Malaysia, Perancis perkukuh kerjasama strategik


14misi.transformed_0MO, 14/4/2018, PELABUHAN KLANG: Kerjasama strategik di antara Perancis dan Malaysia diperkukuhkan dengan pelaksanaan misi Jeanne d’ Arc menerusi lawatan dua kapal tentera laut negara itu, semalam.

Kedua-dua kapal iaitu Dixmude dan Surcouf selamat berlabuh di dermaga Pelabuhan Utara dan Boustead Cruise Centre, di sini, kira-kira jam 11 pagi.

Misi itu membabitkan penyertaan seramai 133 kadet muda Perancis dan asing yang menjalani pelbagai latihan termasuk ketenteraan serta maritim bermula Februari hingga Julai ini.

Lawatan itu juga mengeratkan kerjasama perkongsian maklumat di antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Laut Perancis mengenai penggunaan kapal berkenaan dalam operasi ketenteraan, pemindahan bukan membabitkan senjata dan misi bantuan kemanusiaan.

Duta Perancis ke Malaysia, Frederic Laplanche, berkata kedua-dua negara sudah menjalinkan kerjasama diplomatik termasuk ketenteraan yang kukuh sejak sekian lama.

“Ia termasuk lawatan dan pertemuan khas antara Menteri Pertahanan kedua-dua negara di Kuala Lumpur, Januari lalu, antara lain membincangkan perkongsian atau kerjasama mengenai ketenteraan sama ada darat, laut dan udara.

“Malaysia dan Perancis berkongsi matlamat sama, antaranya memastikan keselamatan laut negara, memerangi keganasan dan lanun serta menguatkuasakan undang-undang di laut,” katanya pada sidang media di Pelabuhan Utara, di sini.

Hadir sama, Panglima Armada Angkatan Bersenjata Perancis kawasan Asia Pasifik, Dennis Bertrand dan Pegawai Pemerintah Kapal Surcouf, Komander Christine Ribbe.

Laplanche berkata, misi seumpamanya akan dijalankan secara berterusan bagi memastikan kerjasama ketenteraan di negara berkaitan dapat diperkukuhkan.

Kedua-dua kapal yang berlepas dari Chennai, India itu akan berada di negara ini selama empat hari sebelum bertolak ke Indonesia.



Source link

read more

Buah Keras Banyak Khasiat Tau! Salah Satunya Boleh Guna Sebagai Kosmetik! Trylah..


Buah keras antara bahan yang turut menjadi elemen utama dalam masakan orang-orang kita. Ia juga dijadikan untuk perencah, sambal atau pun gulai. Buah keras ini bukan sahaja membantu dalam memberi kepekatan masakan berkuah, malah memberikan aroma (manis) dan juga menambah kelazatan. Buah keras juga mampu elak santan menjadi pecah (minyak) dalam masakan gunakan santan pekat seperti masak lemak.

Untuk mendapatkan aroma dan kelazatan dari buah keras, ianya terlebih dahulu perlu digoreng kering tanpa minyak, ditumbuk dan dikisar halus. Sekiranya ingin buat sambal, buah keras boleh digoreng bersama bawang putih dan bawang merah dan dikisar halus.

 

Tip orang dahulu sekiranya buah keras ini digunakan tanpa digoreng kering dalam masakan rempah, lauk cepat basi.

 

Selain daripada kegunaan dalam masakan, buah keras juga sering dijadikan ramuan dalam kosmetik. Sebagai contoh, buah keras yang telah dihancurkan mampu dijadikan sebagai sabun, syampu dan juga serbuk lulur. Biji buah keras pula dikatakan mampu dijadikan sebagai sumber minyak lampu.

Antara Khasiat buah keras

  1. Minyak daripada buah keras boleh merawat kesan terbakar pada kulit dan kesan regangan wanita selepas bersalin
  2. Minyaknya juga boleh melebatkan rambut dan mampu merawat masalah rambut gugur dan bercabang
  3. Sebagai ramuan untuk kosmetik seperti syampoo,sabun,lulur badan dan sebagainya
  4. Daunnya boleh menghilangkan sakit kepala dgn izin Allah
  5. Sebagai penyedap masakan spt sup,kari,masak merah ayam,rendang,tumisan sayuran dan lain lain lagi

 

Walaupun boleh dimakan, namun begitu buah keras atau nama botaninya aleurites moluccana merupakan pokok rasmi Hawaii ini perlu dimasak sebelum dimakan kerana mempunyai kandungan toksik (saponin dan phorbol) yang tinggi ketika masih mentah.

 

6. Hilangkan tanda-tanda regangan di perut

Selain buahnya yang digunakan sebagai rempah masakan, beberapa bahagian pokok buah keras ini dikatakan mampu digunakan sebagai ubat dalam rawatan tradisional. Daun pokok buah keras dikatakan mampu digunakan untuk mengurangkan sakit kepala dan gonorea. Daun muda yang telah dipanaskan atas api dikatakan mampu dijadikan sebagai tampalan bagi melegakan tulang yang patah, lebam-lebam, luka dan kesakitan.

Minyak biji buah keras dikatakan bersifat rengsa dan julap dan kadang-kala digunakan seperti minyak jarak. Minyak ini juga digunakan sebagai perangsang rambut terutamanya dalam sistem perawatan rambut.

Minyak dari biji buah keras dikatakan mampu digunakan untuk merawat kesan kulit terbakar , tanda-tanda regang di perut bagi wanita selepas melahirkan anak dan benjol di perut. Di Sumatera, biji yang telah dibakar dikatakan boleh disapu di pusat bagi melegakan masalah kejang perut.

 

7. Hilangkan nafas berbau

Masalah berkaitan pencernaan juga dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan bahagian-bahagian tertentu pokok buah keras. Di Hawaii, buah dan biji yang telah dipanggang dikatakan mampu dijadikan sebagai ubat merawat sembelit atau pencuci perut.

Air rendaman getah buah, bunga dan kulit pokok dikatakan mampu dijadikan ubat untuk merawat sakit tekak, tonsillitis, sakit gigi dan juga nafas berbau. Bagi mengelakkan jangkitan terhadap ulser dan bengkak luaran, getah buah keras juga boleh digunakan untuk disapu pada bahagian tersebut. Manakala kulit pokok dan buah yang masih berwarna hijau dikatakan mampu digunakan untuk merawat masalah pernafasan terutamanya asma dan batuk.

 

8. Rawatan tumor

Di Jepun kulit kayu ini dikatakan mampu digunakan untuk merawat tumor. Di Jawa, kulit kayu pokok buah keras ini dikatakan mampu digunakan untuk merawat masalah diarrhea berdarah dan juga disenteri. Air rendaman kulit kayu pula dikatakan mampu dijadikan sebagai ubat untuk merawat ketidak suburan wanita.

Walaupun terdapat pelbagai kegunaan setiap bahagian pokok buah keras ini, namun begitu penggunaannya perlulah mendapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

 

RESIPI SAMBAL BUAH KERAS

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji Buah Keras
  • 1 biji Cili Hijau
  • 1 biji Cili Merah
  • 1 biji Bawang Merah
  • 1 biji Bawang Putih
  • 5 biji Cili Padi
  • 1 biji Tomato

 

CARA MEMASAK:
1. Gorengkan semua bahan di atas sekejap atau sehingga agak layu.

2. Letak sedikit garam

3. Isi ikan goreng – ambil agak-agak dari 2 ekor ikan kembung

.4. Tumbukkan bahan yg telah digoreng dan masukkan isi ikan, perasakan.

5. Sedia dihidangkan.

 

 

RESIPI AYAM MASAK BUAH KERAS

BAHAN A

  • 12 ketul ayam yg dipotong kecil
  • sedikit garam
  • sedikit kunyit serbuk

 

BAHAN B (DIKISAR)

  • 2 batang serai
  • 4 biji buah keras
  • 1st ketumbar
  • 1/2 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • sedikit halia
  • sedikit kunyit basah
  • sedikit belacan

 

BAHAN LAIN

  • 3 helai daun limau
  • 1 biji tomato ~ dipotong kasar
  • cili padi secukupnya ~ diketuk
  • 1/4 cawan santan
  • garam dan gula secukupnya
  • minyak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Satukan bahan A, goreng separuh masak, ketepikan.
  2. Tumis bahan B hingga wangi, masukkan daun limau, cili padi, santan dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan ayam, tomato, garam, gula dan masak hingga pekat. Kepekatan ikut selera masing2

 

Komen anda



Source link

read more

Masalah sampah, denggi selesai jika BN tadbir – PM


WhatsApp_Image_2018-04-14_at_12.47.08.jpeg.transformedMO, 14/4/2018, KAJANG: Datuk Seri Najib Razak berkata, masalah sampah dan denggi yang teruk di Selangor hanya boleh diselesaikan sepenuhnya jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat mentadbir semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Perdana Menteri berkata, Selangor tidak seharusnya digelar ‘darul sampah atau darul denggi’ hanya disebabkan kerajaan negeri pimpinan pembangkang tidak mampu menyelesaikan masalah berkenaan.

“Sekarang masalah air di Selangor, kita letak paling tinggi sekali untuk diselesaikan, tetapi ini pula masalah sampah dan denggi. Kita tidak mahu Selangor menjadi darul sampah atau darul denggi.

“Saya beri jaminan jika BN diberi mandat semula untuk mentadbir (Selangor), semua masalah ini akan kita selesaikan, masalah air juga akan selesai,” katanya berucap selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Naik Taraf Hospital Kajang (Kompleks Wanita dan Kanak-kanak) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

Mengulas lanjut, Najib berkata, projek naik taraf Hospital Kajang adalah langkah Kajang sebenar berbanding langkah sama dilakukan pembangkang pada tahun 2014 yang disifatkan gagal.

“Ada dua langkah Kajang yang berbeza, pertama yang dilakukan pembangkang pada 2014 tetapi tidak sampai matlamatnya berbanding BN dengan projek Transit Aliran Massa (MRT) dan kali ini projek naik taraf Hospital Kajang.

“Inilah langkah Kajang sebenar yang kita buat, memberi manfaat kepada rakyat, malah naik taraf Hospital Kajang menjadi kenyataan,” katanya.

Mengenai projek naik taraf Hospital Kajang, Perdana Menteri berkata, projek bernilai RM304.5 juta itu membabitkan pembinaan Kompleks Wanita dan Kanak-kanak yang dijangka siap pada tahun 2021.

“Pada 8 September 2015, saya melakukan lawatan mengejut ke Hospital Kajang tanpa memberitahu menteri berkaitan untuk melihat sendiri keadaan sebenar.

“Tiba-tiba saya tercegat di depan (hospital) dan dapat melihat keadaan sebenarnya yang dihadapi rakyat. Memang benar Hospital Kajang terlalu sesak dengan pesakit dan keadaan bangunan terlalu uzur, maklumlah ia dibina sejak tahun 1889.

“Dalam ucapan Bajet 2016, saya mengumumkan Hospital Kajang akan dinaik taraf dengan peruntukan lebih RM300 juta.

“Tetapi Noh bisik kepada saya, apa guna ada hospital moden tetapi air terputus,” katanya.

Kompleks Wanita dan Kanak-kanak Hospital Kajang bakal menempatkan 272 katil, selain 14 bilik bersalin, enam bilik bedah dan kemudahan klinik pakar serta pusat harian.



Source link

read more

Manifesto BN Johor kemuka lima teras, 230 tawaran


DattrCXUMAcS35GMO, 14/4/2018,  JOHOR BAHRU: Ekonomi nan tinggi dan penyediaan prasarana komprehensif adalah antara lima kuluster (teras) utama dikenali sebagai Johor Hi-5 dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) Johor yang dilancarkan, hari ini.

Tiga lagi kluster adalah pembangunan minda, bakat dan kemahiran, kepimpinan berprestasi tinggi serta masyarakat lestari, Islami dan berbudaya.

Manifesto BN Johor bertemakan Team Johor Untuk Dekad Baharu: Tawaran Masa Hadapan yang merangkumi 230 tawaran kepada rakyat negeri ini, dilancarkan sendiri oleh Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor (PERSADA).

Mohamed Khaled berkata, Johor yang jolokannya adalah Harimau Selatan, akan mula menunjukkan taring dan belangnya serta mengganggap misi spesifik itu sebagai ‘mengejar singa’ (Singapura).

“Kita tidak akan biarkan Johor sekadar menjadi halaman belakang kepada sesiapa pun, apatah lagi sekadar menjadi pemerhati Singapura.

“Ini adalah tawaran kami dari pasukan BN negeri dan tawaran ini disusun dengan dipimpin oleh tiga sasaran iaitu memenuhi keperluan dan meningkatkan kesejahteraan bangsa Johor secara keseluruhannya, memposisikan Johor sebagai kuasa ekonomi baharu selatan dan mempersiap serta melonjakkan Johor sebagai pesaing kepada semua, terutamanya jiran kita Singapura,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Antara tawaran yang mendapat perhatian adalah pembinaan taman tema sains fiksyen pertama di dunia, Sci-Fi Universe pada tahun 2019 dengan pelaburan RM400 juta.

BN Johor juga akan memperkenalkan Insurans Bencana Alam Johor untuk mangsa bencana alam selain menambah baik sistem amaran banjir.

