafkan Darul Al-Quran di Kuala Kubu Bharu menjadi Universiti Al-Quran dan untuk menubuhkan unit di bawah JPM bagi menggalakkan dialog antara agama untuk menentukan meneruskan keharmonian antara agama.

Aku Janji bagi Kelantan pula, pada rakyat Kelantan, jika Barisan Nasional diberi mandat kita akan mempercepatkan lebuh raya dari Gua Musang ke Kota Bharu.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Bukti bahawa Aku Janji yang lalu, kerajaan Barisan Nasional melalui 17 insiatif dan 156 inisitif stratetegik, kita berjaya melakukan 99.4 peratus dalam pelaksaannya, maknanya Barisan Nasional sebuah parti yang boleh dipercayai, berupaya mengota dan menepati janji-janjinya.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Kita tengok sahaja manifesto pembangkang, tidak sampai 17 hari dilancarkan, pemimpin utama mereka sendiri mengakui, bahawa janji-janji dalam manifesto tidak mungkin mereka tunaikan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Satu lagi pantun…

Jika ada dulang disimpan,

Jangan dibiar jatuh terhempas,

Jika ada kuasa ditangan,

Jangan dibiar orang merampas

Dalam manifesto ini, kita buat komitmen kepada rakyat dalam urus tadbir baik atau good governance akan terus diperjuang oleh kerajaan Barisan Nasional, kita janji akan memperbaiki jika ada kelemahan, kita akan meluaskan pentadbiran online untuk mengurangkan masalah rasuah, kita juga mewujudkan dan memperluaskan select comittee di parlimen dan kita akan buat kaedah melayan petisyen awam. Inilah adalah langkah good governance negara kita.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

manifesto yang dilancar malam ini adalah sebuah dokumen yang positif yang mampu dilaksanakan, mampu siap dan mampu memenuhi kehendak dan inspirasi rakyat. Kita percaya dalam tempoh lima tahun akan datang, kita akan bergerak ke hadapan supaya tempat Malaysia di kalangan negara-negara di dunia akan dilonjakkan ke tahap yang lebih tinggi.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Yang mustahaknya Barisan Nasional akan terus mara berkhidmat demi rakyat dan negara.

Alang-alang mahu berjuang,

walau langit turun menimpa,

meskipun bumi terbahagi dua,

biar tiggi kita digantung ,

biar lumat digiling,

biar hancur ditumbuk,

menyerah kalah tidak sekali.

Tuan-tuan dan puan-puan,

seterusnya suka atau tak suka, PRU-14 ini adalah persimpangan penentu yang dianggap paling kemuncak dalam kata lain, inilah satu PRU yang bakal tadibir survival sebuah negara bangsa yang bernama Malaysia.

Sesungguhnya juga, PRU 14 ini akan menjadi penentu destiny, di mana rakyat, jika rakyat memilih Barisan Nasional kita sesungguhnya kita ada pengalaman yang begitu luas, kita ada trek rekod yang terbukti, kita diuji, kita mempunyai clear vision plan untuk memajukan negara dan membangunkan rakyat Malaysia.

Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan, jika rakyat membuat pilihan yang salah, maka natijahnya dan akibatnya amatlah buruk sekali, indeed manifesto pihak pembangkang adalah formula for disaster, kerana setakat ini, tiada satu pun rating agency yang memberi pengiktirafan mahupun pujian pada manifesto pembangkang. Jangan kita menyesal bagai sudah terhantuk baru terngadah.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, let us not wake up the next morning to a Malaysia we no longer recognise. Sebab itulah kita tidak mahu anak cucu kita mencerca dan menghukum kita, nauzubillah

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Akhir kata, akhir kata saya suka buat satu pengumuman istimewa pada malam ini.

Some 40,000 people attend the launch of Barisan Nasional 14th General Election manifesto at the Axiata Arena, Bukit Jalil. Pix by Osman Adnan

Disebabkan ekonomi kita semakin baik dan kedudukan kewangan semakin kukuh, hasil kutipan GST pun bertambah, yang dikutuk-kutuk oleh pembangakang maka, kerajan Barisan Nasional dapat berkongsi nikmat ini kepada rakyat.

Maka saya suka buat empat pengumuman pada malam ini; yang pertama bagi isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah pemberian BR1M pada bulan Jun dan Ogos 2018 yang masing-masing berjumlah RM400 akan digandakan kepada RM800.

Ini bermakna, jumlah keseluruhan pemberian BR1M pada tahun ini meningkat daripada RM1,200 kepada RM2,000.

Kedua; bagi isi

rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000, pemberian BR1M pada bulan Jun dan Ogos 2018 yang masing-masing berjumlah RM300 akan digandakan kepada RM600.

Ini bermakna, jumlah keseluruhan pemberian BR1M pada tahun ini meningkat daripada RM900 kepada RM1,500.

Bagi individu bujang yang berpendapatan RM2,000 ke bawah, yang bujang ni…yang bujang dan mengaku bujang ni, maka BR1M pada mereka yang telah pun dibayar RM450 pada bulan Februari akan ditambah RM150 lagi bererti bahawa RM600 semua sekali daripada RM450.

Pada malam ini, saya ingin mengumumkan satu lagi kategori baru BR1M bagi isi rumah berpendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan; golongan ini akan dapat BR1M berjumlah RM700 akan dibayar dua kali RM350 masing-masing pada bulan Jun dan Ogos 2018.

Kelima; satu kategori baru saya ingin umumkan juga bantuan sekali atau one-off sebanyak RM1,500 diberikan untuk anak-anak penerima BR1M yang berjaya berdaftar di pusat pengajian tinggi.

Saudara-saudari yang dikasihi sekalian,

Sebagai penutup bicara saya ingin menyeru sekalian yang hadir agar kita dapat bertenang dan berdiam sebentaer sama2 kita tunjukkan kesatuan kita dan marilah kita mengaminkan doa, hakikatnya kepada Allah jualah yang kita perlu bertawakal dan memohon pertolongannya.

Bismillahirrahmanirrahim…

Dengan nama Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Ya Tuhan semesta alam,

Kami ingin terus merafak harapan membumbung kepadamu biarpun burung-burung berhenti bersiulan,

Sekali pun bumi ini kontang tidak menghijau lagi,

Hatta alam sekeliling jadi membisu,

Mohon barang dijauhkan oleh-Mu Ya Tuhan daripada sebarang malapetaka menimpa Malaysia tercinta ini.

Dikau terus berkatilah perjuangan parti Barisan Nasional yang telah terbukti jasanya lebih enam dekad ini.

Demi mepertahankan masa depan tanah air kita daripada ancaman pendusta dan pelelong bangsa.

Dikau berilah peluang kemenangan kepada kami di dalam Pilihanraya Umum ke -14 ini dengan membuka pintu hati rakyat akan memberi kepercayaan dan mandat kepada kami sekali lagi untuk terus berkhidmat demi Malaysia tercinta.

Demi membina sebuah masa depan yang lebih baik, bukan saja untuk kita tetapi untuk anak cucu keturunan kita kelak.

Ya Allah Ya Tuhan,

Dalam perhimpunan pelancaran manifesto yang bermakna malam ini,

Kami berikrar, kami bersumpah kami berjanji bahawa untuk malaysia tercinta dan rakyat yang terkasih seandainya kami terus diberi peluang dan dimandatkan untuk mentadbir dan memerintah tanah air ini.

Tidak sesekali kami lalai dan leka,

Kami akan perbaiki kelemahan yang telah lalu dan kali ini kami akan berjuang habis-habisan ketitisan darah yang terakhir demi menjulang malaysia ke persada antarabangasa..

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Atas segalanya saudara-saudari,

Marilah kita semua bersatu hati gantungkanlah azam,

Genggam erat semangat dan cita-cita yang tinggi setinggi bintang kejora di langit pada persimpangan yang muktamad ini,

Bak resmi pendekar dulu kala pabila keris sudah tersisir di pinggang.

Pabila selempang sudah terletak di badan, pantang undur pendekar Berulang.

Perang kali ini kita lawan habis-habisan,

Perang kali ini kita mesti menang.

Tidak sekali-kali akan dilepas kepada pembangkang.

Putrajaya mesti dipertahankan!

Putrajaya mesti dipertahankan!

BN.. Rakyat.. Negaraku… Malaysia.

Terima kasih Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

–NSTP



Source link

read more

BN manifesto: Double joy for BR1M recipients


brim

MO,8/4/2018, KUALA LUMPUR: Recipients of the 1Malaysia People’s Aid (BR1M) received a sweet surprise when Barisan Nasional chairman Datuk Seri Najib Tun Razak pledged several increments for them. In front of a 40,000-strong crowd at Axiata Arena in Bukit Jalil, Najib who is also Prime Minister announced a new BR1M category. Recipients with household incomes of RM3,000 and below will have their BR1M payment doubled from RM400 to RM800 in June and August this year.

“This means that your BR1M payment for this year will be increased from RM1,200 to RM2,000,” said Najib at the launch of the election manifesto Saturday night.  He also announced that those with a household income of between RM3,000 and RM4,000 will have their BR1M payment increased from RM300 to RM600 in June and August. This makes their total payout increase from RM900 to RM1,500 this year.

For those who are single with a household income of RM3,000 and below will have their BR1M payment increased by RM150 in June, making it RM600. The new category for BR1M is for those with a household income of between RM4,000 and RM5,000. They will receive a total of RM700, which will be made in two payments of RM350 each in June and August.

Najib said the extra funds for the BR1M payments was possible due to the good financial and economic health of the country. “We also had an increase in the Goods and Services Tax (GST) collection, which the Opposition often criticises. “Because of our strong economy, the Barisan government would like to share the initiatives with the people,” he said.

–TheStar



Source link

read more

Sarawak CM thanks Najib for pledge to return state rights


PERSIDANGAN DUN/KUCHING

MO,8/4/2018, KUALA LUMPUR: Sarawak Chief Minister Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg has thanked Datuk Seri Najib Razak for pledging to return the state’s rights, as part of Barisan Nasional’s manifesto. Abang Johari, who is also Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) president, said Najib has acknowledged what belongs to Sarawak, as stated in the Malaysia Agreement 1963 (MA63).

“The same applies to returning the rights to oil and gas to us and Sabah. I wish to thanks the prime minister for returning back what is ours. This is indeed happy news,” he said when met after the launch of the Barisan Nasional manifesto at the Axiata Arena in Bukit Jalil here tonight. Meanwhile, Sarawak United People’s Party (SUPP) president Datuk Dr Sim Kui Hian said, during the administration of Tun Dr Mahathir Mohamad’s, the former prime minister took away what rightfully belonged to Sabah and Sarawak.

“During Tun Mahathir’s time, he took and threw away our rights. MA63 is ours. Now, Najib has given it back to us. “It shows that the government’s heart is in the right place. We respect his decision to return what is ours,” he said. Parti Rakyat Sarawak (PRS) president Tan Sri James Jemut Masing said the state government is pleased at the government’s decision to return Sarawak’s rights.

“We respect this decision. The process to return our rights as stated in the agreement is ongoing and will be given to us in stages,” he said.



Source link

read more

Pasukan khas pantau harga barang, elak sabotaj pada PRU-14


08hjusd.transformedMO, 8/4/2018, SELAMA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menubuhkan pasukan khas dianggotai pegawai penguat kuasa berpakaian biasa bagi memantau harga barang keperluan pengguna di seluruh negara bagi mengelak wujud unsur sabotaj kepada kerajaan sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kali ini.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan jika menerima laporan ada peniaga menaikkan harga barangan kerana ia bertentangan dengan undang-undang.

“Penubuhan pasukan khas yang akan memantau harga sepanjang musim pilihan raya itu bagi mengelak wujud sebarang unsur sabotaj yang akan memburukkan kerajaan.

“Mereka ini sudah bertugas beberapa minggu lalu, malah pegawai KPDNKK juga akan sentiasa turun padang bagi memantau harga barang,” katanya selepas merasmikan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Penguatkuasa KPDNKK di Lata Damak, dekat sini semalam.

Hamzah berkata, pihaknya bukan berniat menakut-nakutkan rakyat bahawa harga barang akan naik, sebaliknya bagi memastikan ia sentiasa berada pada paras harga munasabah dan berpatutan.

Beliau turut meminta penduduk kampung menjadi ahli Friends of KPDNKK untuk menjadi mata dan telinga kepada kerajaan dengan menyalurkan maklumat jika ada peniaga menaikkan harga barang untuk tindakan lanjut.



Source link

read more

‘Gunakan hak mengundi’ | Merdeka Online


LUMUT 07 APRIL 2018.Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin bergambar bersama  pesara TLDM pada Majlis Fair Winds and Following Seas 2018 di Dewan Shariff,  Pangkalan TLDM. NSTP/IHSAN TLDM

MO, 8/4/2018, LUMUT: Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diingatkan sentiasa mematuhi Peraturan Am Angkatan Tentera untuk tidak terbabit secara langsung dalam kempen atau aktiviti sebarang parti politik pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Panglima TLDM, Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin, berkata mengundi adalah hak mereka sebagai rakyat dan TLDM menggalakkan warganya menunaikan tanggungjawab itu.

Bagaimanapun, katanya, Peraturan Am Angkatan Tentera yang melarang mereka terbabit secara secara aktif dalam mana-mana parti politik perlu mesti dipatuhi.

“Mengundi adalah hak kita (sebagai rakyat) dan saya mengharapkan semua anggota tidak melepaskan kewajipan ini.

“Mengundi dengan bijak dan jangan mudah terpengaruh dengan unsur yang mahu melihat perpecahan, termasuk berita palsu yang boleh menjejaskan kesejahteraan,” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Fair Winds and Following Seas 2018 di Dewan Shariff, Pangkalan TLDM di sini, semalam.

Pada majlis ramah mesra itu, hampir 1,000 pesara TLDM diraikan sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka sepanjang dalam perkhidmatan.

Ahmad Kamarulzaman turut menyampaikan Sijil Simpanan Premium BSN dan sijil penghargaan TLDM kepada pesara terbabit.

Sementara itu, Ahmad Kamarulzaman berkata, TLDM akan memberi cuti tanpa rekod kepada anggota yang ingin pulang ke kampung untuk mengundi pada PRU-14.

“Kita mudahkan urusan mereka mengundi dan akan beri cuti tanpa rekod untuk warga TLDM menjalankan kewajipan sebagai rakyat selain menggalakkan mereka mengundi,” katanya.

Sementara itu, seorang pesara TLDM, Nik Ezanee Nek Anom, 51, gembira diraikan dalam majlis yang mengumpulkan ramai bekas rakannya.

“Biarpun sudah bersara, kami masih boleh bertukar pandangan dengan pasukan yang menunjukkan pesara seperti kami tidak dilupakan.

“Malah, pelbagai kemudahan juga masih boleh dinikmati seperti jualan barangan Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) yang membantu mengurangkan kos sara hidup,” katanya yang bersara tahun lalu.



Source link

read more

Apakah itu kerajaan sementara? | Merdeka Online


indexMO, 8/4/2018 –

Sembilan soalan lazim (FAQ) menjelaskan kekeliruan ‘caretaker government’

1. Siapakah sebenarnya memerintah negara apabila Parlimen dibubarkan?

JAWAPAN: Ahli-ahli Dewan Rakyat pada dasarnya tidak turut terhenti daripada menjadi ahli. Oleh itu, secara konvensyen (amalan), Kabinet yang lama terus berfungsi sebagai kerajaan sementara (caretaker).

2. Perbezaan utama kerajaan sementara?

JAWAPAN: Kerajaan sementara hanya boleh menjalankan tugas-tugas harian tanpa melibatkan pembentukan polisi baru. Ini kerana mereka berada pada waktu peralihan sebelum ahli Dewan Rakyat baharu dipilih.

3. Apakah kerajaan sementara termaktub dalam Perlembagaan?

JAWAPAN: Tidak disebut secara langsung di dalam Perlembagaan tetapi inilah yang lazimnya dilakukan negara-negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.

4. Sekiranya timbul keadaan yang memerlukan kerajaan membuat keputusan penting?

JAWAPAN: Berdasarkan amalan negara lain seperti di India, Perdana Menteri kerajaan sementara dibenarkan membuat keputusan penting termasuk perubahan polisi. Namun ini sekiranya terdapat keperluan mendesak seperti soal keselamatan.

5. Kuasa untuk mengisytiharkan darurat?

JAWAPAN: Darurat boleh diisytiharkan kerana kuasa untuk berbuat demikian terletak di bawah Yang di-Pertuan Agong. Hanya Seri Paduka yang berhak untuk isytiharkannya selepas mendapat nasihat Perdana Menteri.

6. Dakwaan apabila Parlimen dibubarkan maka Kabinet pun tidak berfungsi?

JAWAPAN: Itu tidak tepat, kerana jika digantung terus fungsi Kabinet maka tidak akan ada langsung kerajaan. Oleh itu siapa yang akan lakukan kerja-kerja yang sepatutnya.

7. Apakah kuasa Ketua Setiausaha Negara dan ketua-ketua setiausaha bertambah?

JAWAPAN: Mereka jalankan tugas pentadbiran seperti biasa. Tiada kuasa yang lebih walaupun dalam tempoh Dewan Rakyat dibubarkan. Untuk mentadbir negara, demokrasi berparlimen hanya memberi kuasa tersebut kepada Eksekutif sahaja.

8. Bagaimana pula pada hari pengundian, apakah kerajaan sementara masih berkuasa?

JAWAPAN: Ya, masih lagi di bawah kuasa kerajaan sementara, sehinggalah selesai pilihan raya atau lebih tepat apabila seorang Perdana Menteri selesai dilantik.

9. Sebagai rakyat, perlukah ada kebimbangan sewaktu kerajaan sementara berlangsung?

JAWAPAN: Kita telah melalui pembubaran Parlimen dan seperti yang diketahui pada masa-masa lepas, tidak ada perkara buruk yang berlaku. Ini adalah perkara biasa dan lagipun pilihan raya hanya mengambil masa yang singkat.

*Artikel ini disediakan berdasarkan temu bual wartawan, HERMAN HAMID dengan bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat yang juga bekas hakim, Tun Mohamed Zahir Ismail yang pernah siarkan Utusan Malaysia pada 5 Mac 2004.



Source link

read more

Rakyat Hungary mengundi hari ini


epa06650548 President of the ruling Fidesz party, Prime Minister Viktor Orban waves as he attends the final electoral rally of Fidesz in Szekesfehervar, some 63km southwest of Budapest, Hungary, 06 April 2018. Hungary will hold its general election on 08 April.  EPA-EFE/ZSOLT SZIGETVARY HUNGARY OUT

MO, 8/4/2018, BUDAPEST: Warga Hungary keluar mengundi hari ini dalam satu pilihan raya yang mencuri perhatian seluruh Eropah untuk melihat sama ada Perdana Menteri nasionalis, Viktor Orban menepati ramalan terus kekal di penggal ketiga.

Pusat mengundi mula dibuka sejak jam 6 pagi (waktu tempatan) dan akan ditutup pada jam 7 malam waktu tempatan.

Undian pendapat secara konsisten meletakkan Orban dan parti sayap kanannya, Fideszp dengan kelebihan 20 mata atau lebih, jauh daripada saingan terdekat mereka, parti Jobbik.

Keputusan awal dijangka diperoleh satu atau dua jam selepas undian ditutup.

Walaupun Fidesz mendapat majoriti yang dijangkakan dalam parlimen 199 kerusi itu, penganalisis akan memantau sama ada ia akan meraih kurang daripada dua pertiga ‘supermajoriti’ yang sebelum ini membolehkannya meluluskan beberapa rang undang-undang kontroversi.

 

– AFP



Source link

read more

Guna gambar dalam berita palsu Siti Nurhaliza tidak teragak-agak ambil tindakan



PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa kesal dengan tindakan sebuah blog yang menggunakan wajahnya dan menyebarkan berita palsu, hanya untuk mendapatkan perhatian netizen.

Berita itu, yang turut menggunakan nama sebuah penerbitan tempatan, mendakwa Siti, yang namanya dieja sebagai ‘Sita’ dalam artikel itu, akan disaman kerajaan kerana terbabit dalam pelaburan haram.

Siti, yang baru melahirkan anak sulung tiga minggu lalu, memuat naik penjelasan berhubung berita kontroversi yang kononnya berkaitan dengan dirinya seperti yang dilaporkan sebuah blog, ke akaun laman sosial miliknya sebentar tadi.

“Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya berita tersebut, jika ia merujuk kepada saya.

“Apakah tujuan yang cuba dibuat oleh pihak yang menulis berita tersebut, saya tidak pasti namun menggunakan wajah saya dan nama Nurhaliza telah mengundang kekeliruan dan menimbulkan pertanyaan banyak pihak mengenai kesahihan berita tersebut.

“Saya berharap agar pihak yang membuat berita palsu ini segera memadamkan wajah dan nama saya seperti yang tertera dalam petikan di blog tersebut,” tulis Siti.

Siti juga memaklumkan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika blog itu masih terus menggunakan nama dan gambarnya.

“Jika perkara ini berlanjutan, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya yang diperuntukkan di bawah undang-undang yang berkaitan,” tulisnya.



Source link

read more

Tok Pa rai anak Kelantan di perantauan hari ini


WhatsApp_Image_2018-04-07_at_21.38.18.jpg.transformedMO, 8/4/2018, KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed akan meraikan anak-anak negeri itu di perantauan pada program ‘Bersama ‘Team Tok Pa’ Demi Kelantan’ yang akan diadakan di sini, hari ini.

Program di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Jalan Dutamas yang bakal bermula pada jam 11 pagi ini akan turut dihadiri Pengerusi Biro Pengundi Luar UMNO Kelantan, Datuk Ikmal Hisham Abd Aziz.

Majlis dijadual berakhir pada jam 3 petang, akan diisi pelbagai aktiviti termasuk persembahan video mengenai Kelantan, dikir barat, cabutan bertuah serta ucapan oleh Mustapa yang juga Pengerusi UMNO Kelantan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Ikmal Hisham.



Source link

read more

Aku janji khusus untuk negeri


Najibaass.transformedMO, 8/4/2018, KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menyatakan ikrar Barisan Nasional (BN) untuk membangunkan semua negeri dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak supaya tidak ada kawasan serta rakyat ketinggalan.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, BN akan terus memperjuangkan nasib rakyat tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama mahu pun darjat atau warna kulit.

“Di sisi BN, setiap rakyat adalah penting dan memastikan rakyat kecapi hidup lebih baik untuk masa depan.

“Kita ada aku janji khusus untuk setiap negeri,” katanya berucap pada majlis pelancaran manifesto BN di Stadium Arena Axiata Bukit Jalil di sini, semalam.

Untuk Selangor, katanya, BN akan memastikan masalah air yang membelenggu rakyat disiasat dan diselesaikan, selain membina 60,000 rumah mampu milik dan kos rendah di Pulau Pinang.

“Bagi Kedah, BN berjanji akan membangunkan zon ekonomi di Bukit Kayu Hitam dan di Perlis, BN akan membangunkan kawasan Lembangan Sungai Perlis dari Kangar ke Kuala Perlis, ” katanya.

Beliau berkata, BN berjanji menaik taraf lebuh raya PLUS Yong Peng ke Johor Bahru dari empat lorong menjadi enam berikutan kesesakan di kawasan berkenaan sebagai aku janji Johor.

“Bagi Melaka, BN menjanjikan pembinaan lebuh raya Kuala Linggi-Masjid Tanah-Klebang-Teluk Mas bagi mengatasi kesesakan akibat pembangunan pesat.

“Untuk Negeri Sembilan, Malaysia Vision Valley akan diperhebatkan dan diperkasakan lagi, ” katanya.

Bagi dua negeri di Pantai Timur, Najib berkata, BN berjanji membina Lebuh Raya Kuala Nerus-Tempus manakala di Kelantan jika BN diberi mandat, pembinaan Lebuh Raya Gua Musang-Kota Bharu akan dipercepatkan.

Untuk Wilayah Persekutuan BN berjanji membina lebih banyak kawasan projek pembaharuan bandar dan pembangunan semula seperti kediaman RUMAWIP.

BN juga berjanji membina lapangan terbang baharu di Seri Iskandar manakala untuk Pahang penambahan peruntukan rumah mampu milik dan kos rendah serta rumah untuk generasi kedua FELDA.



Source link

read more