KEMAMAN 14 April- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperkenalkan baka baharu lembu Kedah-Kelantan (KK) Elit hasil penambahbaikkan dari baka lama oleh Stesen Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di sini.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, baka lembu pedaging tempatan ini yang lebih cepat membesar,  tahan terhadap cuaca persekitaran (panas dan lembab) dan serangan penyakit.

“Baka lembu ini juga mempunyai prolifik yang sangat tinggi dengan kadar kelahiran melebihi 90 peratus setiap tahun dan kadar kematian yang rendah kurang dari dua peratus,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan baka KK Elit  dan lembah Pedaging Kemaman di Dewan Pemindahan Mangsa Banjir Pasir Gajah hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Ladang Rakyat Terengganu Sdn. Bhd. merangkap Pengerusi MARDICorp Sdn. Bhd., Wan Abdul Hakim  Wan Mokhtar; Ketua Pengarah Mardi, Datuk Dr. Roff Mohd Noor; Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Quazza Nizamuddin Hassan dan Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian (FAMA), Datuk Ahmad Ishak..

Beliau menyifat baka terbaharu ini yang terbaik  dari tiga generasi baka lembu KK yang telah dipilih oleh Mardi Kemaman bagi menghasilkan lembu yang lebih besar dan cepat membesar.

“Dengan penemuan terbaharu ini diharap dapat membantu mempertingkatkan pengeluaran daging dalam negara.

“Dalam masa yang sama daerah ini juga akan dibangunkan sebagai Lembah Pedaging Kemaman memandangkan  Mardi Kemaman mempunyai pusat penyelidikan dalam bidang ini, “katanya.

Selain itu katanya di daerah ini juga terdapat para penternak lembu yang bersifat lebih komersial  yang akan turut memberi peluang kepada tanaman rumput Napier oleh penduduk di sini untuk dibekalkan kepada mereka.

“Tidak semestinya pemilik ladang ternakan sendiri yang mengusahakan penanam rumput Napier, sebaliknya sesiapa sahaja boleh menanam dan menjual bagi menambah pendapatan, ujarnya.

Ahmad Shabery berkata, Lembah Pedaging yang dirintis di negeri ini kan dibuka seluruh negara kelak.

“Ladang Rakyat Terengganu Sdn. Bhd bersetuju menjadikan Lembah Pedaging Kemaman sebagai modul sebelum diperluaskan ke seluruh negara,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

%d bloggers like this: