281 ahli PPBM Pasir Salak keluar parti – Politik


PASIR SALAK 14 April – PPBM Bahagian Pasir Salak lumpuh apabila 281 ahli dari cawangan Pasir Salak dan Kampung Gajah diketuai Bekas Penolong Pendaftar bahagian itu, Zainal Abidin Hussin mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO hari ini.

Menurut Zainal Abidin, tindakan keluar parti secara beramai-ramai itu dibuat kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti tersebut yang hanya tahu merebut jawatan tanpa memikirkan nasib akar umbi.

Katanya, tindakan beliau serta ahli PPBM kedua-dua cawangan itu kembali kepada UMNO setelah menyedari bahawa hanya parti keramat itu sahaja yang benar-benar memperjuangkan orang Melayu, agama Islam dan tanah air.

“Kepimpinan tertinggi PPBM asyik berebut jawatan sehinggakan nasib kami langsung tidak dipedulikan malah jawatan yang dijanjikan pun hilang entah kemana

“Jadi kami asyik tertanya-tanya ke mana arah kami sekiranya perebutan itu terus berlaku. Lebih baik kami pulang ke pangkal jalan dan kembali kepada UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pas letak calon di sembilan kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan – Politik


PUTRAJAYA 14 April – Pas akan meletakkan sebanyak sembilan calon untuk bertanding di sembilan kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini.

Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad berkata, dalam senarai yang akan diumumkan pada 19 April ini, pihaknya juga bakal menampilkan seorang calon wanita bagi salah satu kerusi tersebut.

“Kerusi yang bakal ditandingi oleh Pas bersama Gagasan Sejahtera ialah Parlimen Batu, Wangsa Maju, Setiawangsa, Titiwangsa, Bandar Tun Razak, Lembah Pantai, Segambut, Putrajaya dan Labuan.

“Pada pilihan raya umum lalu Pas hanya meletakkan calon di dua kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan dan untuk PRU-14 ini kita yakin untuk mencipta kejutan dan menang di kerusi-kerusi Parlimen yang ditandingi kali ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Manifesto Pas Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Mohamad berkata, senarai lengkap calon-calon tersebut akan diumumkan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Taman Melewar, Kuala Lumpur. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

PRU-14 soal persiapan masa depan  – Politik


KOTA BHARU 14 April – Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) merupakan soal mempersiapkan masa hadapan negara ke arah yang lebih baik. 

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, oleh itu, rakyat perlu memilih parti yang benar-benar berkualiti dan tahan lama. 

“Pilihan raya adalah soal kita hendak mempersiapkan masa hadapan negara. Kalau bercakap tentang hendak pakai dan duduk lama, maka, sudah tentu kita perlu cari barang (parti) yang asli, tulen dan berkualiti. 

“Malah, kalau parti politik itu jujur dan baik sudah pasti akan bertahan lama. Buktinya, Barisan Nasional (BN) masih bertahan sehingga ke hari ini waima apa jua fitnah yang pernah melanda parti itu,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam Dialog Anak Muda Bangkit Menolak Hipokrasi Pembangkang di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri  (DUN) Kota Lama, di sini hari ini. 

Yang turut hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh; Timbalan Ketua Pemuda BN Kota Bharu, Fikhran Hamshi Mohamad Fatmi dan Exco Pemuda MCA, Chua Hock Kuan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

PRU-14: Gabungan pembangkang PKR batalkan pengumuman calon DUN Teluk Bahang – Politik


PULAU PINANG 14 April – Hasrat lebih 100 penyokong gabungan pembangkang PKR untuk mengetahui calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Bahang tidak kesampaian apabila pengumuman itu dibatalkan.

Awal petang tadi, pengendali aplikasi Whatapps PPBM menjemput media menghadiri ceramah mereka di Dewan Jawatakuasa Kemajuan Kampung (JKK) Teluk Bahang kononnya memaklumkan terdapat pengumuman penting akan dilakukan.

Bagaimanapun sehingga ceramah berakhir kira-kira pukul 10.30 malam tadi, Pengerusi PPBM negeri, Marzuki Yahya berkata, pengumuman hanya akan dilakukan esok atau lusa.

“Kita masih belum mendapat isyarat (untuk mengumumkan calon) daripada pemimpin pusat,” katanya di sini malam ini.

Gabungan pembangkang PKR sebelum ini menyerahkan kerusi DUN Teluk Bahang kepada wakil PPBM walaupun secara tradisinya kerusi itu ditandingi calon PKR.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12), calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya menang kerusi berkenaan sebelum dipertahankan oleh Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

PRU-14 : Pas Pahang tolak calon import – Politik


KUANTAN 14 April – Pas Pahang bakal membariskan calon dalam kalangan penduduk tempatan dan meolak calon import pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), 9 Mei ini.

Pesuruhjaya Pas negeri, Rosli Abdul Jabar berkata, senarai calon yang dijadual akan diumumkan pada 19 April ini siap sepenuhnya iaitu 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 14 kerusi Parlimen.

“Pas di Pahang tiada calon import tetapi cuma ada bukan Islam dan wanita, dua baki kerusi DUN kita serahkan pada Pusat.

“Kriteria calon ialah individu yang dikenali dan memberi khidmat kepada masyarakat selain daripada dia seorang ustaz,” katanya ketika Ceramah Anda Tanya Pas Jawab di Padang Awam Taman Berjaya Permai, Kempadang di sini malam ini.

Turut hadir sebagai panel ialah Naib Presiden Pas, Datuk Nik Amar Nik Abdullah; Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr.Fuad Salleh dan Timbalan Yang Dipertua Pas Kuantan, Sulaiman Md. Derus bertindak sebagai moderator. UTUSAN ONLINE



Source link

read more

8 tentera Mesir, 14 militan terbunuh serangan di Sinai – Nasional


KAHERAH 15 April – Serangan bersenjata dan bom bunuh diri kumpulan militan di sebuah kem tentera di Semenanjung Sinai, semalam mengorbankan sebanyak lapan anggota tentera Mesir manakala 14 orang penyerang turut terbunuh.

Tentera Mesir dalam satu kenyataan berkata, militan itu meletupkan diri di luar kem berkenaan selepas dilarang memasuki premis terbabit oleh pasukan keselamatan.

“Pasukan tentera berjaya menghalang operasi pengganas yang lebih besar,” menurut kenyataan itu. – AFP



Source link

read more

Filem Avengers Infinity War untuk tayangan Indonesia dipotong 7 minit



JAKARTA: Badan penapisan filem Indonesia, Lembaga Sensor Filem (LSF), meluluskan tayangan filem Avengers: Infinity War namun dengan durasi yang lebih pendek dari durasi asal.

Portal berita Kompas.com melaporkan, di Indonesia, filem berkenaan menjadi 149 minit iaitu 7 minit lebih pendek dari durasi asal iaitu 156 minit, atau 2 jam 36 minit.

Filem berkenaan itu juga diklasifikasikan bagi tayangan 13 tahun ke atas yang menurut LSF mempunyai unsur-unsur keganasan.

Menurut Ketua LSF Ahmad Yani Basuki, keputusan pemotongan beberapa adegan itu diambil oleh pasukannya setelah mengambil kira klasifikasi usia yang ditetapkan.

“Masing-masing kriteria umur ada tapisannya. Jika ia tidak sesuai untuk satu-satu umur, filem itu akan ditapis,” katanya kepada Kompas.

Jelas Ahmad Yani, filem-filem adiwira pastinya ada adegan yang menunjukkan aksi ganas, mahupun dialog yang tidak sesuai untuk tontonan lingkungan usia tertentu.

“Kalau untuk tontonan 13 tahun ke atas, penonton yang berusia seperti itu ada kecenderungan untuk meniru. Memang sesuatu itu harus ada batasan-batasannya.

“Jika penilaian (LSF) jelas, ia ada kaitannya dengan soal usia penonton. Maka harus dinilai setakat mana terdapat elemen keganasan, kelucahan, atau hal-hal lain (yang tidak bersesuaian),” kata Ahmad Yani.

Filem Avengers: Infinity War dijangka mampu mencatat kutipan tertinggi dalam sejarah filem Marvel.

Filem ini mengisahkan perjuangan barisan adiwira ini menghalang watak jahat, Thanos, daripada mengumpul kesemua enam ‘infinity stone’.

Avengers: Infinity War bakal membuka tayangannya di seluruh dunia bermula 25 April ini selepas tayangan perdananya di Los Angeles pada 23 April.



Source link

read more

Hukuman penjara seumur hidup Badie kekal – Nasional


KAHERAH 15 April – Sebuah mahkamah rayuan Mesir semalam mengekalkan hukuman penjara seumur hidup ke atas pemimpin pergerakan Ikhwanul Muslimin, Mohamed Badie, kerana merancang keganasan, kata peguam dan jurucakap kehakiman.

Mahkamah sama turut mengekalkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua lagi pemimpin Ikhwanul Muslimin termasuk Mahmoud Ghozlan yang merupakan jurucakap pergerakan tersebut.

Peguambela yang mewakili defendan, Abdel Moneim Abdel Maksoud berkata, sebanyak 14 orang yang turut dikenakan hukuman penjara sebanyak lima tahun.

Hukuman ke atas Badie itu adalah muktamad dan tidak boleh dirayu. – AFP



Source link

read more

May berdepan kritikan lancar serangan ke atas Syria – Nasional


LONDON 15 April- Perdana Menteri Britain, Theresa May semalam berdepan kritikan hebat parti pembangkang selepas melancarkan serangan tentera ke atas Syria semalam tanpa berunding dengan Parlimen.

Walaupun pemimpin Parti Konservatif itu menjelaskan rasional serangan udara itu, parti pembangkang mendakwa serangan terbabit meragukan, berisiko memburukkan konflik dan sepatutnya diluluskan oleh ahli Parlimen.

“Bom tidak akan menyelamatkan nyawa atau membawa keamanan,” kata pemimpin veteran berhaluan kiri dari Parti Buruh, Jeremy Corbyn. – AFP



Source link

read more