Facebook Dilihat Mula Menawarkan Pilihan Bayaran Pengiklanan Menggunakan Bank Atas-Talian – Amanz


Laman sosial Facebook sedia menjana pendapatan mereka melalui pengiklanan, dan kini dalam usaha menarik lebih ramai mengiklan melaluinya – selain daripada penggunaan kad debit atau kredit sahaja, pihak Facebook kini dilihat turut menawarkan pilihan pembayaran melalui bank-bank tempatan.

Facebook Ads

Facebook Ads

Pilihan ini dilihat ditawarkan kepada mereka yang tidak pernah menggunakan ciri pengiklanan di Facebook sahaja buat masa ini.

Melalui ciri ini, pengguna terlebih dahulu akan diminta untuk menambah-nilai akaun Facebook Payment mereka – dimana pembayaran boleh dilakukan melalui bank-bank atas-talian tempatan seperti Maybank, CIMB dan sebagainya. Sebaik sahaja selesai menambah-nilai, pengguna boleh memulakan aktiviti promosi terus pada platform sosial terkemuka berkenaan.

Facebook Ads

Facebook Ads

Kami kurang pasti berkenaan sejak bilakah ia telah ditawarkan untuk pengguna tempatan. Namun, daripada pengamatan kami, hanya akaun pengguna yang tidak pernah menggunakan pengiklanan Facebook sahaja memaparkan ciri ini buat masa ini.



Source link

read more

Jakarta Post henti jaja pembohongan – Zahrain



JAKARTA: Duta Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meminta sebuah akhbar republik itu, The Jakarta Post, supaya berhenti menjaja pembohongan terhadap demokrasi di Malaysia.

Beliau menegaskan Malaysia telah menikmati keamanan dan kemakmuran sejak lebih 60 tahun lalu di bawah sistem demokrasi berparlimen mengikut gaya ‘Westminster’.

“Saya merujuk kepada artikel The Jakarta Post bertajuk ‘Truly ASEAN’ bertarikh 10 April 2018. Bertujuan menjual berita semata-mata dan bukan mengutarakan kebenaran, penulisan itu dicemari oleh kepalsuan dan tuduhan tidak berasas yang mengaibkan demokrasi Malaysia dan penduduknya.”

The Jakarta Post telah mendakwa bahawa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak serupa dengan mantan presiden Indonesia Suharto, yang mengamalkan taktik manipulasi.

“Bagi rakyat Indonesia, taktik yang digunakan oleh pemimpin Malaysia Najib Razak untuk memenangi pilihan raya umum akan datang mengingatkan kepada helah Suharto ketika 32 tahun pemerintahannya,” kata The Jakarta Post dalam ruangan lidah pengarangnya.

Zahrain berkata, “Malaysia telah melalui 13 pilhan raya dengan jayanya, ia berjalan dengan sangat baik bagi negara kami dan kami berhasrat untuk melestarikannya.

“Badan pengurusan pilihan raya dari negara luar, termasuk Komisi Pemilihan Umum dari Indonesia dijemput sebagai pemerhati dalam pilihanraya kami.

“Menerusi pilihan raya yang bebas dan adil, pengundi dapat memilih wakil mereka ke Parlimen tanpa rasa ketakutan.

“Pada akhirnya, sesiapa yang mendapat keyakinan Parlimen akan dilantik sebagai Perdana Menteri dan dipelawa menubuhkan kerajaan.

“Nasihat saya kepada penulis (The Jakarta Post), tolong berhenti menjaja pembohongan.”

— BERNAMA



Source link

read more

Spring Cleaning Tips to Get It Done Faster


Make doormats welcoming

iStock/michellegibson

Shake ’em, wash ’em, swat ’em with a broom. Give them the toughest cleaning they can take. They’re your front line against tracked-in dirt—so keep them clean enough to function at peak efficiency. Make sure you know these 16 cleaning hacks professional house cleaners use.

Clean carpets and upholstery

iStock/tamsak

Fabrics that have absorbed a winter’s worth of dirt, body oil, and germs will need a deep cleaning to get them ready for another year of wear—and for that close inspection by your relaxing guests. When you’re shampooing carpets or cleaning upholstery with a rented carpet cleaner, practice first in an unobtrusive area to make sure you have the knack of the machine and that the treatment won’t discolor fabrics or cause dyes to run. Move furniture just slightly—not out of the room or against the wall, as the old rules dictated—and place the legs of each piece back on top of small wax paper squares after shampooing. The wax paper will protect your carpet and keep the furniture legs from getting wet as the carpet dries. Open the windows to speed the drying process, which can take a day or more. If you’re not the furniture-shifting and machine-renting type, use a professional carpet and upholstery cleaner, or try these 17 homemade carpet stain removers.

Finish your floors

iStock/BanksPhotos

To protect the floors in your kitchen from another year of wear and tear, wax or apply a sealer following label directions. The simplest method: Use a combination wash-and-wax floor cleaner. No-wax floors don’t need a polishing treatment, but an occasional makeover will keep them looking fresher and add a protective buffer that could help them last longer. Use a floor cleaner that cleans, shines, or both. If you have wood floors, move furniture and rugs aside, then apply a wood cleaner and either liquid or paste polish to clean and add a new wax coating. Here are 11 more spots you should never skip when spring cleaning.

Wash walls, cabinets, baseboards, and woodwork

iStock/Zurijeta

The walls may not look as if they need a bath—dust and soot fall to the floor, right? Most of it does, but just enough clings to vertical surfaces to warrant a seasonal or pre-holiday bath. Use a sponge and hand dishwashing detergent, washing the surface in sections. A sponge mop makes it easier to reach higher spots. Use two buckets: one for dishwashing detergent solution and another for wringing your sponge. Dry the walls and woodwork with a clean cloth. This schedule will help you finish your spring cleaning in just one day.

Content continues below ad

Vacuum with intelligence

iStock/machiak

The old rules mandated that you go through the labor-intensive task of dragging every stick of furniture off the carpet, just so the vacuum cleaner could cover every nook and cranny. Instead, simply move those big items a little to the left or to the right. Vacuum the area previously occupied by the furniture and then move it back into place. Check out these other 11 cleaning shortcuts lazy people will appreciate.

Clean your light fixtures

iStock/shaunl

A few minutes with a stepladder, all-purpose cleaner, a sponge, and a polish cloth will give new light to your life. If your home has skylights or tall ceilings, consider investing in a stepladder and extended-reach dust-and-dirt-removal tools, all of which are available at your local hardware store and at home supply stores. Find out which cleaning mistakes actually make your home dirtier.

Check your coils

iStock/AndrewRafalsky

You should clean the refrigerator’s condenser coil, usually found behind the toe grille, with a long-handled bottle brush and a vacuum cleaner with an attachment hose to remove dust and lint. Built-up dust can shut down the unit by causing it to overheat. To remove dust from coils attached to the hard-to-reach back side of the fridge, carefully pull the refrigerator out several feet (newer models roll on casters) and vacuum thoroughly; finish by sweeping or vacuuming the floor area you’ve revealed. Expect to rediscover coins, bottle caps, and twist ties that you and the cat knocked over the past year. Just avoid these 11 mistakes you make when cleaning the kitchen.

Content continues below ad



Source link

read more

Pekerja kapal korek warga China maut terkena bilah – Nahas & Bencana


KLANG 13 April – Sebuah kapal korek pasir meletup kira-kira tujuh batu nautika dari pintu gedung di Pelabuhan Klang kelmarin menyebabkan seorang pekerja warga China maut sebelum hilang di laut.

Nahas berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi ketika Lin Fu Sheng, 35, melakukan kerja-kerja penyelenggaran di atas kapal korek terbabit.

Pengarah Maritim Daerah, Kepten Maritim Abu Zaki Mohammad berkata, letupan berlaku di bahagian kabel motor menyebabkan bilahnya terpelanting dan terkena pada kepala mangsa.

Menurut Abu Zaki, akibat terkena bilah motor itu, otak kepala mangsa terburai di atas kapal dan mangsa terjatuh ke dalam laut.

“Susulan nahas itu, Kapal Maritim Danga dan Bot Kilat 20 telah digegaskan ke lokasi kejadian kira-kira pukul 3.05 petang pada hari kejadian selepas menerima maklumat dari Kedutaan China.

“Namun, sehingga kini operasi mencari mangsa masih gagal,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Abu Zaki memberitahu, ketika kejadian, terdapat lima orang pekerja termasuk mangsa dan kedua-dua ibu bapanya, yang kesemuanya warganegara China, berada di atas kapal terbabit.

“Kejadian itu turut mengakibatkan bapa mangsa yang merupakan kapten kapal dan ibu mangsa (tukang masak) diserang penyakit jantung.

“Mereka bagaimanapun telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk rawatan dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil,” ujarnya.

Tambahnya, kapal korek berkenaan berdaftar di negara China dan dalam perjalanan ke Bangladesh dari Pasir Gudang, Johor. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

[VIDEO] Lagi cebisan tulang dipercayai mangsa bunuh ditemukan – Jenayah


SEREMBAN 13 April – Polis menemukan cebisan tulang dipercayai milik seorang lagi mangsa pembunuhan kumpulan kongsi gelap di sebuah kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Mantin di sini hari ini.

Lokasi penemuan tersebut terletak di kawasan berbukit berdekatan susur keluar Plaza Tol Setul Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas).

Pada Rabu lalu, cebisan tulang dipercayai milik beberapa mangsa ditemukan ditanam di dalam dua lubang di estet Batu 8, Jalan Sungai Gadut, Senawang.

Penemuan itu dibuat selepas polis dipercayai membawa anggota kongsi gelap yang ditahan dalam Ops Khas Hoben 1/2008 baru-baru ini ke kawasan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, polis sedang giat menjalankan siasatan lanjut bagi mengumpul bukti berhubung penemuan semua cebisan tulang berkenaan.

“Kita masih menjalankan siasatan dan berusaha mengumpulkan bukti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau memaklumkan pihak polis akan mengadakan sidang akhbar berhubung kes itu pada Isnin ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more