Inggeris bahasa pengantar sekolah Sabah, Sarawak


Najib154132.transformedMO, 8/4/2018, KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan memulakan projek perintis sekolah yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di Sabah dan Sarawak, tanpa meminggirkan bahasa kebangsaan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak, berkata perkara itu adalah kehendak kerajaan di kedua-dua negeri berkenaan.

“Kita sudah pun lakukan, umpamanya nisbah guru di Sabah dan Sarawak hendaklah 90 peratus anak tempatan dan 10 peratus dari Semenanjung.

“Kini, ia sudah pun mencapai 87 peratus bagi kedua-dua negeri, maknanya hampir sampai kepada janji kita untuk rakyat Sabah dan Sarawak,” katanya ketika menyatakan aku janji keempat khusus untuk Sabah dan Sarawak.

Najib turut mengumumkan bahawa hak penyeliaan kawalan elektrik dan gas akan dikembalikan kepada kedua-dua negeri itu seperti yang ditetapkan undang-undang.

“Saya sudah janjikan bahawa kalau hak orang Sabah dan Sarawak dalam Perjanjian 1963, kita terambil atau sengaja ambil di zaman kepemimpinan pemimpin berkenaan, kita akan kembalikan semula secara pentadbiran.

“Sabah dan Sarawak adalah simpanan tetap kita. Kita mesti jaga Sabah dan Sarawak. Kita tidak kutuk dan tidak hina orang Sabah Sarawak. Kita akan terus memperjuangkan kepentingan orang Sabah dan Sarawak,” katanya.

Katanya, projek lebuh raya Pan Borneo sepanjang 2,294 kilometer (km) tanpa tol dengan kos RM40 bilion dan 12,500 km jalan luar bandar akan diteruskan, selain menambah peruntukan untuk kajian ukur perimeter bagi tanah adat.

Najib turut mengakhiri inisiatif untuk negeri itu dengan serangkap pantun:

Bumi Kenyalang bumi yang indah

Di bawah bayu gelaran Sabah

Selagi Barisan Nasional terus memerintah

Sabah dan Sarawak akan tetap dijulang

megah



Source link

read more

Inisiatif pendidikan inklusif kepada semua


univers.jpg.transformedMO, 8/4/2018, SHAH ALAM: Inisiatif pendidikan yang digariskan dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) disifatkan sebagai inklusif dan memberi manfaat kepada semua peringkat usia, selain bertepatan dengan keperluan Revolusi Industri 4.0.

Ia merangkumi pelbagai aspek, antaranya transformasi kemudahan infrastruktur, insentif atau bantuan khas pendidikan dan latihan kemahiran bermula dari sekolah rendah hingga ke universiti.

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata pemberian RM1,500 berupaya membantu mahasiswa daripada keluarga berpendapatan rendah, terutama ketika mereka mendaftar masuk ke universiti.

“Kita kerap mendengar penuntut menolak mendaftar masuk di mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) kerana masalah kewangan.

“Insentif ini adalah sumbangan terbaik kepada mereka,” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, golongan muda dan belia khususnya juga perlu memiliki kemahiran digital dalam menuju Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan ke arah negara berpendapatan tinggi.

“Bagi yang tercicir dalam kemahiran berteknologi, mereka semestinya tidak dapat bersaing dengan pekerja lain kelak.

“Justeru, langkah mewujudkan kemahiran digital kepada jutaan pelajar sekolah dilihat usaha terbaik ke arah itu,” katanya.

Prof Mohammad Shatar berkata, golongan itu juga perlumerebut peluang menyertai Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) 2.0, yang dapat mengukuhkan kemahiran mereka sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Beliau turut menyokong pemberian kad diskaun khas pelajar bagi mengurangkan kos pengangkutan, perkhidmatan kerajaan dan pembelian barangan keperluan pendidikan.

Manifesto BN yang diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak, merangkumi 26 inisiatif pendidikan, yang memberi tumpuan dalam aspek pemacuan modal insan dan kecemerlangan pendidikan.



Source link

read more

Janji khas BN buat pengundi Selangor, Pulau Pinang


KUALA LUMPUR, 7 April -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak berucap pada pelancaran Manifesto BN untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang bertemakan ?Bersama BN Hebatkan Negaraku? di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil malam ini.?Turut kelihatan Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri).?--fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

MO, 8/4/2018, KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, BN berjanji menyelesaikan masalah air di Selangor, jika parti itu berjaya menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang.

