PADANG RENGAS 8 April – UMNO Bahagian Padang Rengas mahu Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dikekalkan sebagai Menteri Besar Perak jika Barisan Nasional (BN) menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketuanya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pihaknya tidak rela orang lain selain Zambry menerajui kerajaan negeri.

Katanya, untuk itu UMNO Bahagian Padang Rengas akan memastikan kemenangan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Padang Rengas iaitu Chenderoh dan Lubuk Merbau untuk membentuk kerajaan negeri.

“Selepas PRU-14, maka pada petang hari pemilihan kita mahu berkumandang diumumkan kerajaan yang akan ditubuh dan kemenangan itu adalah kepada BN. Ketika itu kita mahu Zambry menjadi Menteri Besar, kita tidak mahu orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian Karnival Pelancongan dan Dewan Millenium Lubuk Merbau di sini hari ini.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

%d bloggers like this: