Mingguan Amanz – Huawei P20 Malaysia, Sony A7 III, Intel Core i9 – Amanz


Minggu ini menyaksikan Intel memperkenalkan cip pemprosesan Intel Coffee Lake-H bersama-sama cip Intel Core i9 untuk komputer riba. Bersama-sama pengenalan cip pemprosesan terbaru ini, sejumlah komputer riba baru turut diperkenalkan daripada MSI, Acer, Dell dan sebagainya.

Di Malaysia, Huawei telah mula menjual Huawei P20 dan Huawei P20 Pro untuk pasaran tempatan, dimana ia hadir dengan sehingga tri-kamera, dan ditawarkan pada harga bermula RM2599.

Kamera terbaru Sony, iaitu Sony A7 III turut telah dilancarkan untuk pasaran tempatan, ditujukan kepada peminat kamera profesional. Oppo pada minggu ini turut menghentikan penghasilan produk audio dan juga pemain blu-ray.

Minggu ini turut menyaksikan pihak Cloudflare melancarkan perkhidmatan DNS 1.1.1.1 yang menjanjikan akses lebih pantas, dan memfokuskan kepada privasi.

Telekom Malaysia pada minggu ini telah melancarkan Unifi Wireless Broadband pada harga RM79 sebulan, dan hadir dengan data sebanyak 60GB.

Dan akhir sekali, minggu menyaksikan pihak PUBG memfailkan saman ke atas pembangun permainan ROS dan Knives Out.



Source link

read more

Masa untuk pulihkan sistem dirosakkan ‘individu 93 tahun’ – TMJ


fb.jpg.transformed_0MO, 8/4/2018, JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bertitah kepada rakyat negara ini untuk buka mata dan jangan tertipu dengan apa yang dikatakan oleh individu berusia 93 tahun yang ingin menjadi Perdana Menteri.

Tunku Ismail bertitah, supaya rakyat jangan tertipu, buka mata, gunakan akal fikiran dan mengikut bayangan yang akan baginda berikan kerana baginda tahu apa yang rakyat tidak tahu.

“Inilah masanya untuk ‘restore the order’ (pulihkan perintah) dan melaksanakannya kepada sistem yang sudah dirosakkan oleh individu yang berumur 93 tahun ingin menjadi Perdana Menteri sekarang ini.

“Inilah masanya untuk bumi selatan mengawal sesetengah situasi dan memulihkan semula ‘order’ yang sudah dirosakkan oleh individu yang tamakkan kuasa dan duit.

“Jangan mudah terpengaruh dan percaya dengan apa yang anda dengar semalam (kelmarin) di Pasir Gudang. Negeri Johor tidak akan pernah lupa kepada individu yang ingin membubarkan Angkatan Setia Negeri Johor (JMF) yang wujud sejak 1886 dan berangan mahu menarik kuasa Sultan Johor yang memerintah serta memperkecilkan perlembagaan negeri Johor yang wujud sebelum adanya negara bernama Malaysia,” titah baginda.

Titah Tunku Ismail dimuat naik dalam laman rasmi Johor Southern Tigers, malam tadi.

Tunku Ismail berkata, rakyat seharusnya tidak mudah dipermainkan dengan anasir luar yang mahu menghancurkan kedaulatan negeri itu.

“Ingatlah wahai rakyat Johor yang saya kasihi sekalian. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Selagi rakyat Johor bersatu bersama-sama dengan kepimpinan Sultan Johor termasuk saya, pelbagai perkara yang kita mahukan boleh dicapai untuk masa hadapan anak cucu cicit kita.

“Jangan kita berpecah belah dan mudah dipermainkan dengan anasir-anasir luar yang mahu menghancurkan kedaulatan negeri ini. Lihatlah apa yang telah saya lakukan terhadap bola sepak. Bola sepak ini hanyalah latihan. Ia ibarat saya ke ‘driving range’ sebelum pertandingan golf sebenar,” titah baginda.



Source link

read more

BN janji pembangunan, kemudahan infrarakyat di semua negeri


Najibaaadd.transformedMO, 8/4/2018, KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan meluaskan projek pembangunan dan kemudahan infrarakyat di semua negeri jika terus mendapat mandat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak, berkata jika gabungan itu berjaya merampas semula Selangor, masalah air di negeri itu akan diselesaikan.

Beliau berkata, bagi Pulau Pinang pula, sebanyak 65,000 unit rumah mampu milik akan dibina.

Najib berkata demikian berucap dihadapan puluhan ribu penyokong BN ketika melancarkan Manifesto BN di Stadium AXIATA, Bukit Jalil, malam semalam.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, kepada rakyat Kedah, BN akan membangunkan Zon Ekonomi Khas di Bukit Kayu Hitam.

“Pada bangsa Johor, suka saya nyatakan bahawa lebuh raya PLUS dari Yong Peng ke Johor Bahru akan diperbesar daripada empat lorong kepada enam lorong sebab terlalu sesak.

“Bagi Melaka, negeri yang bersejarah, BN menjanjikan akan membina lebuh raya baharu dari Kuala Linggi ke Masjid Tanah dan Klebang,” katanya.

Bagi rakyat Terengganu dan Kelantan, katanya, BN akan membina lebuh raya terus yang menghubungkan dua negeri itu.

“Bagi rakyat Negeri Sembilan pula, saya memberi jaminan Malaysian Vision Velly akan diperhebatkan,” katanya.

Sementara itu, bagi Perak, Najib berkata, dalam tempoh lima tahun akan datang, sebuah lapangan terbang baharu akan dibina di Sri Iskandar.

“Aku janji Perlis pula, saya ingin mengumumkan bahawa Projek Lembangan Sungai Perlis ke Kangar akan kita laksanakan,” katanya.

Aku janji rakyat Wilayah Persekutuan pula, beliau berkata, lebih banyak projek pembaharuan dan pembangunan semula bandar seperti Projek Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) akan dibina dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Kepada rakyat Pahang, kita akan tambah peruntukkan untuk menambah bilangan rumah mampu milik, rumah kos rendah dan perumahan generasi FELDA kedua.



Source link

read more

Suami Nora Danish Nedim mahu tanggung kos perubatan 100



NALURI dan status sebagai seorang ayah mendorong Nedim Nazri untuk membantu seorang bayi yang menghidap penyakit ekzema kritikal.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram lawak_ker_der, admin page berkenaan telah memuat naik screenshot posting seorang lelaki bernama Danial Rayyan yang meminta doa buat anaknya.

Menurut posting berkenaan, Danial Rayyan menjelaskan anaknya menghidap ekzema kritikal dan perlu dirujuk setiap minggu ke hospital untuk rawatan.

“Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat.. Anak saya disahkan menghidap penyakit Ekzema kritikal. Saya tak sampai hati melihat baby menangis setiap hari menanggung kesakitan. Setiap minggu baby refer di HSA JB. Saya mohon doakanlah anak saya semoga sembuh dari penyakitnya. Terima kasih,” tulisnya.

 

Nedim pada bahagian komen memaklumkan sedia menaja kos perubatan bayi berkenaan termasuk kos pengangkutan mereka ke Kuala Lumpur.

“Salam. Boleh periksakan budak kena ekzema tu. Saya nak sponsor sepenuhnya untuk berjumpa doctor saya di KL. Saya akan tanggung hotel, penerbangan untuk ibu dan bapa, dan juga kos perubatan. Terima kasih,” tulisnya.

Nedim juga turut meminta netizen memaklumkan hasratnya itu kepada ibu bapa bayi berkenaan kerana dia tidak mempunyai akaun Facebook.

Dalam pada itu, rata-rata netize memuji usaha dan niat murni suami kepada Nora Danish itu.

Nedim sendiri mempunyai dua anak lelaki, seorang hasil perkahwinan dengan Nora dan seorang lagi hasil perkahwinan terdahulu.



Source link

read more

Remove fake news or I’ll sue, Siti Nurhaliza warns portal – Nation


 

PETALING JAYA: Malaysian pop diva Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin (pic) is threatening legal action against a news portal which fraudulently reported that she had been sued.

In an Instagram post on Sunday (April 8), she denied allegations made in a viral article that said she was being “sued” by the Malaysian government for using “illegal information to make millions” in cryptocurrency trading.

A screencap of the offending article posted by Siti in her Instagram post.

“I vehemently deny the news. I have got nothing to do with it,” she posted.

The photo accompanying the article also featured the masthead of an English daily, and even misspelled her name as “Sita Nurhaliza”.

Siti also questioned the motives of the person who wrote the article.

“Using my face and my name has invited confusion and raised questions by many parties,” she said.

She urged the person who published the news to delete her image and name from the article immediately.

“If this goes on, I will not hesitate to take appropriate legal action against the individual,” she added.



Source link

read more

Manifesto BN ‘roadmap’ Malaysia baharu


KUALA LUMPUR 28 NOVEMBER 2017. Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa ketika ditemuramah di Bangunan Parlimen. NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

MO, 8/4/2018, KUALA LUMPUR: Manifesto Barisan Nasional (BN) yang diumumkan semalam disifatkan bersifat sebagai satu pelan tindakan dan “roadmap” ke arah Malaysia yang baharu.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata akujanji oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak itu lebih daripada sebuah manifesto yang lazimnya berupa kenyataan dasar bersifat am dengan memfokuskan perkara tertentu.

Bagaimanapun, katanya, manifesto kali ini memandang jauh ke hadapan dan benar-benar menandakan era terbaik Najib yang bakal mendatang jauh meninggalkan era Tun Dr Mahathir Mohamad dan Mahathirism buat selama lamanya.

“BN tidak akan kembali ke era kelam Mahathir, tidak ada lagi era kegilaan jalan bertol di sana sini.

“Pemodenan prasarana dan pengangkutan secara yang belum pernah kita lihat sebelum ini, subsidi bersasar yang semakin komited pelaksanaan, pembangunan kaum ibu secara transformatif dan berlonjakan besar.

Agenda pembelaan generasi muda yang sangat bertepatan, hal ehwal dan kemajuan Sabah dan Sarawak yang pastinya menggembirakan mereka dan banyak lagi diperkenalkan Najib,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Malah menurut Annuar, komitmen menegak, mempertahan dan mengembangkan hal ehwal Islam begitu ketara dan spesifik sementara kepentingan agama lain juga terus diberi perhatian.

Menurutnya, inilah sebuah manifesto yang dahulukan rakyat yang terhasil daripada keyakinan jitu Najib setelah beliau dengan cemerlangnya menguruskan ekonomi dan pentadbiran negara.

“Di bawah kepimpinannya, rezab negara berkembang kepada lebih RM400 billion, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tumbuh menghampiri enam peratus, penarafan antarabangsa mencapai gred A, pelaburan asing juga meningkat.

“Daya kebersaingan negara berada di kelompok 20 terbaik dunia dan pada masa yang sama beliau mengekalkan soladiriti BN dengan baik, kestabilan politik yang sangat ketara serta hubungan diplomatik yang terbaik sejak merdeka,” katanya.

Selain itu, jelas beliau, pengukuhan harga minyak berserta pengurusan cukai dan dasar fiskal negara yang baik memungkinkan negara beroleh hasil lebih lumayan, membuatkan kerajaan tidak teragak-agak untuk berkongsi dengan rakyat melalui pelbagai bantuan dan insentif.

“Pendek kata rakyat mula menikmati hasil dari kesetiaan dan kebijaksanaan mereka mendokong kerajaan.

“Lebih signifikan lagi kerajaan BN sudah bersedia melancarkan komitmen memperbaiki tatakelola kerajaan dengan memperkenalkan undang undang mengekang berita tidak benar, undang-undang mengawal dana politik, sistem Ombudsman, menggerakkan “select commitee parlimen serta mengamal pentadbiran yang lebih telus dan lebih terbuka,” katanya.

Tambah Annuar, ternyata BN telah menjadikan pembangkang serta manifesto mereka sama sekali tidak releven lagi dan hari esok bakal menjadi lebih baik lagi buat Malaysia bersama BN.



Source link

read more

Penerima BR1M akan terima durian runtuh


KUALA LUMPUR 07 APRIL 2018. Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak bersorak selepas membentangkan kandungan manifesto pada Majlis Pelancaran Manifesto Barisan Nasional Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) di Axiata Arena, Bukit Jalil. NSTP/ASYRAF HAMZAH

MO, 8/4/2018, KUALA LUMPUR: Dua kategori baharu penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diperkenalkan Barisan Nasional (BN) bagi membantu rakyat mendepani kos sara hidup.

Sementara tiga kategori sedia ada untuk isi rumah berpedapatan dibawah RM3,000 ke bawah, RM4,000 ke bawah dan individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000, ditingkatkan.

Dua kategori baharu itu adalah untuk isi rumah yang berpendapatan RM4,000 hingga RM5,000 bakal menerima RM700.

Satu lagi, bantuan sekali sebanyak RM1,500 yang diberi kepada anak penerima BR1M yang dapat melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi.

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak ketika berucap melancarkan Manifesto BN di sini, turut mengumukkan gandaan penerima BR1M bagi semua kategori.

Bagi penerima BR1M kategori isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah, katanya pemberian BR1M pada Jun dan Ogos sebanyak RM400 dinaikkan kepada RM800, menjadikan jumlah keseluruhan RM2,000.

Beliau berkata, bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 pula, pemberian akan digandakan kepada RM600 berbanding RM300 yang diterima ketika ini.

“Ini bermakna jumlah keseluruahn pemberian BR1M (kumpulan itu) pada tahun ini meningkat kepada RM1,000,” katanya.

Bagi individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000 pula, Najib berkata, mereka bakal menerima nilai tambahan sebanyak RM150 menjadikan keseluruhannya RM600, berbanding RM450 ketika ini.

Seramai 7.2 juta rakyat Malaysia menerima BR1M dengan peruntukkan sebanyak RM6.8 bilion pada tahun ini.



Source link

read more

‘Dompet Rakyat’ lonjak taraf hidup


indexMO, 8/4/2018 – PENINGKATAN gaji minimum pekerja secara berperingkat kepada sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan dalam tempoh lima tahun, dipateri ke dalam Manifesto Barisan Nasional (BN), berbanding RM1,000 sebelum ini.

Menerusi teras ‘Kita Utamakan Ekonomi Hidup Rakyat’ inisiatif ‘Dompet Rakyat’, BN berjanji menubuhkan Suruhanjaya Kerja Saksama untuk menentukan paras gaji pekerja sektor swasta supaya lebih setimpal, memperkenalkan kadar dividen dan bonus pelbagai peringkat untuk dana pelaburan dan unit dana amanah serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) lain kecuali Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

BN turut berjanji meningkatkan kesejahteraan pekerja berpendapatan RM2,500 ke bawah di Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan GLIC melalui perluasan perlindungan insurans, pertambahan manfaat kesihatan serta kenaikan elaun kos sara hidup.

Pelbagai insentif lain bakal diberi kepada rakyat terutama kepada peneroka FELDA yang antara lain pemberian insentif khas RM5,000 kepada setiap peneroka dan mewujudkan geran khas bagi tujuan penanaman semula peneroka.

Selain itu, melupuskan hutang penanaman semula, melupuskan hutang pembelian saham FGV peneroka dan melupuskan hutang tambahan peneroka FELDA ketika proses penanaman semula.

Bagi golongan pekebun kecil, BN berjanji menaikkan harga pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (IPG), meningkatkan bantuan musim tengkujuh untuk pekebun kecil getah, meminimumkan pembabitan orang tengah dalam hasil tani dan perikanan serta memperluaskan dana Skim Bantuan Tani dan penanaman semula untuk pekebun kecil kelapa sawit, getah, koko dan kenaf.

Peruntukan bantuan khas berjumlah RM222 juta turut disediakan kepada peneroka FELCRA, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).

BN berjanji tidak meminggirkan masyarakat Orang Asli dengan menstruktur semula bantuan melalui pembinaan prasarana, selain memperhebatkan Kampung Baru Cina melalui pembinaan lebih banyak kemudahan asas dan memperkasa taraf sosio ekonomi masyarakat

India melalui Unit Pembangunan Masyarakat India (SEDIC) JPM.

INFO
Inisiatif lain ‘Dompet Rakyat’

  • Menurunkan had maksimum kadar faedah dan caj lewat bayar kad kredit.
  • Meminda Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan bagi meluaskan kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
  • Mentransformasi sektor pertanian ke arah industri berpendapatan tinggi dengan menggunakan teknologi terkini.
  • Pemanjangan tempoh pelepasan cukai pendapatan kepada ibu bapa pemilik akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).
  • Bantuan Khas sebanyak RM600 setahun kepada veteran ATM berusia 60 tahun ke atas yang tidak menerima pencen dan BR1M
  • Menstruktur semula bantuan kebajikan kepada golongan yang memerlukan.



Source link

read more

Kerajaan akan buka Universiti al-Quran


KAJANG 27 MAC 2018.  Akademi Darul Huffaz International Tahfiz and Science Academy Malaysia (ADH). NSTP/ NURUL SHAFINA JEMENON

MO, 8/4/2018, KUALA LUMPUR: Penubuhan sebuah Universiti al-Quran untuk melahirkan lebih ramai graduan hufaz turut dimasukkan sebagai janji kerajaan dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menerusi universiti itu, graduan hufaz yang dilahirkan bukan setakat mempunyai kepakaran menghafal al-Quran tetapi juga lengkap dengan kepakaran dalam bidang profesional yang lain.

Selain itu, BN juga menyasarkan untuk melahirkan 125,000 hufaz yang mempunyai kelayakan dalam bidang profesional seperti sains, matematik dan kejuruteraan manakala sekolah tahfiz akan dilengkapkan dengan sistem latihan kemahiran GiatMARA.

Menerusi manifesto itu, BN menegaskan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan akan terus dipelihara tanpa menjejaskan hak dan kebebasan agama lain untuk terus dianuti dan dilindungi oleh kerajaan.

Ini kerana BN adalah sebuah perikatan politik yang meraikan kepelbagaian kaum, etnik dan agama.

Namun, asas pembentukan negara yang memberi tempat istimewa kepada Bumiputera dan orang Islam, akan terus diperkasa tanpa menzalimi kaum-kaum lain.

Kepentingan Bumiputera jelas termaktub dalam perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Masyarakat Bumiputera kini mewakili seramai 68.6 peratus daripada keseluruhan 31.7 juta rakyat Malaysia.

Berdasarkan unjuran, jumlah itu akan mencecah 69. 1 peratus menjelang 2020 dan 70.7 peratus pada 2030.

Justeru, dalam tempoh lima tahun akan datang, BN bertekad untuk meneruskan usaha ini dengan pelaksanaan beberapa perkara.

Antaranya ialah:

1. Meneruskan agenda Transformasi Ekonomi Bumiputera 2.0 bagi memastikan Bumiputera terus memainkan peranan signifikan dalam pembangunan ekonomi negara.

2. Memastikan Malaysia sebagai peneraju industri halal dunia, yang mana Bumiputera menjadi penggerak utama industri.

3. Menubuhkan jawatankuasa menyelia keharmonian Mahkmah Syariah dan Sivil serta menubuhkan jawatankuasa untuk memperkasa Mahkamah Syariah.

4. Memperkenalkan perjanjian jual beli patuh syariah dengan meminda jadual H dan G, Akta 118 Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan). Ini akan menambahbaik sistem perbankan Islam sedia ada.

5. Menstruktur semula bantuan untuk Orang Asli melalui pembinaan prasarana supaya kualiti hidup mereka bertambah baik.

6. Meningkatkan kualiti pengurusan ibadah haji dan umrah serta kebajikan jemaah.

7. Mempertingkatkan peranan masjid sebagai pusat aktiviti komuniti Islam melalui program Transformasi Masjid.

Mereka yang terbabit akan diberi latihan dan menerima kenaikan elaun. Di samping itu, jumlah surau akan ditambah bagi kebenaran mengadakan solat Jumaat.

8. Mewujudkan dana khas untuk menaik taraf pendidikan dan peraturan keselamatan sekolah agama supaya memenuhi piawaian kebangsaan.

9. Meningkatkan kualiti dan kepakaran pentadbiran Islam seperti imam, guru KAFA dan takmir, guru agama, pegawai syariah, Hakim Mahkamah Syariah di Akademi Latihan Islamik Malaysia (ALIM) dan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia.

10. Menyediakan Kursus Latihan Intensif Bahasa Arab untuk membantu pemegang Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) lulus peperiksaan Imtihan Qabul, yang menjadi syarat utama kelayakan pendidikan tinggi di negara Arab.

11. Meneruskan usaha menyokong kemerdekaan negara Palestin dan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara rasmi.