Pengerusi BN berkata, BN juga berjanji menyediakan sebanyak 65,000 unit rumah mampu milik di Pulau Pinang.

“Kalau BN kembali memerintah, masalah air di Selangor, pasti BN akan selesaikan. Aku janji untuk negeri Pulau Pinang pula, nampaknya tiada cahaya dihujung terowong.

“Namun agenda utama BN, kita berjanji menyediakan 65,000 unit rumah mampu milik di Pulau Pinang, ini janji BN pada rakyat Pulau Pinang,” katanya berucap dihadapan puluhan ribu penyokong BN ketika melancarkan Manifesto di Stadium AXIATA, Bukit Jalil, semalam.

Sebelum menyatakan janji itu, Najib yang juga Presiden UMNO turut menukilkan serangkap pantun khas khusus untuk dua negeri itu, berbunyi:

Tercari terowong di Pulau Pinang,

Terjumpa baldi di negeri Selangor,

BN mesti kena menang,

Barulah rakyat hidup aman dan makmur.

Memulakan ucapannya, Najib turut menyatakan BN akan terus memperkasa peranan wanita dalam pelbagai bidang di negara ini.

“Ibu dan wanita dikaulah hati negaraku, bila kita memilih wanita dan ibu, bahawa kita meletakkan wanita dan ibu di tempat yang begitu tinggi dalam masyarakat kita.

“Ini melambangkan komitmen BN untuk memperkasakan wanita sebagai isteri, ibu, anak dan wanita yang bekerjaya,” katanya.



Source link

read more

Bubar DUN: MB Terengganu menghadap Sultan Mizan esok


KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman akan menghadap Sultan Mizan Zainal Abidin esok bagi mendapat perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menerusi kenyataan Pejabat Menteri Besar, pertemuan tersebut akan berlangsung di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

Pertemuan itu dipercepatkan dari tarikh perancangan asal yang sepatutnya Rabu ini, bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-14, selari dengan pembubaran Parlimen yang berkuat kuasa semalam.

“Sidang akhbar khas akan diadakan pada 11 pagi tarikh sama di Wisma Darul Iman,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Terengganu mempunyai lapan kerusi Parlimen dengan masing-masing empat disandang BN dan PAS.

BN menang 17 daripada 32 kerusi dewan undangan negeri manakala PAS (14) dan PKR (satu). – theRakyat



Source link

read more

Nafiizwan tersingkir di separuh akhir – Sukan


KUALA LUMPUR 8 April – Hasrat pemain squasy kebangsaan, Mohd. Nafiizwan Adnan untuk mara ke perlawanan akhir Sukan Komanwel 2018 terbantut apabila beliau tewas di pusingan separuh akhir kepada pemain England, James Wilstrop.

Dalam perlawanan yang diadakan di Oxenford Studios, Gold Coast hari ini, Naffizwan yang diletakkan sebagai pemain pilihan ke-12 tewas 6-11, 10-12, 11-4 kepada pemain pilihan keempat kejohanan itu.

Esok, pemain yang berasal dari Terengganu ini akan beraksi dalam perlawanan merebut pingat gangsa bertemu pemain yang tewas dalam satu lagi perlawanan separuh akhir di antara Joel Makin dari Wales menentang Paul Coll dari New Zealand. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Moga doa kalian sembuhkan anak ku ini – Azrul Zaidi



PELAWAK, pelakon dan pengacara, Azrul Zaidi atau sebelum ini dikenali sebagai Azrul Cham meminta orang ramai mendoakan agar anaknya, Nur Raudhah Batrisya kembali sembuh.

Menurut pemilik nama sebenar Asrul Zaidi Jamaluddin, 44 tahun ini, anak bongsunya itu sudah 13 hari berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Dua hari lalu, doktor sudah mengambil air dari tulang belakang untuk mengkaji kuman apa yang masih aktif, sebelum kuman itu merebak ke otaknya.

“Moga doa kalian akan menyembuhkan anak ku ini… Amin,” tulisnya di Instagram peribadinya tiga hari lalu.

