Apple Memberikan Notifikasi Untuk macOS Mengenai Sokongan Aplikasi 32-bit Yang Akan Ditamatkan – Amanz


Apple sebelum ini telah mengumumkan yang mana kelak mereka akan menghentikan sokongan untuk aplikasi 32-bit, dan hanya memfokuskan sepenuhnya kepada aplikasi 64-bit sahaja. Kini, sebagai langkah akhir untuknya, Apple akan mula memberikan notifikasi kepada pengguna macOS berkaitan sokongan aplikasi 32-bit yang akan ditamatkan tidak lama lagi.

Bagi anda yang menggunakan macOS 10.13.4, anda akan menerima notifikasi apabila membuka aplikasi 32-bit, mengatakan yang mana aplikasi berkenaan tidak dioptimasikan untuk Mac. Walaupun ia mungkin masih boleh digunakan, namun, pengalamannya mungkin tidak sebaik penggunaan aplikasi 64-bit.

Apple sendiri sebelum ini telah mulakan peralihan kepada perkakasan dan perisian 64-bit sejak beberapa tahun lepas. Sebelum ini, Apple telah melengkapkan peralihan untuk iOS, dan kini mereka telah dalam fasa akhir untuk macOS.



Source link

read more

PKR HANYA IBARAT “PELACUR POLITIK” DAPigs!!! ~ SEMUT HITAM


PAS mendakwa DAPigs berjaya memperalatkan PKR untuk mendapatkan undi orang Melayu menerusi penggunaan logo parti itu sebagai logo bersama Pakatan pada PRU ke – 14 ini.

Naib Presiden PAS Mohd Amar berkata, walaupun penggunaan logo itu dilihat memberi kelebihan kepada PKR kerana parti lain seolah-olah terpaksa tunduk kepadanya, perkara tersebut hanya menguntungkan DAPigs.

“(Kalau) kita lihat dari sudut lain, PKR dijadikan alat DAP untuk meraih undi Melayu. Maknanya PKR diperkudakan oleh DAP. Inilah buktinya,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Jasamu Dikenang dan Penyerahan Tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darul Naim hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Amar seterusnya menyeru orang Melayu agar tidak tertipu dengan strategi yang digunakan pembangkang yang hanya bertujuan mengelaburi mata mereka semata-mata.

“DAP sendiri mengaku dia nak guna lambang PKR untuk mengelabukan mata pengundi Melayu. Jadi kita harap semua pengundi Melayu tidak tertipu dengan strategi DAP ini,” katanya.

Selasa lepas, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata parti itu bersetuju untuk menggunakan logo PKR pada PRU14 ini untuk meraih lebih banyak undi masyarakat Melayu.




Source link

read more

Perancis dakwa ada bukti serangan senjata kimia di Douma – Luar Negara


PARIS 12 April – Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkata, pihaknya mempunyai bukti bahawa kerajaan Syria menyerang bandar Douma dengan senjata kimia hujung minggu lalu.

EMMANUEL MACRON

Menurut portal berita BBC, beliau menegaskan akan membuat keputusan dalam masa terdekat sama ada untuk bertindak balas dengan serangan udara.

Negara-negara barat dilaporkan sedang bersiap sedia untuk melancarkan serangan peluru berpandu sebagai tindak balas terhadap serangan senjata kimia itu.

Dalam pada itu, jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov menggesa sebarang langkah yang boleh meningkatkan ketegangan dihentikan segera.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sebelum ini mengancam untuk menyerang Syria namun masih berteka-teki bilakah serangan itu akan dilancarkan. – AGENSI



Source link

read more

Oxford Economics ramal BN menang selesa


exoofhr.jpg.transformedMO, 12/4/2018, KUALA LUMPUR: Gabungan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang diketuai Datuk Seri Najib Razak dijangka memperoleh kemenangan selesa pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bulan depan, menurut Oxford Economics.

Firma penyelidikan itu berkata, Najib sudah mengumumkan janji pilihan raya menerusi Manifesto BN baru-baru ini termasuk kenaikan gaji kakitangan awam dan upah minimum lebih tinggi.

Ini dijangka dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak kira-kira 0.25 mata peratusan tahun ini.

“Jangkaan kami, parti pemerintah akan memperoleh kemenangan selesa pada PRU-14 yang diadakan pada 9 Mei ini.

“Peningkatan majoriti BN juga membantu mengukuhkan kedudukan perdana menteri sebagai pemimpin gabungan BN,” kata pakar ekonominya, Sian Fenner dalam satu laporan.

Fenner berkata, BN mengeluarkan satu manifesto yang memfokuskan usaha menangani kenaikan kos sara hidup yang menjadi kebimbangan rakyat.

“Antara lain, pemotongan cukai pendapatan dan bayaran tunai lebih tinggi untuk isi rumah berpendapatan rendah, gaji agregat bagi kakitangan awam juga ditingkatkan kira-kira 10 peratus dengan membabitkan tambahan berjumlah RM1.46 bilion, berkuat kuasa 1 Julai ini.

“Najib juga menjanjikan kenaikan gaji minimum dari RM950 dan RM1,000 pada masa ini, kepada RM1,500 dalam tempoh lima tahun,” katanya.

Firma penyelidikan itu turut mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.2 peratus berikutan peningkatan dalam pergerakan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China, selain ketidaktentuan mengenai prospek perdagangan serantau.

Ferner berkata, janji lain yang diumumkan BN seperti pelupusan hutang kepada peneroka kelapa sawit dan membangunkan infrastruktur lebih baik turut membantu kepada pertumbuhan KDNK tahun ini.

“Kami menjangkakan kenaikan unjuran bagi perbelanjaan isi rumah, yang disokong oleh perbelanjaan peribadi.

“Menerusi Model Ekonomi Global Oxford Economics, kami menjangkakan kenaikan 10 peratus dalam gaji minimum tahun ini (selaras dengan peningkatan 50 peratus yang dijanjikan dalam tempoh lima tahun akan datang).

“Peningkatan pendapatan dalam kalangan kakitangan awam juga dapat meningkatkan pertumbuhan KDNK sekitar 0.25 peratus tahun ini, berdasarkan unjuran dasar kami sebanyak 5.2 peratus,” katanya.



Source link

read more

Kit Siang tidak mahu ulas pengguguran Seng Giaw – Politik


MELAKA 13 April – Penasihat DAP, Lim Kit Siang enggan memberikan sebarang ulasan berhubung pengguguran Dr. Tan Seng Giaw daripada menjadi calon menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Kit Siang tidak mahu bercakap berhubung perkara tersebut selain memaklumkan keputusan sudahpun dilakukan.

“Keputusan sudah dibuat, saya tiada apa-apa komen,” katanya apabila diminta mengulas berhubung perkara tersebut selepas menyampaikan ucapan dalam Ceramah Harapan Melaka di sini sebentar tadi.

DAP tidak mencalonkan Seng Giaw bagi mempertahankan kerusi Parlimen Kepong yang disandangnya sejak lapan penggal lalu bagi PRU-14 dan digantikan oleh Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Yang turut hadir dalam program malam tadi, Pengerusi gabungan pembangkang PKR negeri, Adly Zahari; Pengerusi DAP negeri, Tey Kok Kiew dan Setiausaha DAP negeri, Khoo Poay Tiong. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Uber perkenal ciri keselamatan baharu – Nasional


SAN FRANCISCO 13 April – Uber Technologies Inc. mengumumkan ciri keselamatan baharu termasuk butang kecemasan yang akan menghubungkan penumpang di Amerika Syarikat (AS) terus ke talian kecemasan 911.

Syarikat itu berkata, ciri keselamatan utama itu akan tersedia di aplikasinya termasuk maklumat mengenai proses pemeriksaan pemandu, perlindungan insurans dan garis panduan komuniti.

“Penumpang juga boleh menamakan sehingga lima rakan dan ahli keluarga sebagai kenalan yang dipercayai untuk berkongsi butiran perjalanan mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Uber, Dara Khosrowshahi menerusi blognya.-REUTERS



Source link

read more

SPR sambut baik kerajaan isytihar 9 Mei cuti umum


indexMO, 12/4/2018, PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menyambut baik pengumuman kerajaan yang menetapkan 9 Mei depan sebagai hari kelepasan am tambahan seluruh negara bagi membolehkan rakyat Malaysia menunaikan tanggung jawab sebagai pengundi.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah berkata, sejajar dengan itu SPR ingin menarik perhatian para majikan yang masih meneruskan operasi mereka pada hari mengundi supaya memberi tempoh yang munasabah kepada pengundi-pengundi yang bekerja dengan mereka untuk keluar mengundi.

Katanya, subseksyen 25 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 memperuntukkan seperti yang berikut:

“25. (1) Tiap-tiap majikan hendaklah, pada hari mengundi membenarkan suatu tempoh yang munasabah bagi tiap-tiap pemilih yang bekerja dengannya mengundi, dan tiada majikan boleh membuat apa-apa potongan daripada gaji atau saraan lain mana-mana pemilih itu atau mengenakan ke atasnya atau menuntut daripadanya apa-apa penalti oleh sebab dia tidak hadir bekerja dalam tempoh itu”,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tegas beliau, mjikan yang tidak membenarkan pekerjanya yang menjadi pemilih untuk keluar mengundi boleh didenda sebanyak lima ribu ringgit (RM5000) atau satu tahun penjara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subsekyen 25(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Dalam hal ini juga, katanya, SPR juga turut menyeru serta menggalakkan pihak majikan untuk menggunakan budi bicara bagi memberikan cuti khas atau pelepasan sewajarnya kepada pekerja-pekerja mereka yang dilantik sebagai Petugas Pilihan Raya Umum Ke-14 ini.

“Berhubung pelaksanaan pilihan raya pada 9 Mei itu juga, SPR menegaskan bahawa ketetapan itu bukanlah suatu perkara yang baharu kerana rekod PRU sebelum ini menunjukkan bahawa ia telah beberapa kali diadakan pada hari bekerja iaitu pada PRU-1 (1959), PRU Ke-6 (1982), PRU Ke-9 (1995) dan PRU Ke-10 (1999).

“Maka dengan pengumuman cuti umum ini ia sewajarnya tidak dijadikan isu. Malah, pemakluman awal berkenaan tarikh PRU-14 ini juga membolehkan para pengundi mempunyai masa yang secukupnya untuk merancang perjalanan dan sebagainya,” jelas beliau.



Source link

read more

Aceh henti hukuman sebat di khalayak ramai – Nasional


BANDA ACEH 12 April – Wilayah Aceh tidak akan menjalankan hukuman sebat di khalayak ramai atau membenarkan hukuman itu dirakamkan, lapor ketua kerajaan hari ini.

Aceh adalah satu-satunya wilayah di Indonesia yang mengamalkan undang-undang Syariah dan melaksanakan hukuman sebat untuk jenayah seperti mencuri, judi zina termasuk mengharamkan amalan homoseksual.-REUTERS



Source link

read more

LG Tubuhkan Bahagian Khusus Memfokuskan Kemaskini Perisian Pantas Untuk Telefon Pintar – Amanz


Pada hari ini, salah satu perkara yang sangat tidak digemari pengguna – terutamanya peranti Android – adalah penantian kemaskini perisian yang mungkin mengambil masa yang lama untuk diterima, atau kadang-kala tidak diterima langsung.

Pihak LG Electronics kini dilihat ingin mengatasi perkara berkenaan, dan telah pun menubuhkan bahagian khusus dinamakan Software Upgrade Center.

LG Software Upgrade Center

Bahagian khusus ini akan memfokuskan kepada menawarkan kemaskini perisian dan sistem operasi yang pantas kepada pengguna seluruh dunia. Bahagian ini juga akan turut memastikan penawaran pengalaman pengguna yang konsisten pada pelbagai peranti LG.

Dengan bahagian ini, pengguna seluruh dunia dijangka akan menerima kemaskini perisian dengan lebih pantas berbanding pesaing lain. LG turut mengatakan yang mana dibawah bahagian baru ini, kini mereka sedang memfokuskan kepada penawaran Android Oreo untuk LG G6 – dimana ia dijangka diperkenalkan seawal penghujung bulan April ini.



Source link

read more

Mahasiswa China ditahan kerana miliki bahan lucah kanak-kanak



GARA-GARA memiliki beberapa bahan seksual terhadap kanak-kanak dipercayai gambar di telefon bimbitnya, seorang pelajar dari China ditahan di Lapangan Terbang Melbourne, Australia.

Mahasiswa berusia 22 tahun itu dikatakan menaiki pesawat dari Guangzhou menuju ke Melbourne terpilih secara rawak untuk diperiksa bagasi dan telefon bimbit oleh pegawai Australian Border Force (ABF).

Malah visa pengajian mahasiswa itu turut dibatalkan dan dia kemudiannya dibawa ke pusat tahanan.

Pemangku Komander Serantau ABF, Craig Palmer berkata, kesalahan itu tidak boleh diterima dalam kalangan masyarakat Australia.

“Sesiapa yang memiliki tabiat seperti ini wajar bersedia untuk ditangkap dan didenda.

“ABF komited untuk mengesan dan menjalankan siasatan ke atas individu terlibat,” katanya dalam kenyataan lapor Dailymail.co.uk.



Source link

read more