Apabila bercakap mengenai IKEA, benda perkara yang dikaitkan dengan syarikat ini ialah perabot gaya Skandinavia dengan nama yang aneh, bebola daging dan karipap yang enak. Tetapi mereka dilihat semakin giat menghasilkan peralatan elektronik bermula dengan perabot dengan pengecas tanpa wayar terbina.

Mereka kini melancarkan Eneby, speaker Bluetooth dengan rekaan minimalis. Dua model Eneby dihasilkan masing-masing dengan saiz 20×20 cm dan 30X30 cm. Ia boleh diletakkan di atas meja dengan kaki khas, digantung pada dinding, dibawa berjalan dengan pemegang atau disimpan di dalam sistem storan Kallax (atau Expedit).

Model kecil Eneby turut mempunyai sokongan bateri bagi membolehkannya berfungsi tanpa palam elektrik. Selain sambungan Bluetooth, terdapat juga input untuk bicu audio 3,5mm. Harga jualan speaker ini ialah £45 (~RM 247) untuk versi kecil dan £80 (~RM 439) untuk versi besar. Ia masih belum ditawarkan di pasaran Malaysia pada waktu ini.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

%d bloggers like this: