PRU-14: Penamaan calon 28 April, mengundi 9 Mei


WhatsApp_Image_2018-04-10_at_12.30.54_PM.jpeg.transformed_0MO, 10/4/2018, PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 April (Sabtu) sebagai hari penamaan calon diikuti 9 Mei (Rabu) sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengundian awal ditetapkan pada 5 Mei (Sabtu). Tempoh berkempen PRU-14 ialah selama 11 hari, berbanding 15 hari pada PRU-13.

SPR akan menggunakan daftar pemilih Suku Tahun Keempat 2017 yang menyenaraikan 14, 940, 627 pemilih berdaftar.

Perkara ini diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, pada sidang media sebentar tadi.

Beliau berkata, pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, SPR melantik seramai 222 pegawai pengurus pilihan raya dan menubuhkan 445 Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR).

“Seramai 259,391 petugas dilantik dalam kalangan penjawat awam bagi membantu mengendalikan proses PRU-14 yang membabitkan perbelanjaan sebanyak RM500 juta,” katanya pada sidang media jam 12.15 tengah hari tadi di ibu pejabat SPR di Putrajaya.

Katanya, writ pilihan raya yang dikeluarkan pada 11 April ini kepada pegawai pengurus pilihan raya akan menggariskan tugas mereka pada hari penamaan calon dan hari mengundi.

“Sebanyak 8,989 premis dan bangunan digunakan sebagai pusat mengundi, yang merangkumi hampir 29,000 saluran mengundi,” katanya.

Mohd Hashim berkata, sebanyak 14 negara daripada ASEAN, ASIA dan negara Komanwel serta pusat kajian antarabangsa dijemput sebagai pemerhati proses PRU-14.

“SPR juga melantik 14 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan selain wakil universiti awam bagi menjalankan pemerhatian terhadap proses PRU-14 ini.

“Justeru itu, SPR tidak mengiktiraf mana-mana organisasi atau individu yang tidak dilantik bagi tujuan itu,” katanya.

SPR mengadakan mesyuarat khas hari ini untuk menentukan tarikh pengundian dan pencalonan bagi PRU-14 selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada 7 April lalu.



Source link

read more

Dia baru 17 tahun berikan dia ruang – Neelofa simpati adik sering dikecam



BIARPUN bukan bergelar selebriti, namun nama adik kepada pelakon dan pengacara popular, Neelofa iaitu Nur Ameera Khan sering menjadi perhatian ramai.

Boleh dikatakan, setiap tindak tanduk gadis berusia 17 tahun itu menjadi perbualan netizen sehingga viral di media sosial.

Sebagai seorang kakak, Neelofa berkata, dia berasa simpati dengan tekanan yang terpaksa dilalui oleh adiknya dan meminta orang luar supaya memberi ruang yang sewajar kepada keluarga terutama adiknya.

“Dia baru sahaja berusia 17 tahun dan saya rasa orang luar perlu berikan dia ruang untuk belajar daripada kesalahan yang dilakukan dan menjadi lebih matang.

“Tidak adil apabila dia terus diadili dan dihukum sedangkan dia masih muda,” ujar pemenang anugerah Top Top MeleTOP, Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME2018) ini.

Tambah wanita berusia 29 tahun ini, dia dalam masa sama berasa bangga dengan kekuatan yang dimiliki adiknya dalam menempuh setiap kontroversi yang datang.

“Saya rasa kalau saya sebayanya dulu, saya mungkin tidak sekuat dia kini.

“Saya sangat bangga dengan kekuatan yang dimiliki dan tidak keterlaluan untuk mengatakan dia lebih kuat daripada saya sebenarnya,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, Neelofa berkata, Ameera mungkin banyak belajar daripada pengalaman yang dilaluinya sepanjang berada di dalam industri dan dalam masa sama Neelofa tekad untuk terus memberi inspirasi kepada adiknya itu.

Bercakap tentang perkembangan terbaharunya, Neelofa berkata, dia bakal terlibat dalam sebuah kempen anti buli siber pada minggu hadapan.

Katanya, dia berharap dengan penglibatannya dalam kempen itu dalam memberi inspirasi dan kesedaran kepada masyarakat tentang salah guna sosial media.

“Saya harap kempen ini akan tular dan mewujudkan kesedaran dalam masyarakat agar tidak menyalahgunakan sosial media untuk mengecam dan mengkiritik orang lain.

“Kita akan memfokuskan kepada pelbagai sudut dan perkara ini sangat penting kerana buli siber semakin membimbangkan,” katanya.



Source link

read more

TVET graduates need to fulfil job market requirement- Perlis Raja Muda


PTJ14_210318_TVET

MO,10/4/2018, ARAU: Technical Vocational Education and Training (TVET) graduates need to fulfil the current job market requirement, said Raja Muda of Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. He said the quality of graduates was one of the important aspects of ensuring enhanced productivity and smooth running of an organisation.

“As such, students are advised to be more proactive, sensitive and industrious in acquiring knowledge to face the challenges of 4.0 industry,” he said when launching the ‘Titian Kasih Mega’ programme organised by the Perlis Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) at Arau Vocational College here today.

He said the quality of TVET graduates also needed to be developed holistically following the increasingly modern career challenges through robotic and digital applications. The ceremony was attended by 528 college students as well as Arau Vocational College director Mohd Jelani Yaacob and Perlis YTSP secretary Datuk Johari Mohd Darus.

— Bernama



Source link

read more

Belum ada keputusan Dr M bertanding di Langkawi


mahahhhhhtir.transformedMO, 10/4/2018, ALOR SETAR: Belum ada keputusan rasmi sama ada Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad akan bertanding di Langkawi dan ia mungkin akan diketahui pada hujung minggu ini.

Sumber dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengesahkan perkara itu sudah dibincangkan, namun belum ada keputusan rasmi dibuat setakat ini.

“Ya, sememangnya Langkawi adalah kerusi paling ideal untuk Dr Mahathir bertanding, tetapi setakat ini belum ada keputusan rasmi walaupun memang ada perbincangan.

“Mungkin beliau akan mengumumkan dalam masa terdekat. Bagaimanapun, mengikut perancangan asal, senarai calon PPBM untuk semua kerusi Parlimen akan diumumkan di peringkat Pusat,” menurut sumber itu bagi mengulas laporan Dr Mahathir akan bertanding di Langkawi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sementara itu, satu sumber dalaman PPBM tidak menolak kemungkinan Dr Mahathir akan membuat pengumuman di Langkawi hujung minggu ini.

“Beliau akan berada di Bukit Tangga dalam Parlimen Kubang Pasu pada Jumaat malam sebelum ke Langkawi keesokannya.

“Mungkin beliau akan memilih untuk membuat pengumuman ketika berada di sana,” katanya.

Sebelum ini, Dr Mahathir dikatakan turut mempertimbangkan kerusi Kubang Pasu dan Putrajaya.

Sebuah portal berita hari ini melaporkan Pengerusi PPBM itu sah akan bertanding di Langkawi.

Kerusi Langkawi disandang Datuk Ir Nawawi Ahmad, yang juga Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB).

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Langkawi menewaskan calon PKR, Ahmad Abdullah dengan majoriti lebih 11,000 undi pada pilihan raya umum lima tahun lalu.



Source link

read more

Instagram Kini Membolehkan Anda Merakamkan Gambar “Bokeh” Melalui Mod Kamera “Focus” – Amanz


Instagram FocusInstagram sedia mempunyai beberapa mod rakaman menarik pada aplikasi mereka, dan kini menambahnya adalah mod rakaman baru dinamakan Focus. Menariknya mengenai mod baru ini adalah dimana pengguna boleh menggunakan kamera pada telefon pintar mereka untuk merakamkan gambar potrait dengan kesan bokeh – iaitu bahagian latar yang sedikit dikaburkan berbanding rakaman gambar biasa.

Mod Focus ini akan mengaburkan bahagian latar apabila ia mengecam wajah pada rakaman. Pengguna boleh merakamkan gambar atau video melalui mod ini – dan menambah suntingan selepas merakamkannya.

Focus ditawarkan untuk iPhone 6S dan terkini, selain ditawarkan untuk beberapa peranti Android terpilih. Bagi anda yang menggunakan Instagram, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan menyemak sama ada peranti anda menyokong mod Focus ini ataupun sebaliknya.



Source link

read more

GE14: May 9 declared school holiday in conjunction with polling day


sekolah

MO,10/4/2018, KUALA LUMPUR: The Education Ministry has declared May 9 as a special school holiday in conjunction with the polling day for the 14th General Election (GE14). Its minister Datuk Seri Mahdzir Khalid said that all 10,180 public schools nationwide will be closed on May 9, which falls on Wednesday.

“This includes 6,941 schools which were selected as polling centres for the 14th General Election,” he said. Mahdzir was speaking to reporters after launching the National Education Management School Principals Conference at Berjaya Times Square here today.

The Election Commission today announced that the polling day of general election be held on May 9, while the nomination date will be on April 28.

–NSTP



Source link

read more

GUAN ENG GUGURKAN MUSUH KETAT JADI CALON!!! ~ SEMUT HITAM


Percaturan Politik dalaman DAPigs nampak gayanya semakin parah apabila penyandang Anggota Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw digugurkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke 14.

Dalam pengumuman yang dibuat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Petaling Jaya malam ini, kerusi yang dikosongkan Seng Giaw itu diisi oleh Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng.

Manakala kerusi Parlimen Segambut pula diisi oleh ADUN DAPigs Subang Jaya, Hannah Yeoh, aktivis Evangalist DAPigs yang juga merupakan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.

Bagaimanapun, Guan Eng masih mengekalkan tiga orang penyokong utamanya untuk bertanding di kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Mereka ialah Tan Kok Wai (Cheras), Fong Kui Lun (Bukit Bintang) dan Teresa Kok (Seputeh).

Seng Giaw yang sering dilihat berbeza pendapat dengan Guan Eng pada minggu lalu berkata beliau masih berminat untuk mempertahankan kerusi di Parlimen Kepong pada PRU14 nanti.

Seng Giaw yang bakal menyambut hari lahirnya yang ke 76 bulan depan menegaskan yang dia masih kuat dan berupaya untuk membantu rakyat.

Jika faktor usia menjadi punca penguguran nama Seng Giaw sebagai calon, itu secara tidak lansung menunjukkan sifat retorik DAPigs yang sebenar. Sedangkan orang berusia 93 tahun beria – ia pulak diorang bagi sokongan untuk jadi Perdana Menteri Pakatan!!!




Source link

read more

Sarawak BN targets high-income | Merdeka Online


10ntsarrr_1523332186

MO,10/4/2018, KUCHING: SARAWAK Barisan Nasional’s manifesto contains six thrusts to enable the state to achieve a high-income and developed status by 2030, while raising people’s living standards. Themed “Sarawak’s Transformation Through Digital Economy, New Continuity and Opportunity”, it shows the state BN’s commitment to empowering the people and socio-economic development.

State BN chairman Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg said the first thrust was to protect the rights of Sarawak folk as well as safeguard the harmony and unity in the state. He said the coalition pledged to continue providing education facilities and opportunities through the building of more schools, boosting scholarships
as well as using English as the state ’s second official language. He said Chinese, missionary and Islamic schools would be given recognition as they had boosted the quality of education for locals.

“Developing rural areas is a priority for Sarawak BN through the upgrading of infrastructure, such as roads, water and electricity supplies, as well as telecommunication facilities,” “At the same time, schools and clinics in rural areas will be improved.” He said this when launching the manifesto at the Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) headquarters here yesterday.

Present was Sarawak United People’s Party president Datuk Dr Sim Kui Hian, Progressive Democratic Party president Datuk Seri Tiong King Sing, Parti Rakyat Sarawak president Tan Sri Dr James Jemut Masing and United People’s Party president Datuk Seri Wong Soon Koh. Abang Johari, who is PBB president and chief minister, underlined efforts to protect the environment; raise the wellbeing of urban dwellers, village and longhouses; as well as provide the best healthcare and social facilities.

He said the state BN was aiming for opportunities for state advancement and continued prosperity of the people by regaining control of the state’s oil and gas industry, as well as boosting the participation of Anak Sarawak, especially its youth and women, in the implementation of the digital economy policy. “The final thrust involves good administration practices and integrity, specifically for the civil service to be more efficient and responsible to the people.”

He said the state BN was committed to regain Sarawak’s rights as enshrined in the Federal Constitution and the Malaysian Agreement 1963. “The Sarawak government will increase the special grant from the Federal Government, while also returning the right to collect stamp duties on land transactions to Sarawak.

“We will continue to demand compensation from the Federal Government for the loss of revenue on the abolishment of import duties for petroleum products. “This is an important time to strengthen Sarawak through unity and strength to achieve a greater prosperity.”

–NSTP



Source link

read more

Orang nak lihat saya jatuh – Neelofa



KEJADIAN pelakon dan pengacara popular, Noor Neelofa Mohd Noor, tergelincir dan hampir terjatuh ketika mengendalikan Anugerah MeleTop Era 2018 (AME), Ahad lalu menjadi perhatian ramai.

Dek kerana peristiwa itu, ada beberapa netizen yang berharap agar wanita itu benar-benar terjatuh tanpa sempat menyelamatkan diri atau diselamatkan oleh sesiapa.

Bagaimanapun pelakon yang bakal muncul dengan drama Ti Amo, Sweetheart 100 Hari ini tidak terkesan dengan kata-kata netizen. “Saya rasa mereka bukan nak lihat saya jatuh tersungkur sahaja, tapi ‘jatuh’ dalam erti kata lain iaitu jatuh dalam industri.

“Namun ia tidak jadi kenyataan dan mungkin sebab itu mereka rasa lebih tak puas hati,” katanya.



Source link

read more