KOTA BHARU 14 April – Koperasi Guru Melayu Kelantan (Koopguru) sudah menyumbangkan sebanyak RM380,000 kepada Tabung Kebajikan Anggota (TKA) sejak awal Januari hingga Mac tahun ini.

Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Amran Abd Kadir berkata, sehingga kini ahli Koopguru di seluruh negeri ini berjumlah 10,538 orang.

“Setiap kumpulan koperasi selain dividen kepada anggota dan mencarum caruman wajib tiga peratus kepada kerajaan, koperasi juga seharusnya menyimpan serta memperuntukkan sebahagian keuntungan untuk diberi faedah balik kepada anggota.

“Justeru itu, program yang diadakan ini adalah untuk merealisasikan kumpulan wang tersebut bagi memberi penghargaan kepada anggota dan anak-anak anggota yang cemerlang dalam pelajaran selain khairat kematian kepada ahli yang sudah meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Penyampaian Sumbangan Kecemerlangan Anak Anggota di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Lembaga Koperasi Guru Melayu Kelantan Bhd, Raja Anoro Raja Kob. -UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

%d bloggers like this: