BERLIN 12 April – Jerman tidak akan menyertai sebarang serangan ketenteraan terhadap kerajaan Syria sebagai tindak balas serangan gas klorin di kawasan pemberontak.

Bagaimanapun Canselor Jerman, Angela Merkel menegaskan, negara itu menyokong usaha Barat untuk menunjukkan bahawa penggunaan senjata kimia adalah tindakan yang tidak boleh diterima.

“Jerman tidak akan mengambil bahagian,tidak ada sebarang keputusan dalam tindakan ketenteraan.

“Tetapi kami menyokong segala yang sedang dilakukan untuk menunjukkan bahawa penggunaan senjata kimia tidak dapat diterima,” katanya selepas bertemu Perdana Menteri Denmark, Lars Lokke Rasmussen di Berlin. – REUTERS



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

%d bloggers like this: