Operasi Apple Kini Menggunakan Kuasa Yang Dijana Sepenuhnya Dari Sumber Lestari – Amanz


Di Malaysia kuasa elektrik dijana menggunakan bahan api fosil dan empangan hidroelektrik. Namun kerajaan mempunyai perancangan untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil dan berhijrah ke sumber lebih lestari seperti kuasa solar. Apple sudah lama mempunyai visi untuk menggunakan tenaga dari sumber lestari dan ini berjaya dicapai semalam.

Keseluruhan operasi harian Apple di seluruh dunia kini menggunakan kuasa yang dijana sepenuhnya dari sumber lestari. Ini merangkumi pejabat, Apple Store dan pusat data mereka di 43 negara. Mereka turut komited untuk menggalakkan rakan pengilangan mereka untuk menggunakan sumber elektrik yang bersih sepenuhnya di masa hadapan.

Oleh itu di China stesen janakuasa solar dan angin yang menjana 485 megawatts sedang dibangunkan untuk membekalkan kuasa kepada kilang-kilang yang menghasilkan produk Apple. Di Singapura yang mempunyai kawasan tanah yang terhad, panel solar di letakkan di atas 800 bumbung bagi menjana keperluan tenaga. Apple Park yang baru sahaja dibuka turut menggunakan sumber tenaga 100% lestari. Ia adalah antara bangunan yang mempunyai luas permukaan panel solar terbesar di dunia.

Langkah seterusnya bagi Apple ialah untuk menghasilkan peranti sepenuhnya dari bahan yang dikitar semula. Komponen peranti baru akan cuba dihasilkan dari produk lama yang dihantar kepada mereka. Inovasi Apple kerap menjadi ikutan pengeluar lain. Diharap komitmen mereka untuk mengurangkan impak terhadap alam sekitar turut akan menjadi ikutan dalam masa terdekat.



Source link

read more

Lelaki berusia 112 tahun gemar kek strawberi dinobatkan lelaki tertua di dunia



HOKKAIDO: Masazo Nonaka, seorang lelaki Jepun berusia 112 tahun, 259 hari, telah diperakui sebagai lelaki tertua di dunia pada hari Selasa.

Menurut Ketua Editor Guiness World Record, Craig Glenday, Masazo Nonaka menggantikan Francisco Olivera dari Sepanyol, yang meninggal dunia pada awal tahun ini ketika berusia 113 tahun, sebagai lelaki tertua di dunia.

“Dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa kami mempunyai pemegang rekod terbaru untuk orang paling tua di dunia.

“Pencapaian Masazo Nonaka amat luar biasa dan dia boleh mengajar kita nilai-nilai penting mengenai kehidupan dan bagaimana untuk menjangkaui batas panjang umur manusia,” ujarnya.

Naib Presiden Guiness World Records untuk Jepun, Erika Ogawa melawat Masazo Nonaka di kediamannya untuk memberikan sijil pengiktirafan rekod terbaru bagi kategori lelaki hidup tertua di dunia.

Rekod Nonaka disahkan berikutan bukti kajian dan penyelidikan secara menyeluruh oleh Perunding Kanan Guiness World Records untuk Gerontologi, Robert Young yang juga selaku Pengarah Bersama untuk Kumpulan Penyelidikan Gerontologi (Gerontology Research Group).

Nonaka meraikan pengiktirafan daripada Guiness World Records itu dengan memotong kek besar.

Nonaka yang memakai knit cap dan jaket bergaya kimono, memancarkan senyuman sambil membuat gaya tangan peace sebagai tanda meraikan pengiktirafan tersebut ketika sesi bergambar bersama keluarganya, lapor siaran NHK.

Ahli keluarganya mengatakan Nonaka masih mampu bergerak sendiri dengan bantuan kerusi roda.

Keluarga Masazo meneruskan perniagaan penginapan yang mempunyai onsen, iaitu kolam air panas selama empat generasi.

Lelaki supercentenarian itu dilahirkan pada 25 Julai 1905, dan dibesarkan dalam sebuah keluarga besar di Ashoro, Hokkaido.

Nonaka hidup lebih lama daripada tujuh adik kandung serta isteri dan dua daripada lima anaknya.

Nonaka meneruskan warisan perniagaan penginapan onsen milik orang tuanya dan kini perniagaan berusia 105 tahun itu dikendalikan oleh cucunya, Yuko.

Dia juga menghabiskan masa tuanya dengan berendam di dalam onsen, menonton TV dan memanjakan dirinya dengan menikmati manisan, terutamanya kek strawberi.

Terdahulu, rekod lelaki tertua di dunia pernah dinobatkan kepada lelaki Jepun juga iaitu Jiroemon Kimura yang meninggal dunia pada 2013 sewaktu dia berusia 116 tahun 54 hari.

Antara manusia tertua yang pernah memegang rekod tersebut adalah Jeanne Louise Calment, anak kelahiran Perancis yang meninggal dunia pada 1997 ketika dia berusia 122 tahun 164 hari.



Source link

read more

Sewa khas haji Malaysia Airlines jadi entiti baharu


WhatsApp_Image_2018-04-10_at_10.44.53_AM.jpeg.transformedMO, 10/4/2018, PETALING JAYA: Perkhidmatan sewa khas jemaah haji dan umrah di bawah Malaysia Airlines Bhd dikenali sebagai Projek AMAL, bakal menjadi entiti baharu di bawah Malaysia Aviation Group (MAG) pada suku keempat tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAG, Izham Ismail, berkata Projek AMAL tidak lagi berada di bawah Malaysia Airlines, namun bakal menjadi syarikat penerbangan baharu seperti Malaysia Airlines, Firefly, MASwings dan MAB Kargo.

Izham berkata, penubuhan itu juga mendapat persetujuan daripada Lembaga Pengarah dan Khazanah Nasional Bhd sebagai pemegang saham utama MAG.

Beliau berkata, ketika ini pihaknya masih lagi dalam proses kelulusan daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan beberapa pihak berkaitan yang lain.

“Projek AMAL selama ini adalah perkhidmatan di bawah kawal selia MAB, namun pada suku keempat tahun ini atau selewat-lewatnya suku pertama 2019, ia akan menjadi satu lagi anak syarikat sepenuhnya daripada MAG.

“Masih mengekalkan konsep perkhidmatan sewa khas bagi jemaah haji dan umrah, ia akan mempunyai pengurusan tersendiri, malah kami juga masih dalam perbincangan bagi menentukan logo dan jenama,” katanya selepas majlis memeterai perjanjian persefahaman (MoU) antara MAB dengan Andalusia Travel dan Tours Sdn Bhd (Andalusia) di sini, hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Andalusia, Datuk Md Daud Che Ngah; Pengurusan Kanan Projek AMAL, Hazman Hilmi Sallahuddin; Pengarah Urusan Andalusia, Ibrahim Mat Sin dan Pengarah Andalusia, Ida Riswana Idris.

Andalusia menjadi pelanggan baharu MAB di bawah Projek AMAL dengan perjanjian selama tiga tahun bagi 237 penerbangan bernilai RM315 juta.

Mengulas lanjut, Izham berkata MoU bersama Andalusia mengukuhkan lagi tawaran kumpulan penerbangan itu dan berada di landasan tepat untuk Projek AMAL.

Beliau berkata, Projek AMAL ketika ini mempunyai kapasiti tempahan sebanyak 350,000 penumpang setiap tahun dengan 40 peratus kapasiti adalah dari Andalusia.

Katanya, Projek AMAL ketika ini menggunakan pesawat A380-800 semasa yang mempunyai 489 tempat duduk.

“Kami mahukan rakan usahasama Projek AMAL seperti Andalusia dan beberapa syarikat agensi pelancongan lain dapat menarik penumpang dari Thailand, China dan Indonesia dengan menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab penerbangan,” katanya.



Source link

read more

Tan Seng Giaw denies being dropped because of role in 1MDB report


KLC010668630

MO,10/4/2018, PETALING JAYA: Eight-term DAP veteran Dr Tan Seng Giaw  has denied that he was dropped as the candidate for the Kepong parliamentary seat due to his role in the Public Accounts Committee (PAC) report into 1Malaysia Development Berhad (1MDB). “I don’t know whether it is, I have always believed that there is a rule of law, that a person is innocent until proven guilty.

“If you want to prove the person guilty, find the evidence,” said Dr Tan on Tuesday (April 10). He said that when he was the PAC deputy chairman, he had read through the Auditor General’s report many times  Dr Tan said during the time when the PAC met, it was difficult to tie Finance Minister and Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to the issue.

“At that time there was no DOJ (US Department of Justice) report yet. It was the Sarawak Report, and that is not evidence. That is just perception reportage,” he said. When asked whether he will leave the party and stand in GE14 as an independent, Dr Tan said: “No”. “I am in politics, I am not in tailoring where you can change your shirts or suits anytime you like. I am still there, I have an office in Jinjang, I will still go there,” he said.

–NSTP



Source link

read more

RM5 juta tambah kemudahan, keselesaan Pasar Tanjung


TAWAU 10 APRIL 2018. Suasana dan aktiviti jual beli di Pasar Tanjung Tawau yang akan dinaik taraf menerusi peruntukan RM5 juta. STR/ABDUL RAHEMANG TAIMING.

MO, 10/4/2018, TAWAU: Peruntukan sebanyak RM5 juta untuk menaik taraf Pasar Tanjung, diharap dapat digunakan untuk mengurangkan kesesakan di pasar terbabit, khususnya menambah tempat letak kereta.

Pada masa sama, peniaga serta pengunjung berharap tahap kebersihan ditingkatkan selain menambah kemudahan seperti perkhidmatan mesin simpanan wang automatik (ATM).

Pengunjung, Zulkarnain Kaharuddin, 39, berharap peruntukan itu antara lain digunakan untuk mengatasi masalah kesesakan di kawasan Pasar Tanjung dengan membina kawasan parkir kenderaan baharu.

“Di sini semua lengkap, pelanggan boleh beli macam-macam dan begitu juga pengunjung dari luar boleh membeli pelbagai makanan ringan untuk dibawa pulang. Cuma tempat letak kenderaan agak terhad,” katanya.

Bagi kakitangan kerajaan, Roziah Razali, 31, berharap pihak yang berkenaan dapat menyediakan perkhidmatan mesin ATM.

“Apa yang saya perhatikan di sini tiada mesin ATM dan agak menyukarkan pengunjung yang mahu mengeluarkan wang untuk membeli barang di sini sehingga terpaksa pergi ke bank yang terletak agak jauh dari kawasan Pasar Tanjung,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Tawau semalam mengumumkan RM5 juta untuk menaik taraf Pasar Tanjung supaya peniaga dapat menjalankan aktiviti perniagaan dengan lebih selesa.

Sementara itu, peniaga, Rustan Terawi, 41, bersyukur dengan pengumuman Perdana Menteri dan berharap beberapa kemudahan lain dapat disediakan untuk keselesaan peniaga serta pengunjung menjalankan aktiviti jual beli.

“Ketika ini kemudahan di sini memuaskan dan pengunjung pun ramai datang membeli barang keperluan termasuk ikan bilis yang sememangnya popular di sini.

“Cuma harapan kami supaya orang ramai bersama menjaga kebersihan selain kemudahan dan harta benda disediakan pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Peniaga buah-buahan, Eddy Sabarah, 47, pula meminta Majlis Perbandaran Tawau (MPT) memantau kontraktor pembersihan yang dilantik supaya menjalankan kerja pembersihan secara berkala dengan lebih kerap.

“Aspek kebersihan terutama kerja mengangkut sampah perlu dilakukan lebih kerap. Kadangkala tong sampah penuh dan melimpah mengundang kehadiran anjing dan tikus menyebabkan kawasan pembuangan sampah menjadi kotor,” katanya.



Source link

read more

Barisan Manifesto: Putting women and mothers first


IBU

MO,10/4/2018, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said Barisan Nasional (BN), in honour of Malaysian women, was determined to provide the best opportunities for the women in the country including enabling them to return to the job market without having to compromise their roles as “wives, mothers and daughters”.

NST Infographics

NST Infographics



Source link

read more

Huawei P20 Pro Sebenarnya Adalah Peranti Pertama Dengan Sistem OIS Pada Tiga Kamera – Amanz


iFixit melakukan “pembedahan” ke atas Huawei P20 Pro semalam dan memberikannya markah 4/10 dari segi kemudahan membaik pulih. Ini meletakkannya setanding dengan Galaxy S9+ tetapi lebih rendah berbanding iPhone X.

Ketika komponen dibuka satu persatu, iFixit mendapati sistem penstabilan optikal OIS sebenarnya digunakan pada ketiga-tiga modul kamera. Secara rasminya Huawei mengatakan hanya sensor kamera utama 8-Megapixel untuk zoom optikal dilengkapi sistem OIS. Modul kamera berwarna 40-Megapixel dan 20-Megapixel monokrom pula diiklankan menggunakan sistem penstabilan dengan kecerdasan buatan.

Tidak diketahui mengapa ini dilakukan oleh Huawei pada waktu ini. Samsung Galaxy Note 8 ialah peranti pertama dengan sistem OIS pada kedua-dua kamera diikuti pula oleh iPhone X.



Source link

read more

Polis UK dedah video malam kejadian Trafalgar Square beri ganjaran kepada saksi



LONDON: Selepas tragedi yang meragut nyawa Trafalgar Square, London, pihak Polis Metropolitan akhirnya mendedahkan video malam kejadian menerusi platform Twitter mereka.

Video tersebut jelas menunjukkan mangsa, Desmond O’Beirne, 51 tahun, diserang secara rambang oleh dua individu dan kemudiannya ditinggalkan di tengah-tengah tempat kejadian pada malam 3 Jun 2017 itu.

Pihak polis kini sedang giat mencari saksi terbabit dan akan memberi wang ganjaran sebanyak £20,000 (RM109,841) kepada sesiapa sahaja yang tampil dengan bukti yang sahih.

Terdahulu, pada malam kejadian, Desmond dilaporkan keluar bersama rakan-rakannya sebelum diserang dan dipukul oleh suspek.

Selepas kejadian, dia dibawa ke hospital dan berada dalam keadaan koma sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir pada Disember lepas.

Menurut Detektif Cif Inspektor, Noel McHugh, kejadian tersebut berlaku sebelum insiden serangan London Bridge, meskipun pada hari yang sama.

“Untuk sesiapa yang berada di London pada waktu itu dan mempunyai gambar atau video pada hari kejadian sila tampil ke hadapan kerana bantuan anda amat diperlukan,” katanya seperti dipetik dalam laporan portal The Telegraph.

Sementara itu, Vivienne Folan, yang merupakan kakak kepada mangsa, berkata pelaku harus dibawa ke muka pengadilan kerana telah mengakibat kematian adiknya.

“Saya berharap sesiapa yang mempunyai bukti untuk bantu menyelesaikan kes ini kerana Desmond merupakan seorang adik yang bertanggungjawab dalam hidupnya,” jelasnya.



Source link

read more

11 NGO, 3 UA pemerhati PRU-14


spr-election-commission.jpg.transformed_7MO, 10/4/2018, PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melantik 11 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tiga universiti awam (UA) sebagai pemerhati tempatan bagi perjalanan proses Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

SPR dalam satu kenyataan berkata, sehingga hari ini, seramai 1,089 pemerhati dari NGO dan universiti sudah dilantik bagi melaksanakan tugas pemerhatian di 182 kawasan Parlimen.

NGO dan UA yang dilantik sebagai pemerhati di Semenanjung, Sabah dan Sarawak itu adalah Majlis Belia Malaysia (MBM); Persatuan Pengundi Wawasan Malaysia; Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA (UiTM); Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Persatuan OKB Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor; Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak; Persatuan Kebangsaan Orang Ulu Sarawak (OUNA); Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA); Persatuan Melanau Sibu; Persatuan Cina Miri; Majlis Belia Sabah dan Dewan Perniagaan.

Menurut kenyataan itu, SPR juga sudah menjemput 14 negara sebagai Pemerhati Antarabangsa, yang terdiri daripada Badan Pengurusan Pilihan Raya dari negara anggota ASEAN, Komanwel, Asia dan Eropah.

“Negara yang sudah mengesahkan kehadiran ialah Indonesia, Thailand, Maldives, Timor Leste, Azerbaijan, Kemboja dan Kyrgystan.

“Kita masih menunggu maklum balas beberapa negara lagi, termasuk Bosnia Herzegovina, Uzbekistan, India, Pakistan dan New Zealand,” katanya.



Source link

read more

Kewajiban Pada Negara | NajibRazak.com



10 April, 2018


Marilah mari, pergi mengundi
Tunaikanlah kewajiban pada negara

Alhamdulillah, satu lagi teka-teki berkaitan PRU-14 telah terjawab dengan pengumuman SPR mengenai tarikh-tarikh penting termasuk tarikh pencalonan dan hari mengundi sebentar tadi.

Sepertimana lirik pada lagu mengundi yang begitu popular, saya berharap dengan pengumuman hari ini, kita semua rakyat Malaysia akan dapat merancang jadual dan masa untuk turun mengundi pada 9 Mei 2018 ini.

Sesungguhnya mengundi adalah hak dan tanggungjawab yang dipikul oleh setiap seorang rakyat Malaysia. Setiap satu undi saudara dan saudari semua adalah penentu kepada masa depan negara dan generasi akan datang.

Sekiranya berkelapangan, saya menggalakkan semua bakal pengundi untuk membaca mengenai proses dan keperluan hari mengundi, seperti antaranya, apa yang perlu dibawa, apa yang boleh dan tak boleh dipakai dan apa berlaku selepas undi dimasukkan ke dalam peti.

Untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai kesemua ini, boleh kunjungi laman UndiNegaraku yang memperincikan persiapan sebelum dan pada hari pilihan raya, selain turut menjawab banyak soalan lazim yang mungkin timbul berkaitan pilihan raya.

Pada masa sama, anda juga boleh terus mengikuti laman saya dan meneliti Manifesto Barisan Nasional yang telah saya bentangkan dan yang menjanjikan pelbagai perkara yang akan dilaksanakan untuk bukan sahaja meneruskan kesinambungan kejayaan negara tetapi juga menjamin masa depan Malaysia, Insya-Allah.



Source link

read more