Tiga model Asus Zenfone 5, 5Z dan 5 Lite diperlihatkan di acara MWC tahun ini. Asus Zenfone 5 ialah model dengan spesifikasi sederhana. Selepas beberapa bulan menanti, ia akhirnya telah dilancarkan di Taiwan.

Peranti ini dilengkapi skrin 6.2″ IPS LCD FHD+ bertakuk, dijana pemproses Snapdragon 636, dilengkapi memori sebesar 4GB RAM, storan 64GB, dwi kamera utama 12+8 Megapixel, kamera hadapan 8-Megapixel dan bateri sebesar 3300 mAh.

Sistem operasi Android Oreo digunakan dengan pelancar ZenUI yang terkini. Selain daripada itu terdapat sokongan sistem Zenmoji dan pengecasan pantas Boostmaster. Di Taiwan peranti ini dijual pada harga NTD 11,990 (~MR 1585) dengan pilihan warna biru dan perak.

Bagi peminat peranti Asus di Malaysia, kemungkinan besar Zenfone 5 akan memasuki pasaran tempatan pada bulan Mei berdasarkan maklumat yang kami terima dari Asus Malaysia.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

%d bloggers like this: