oBike mula beroperasi di Malaysia sejak Ogos tahun lalu bagi memudahkan perkongsian basikal di Lembah Klang. Bagi mereka yang ingin bersenam sambil menunggang sekeliling kota ini ialah perkhidmatan yang cukup menarik. Kini oBike akan melancarkan pula basikal elektrik mereka sendiri iaitu oBike EVS.

Basikal elektrik ini mempunyai bateri yang membolehkan ia beroperasi sehingga 15 kilometer. Apabila motor elektrik tidak digunakan, kayuhan pengguna boleh mengecas semula bateri dan juga telefon pintar milik mereka. Aplikasi yang dihasilkan pula menjejak perjalanan, kalori, pengurangan CO2 dan mengesan lokasi basikal bagi mengelakkan kecurian.

Sistem brek aktif turut disertakan yang mengitar semula haba menjadi sumber elektrik setiap kali ia digunakan. oBike EVS ini dijual pada harga jualan bermula dari $1298 (~RM 5034) sebuah dan akan menemui pelanggan pada bulan Oktober.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

%d bloggers like this: