Trump adakan mesyuarat bincang isu Syria – Nasional


WASHINGTON 12 April – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata beliau akan menemui penasihat teratasnya mengenai Syria hari ini dan berjanji mengumumkan keputusan mengenai kemungkinan tindakan ketenteraan di negara itu secepat mungkin.

Sebelum itu, jurucakap Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) mengesahkan bahawa pasukan misi pencarian fakta badan itu sedang dalam perjalanan ke Syria dan akan memulakan operasi pada Sabtu ini.

“Kami akan mengadakan pertemuan hari ini mengenai Syria. Kita akan lihat apa yang bakal berlaku,” kata Trump dalam satu majlis perhimpunan penggubal undang-undang dan gabenor negeri di White House.-AFP



Source link

read more

Sarawak isytihar 9 Mei cuti umum sempena hari mengundi


imageMO, 12/4/2018, KUCHING  – Kerajaan Sarawak mengisytiharkan 9 Mei depan sebagai hari kelepasan am tambahan di seluruh negeri ini sempena hari mengundi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pejabat Ketua Menteri dalam kenyataan memberitahu, cuti tambahan itu bagi membolehkan rakyat di negeri ini menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada hari berkenaan.

Kata kenyataan itu, pengisytiharan cuti umum tersebut dibuat berdasarkan Ordinan Cuti Umum (Bab 8) Edisi 1958.

“Berikutan pengumuman dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bahawa hari pengundian bagi PRU-14 jatuh pada Rabu, 9 Mei ini, maka kerajaan negeri mengisytiharkan cuti umum tambahan di seluruh Sarawak pada hari berkenaan bagi membolehkan rakyat menunaikan hak demokrasi mereka untuk mengundi,” jelas kenyataan itu di sini pagi ini.

Pengumuman dibuat oleh kerajaan Sarawak ini adalah sejajar dengan kenyataan dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri semalam, yang mengumumkan pengisytiharan 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena hari mengundi PRU-14.

Menurut kenyataan itu, bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan negeri hendaklah mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.



Source link

read more

Kapal Rusia tinggalkan pangkalan tentera Tartus – Nasional


MOSCOW 12 April – Kapal perang Rusia telah meninggalkan pangkalan tentera laut Tartus di Syria, lapor agensi berita Interfax memetik seorang ahli Parlimen Rusia.

Vladimir Shamanov yang mengetuai jawatankuasa pertahanan Rusia di dewan rendah Parlimen berkata, kapal-kapal itu telah meninggalkan pangkalan Mediterranean kerana bimbang dengan keselamatan mereka.

Menurut beliau, tindakan tersebut merupakan amalan biasa jika terdapat ancaman serangan.

Dalam pada itu, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Rusia, Vladimir dilaporkan membincangkan perkembangan terbaharu di Syria dalam satu panggilan telefon dan kedua-dua pemimpin itu turut bersetuju untuk terus berhubung.

Erdogan sebelum itu menghubungi Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan bertukar pandangan mengenai Syria.-REUTERS



Source link

read more

OPCW sahkan agen saraf buatan Rusia – Nasional


LONDON 12 April -Britain akan mengadakan sidang dewan eksekutif Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) Rabu depan selepas badan itu mengeluarkan laporan yang mengesahkan penemuan Britain mengenai identiti ajen saraf yang digunakan dalam serangan bulan lepas.

Pemerhati senjata kimia dunia itu mengesahkan kajian Britain bahawa agen saraf yang digunakan dalam serangan ke atas bekas pengintip Kremlin dan anaknya di England bulan lalu berasal dari Rusia.

Contoh yang diuji di empat makmal OPCW mengesahkan kajian di United Kingdom (UK) bagi mengenal pasti kimia toksik tersebut, menurut rumusan laporan kumpulan beribu pejabat di The Hague itu yang disiarkan di London.

“Kami kini akan bekerja tanpa mengenal penat lelah dengan rakan kongsi kami untuk membantu menghapuskan penggunaan senjata seperti ini dan kami telah membuat panggilan untuk mengadakan sesi Majlis Eksekutif OPCW pada 18 April ini bagi membincangkan langkah seterusnya,” kata Setiausaha Luar, Boris Johnson dalam satu kenyataan.-AFP



Source link

read more

Langkawi maju kerana perjuangan UMNO, BN bukan individu


DajEDX9U0AEC3eRMO, 12/4/2018, LANGKAWI  – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan hanya parti yang kukuh perjuangannya seperti Barisan Nasional (BN) mampu membawa pembangunan di pulau peranginan negara ini bukan individu.

Perdana Menteri berkata, Kerajaan Pusat komited membangunkan daerah ini melalui pelbagai pelan sekali gus memberi nilai tambah yang memakmurkan penduduk Langkawi khususnya.

“Itulah komitmen saya bagi pihak BN. Macam mana orang nak majukan Langkawi, tak mungkin kalau tidak ada kuasa dalam tangan.

“Langkawi maju kerana perjuangan UMNO dan BN. Kalau peribadi tidak boleh. Saya tak boleh buat, UMNO dan BN di belakang saya, saya boleh buat (majukan Langkawi), “ katanya dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Tambahnya, kerajaan akan melaksanakan pelbagai pelan pembangunan setelah Blueprint Pelancongan Langkawi Fasa Kedua diluluskan kelak.

“Ini untuk Langkawi kita akan laksanakan Blueprint Pelancongan Langkawi Fasa Kedua. Tunggu masa kerajaan lulus,” katanya.



Source link

read more

Honor 10 Dijangka Hadir Ke Pasaran Tempatan Seawal Mungkin Selepas Pelancaran Di China – Amanz


Honor 10 bakal dilancarkan secara rasminya di China pada minggu hadapan, dan kini, pihak Honor Malaysia telah hadir dengan gambar acah khusus bertemakan warna peranti berkenaan – sekaligus memberikan petanda yang mana Honor 10 mungkin ke pasaran tempatan seawal mungkin.

Honor 10 Malaysia

Mengikut info awal yang tertiris, Honor 10 dijangka hadir dengan skrin 5.8-inci, dijana cip Kirin 970, memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Ia turut dijangka dilengkapi dwi-kamera belakang, selain menawarkan penambah-baikkan dari segi kamera dan perisian pada peranti berkenaan.

Honor menjadualkan pengenalan Honor 10 pada 19 April di China. Sekiranya mereka mengikut pengenalan peranti Huawei sebelum ini, maka kita mungkin akan dapat melihat Honor 10 dilancarkan untuk pasaran tempatan pada bulan ini.

Selain Honor 10, pihak Honor juga diperkatakan merancang untuk memperkenalkan sebuah komputer riba mereka tersendiri.



Source link

read more

PAN calonkan Mahfuz bertanding di Pokok Sena – Politik


ALOR SETAR 13 April – Langkah bekas pemimpin buangan Pas, Datuk Mahfuz Omar menyertai PAN pada ‘minit’ terakhir menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) nyata berbaloi apabila beliau terpilih untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pokok Sena sebagai calon gabungan pembangkang PKR. 

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Presiden PAN, Mohamad Sabu ketika beliau memperkenalkan calon-calon PAN yang akan mewakili gabungan tersebut di Hutan Kampung, dekat sini, malam tadi. 

Pencalonan itu sememangnya sudah dijangka ketika Mahfuz sememangnya banyak diberi kelebihan biar pun baru saja menyertai parti itu tidak sampai sebulan lalu termasuk diangkat menjadi Naib Presiden parti dalam tempoh tidak sampai dua minggu beliau menyertai PAN. 

Selain Mahfuz antara individu yang bakal diangkat menjadi calon adalah Pengerusi PAN Kedah, Datuk Dr. Ismail Salleh yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kundur serta timbalannya, Datuk Dr. Phahrolrazi Mohd. Radzi. 

Sementara itu dalam sidang akhbar selepas majlis memperkenalkan calon dan siri ceramah tersebut, Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu mengakui terdapat perbezaan pandangan dalam parti termasuk di peringkat akar umbi berhubung pemilihan calon yang dinamakan.

“Memang mana-mana calon pun takkan dapat sokongan 100 peratus. Di peringkat akar umbi, umum calon mana sekali pun akan ada berbeza pandangan. 

“Semuanya begitu termasuk UMNO sekali pun. Tetapi apabila diputuskan, mereka akan menerimanya dan semua pihak akan bekerja mengikut apa yang diputuskan parti,”katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Akibat ancaman Taliban permaidani warisan Afghanistan kini simbol penderitaan hidup


KABUL: Industri pembuatan permaidani Afghanistan semakin tenat malah telah merudum sehingga separuh dalam rekod jualannya pada tahun lalu.

Semua itu terjadi lantaran meningkatnya kesan peperangan dengan militan Taliban selain negara jiran, Pakistan, yang menutup sempadan.

Jika sebelum ini seni menghasilkan permaidani yang penuh nilai warisan sejarah itu disanjung, industri itu kini teruk terkesan, sedangkan ia adalah antara eksport utama dari bumi daif tersebut.

Peperangan, kemiskinan dan kelemahan sistem pengangkutan telah memusnahkan rangkaian jualan produk yang wujud sejak 2,500 tahun itu.

Legenda juga ada menyebut bahawa Alexander the Great juga pernah menghantar pulang permaidani dari Afghanistan sebagai hadiah untuk ibunya.

Indah pada pandangan mata, tapi kelangsungan kewujudan dan industri ini masih kabur. - Reuters

Di sebuah kilang di Kabul, golongan wanita masih gigih menganyam benang-benang manakala kaum lelakinya yang siap memakai topeng penutup hidung, sibuk menguraikan bulu biri-biri.

“Kami telah mengundang ramai pembeli, tapi mereka kata ‘tidak’. Semua bimbang isu keselamatan. Mereka takut terbunuh. Ini tragedi yang menyedihkan,” ujar pengurus kilang, Diljam Manan Qassimy.

Keganasan sering tercetus di Kabul, dengan serangan pada tahun lalu terjadi dalam pelbagai cara – letupan lori dan ambulans yang dipasang bom hinggalah kepada serbuan hotel.

Permaidani adalah produk keempat dalam senarai eksport Afghanistan. Pada tahun fiskal 2016-2017, eksport itu menjana AS$38 juta, menurut Organisasi Statistik Permaidani. Lebih daripada 85 peratus dihantar ke Pakistan.

Jumlah itu jatuh lebih separuh berbanding AS$89.5 juta pada tahun sebelumnya. Lapan tahun sebelum itu pula, eksport itu bernilai AS$150 juta.

Prospek jualan di dalam negara juga menyedihkan, dengan hanya segelintir rakyat Afghanistan yang mampu membayar harga antara AS$70 dan AS$250 bagi setiap meter persegi.

Golongan wanita Afghanistan ini masih gigih menganyam simpulan benang dari bulu-bulu biri-biri dan unta untuk menghasilkan lembaran permaidani. - Reuters

Tidak menentu

Kebergantungan kepada Pakistan dan pelabuhannya membuatkan penjual-penjual permaidani Afghanistan menjadi mangsa perubahan peraturan sempadan, lantaran ancaman serangan militan.

Tahun lalu, lintasan sempadan utama di Torkham ditutup selama 40 hari, keluh Qassimy.

Kilang Qassimy telah menemui jalan untuk menjual permaidani ke Australia, Jerman dan Britain iaitu dengan membuka kedai pameran di negara-negara itu. Namun begitu, kos pengangkutan udara adalah tiga kali ganda berbanding jika berurusan dengan Pakistan.

Seorang pembuat permaidani, Ali Reza, 35, menghasilkan produk tersebut dari kediamannya. Bagi setiap permaidani yang mengambil masa sebulan untuk disiapkan, dia berkongsi 8,000 Afghani (AS$116) dengan tiga lagi penganyam.

“Susah untuk menyara hidup berkeluarga dengan jumlah itu,” luahnya.

Di sebuah pasar terkenal di Kabul, penjual karpet bernama Ehsan sudah lama menyedari ketiadaan pembeli dari luar.

“Sepuluh tahun lalu, perniagaan berjalan baik. Lapan tahun lalu juga OK. Cuma pada dua tahun  lalu, segalanya terhenti.

“Sebelum ini, setiap hari boleh terjual dua, tiga atau lima. Sekarang ini, hanya satu yang terjual setiap minggu.

“Tiada siapa nak datang. Semua orang risau tentang keselamatan,” keluhnya.

Dalam usaha mengidupkan semula industri permaidani Afghanistan, Menteri Perdagangannya merancang untuk mengurangkan kos pengangkutan udara ke India dan Dubai, menawarkan bantuan kewangan dan memantapkan pemasaran.

Satu inisiatif telah diumumkan pada Januari yang dijangka mempercepatkan prosedur kastam di lapangan terbang Kabul.

Memandangkan pembeli tidak sanggup menanggung risiko datang ke Afghanistan, usaha melonjakkan eksport sangat kritikal, kata Qassimy.

“Kami akan bawa permaidani kami ke sana, pasaran ini akan jadi terkenal.”


GALERI FOTO: Permaidani Afghanistan: Indah di mata, sengsara di jiwa



Source link

read more

Pembangkang dengan helah lama mereka – Salleh


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyelar pembangkang kerana mendakwa penipuan akan berlaku semasa pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Merujuk kepada pililhan raya umum 2013 (PRU13) , Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata pembangkang tahu mereka akan kalah dalam pilihan raya itu, “jadi sebelum pilihan raya mereka ‘meramalkan’ mereka akan kalah akibat penipuan dan selepas pilihan raya mereka membuat pelbagai dakwaan tipu untuk menjelaskan mengapa mereka kalah”.

“Sekarang mereka lakukan sekali lagi,” katanya, sambil menuding kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat dakwaan itu dalam blognya malam tadi.

Salleh, dalam blognya pula berkata jika gabungan pembangkang tewas dalam PRU14, mereka boleh ‘menutup malu’ dengan menyalahkan akibat perbuatan menipu.

Beliau mengambil perhataian bahawa sejurus sebelum PRU13, pemimpin Pakatan Rakyat menjelajah ke seluruh negara menyatakan Barisan Nasional akan menipu dalam pilihan raya.

“Selepas pilihan raya, mereka berkata lampu dipadamkan akibat bekalan terputus di tempat tertentu ketika undi sedang dikira, kotak undi tambahan dibawa masuk ke tempat tertentu, berpuluh ribu pengundi dibawa masuk dari Bangladesh dan sebagainya,” kata beliau.

Salleh berkata dakwaan itu kemudian terbukti palsu.

“Malahan Kedutaan Bangladesh menafikan yang berpuluh ribu warganya diterbangkan ke Malaysia untuk mengundi, yang memerlukan lebih 100 buah pesawat sewa khas.

“Tempat-tempat yang mereka kata lampu dipadamkan mengesahkan bahawa tempat itu tidak mengalami keputusan bekalan, selain pekerja pembangkang di tempat-tempat yang mereka kata kotak tambahan dibawa masuk menafikan kejadian itu,” kata Salleh.-BERNAMA



Source link

read more

Ekonomi negara perlu berkembang perkasa kesejahteraan rakyat


DajEDX8U8AASY54MO, 12/4/2018, LANGKAWI: Datuk Seri Najib Razak berkata, usaha memperkasakan kesejahteraan rakyat memerlukan perkembangan ekonomi yang baik bagi memastikan hasil yang diperoleh negara dapat terus melonjakkan kesejahteraan mereka.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata kerajaan perlu memberi penekanan terhadap aspek pemerkasaan rakyat dan usaha memakmurkan ekonomi negara ini kerana ia saling berhubung kait antara satu sama lain.

“Memacu ekonomi negara bererti bahawa memperoleh hasil dan dana, bila hasil dan dana bertambah, kita boleh mengagihkan kepada rakyat, barulah boleh kita masuk bab bagaimana kita boleh melonjakkan lagi kesejahteraan rakyat.

“Kalau kita buat sesuatu yang akhirnya menjejaskan ekonomi sama ada hari ini dan akan datang, yang terima kesan buruknya adalah rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis bersama rakyat di di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Perdana menteri berkata, oleh itu sekiranya menjanjikan sesuatu yang boleh mendatangkan kemudaratan terhadap ekonomi negara, ia boleh menyebabkan rakyat yang akan menanggung akibat buruk daripada tindakan berkenaan.

Mengambil contoh cadangan pemansuhan semua tol dalam manifesto Pakatan Harapan (PH), Najib mempersoalkan tindakan itu kerana ia memerlukan ganti rugi sebanyak RM380 bilion jika tol dimansuhkan di negara ini.

“Kalau pembangkang kata dia akan memansuhkan semua tol di dalam negara kita, tetapi anehnya bapa tol itu zaman dia (Tun Dr Mahathir Mohamad) yang buat tol, bukan zaman saya, zaman saya mengurangkan tol, zaman dia tambah tol.

“Habis sekarang dia pula nak mansuhkan tol. Walhal nak mansuhkan tol, ganti ruginya RM380 bilion, mana nak dapat RM380 bilion ini, bukan sikit fulusnya, masuk akal ke tidak, tidak masuk akal, tak rasional,” katanya.

Perdana menteri berkata disebabkan itu, tidak ada satu pun rating agensi seperti Bank Dunia mahupun Bloomberg memberikan penilaian positif kepada manifesto pembangkang itu malah mengatakan ia tidak realistik dan akan menjejaskan ekonomi negara.

 

– BERNAMA



Source link

read more