Idris Haron serah nasib kepada pucuk pimpinan BN


MELAKA – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron menyerahkan nasibnya kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk menentukan kerusi yang bakal ditandingi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan BN negeri itu berkata buat masa ini, kemenangan besar parti pada PRU14 lebih menjadi keutamaan berbanding kehendak peribadi.

“Setakat hari ini saya masih Pengerusi Perhubungan negeri, apa pun berlaku saya memegang amanah yang diletakkan pada bahu saya ketika ini.

“Sebagai Pengerusi Perhubungan negeri, Ketua Menteri dan Pengarah Pilihan Raya Umum BN Melaka, tanggungjawab saya ialah memastikan kemenangan BN pada PRU14,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan khas bersama kira-kira 58 ketua cawangan UMNO Bahagian Tangga Batu di sini, tengah malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kedudukannya sama ada untuk bertanding pada kerusi dewan undangan negeri atau parlimen pada PRU14 ini.

Mengulas lanjut, Idris yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu berkata pemimpin pada semua peringkat termasuk akar umbi, diminta memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada calon yang diputuskan pucuk pimpinan tertinggi BN.

“Saya juga minta semua supaya berlapang dada dan memberi tumpuan untuk membantu kemenangan calon yang telah dipilih pada PRU14 nanti,” katanya.

Beliau berkata selain itu, ketua cawangan juga digesa mengelak terlibat dengan perbuatan sabotaj atau ‘cah keting’ pada semua peringkat struktur parti kerana ia bukan sahaja merosakkan imej parti, malah dikhuatiri menggugat kemenangan besar untuk BN.

“Saya yakin UMNO punca segala kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang kepada BN serta segalanya perlu ditangani secara bersama dan tuntas,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Manifesto BN Melaka yang akan dibentangkan esok bakal membawa pelbagai impak besar dalam semua aspek dan peringkat masyarakat untuk tempoh lima tahun akan datang.

Idris berkata antaranya ialah kira-kira 10,000 peluang pekerjaan baharu bakal menanti penduduk negeri dengan jumlah pelaburan melebihi RM30 bilion.

Katanya keluaran dalam negara kasar juga dijangka meningkat antara 10 hingga 25 peratus menerusi pelbagai pembangunan awam dan swasta di negeri itu dalam tempoh tersebut.

“Manifesto ini bertemakan ‘Bersama Mencipta Kegemilangan’ dan ia mengambil masa lebih enam bulan untuk disiapkan serta telah mengambil kira pelbagai perkara yang akan memberi manfaat cukup besar untuk rakyat Melaka,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Golongan muda mampu kembalikan Kulim kepada BN


KULIM – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Serai yakin golongan muda mampu mengembalikan Barisan Nasional (BN) di Kulim, kata ketua pemudanya, Mohd. Raqib Abu Hassan.

Keyakinan itu semakin menebal dengan manifesto Pemuda BN yang diumumkan Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin kelmarin.

“Manifesto Jaminan Orang Muda tidak berlebihan-lebihan namun ia meliputi keperluan orang muda secara keseluruhan terutama di kawasan seperti Padang Serai dalam aspek jaminan peluang pekerjaan dan meningkatkan kemahiran,” katanya hari ini.

Mohd. Raqib berkata, manifesto itu juga akan secara tidak langsung mengurangkan pengundi atas pagar dalam kalangan orang muda.  

“Bagi saya, pengundi atas pagar ini ada dua kelompok iaitu kumpulan yang melihat kemampuan kerajaan yang memerintah dalam membuka pelbagai ruang dan peluang kepada orang muda terutama pekerjaanm manakala kumpulan kedua pula, mereka yang mengundi kerana hubungan kawan atau persaudaraan. Jadi dua golongan inilah yang kita akan tarik untuk memastikan mereka berada di pihak kita,” katanya.  

Ia penting bagi memastikan sejarah hitam Padang Serai yang jatuh ke tangan pembangkang tidak berulang pada PRU-14 pada 9 Mei ini.  

Jelas Mohd. Raqib, pelbagai aktiviti dan program yang dijalankan sepanjang lima tahun nyata membawa kesan kepada golongan muda di Padang Serai.  

“Kita dekati mereka dengan aktiviti yang menarik minat mereka seperti konvoi motosikal, sukan dan muzik.  Daripada situ, kita tahu apa yang diperlukan mereka. 

“Nyata trend penerimaan golongan muda ke atas BN semakin meningkat dari tahun ke tahun dan kita yakin, mereka mahukan perubahan seperti mana yang terdapat dalam manifesto BN dan Pemuda,” katanya.-theRakyat



Source link

read more

Sarawak declares May 9 a public holiday


spr-election-commission.jpg.transformed_7

MO,12/4/2018, KUALA LUMPUR: The Sarawak state government has declared May 9 a public holiday to enable the rakyat to vote in the 14th general election (GE14). The Chief Minister’s Office (CMO) said the declaration was made pursuant to Section 5 of the Public Holidays Ordinance [Cap.8 (1958 Ed.)].

“Following the announcement by the Election Commission (EC) that polling day for the 14th general election falls on Wednesday (May 9), the state government decided that an additional public holiday be declared throughout Sarawak to enable the rakyat to exercise their democratic right to vote,” the CMO said in a statement today. On Wednesday, the Prime Minister’s Office announced May 9 as an additional public holiday for peninsular Malaysia states.

It followed the EC’s announcement of the polling day date for GE14.



Source link

read more

The Thuraya X5-Touch is a rugged satellite smartphone ready to deploy anywhere


The Thuraya X5-Touch is a rugged satellite smartphone that’s ready to deploy anywhere

How would you like an Android smartphone that can connect both via GSM (2G, 3G, or 4G) and satellite at the same time?

Thuraya’s new X5-Touch, which will be available in the fourth quarter of the year, does just that. The satellite phone has a 5.2” Full-HD touchscreen that’s made from Gorilla glass. It has two SIM-card slots, an IP67 dust, and water resistance rating, and compiles with MIL standard.

The X5-Touch also comes with a high-capacity battery for extended use, a built-in SOS button, and front and rear cameras. It’s equipped with GPS, Glonass, and BeiDou systems for advanced tracking.

The rugged satellite smartphone is built for people who travel frequently. Especially those who move in and out of remote areas where phone coverage is weak or non-existent. This includes users who work in government missions, energy projects, enterprise communications, and NGO deployments.



Source link

read more

Tiada lagi hukuman sebat di khalayak ramai buat pencuri penjudi dan penzina di Aceh



BANDA ACEH: Wilayah Aceh tidak akan menjalankan hukuman sebat di khalayak ramai atau membenarkan hukuman seumpama itu dirakamkan, kata Gabenor Aceh, Irwandi Yusuf, semalam.

Aceh adalah satu-satunya wilayah di Indonesia yang mengamalkan undang-undang Syariah dan melaksanakan hukuman sebat untuk jenayah seperti mencuri, judi dan zina.

Langkah mengehadkan akses itu dibuat hampir setahun selepas dua lelaki yang disabitkan melakukan hubungan seks disebat di depan orang ramai dan imej hukuman mereka disiarkan dan dimuat naik di Internet, mengundang kritikan antarabangsa.

“Banduan sudah dihukum sekali, tetapi jika dirakamkan dan dimuat naik ke YouTube, beliau dihukum seumur hidup dengan imej itu,” kata Irwandi.

BACA: 12 transgender Aceh dipaksa gunting rambut, polis jalankan siasatan

BACA: ‘Pondan’ Aceh dipaksa botak dan berkelakuan seperti lelaki selepas ditahan

BACA: Aceh laksana hukuman sebat ke atas pasangan gay

Sebatan di khalayak diperkenalkan di Aceh pada 2005 dan disokong ramai penduduk wilayah itu. – Reuters



Source link

read more

Pengundi Melayu perlu lebih berwaspada dengan taktik DAP


TASEK GELUGOR – Pengundi Melayu perlu lebih berwaspada dengan taktik kepimpinan DAP yang sanggup mengubah dasarnya semata-mata untuk mendapatkan undi mereka bagi merebut kuasa di peringkat pusat, kata Ketua Publisiti MCA Kebangsaan Datuk Seri Ti Lian Ker.

“Demi mendapatkan undi orang Melayu, DAP kini sanggup bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin walaupun suatu ketika dahulu mereka (DAP) cukup benci kedua-dua pemimpin berkenaan,” katanya ketika ceramah umum di sini malam tadi.

Beliau menasihati pengundi Melayu supaya tidak terpedaya dengan janji DAP kerana sikap hipokrit parti itu hanya berubah semata-mata untuk mendapatkan undi mereka.

Katanya, sikap hipokrit DAP semakin terserlah setelah dua penggal diberikan peluang untuk memerintah negeri ini dengan slogan kerajaan negeri Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang dilaungkan juga tidak dipraktikkan apabila mereka gagal menjawab pelbagai persoalan yang melibatkan kepentingan rakyat.

“Contohnya, dalam kontroversi projek terowong dasar laut, MCA mengemukakan banyak persoalan namun Ketua Menteri Lim Guan Eng tidak mahu menjawabnya,” katanya.-BERNAMA



Source link

read more

Watch out AMD and NVIDIA, Intel said to be working on a gaming GPU


Watch out AMD and NVIDIA, Intel said to be working on a gaming GPU

Intel’s hiring of Raja Koduri late last year was a clear sign that they wanted to enter the discrete graphics space.

This isn’t the first time Intel has dabbled in discrete graphics – there was the i740 Accelerated Graphics Port card in 1998 and the Larrabee project in the late 2000s – but the company has since spent a long time away from the market.

Koduri was formerly head of AMD’s Radeon Technologies Group and has extensive experience developing graphics chip.

He has also worked at Apple and helped lay the groundwork for Apple’s mobile processors.

The project, widely reported to be codenamed Arctic Sound, was originally thought of as one targeted at data centers.

However, a report by Forbes now says that Koduri is splitting the project into two parts, with one of them focused on gaming.

Additionally, it is said that Intel wants to “enter the market with a bang.”

This is exciting news for gamers as the high-end GPU space has largely been dominated by NVIDIA for the past few years. Not that it is a bad thing entirely, but some competition is always nice.

At this point, it is unclear how and what Intel has up its sleeves, but there’s no question that the company has the necessary resources to pull this off, especially with someone like Koduri at the helm.

Rumors say Intel’s gaming GPU will be ready sometime near 2020.

Source: Forbes



Source link

read more

Takkan berlaku tsunami Melayu – Mohamed Khaled


WhatsApp_Image_2018-04-12_at_11.06.15.jpeg.transformedMO, 12/4/2018, JOHOR BAHRU: Pengundi Melayu diingatkan berfikir dengan bijak mengenai tawaran Pakatan Harapan kepada masyarakat Melayu dan Islam di Johor.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata bagaimana pembangkang mendakwa berlaku tsunami Melayu, sedangkan mereka tidak memperjuangkan Melayu.

Katanya, BN Johor menolak dakwaan berlaku tsunami Melayu di negeri itu, sebaliknya ia hanya dakwaan pembangkang bagi mengekalkan undi masyarakat Tionghua.

“Macam mana kata (ada) tsunami Melayu sebab dalam manifesto mereka pun tiada tawaran untuk orang Melayu. Takkan orang Melayu tergerak nak sokong kalau tiada tawaran untuk orang Melayu dan Islam.

“Tetapi kita (BN) di Johor ada tawaran tertentu, antaranya dari segi agama Islam untuk orang Melayu. Takkan berlaku tsunami Melayu. Jadi, kita (BN) sangkal. Mereka (pembangkang) kata berlaku tsunami Melayu kerana nak kekalkan tsunami Cina yang semakin kurang dan luntur.

“Jadi, untuk pastikan sokongan Cina dapat dikekalkan, dia kata orang Melayu akan lari, tetapi macam mana orang Melayu nak lari kalau tiada pun tawaran untuk Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) Taman Bukit Mutiara, Taman Cahaya Masai dan Kong Kong Laut di sini, hari ini.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar, berkata pembangkang akan memberikan alasan tidak memasukkan agenda Melayu dan Islam dalam manifesto kerana ia sudah ada dalam perlembagaan.

“Kita tahu walaupun ada dalam perlembagaan, macam mana di Pulau Pinang dan Selangor?

“Walaupun ada dalam perlembagaan, ia (agenda Melayu dan Islam) bergantung pada tafsiran dan pelaksanaan orang yang berkuasa, bukan rakyat terbanyak.

“Rakyat terbanyak kata selamat kerana dalam perlembagaan menyatakan hak istimewa, tetapi ia banyak tergantung pada orang yang ada kuasa ketika itu (kerajaan). Jika orang berkuasa ketika itu membuat tafsiran berbeza dan tidak laksana, tiada apa akan berubah. Kena faham,” katanya.



Source link

read more

KJ yakin BN menang berdasarkan pencapaian terdahulu


REMBAU – Berdasarkan gerak kerja jentera dan pencapaian terdahulu parti, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yakin Barisan Nasional (BN) akan menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Katanya, beliau membuat rumusan itu berdasarkan ‘mood’ pengundi yang majoritinya gembira dengan BN dan berpuas hati gerak kerja parti itu serta yakin terutamanya komuniti Melayu masih menyokong kerajaan sedia ada.

“Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengemukakan calon yang mempunyai kredibiliti.

“Saya yakin BN akan mengekalkan kerusi sedia ada serta akan menambah lagi bilangan kerusi dengan majoriti yang tinggi,” katanya dalam sidang media Pelancaran Rembau Challenge 2018 di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Modal Insan, Belia dan Sukan yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Rembau, Datuk Zaifulbahri Idris.

Khairy berkata, segala isu permasalahan hampir dapat diselesaikan keseluruhannya dan tidak hanya menjalankan gerak kerja semata-mata untuk menghadapi pilihan raya.

Sementara itu, Khairy berkata, beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau yang telah diwakilinya selama dua penggal, namun akur sekiranya pengerusi BN meletakkannya di mana-mana kerusi selain Rembau.

“Saya adalah ‘party man’ dan bersedia bertanding di mana-mana, tetapi saya lebih selesa bertanding di Rembau selepas 10 tahun sebagai Ahli Parlimen di sini kerana sudah serasi dengan wakil rakyat dan juga jentera parti serta pengundi di kawasan ini,” katanya. – theRakyat



Source link

read more

Johor Islamik antara fokus Manifesto BN Johor


JOHOR BAHRU – Konsep Johor Islamik merupakan antara fokus manifesto Barisan Nasional (BN) Johor yang akan dibentangkan Sabtu ini.

Pengerusi BN Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata selain mengekalkan konsep Johor Islamik, antara tawaran BN Johor dalam manifesto ini ialah untuk memastikan institusi sekolah agama kerajaan negeri akan sentiasa kekal relevan .

“Apapun yang kita (BN Johor) akan buat, kita akan pastikan ia juga dapat memberi manfaat kepada masyarakat khususnya yang beragama Islam,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan majlis pembinaan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) fasa 5 yang melibatkan tiga buah sekolah iaitu SAKJ di Taman Bukit Mutiara, Taman Cahaya Masai dan Kong Kong Laut di Dataran Masjid Taman Bukit Mutiara, di sini hari ini.

Mohamed Khaled, yang juga Menteri Besar Johor itu, berkata demikian ketika mengulas mengenai intipati manifesto BN Johor yang akan dilancarkan Sabtu ini.

Sementara itu, mengulas mengenai manifesto pihak pembangkang yang dilihat tidak terperinci dan menyeluruh, Mohamed Khaled berkata manifesto BN Johor yang bakal ditawarkan akan lebih relevan serta menyeluruh dan dilihat mampu memberi manfaat kepada semua kaum.- BERNAMA



Source link

read more