BERA 12 April – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntukkan sebanyak RM15 juta pada tahun ini bagi melaksanakan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (Sped) Nano.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, melalui program baharu itu, pihaknya memberikan tumpuan membantu peniagaan kecil luar bandar di 182 Parlimen di seluruh negara.

“Kita mahu membantu usahawan-usahawan melalui skim ini dan menyasarkan seramai 1,500 usahawan diberi pinjaman pada tahun ini,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Sped Nano di sini hari ini.

Sped Nano adalah pembiayaan pinjaman Islamik yang menyasarkan perniagaan kecil dengan memberikan pinjaman maksimum RM10,000. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

%d bloggers like this: