KUALA LUMPUR 12 April – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) akan bekerjasama dengan kerajaan Belanda bagi mendapatkan kepakaran serta kaedah pengurusan air yang komprehensif untuk mengatasi bencana banjir serta kekurangan sumber itu.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, fokus utama kerjasama itu adalah cara menguruskan air berikutan Malaysia sering berhadapan dengan banjir dan kekurangan air.

“Kita akan mengadakan perbincangan dengan negara itu setiap tiga bulan kerana kepakaran dan teknologi mereka adalah yang terbaik di dunia.

“Tarif air Belanda merupakan yang ketiga termahal di Eropah dan mereka juga merekodkan penggunaan air paling sedikit di dunia,” katanya kepada pemberita selepas Forum Air Asia 2018, di sini hari ini.

Terdahulu, forum berkenaan menampilkan lapan tokoh dari negara ini dan Belanda bagi membincangkan kaedah terbaik untuk mengatasi masalah air khususnya banjir dan kekurangan air mentah atau terawat. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

%d bloggers like this: