Satu tol pun tak hapus, lagi Guan Eng nak janji baru – Politik


KUALA LUMPUR 13 April – Masyarakat Pulau Pinang sudah muak apabila mendengar Ketua Menterinya, Lim Guan Eng terus-terusan menabur janji untuk menghapuskan tol di negeri tersebut, terutama apabila tiba musim Pilihan Raya Umum (PRU).

Apatah lagi selepas 10 tahun kepemimpinan DAP mentadbir negeri tersebut iaitu sejak 2008, tiada satu tol di Pulau Pinang pun telah dihapuskan.

Lebih menyedihkan, apabila janji yang ditabur pada PRU-12 iaitu menghapuskan tol Sungai Nyior di Seberang Perai jika berjaya memerintah masih gagal dilaksanakan hingga hari ini.

Pengerusi Perkumpulan Perempuan Pulau Pinang, Datuk Azizah Mohamad Daud berkata, setiap kali Guan Eng atau kepemimpinan DAP mengeluarkan kenyataan, penduduk hanya mampu ‘tersenyum’ kerana menyedari semua itu adalah janji-janji kosong.

“Kami menyedari semua yang dijanjikan itu tidak akan dilaksanakan, tetapi apa yang boleh penduduk Pulau Pinang buat selain mendengar dan tersenyum?

“Boleh dikira dengan jari janji-janji yang dilaksanakan kerajaan negeri untuk Pulau Pinang, tetapi majoritinya mereka cakap kosong sahaja,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP hari ini telah membangkitkan kemarahan rakyat selepas berjanji kononnya mahu menghapuskan tol untuk semua kenderaan di kedua-dua jambatan di Pulau Pinang.

Beliau bertindak demikian selepas tercabar dengan janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memansuhkan tol bagi penunggang motosikal di kedua-dua jambatan Pulau Pinang jika Barisan Nasional (BN) memenangi. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pemandu maut, kereta bergesel bas terbakar – Nahas & Bencana


IPOH 13 April – Seorang lelaki maut dalam keretanya yang terbakar selepas terlibat kemalangan dengan sebuah bas ekspres sebelum susur keluar Tol Jelapang di Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di sini hari ini.

Jurucakap bomba berkata, mangsa yang berusia 54 tahun merupakan pemandu kereta jenis Perodua Kembara maut dalam keretanya yang terbakar 90 peratus.

Menurutnya, kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu mangsa bergesel dengan sebuah bas ekspres lalu terbabas ke sebelah kiri jalan raya dan terbakar.

“Bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan tersebut pada pukul 1.50 petang dan ketika tiba di lokasi kemalangan didapati kereta jenis Perodua Kembara tersebut telah terbakar 90 peratus.

“Terdapat seorang mangsa lelaki berusia 54 tahun yang berada di tempat dudul pemandu didapati telah terbakar dan disahkan telah meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, anggota bomba dari Balai Meru Raya menggunakan peralatan penyelamat untuk mengeluarkan mangsa dan menyerahkan mayat mangsa kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, operasi ditamatkan pada pukul 4.20 petang. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Telefon Pintar Tanpa Sokongan Internet Samsung Galaxy J2 Pro Dilancarkan Di Korea Selatan – Amanz


Peranti pintar digunakan oleh orang ramai kerana ialah pengganti kepada komputer riba yang boleh dimiliki pada harga yang mampu milik. Kebangkitan telefon pintar menyebabkan jualan komputer riba menurun sejak sedekad yang lalu. Lebih mudah melayari web menggunakan telefon pintar yang kompak berbanding sebuah komputer riba.

Tetapi terdapat sebilangan kecil pengguna yang mahu menggunakan telefon pintar tanpa capaian internet. Untuk golongan ini Samsung Galaxy J2 Pro telah dilancarkan di Korea Selatan yang tidak mempunyai sokongan internet. Ini bermakna tiada sokongan WiFi dan rangkaian internet 3G/4G. Sebaliknya ia hanya boleh melakukan panggilan telefon dan menghantar SMS.

Peranti ini dilengkapi skrin 5.0″ SAMOLED qHD, pemproses 1.4GHZ empat teras, memori sebesar 1.5GB RAM, storan 16GB, kamera utama 8GB, kamera hadapan 5-Megapixel dan bateri sebesar 2600 mAh. Sistem operasi digunakan tetapi versi tidak pula diketahui.

Bagi yang merasakan peranti ini aneh, ia tidak disasarkan untuk anda. Ia adalah untuk warga tua yang tidak merasakan internet itu penting atau untuk anak-anak kecil. Di Korea Selatan Samsung J2 Pro dijual pada harga 199,100 KRW (~RM 722) sebuah.



Source link

read more

Warga Afrika Selatan beri penghormatan terakhir kepada Mother of The Nation



SOWETO: Orang ramai berkumpul di jalan-jalan utama di Orlando West, Soweto bagi memberi penghormatan terakhir kepada bekas isteri mendiang Nelson Mandela, Winnie Madikizela-Mandela pada Jumaat.

Jasad Winnie dibawa pulang ke rumah sebelum dikebumikan pada Sabtu.

Kawasan yang menjadi tempat berkumpul warga Afrika Selatan itu turut dikawal ketat oleh pasukan keselamatan.

Pengebumian rasmi itu akan diadakan di Stadium Orlando dan jasadnya akan disemadikan di tapak perkuburan keluarganya di Fourways.

Madikizela-Mandela meninggal dunia pada 2 April lalu di usia 81 tahun akibat sakit yang berpanjangan.

Beliau merupakan seorang wanita hebat yang banyak memperjuangkan hak-hak warga kulit hitam bersama bekas suaminya Nelson Mandela sepanjang hayatnya sehingga digelar Mother of The Nation.



Source link

read more

How to Avoid Getting Sick on a Cruise


Visit a travel health clinic before departing

cliniciStock/javi_indyYou don’t want to go on a cruise only to find out that you have to stay on the ship at port because you didn’t get the right vaccines. Depending on where you are going, stopping at a travel health clinic may not be necessary, but for some countries, vaccinations and certain medications, like antimalarial pills or a polio vaccine, are required. “The best solution is prevention,” reminds Vicki Sowards, director of nursing resources at Passport Health. Travel health clinics are located in most cities across the country. To see if your destination requires a medical screening, visit Vaccines.gov/travel or contact your cruise line. Here are some more tips to help you stay active and healthy on a cruise while still enjoying yourself.

Bring a traveler’s anti-diarrhea kit

kitiStock/hillwoman2“Better safe than sorry” has never been truer when it comes to diarrhea. You never know when the runs will strike, and traveling makes you especially susceptible to such a disaster because you’re eating and drinking all sorts of new things. Having an anti-diarrhea kit in hand will save you from hours of misery should you find yourself in such a crappy (no pun intended) situation. But all jokes aside, diarrhea is extremely dangerous as it can lead to dehydration, which in severe cases can be life-threatening. Passport Health, and a few other travel clinics, sell prepackaged anti-diarrheal kits, but if you want to make your own, Sowards recommends purchasing Imodium or Loperamide “to help stop the diarrhea” and an electrolyte replacement powder, “to be mixed in bottled water. This could be an athletic drink powder or even Pedialyte,” she says.

Be wary of the buffet

buffettiStock/sol_studioWhile all-you-can-eat buffets have a strong appeal, they’re not always the cleanliest option when it comes to dining. Consider skipping the buffet and heading to one of your ship’s other restaurants instead where your food is made to order. But if you’re determined to hit up the taco Tuesday buffet, make sure hot foods are actually hot and cold foods are cold. It’s easy for foods at the buffet to be left out too long or not refrigerated properly, which can cause harmful bacteria to grow. But whether you hit up the buffet or a regular restaurant, you should think twice before eating these foods that can cause food poisoning.

Hand sanitizer will be your best friend

hand-sanitizeriStock/MypurgatoryyearsThink of all the things you touch when traveling…hand rails, elevator buttons, door handles, and that doesn’t even include all the new people you will meet and hands you will shake. Before departing, make sure you are well stocked up on hand sanitizer and disinfectant spray, as you’ll be coming in contact with loads of germs. While some sort of sanitizer can be found in most countries worldwide, it’s often at higher price points compared to those found in the United States. “Use on hands prior to eating and after being in crowds,” advises Sowards. And with all the recent norovirus outbreaks, the most common gastrointestinal bug that causes severe vomiting and diarrhea, spreading on cruise ships in the past few years, you can never be too careful. Here’s an updated list, from the CDC, of the cruise lines that experienced norovirus outbreaks, and these are some tips that can protect you from the norovirus.

Content continues below ad

Drink bottled or canned beverages

bottlediStock/mediaphotosAre you familiar with Montezuma’s revenge aka traveler’s diarrhea? Well it’s just one of the many illnesses that can be contracted through drinking tap water and drinks not canned or bottled. You don’t need to worry about this so much while on the ship, but definitely only drink bottled and canned drinks when at port. You never know the bacteria and germs lurking in a country’s water, and the last thing you want is to have a giant stomachache or be non-stop puking because you drank tap water.

Remain in your cabin if you’re not feeling well

cabiniStock/apomaresIt’s better to miss one day of your cruise than the entire week, which is why if you’re not feeling well, it’s best that you sit a day out and rest. P.S. Don’t feel bad about sleeping all day because sleep is almost unavoidable when you’re sick. Plus, if you’re contagious, you don’t want to spread your virus to the entire cruise ship. If you’re in extreme pain or still not feeling well after a day, you may want to consider visiting the cruise ship’s doctor for a proper diagnose. And as always, seek immediate medical attention if you are facing a medical emergency. If you’re feeling queasy, consider these natural remedies for seasickness.

Wear sunscreen religiously

sun-protectioniStock/mediaphotos“Use sunscreen whenever in the sun, whether sitting on the deck, walking or just lounging,” advises Sowards. “Even though it is not hot, the sun will burn.” Yes, applying sunscreen is annoying and takes extra time, but getting burnt to a crisp will not only leave you in excruciating pain, but it’ll also cause you to spend your days inside, and probably even ruin your cruise. Applying sunscreen and reapplying liberally can stop this from happening. Sunscreen prevents skin cancer, premature aging, brown spots, and wrinkles, so take 10 minutes out of your day and lather yourself up. And follow these seven simple sunscreen rules when doing so.

Stay hydrated

hydratediStock/kieferpixIt’s easy to forget to drink fluids when you’re frolicking on the cruise deck all day and splashing around in the pool with your family, but staying hydrated is crucial, especially when out in the hot sun. Headaches, sleepiness, and dizziness are the most common signs that you’re not drinking enough water. But be cautious because these seven unexpected signs can also be symptoms of dehydration. It’s imperative to stay on top of proper hydration because often times it’s too late when you’re already thirsty. Try drinking a glass of water at each meal before ordering a soda, and bring water bottles with you before heading out of your cabin for the day.

Content continues below ad

Motion sickness medication is a must

motioniStock/smartstockIf you get sick on a plane or in a moving car, you might find yourself nauseous on a moving boat. Even though cruise ships are larger, which means you’re less likely to feel the moving sensation, there are definitely times when you’ll hit a few speed bumps, or shall we say wave bumps. “Motion sickness can be avoided by limiting alcohol intake, and using a medication such as Dramamine or a prescription TransDerm patch,” says Sowards. Most cruise ships will sell some type of motion sickness medicine on board, but consider packing it in your suitcase beforehand. Here are some more cruise ship hacks that will help you have an easier, better trip.

Refrain from touching your face

touching-faceiStock/Alex_DoubovitskyThis rule should be followed on the road (or sea) and at home. One of the most common ways colds are spread is by rubbing your eyes and nose after coming in contact with bacteria and viruses that could be hiding, say on a door knob or on the serving spoon in a buffet line. In addition to catching a nasty cold, putting your dirty hands on your face can lead to breakouts and/or cause acne to spread. Essentially the oil and germs on your hands will now be all over your face.

Be cautious when using public restrooms

wash-handsiStock/hxdbzxyObviously using the bathroom in your cabin is a lot cleaner than those found in other areas of the ship. But telling you to only use the one in your cabin is impractical as you’ll probably be spending as little time as possible in your room. And sometimes you gotta go when you gotta go, so running to your own bathroom isn’t always feasible. It’s fine to use the public toilets, but just be sure to wash your hands thoroughly with soap and use a paper towel to open the door when leaving, recommends Sowards. As an extra preventative measure, squirt some sanitizer on your hands, too. Next, learn the secrets cruise lines won’t tell you.



Source link

read more

Pengerusi masjid ditumbuk penyokong PKR – Politik


JOHOR BAHRU 13 April – Belum pun kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bermula, penyokong gabungan pembangkang PKR bertindak agresif apabila menumbuk Pengerusi Masjid Kota Masai, di sini selepas solat Jumaat, hari ini.

Mangsa, Herman Irmadi berkata, kejadian berlaku apabila dia menegur egelintir penyokong pembangkang yang mengedarkan risalah politik di dalam kawasan masjid.

Beliau ditumbuk oleh salah seorang penyokong pembangkang ketika hendak pulang ke rumah selepas keadaan di masjid tidak lagi sesak.

“Saya dimaklumkan ahli jawatankuasa masjid ada sekumpulan penyokong PKR yang mengedar risalah di dalam masjid serta di pintu masuk sehingga menyebabkan keadaan menjadi sesak.

“Saya memberitahu mereka bahawa pihak masjid tidak ada masalah sekiranya ingin mengedar risalah di luar kawasan masjid. Saya tidak menyangka teguran itu menyebabkan mereka marah sehingga menumbuk saya,” katanya ketika dihubungi UTUSAN ONLINE, di sini sebentar tadi.

Herman yang juga Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Bahagian Tebrau memberitahu, beliau sudah membuat laporan di Balai Polis Taman Scientex Pasir Gudang pada pukul 5.30 petang tadi. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Dana raya khas: tingkatkan motivasi warga APM – Terengganu


KUALA TERENGGANU 13 April- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri ini yang memperlihatkan keprihatinan dengan turut menyalurkan bantuan dana raya khas kepada semua anggota pasukan keselamatan yang bertugas di negeri ini.



AZMY YAHYA

AZMY YAHYA

Ketua Pesuruhjaya APM, Mejar Jeneral (B) Datuk Azmy Yahya berkata, bantuan tradisi tahunan yang akan turut dinikmati oleh anggota APM tanpa mengira pangkat mulai tahun ini merupakan satu lagi motivasi kepada seluruh anggota APM Terengganu.

“Ini tentunya suatu lagi motivasi untuk terus berkhidmat dengan lebih berkesan kepada masyarakat terutama semasa berdepan bencana,”ujarnya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Anggota APM Terengganu Bersama Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah APM Terengganu, Left. Kol. Che Adam A Rahman.

Ahmad Razif baru-baru ini mengumumkan pemberian bantuan musim perayaan itu bagi pasukan keselamatan menerusi skim Dana Mengenang Jasa Pasukan Keselamatan itu dengan sumbangan RM400 bagi yang sudah berkeluarga dan RM200 untuk yang bujang.

Dana ini difahamkan melibatkan perbelanjaan antara RM4 juta hingga RM5 juta setahun dengan jumlah penerima dianggarkan lebih 5,000 orang.

Sementara itu, Azmy memberitahu APM akan meletakkan pasukan penyelamat pantai atau ‘baywatch’ di pantai peranginan Batu Buruk di sini bagi menjaga keselamatan pengunjung.

Katanya, mereka akan bertugas mengikut jadual berkala pada cuti hujung minggu, cuti sekolah dan cuti umum untuk memastikan tiada lagi kejadian lemas berlaku di kawasan pantai itu.

Ketika ini, terdapat 41 pasukan baywatch di 14 negeri iaitu Kedah (empat pasukan), Pulau Pinang (lima), Perak (dua), Selangor (dua), Negeri Sembilan (tiga), Melaka (tiga), Johor (dua), Pahang (lapan), Terengganu (tiga), Kelantan (empat), Sabah (tiga) dan Sarawak (dua). – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pungutan pingat Sukan Komanwel 2018 (13 April) – Sukan


BERIKUT pungutan pingat Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia hari ini (13 April 2018).

Sebanyak dua pingat emas dan satu pingat gangsa berjaya diraih atlet kebangsaan dalam kempen mereka pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia hari ini.

Emas pertama hari ini dihasilkan oleh Emma Firyana Saroji dan Siti Zalina Ahmad dari boling padang acara pairs di Pusat Boling Padang Broadbeach, menewaskan pasangan Afrika Selatan 15-14.

Walaupun pada awalnya ketinggalan 7-0, pasangan ini berjaya berjaya memecah kebuntuan pada ends keempat apabila mengutip satu demi satu mata, namun masih  ketinggalan 12-3 pada ends ke-10, sehingga sehingga berjaya merapatkan jurang pada ends ke-16 dengan kedudukan 12-13, satu mata di belakang lawan.

Satu lagi emas hadir menerusi Amy Kwan dari acara riben individu pada aksi final di Pusat Sukan Tertutup Coomera.

Amy mengumpul mata tertinggi 13.200 mata untuk menewaskan gimnas pilihan dari Cyprus, Diamanto Evripidou yang mendapat 12.900 mata untuk berpuas hati dengan perak manakala gangsa menjadi milik seorang lagi gimnas negara, Koi Sie Yan yang memungut 12.000 mata.

Dan sebentar tadi, gandingan Ying Ho/Karen Lyne berjaya menghadirkan pingat gangsa dari acara ping pong beregu wanita yang berlangsung di Oxenford Studios.

Pada aksi penentuan tempat ke-3/4 hari ini, gandingan negara berjaya menewaskan beregu India, M.Sutirtha/S. Pooja 15-13, 11-7, 8-11, 11-7 (3-1). – UTUSAN ONLINE

 


















KEDUDUKAN NEGARA EMAS PERAK GANGSA JUMLAH
1 AUSTRALIA 65 49 54 168
2 ENGLAND 31 34 34 99
3 INDIA 17 11 14 42
4 KANADA 14 34 26 74
5 AFRIKA SELATAN 13 10 12 35
6 NEW ZEALAND 10 14 11 35
7 SCOTLAND 9 13 19 41
8 CYPRUS 8 1 5 14
9 WALES 7 10 12 29
10 NIGERIA 7 5 5 17
** ** ** ** ** **
12 MALAYSIA 5 5 10 20
           
* kedudukan kutipan 10 teratas, termasuk Malaysia
** setakat pukul 8pm (waktu Malaysia)
Sumber: results.gc2018.com



Source link

read more

beIN Sports Connect Menawarkan Penstriman Percuma Hujung Minggu Ini – Amanz


Di Malaysia, sudah pasti ramai yang minat sukan dan ramai yang akan menonton perlawanan sukan itu secara langsung. Bagi menyokong semangat kesukanan dan minat akan sesuatu pasukan, ramai yang sanggup mengorbankan masa menonton perlawanan secara langsung walaupun di awal pagi.

Untuk memudahkan lagi mereka yang menggemari sukan bola sepak, beIN Sports Connect diperkenalkan oleh beIN Asia Pacific. beIN Sports Connect adalah satu perkhidmatan penstriman sukan secara langsung yang boleh ditonton dari mana-mana peranti seperti telefon pintar, tablet ataupun televisyen pintar.

Lebih menarik lagi, beIN Sports Connect menawarkan penstriman dalam resolusi HD dan turut menyokong fungsi casting melalui Chromecast dan juga Apple TV. Untuk peminat bola sepak, beIN Sports Connect menawarkan perkhidmatan mereka secara percuma pada hujung minggu ini iaitu Sabtu 14 April, 12 Pagi sehingga Isnin 16 April 8 Pagi.

Penawaran penstriman percuma ini membolehkan peminat Barcelona melihat pasukan mereka cuba mencatatkan sejarah menjadi pasukan pertama yang mencatatkan rekod 39 perlawanan tanpa kalah di dalam perlawanan menentang Valencia. Rekod ini sudah bertahan sejak 1980 dan dipegang oleh Real Sociedad.

Sekiranya ini tidak menarik minat anda, perlawanan Ligue 1 PSG menentang Monaco  dan Turkish Süper Ligue Galatasaray menentang Başakşehir turut boleh ditonton secara percuma. Penstriman percuma ini boleh dinikmati dengan melayari laman connect-my.beinsports.com atau memuat turun aplikasi untuk peranti Android dan iOS.

Muat turun aplikasi Android beIN Sports Connect dari Play Store

Muat turun aplikasi iOS beIN Sports Connect dari App Store



Source link

read more

Lelaki berdepan detik cemas van dipandu masuk laut



CALIFORNIA: Seorang lelaki berjaya diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat apabila van mini yang dipandunya terjatuh ke dalam laut ketika melalui kawasan tebing bukit di California Utara, Amerika Syarikat.

Jurucakap Sherif di San Mateo County, Rosemerry Blankswade berkata kejadian berlaku pada Jumaat di Montara State Beach berhampiran Devil’s Slide.

Menerusi rakaman yang disiarkan oleh stesen televisyen KGO-TV di California, anggota bomba tersebut terpaksa menuruni tebing yang curam dengan menggunakan tali untuk menyelamatkan mangsa.

Detik cemas dilalui mangsa berakhir apabila dia berjaya dibawa naik ke daratan selepas itu.

Dia kini sedang menerima rawatan di hospital berdekatan.



Source link

read more