Source link

read more

Barangan tempatan didahulukan | Merdeka Online


KUCHING 18 OCTOBER 2015 (WAJAH-WAJAH) Pengunjung yang mengunjungi pameran sempena Hari Wanita 2015 tidak ketinggalan untuk merakam kenangan bersama dengan pembuat kek lapis Sarawak, Rabiah Amit (Tiga kanan) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) baru-baru ini. STR/Jeakqleyn Yacho

MO, 8/4/2018, KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) dalam aku janji lima tahunnya, menggariskan 18 usaha untuk memastikan barang dan perusahaan tempatan didahulukan serta ditingkatkan supaya nama Malaysia menjadi sebutan dunia di masa depan.

Antara 18 usaha itu, BN mahu menjihadkan Ekonomi Halal sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara, dengan peruntukan sebanyak RM1 bilion disuntik ke dalam Dana Pembangunan Halal.

Pada masa sama, BN juga mahu memastikan Malaysia menjadi peneraju industri halal dunia, yang mana usahawan Bumiputera akan menjadi penggerak utama industri berkenaan.

Untuk itu, BN mahu mengintegrasikan data usahawan Bumiputera yang menerima inisiatif kerajaan melalui platform Teraju Xchange dan membangunkan portal Orang-E sebagai sebuah platfom untuk rakyat Malaysia yang terbabit dengan ekonomi.

Serentak itu juga, BN akan meneruskan agenda Transformasi Ekonomi Bumiputera 2.0 bagi memastikan Bumiputera terus memainkan peranan signifikan dalam pembangunan ekonomi negara.

BN juga mahu membantu usahawan kecil dan sederhana kaum Cina dengan memantapkan Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia (SAME).

Bagi meningkatkan lagi sumbangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), BN akan memperkasakan sumbangan PKS kepada ekonomi negara melalui transformasi digital.

BN dalam janjinya juga akan meneruskan usaha mengembangkan sektor PKS dengan mempertingkat produktiviti usahawan, pereka baru dan syarikat pemulaan menerusi penubuhan pelbagai agensi fasilitasi seperti PlatCOM.

Selain itu, menyediakan insentif cukai dan dana pembangunan khas bagi menggalakkan jenama usahawan kecil.

Bagi merealisasi potensi sebenar industri kreatif sebagai sumber baharu pendapatan negara, BN akan memperluaskan platform dan dana kepada penggiat industri.

Dalam menangani kemiskinan bandar, BN merancang pembangunan pusat niaga usahawan kecil, pusat niaga trak makanan dan pertanian bandar.

Selain itu, BN akan mendorong perniagaan berasaskan trak makanan dengan mewujudkan kawasan khas dan program untuk modifikasi kenderaan.

Pesara tentera juga tidak dilupakan dan dibantu melalui potensi kedai Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) yang berkonsepkan harga rendah dan pengenalan Skim Pembiayaan Mikro Usahawan Veteran (SPMUV) bagi membantu mereka memulakan perniagaan.

BN juga akan melaksanakan Skim Anuiti Veteran bagi membantu anggota tentera bukan dalam skim pencen supaya mereka menerima bayaran bulanan apabila bersara kelak.

BN juga akan terus membina lebih banyak Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) bagi memudahkan urusan rakyat dan terus membantu usahawan kecil mendapat peluang perniagaan.

Untuk nelayan, kira-kira 20 buah pasar ikan di seluruh negara akan dibina, manakala tiga Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan dinaik taraf.

INFO:

1. Menjihadkan Ekonomi Halal sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara, dengan peruntukan sebanyak RM1 bilion disuntik ke dalam Dana Pembangunan Halal.

2. Usahawan Bumiputera akan menjadi penggerak utama industri halal dalam usaha memastikan Malaysia menjadi peneraju industri halal dunia.

3. Memantapkan Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia (SAME) bagi membantu usahawan kecil dan sederhana Cina.

4. Menyediakan insentif cukai dan dana pembangunan khas bagi menggalakkan jenama usahawan kecil.

5. Mewujudkan kawasan khas dan program untuk modifikasi kenderaan bagi mendorong perniagaan berasaskan trak makanan.

6. Memperkenalkan Skim Pembiayaan Mikro Usahawan Veteran (SPMUV) bagi membantu pesara tentera memulakan perniagaan.

7. Membina lebih banyak Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) bagi memudahkan urusan rakyat dan terus membantu usahawan kecil mendapat peluang perniagaan.

8. Membina kira-kira 20 buah pasar ikan di seluruh negara dan menaiktaraf tiga Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi membantu golongan nelayan.



Source link

read more