Menerusi posting terbarunya, Azrul memaklumkan anaknya berada dalam keadaan stabil cuma masih dalam pemantauan.

“Semoga jemari ini kembali menampar muka ku tiap pagi. Terima kasih pada semua yang mendoakan kesejahteraan Nur Raudhah Batrisya.

“Keputusan kuman masih belum diketahui. Teruskan berdoa,” jelasnya diikuti tanda pagar #doafornurraudhahbatrisyia dan #prayingfornurraudhahbatrisyia.



Source link

read more

Keistimewaan kad keahlian GRV – Nasional


KOTA BHARU 8 April – Hotel Grand River View (GRV) memberi peluang kepada orang ramai untuk memiliki kad keahlian bagi mendapatkan pelbagai tawaran istimewa.

Pengurus Pemasaran dan Jualan Hotel tersebut, Raja Rusmin Raja Mahmud berkata, kad yang berharg RM588 setahun itu membolehkan pemiliknya menikmati potongan harga sehingga 25 peratus untuk hidangan ala cart di Restoran D’Brasserie.

“Pada bulan Ramadan juga pemegang kad boleh mendapat potongan 10% dan ia merupakan peluang istimewa bagi menikmati juadah berbuka puasa di hotel dengan harga yang sangat rendah.

“Pelbagai lagi keistimewaan seperti menggunakan kemudahan yang disediakan hotel ini selain daripada potongan harga paling rendah dan istimewa di sini,” katanya ketika ditemui selepas majlis pengenalan menu berbeku di sini malam tadi.

Sementara itu, Raja Rusmin berkata, hidangan 50 jenis berbeku itu hanya disajikan pada Jumaat dan Sabtu di hotel tersebut daripada pukul 7.30 malam sehingga 10 malam.

Katanya, untuk dewasa mereka perlu membayar RM58 seorang manakala kanak-kanak pula RM38.

Dalam pada itu, untuk pemegang ahli juga mereka boleh mendapatkan potongan harga yang sangat berbaloi.-UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Bomb to Brisbane cetus panik



BRISBANE: Nota pelik tulisan tangan ditampal pada bagasi telah mencetuskan panik kepada penumpang.

‘Bomb to Brisbane’ (Bom ke Brisbane) yang ditulis di bawah nama penumpang itu telah menyebabkan polis terpaksa dipanggil ke lokasi kejadian dan mengepung Lapangan Terbang Brisbane.

Pemilik beg itu, Venkata Lakshmi, 65, ketika disoal siasat pihak berkuasa bagaimanapun menjelaskan pada mulanya dia mahu menulis Bombay, nama lama Lapangan Terbang Mumbai.

Polis turut melakukan pemeriksaan ke atas beg itu sebelum mengesahkan tiada objek mencurigakan.

Salah seorang penumpang yang enggan identitinya didedahkan berkata dia terkejut selepas mendapati beg itu melepasi pemeriksaan keselamatan.

“Saya fikir ia mungkin satu gurauan, namun apabila melihat beberapa anggota polis, saya mula sedar ia adalah perkara yang serius,” ujarnya. – The Mirror



Source link

read more

Dituduh hina mendiang Whitney Houston Lorde mohon maaf


PENYANYI Lorde telah mengeluarkan permohonan maaf susulan satu kemas kini di akaun Instagramnya, beberapa hari lalu.

Dalam kemas kini itu, Lorde memuat naik sekeping foto yang memaparkannya di dalam tab mandi, dengan kapsyen ‘I will always love you‘.

Penyanyi lagu Royal itu kemudiannya diserang netizen yang berpendapat, status itu sebagai satu penghinaan kepada mendiang Whitney Houston.

Permohonan maaf dari Lorde melalui Instastory.

Houston meninggal dunia pada 11 Februari 2012, beberapa jam selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam tab mandi di sebuah hotel di Los Angeles.

Lorde kemudiannya memadamkan status itu dan memuat naik satu status ke Instastory, memohon maaf atas kapsyen yang tidak sensitif itu.

“Saya tidak berniat menyindir sesiapa. Saya cuma teruja untuk mandi dan tidak berfikir panjang.

“Saya memang bodoh. Sayang sayangkan Whitney selamanya,” tulis Lorde.



Source link

read more