Mohamed Khaled turut menjanjikan mewajibkan pengisytiharan harta dan aset untuk EXCO dan penjawat awam negeri kepada Menteri Besar, mewajibkan lafaz Ikrar Anti Rasuah dalam kalangan 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan semua 5,000 kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Selain lima kluster utama, BN Johor turut menawarkan tawaran pada Orang Muda Johor (OMJ), wanita dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Antara tawaran kepada belia yang mendapat sorakkan ramai ialah pemberian bantuan RM500 kepada OMJ yang kali pertama berkahwin untuk pasangan muda yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.

BN Johor turut perkenalkan program Pasport Pertama Bangsa Johor, iaitu pembiayaan RM50 untuk permohonan mendapatkan pasport kali pertama bagi OMJ berusia 30 tahun ke bawah, terhad kepada 3,000 penerima setahun.

Dalam usaha menyokong strategi FELDA 2.0, BN Johor turut berjanji akan menyelesaikan isu perwarisan di FELDA dalam tempoh lima tahun.

Sebagai tawaran untuk wanita di Johor, satu tapak khusus akan disediakan untuk membina Kompleks Wanita Tun Fatimah sebagai pusat niaga, kompleks busana, pusat kaunseling dan pembinaan kapasiti wanita di negeri ini.



Source link

read more

Najib buat kejutan di Karnival Semarak Autism


DauGf13UwAA3jPIMO, 14/4/2018, KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat kejutan apabila hadir di Karnival Semarak Autism di Pusat Konvensyen CIDB, dekat Cheras, di sini, sebentar tadi.

Beliau yang hadir pada jam 12.20 tengah hari meluangkan masa beramah mesra dengan kanak-kanak autism dan ibu bapa mereka.

Beliau turut berkesempatan melihat persembahan anak autism dari PERMATA Kurnia.

Najib singgah di karnival berkenaan selepas selesai majlis di Hospital Kajang pagi tadi.

Karnival Semarak Autism dirasmikan isteri beliau yang juga Penaung Program Permata Negara (PERMATA), Datin Seri Rosmah Mansor.

Karnival berkenaan diadakan bersempena Bulan Kesedaran Autism yang diraikan pada bulan ini.



Source link

read more

UMNO tidak gentar gandingan Tun M, Anwar


KLUANG, 14 APRIL 2018. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussien (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada penerima ketika Majlis Warga Felcra Wilayah Johor bersama Pemimpin di Kampung Melayu Batu 4, Paloh, Kluang. STR/ESSA ABU YAMIN

MO, 14/4/2018, KLUANG: UMNO tidak pernah gentar dengan gandingan kerjasama antara Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata dakwaan Anwar yang menyatakan UMNO begitu takut dengan gandingan mereka bukan sahaja tidak benar malah agak melucukan.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, kerjasama kedua-dua mereka ketika dalam UMNO sebelum ini juga sudah terbukti gagal dan tidak berjaya.

“Kita takut kerjasama Mahathir dengan Anwar? Hai! kita dalam UMNO dulu ketika kerjasama mereka dalam UMNO sendiri pun apabila diuji gagal, apatah lagi di luar.

“Apa yang kita (UMNO) nak takut kerana masa itu mereka berada dalam bahtera UMNO sebagai Presiden, Timbalan Presiden dan Perdana Menteri serta Timbalan Perdana Menteri pun tak nampak boleh kerjasama.

“Jadi tak nampak mengapa UMNO mahu takut dan gentar dengan gandingan mereka berdua. Apa lagi dengan gandingan bersama DAP, PPBM dan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang belum teruji,apa yang kita nak takutkan, ” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Warga FELCRA Wilayah Johor Bersama Pemimpin di Padang Awam, Kampung Melayu Batu 4, Kawasan FELCRA Berhad Batu 31/2 Paloh, dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir, isterinya, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Bhd, Datuk Zulkarnain Md Eusope.

Khamis lalu, Anwar dalam satu kenyataan melalui peguamnya dilaporkan berkata, beliau musykil mengapa UMNO begitu takut dengan gandingannya bersama Dr Mahathir malah mendakwa pimpinan UMNO menganggap kerjasama mereka sebagai perkara yang janggal kerana mereka sudah bermusuhan begitu lama.

Sementara itu, Hishammuddin turut memuji cadangan FELCRA yang mahu mewujudkan gedung makanan yang diusahakan di atas tanah terbiar dimiliki agensi berkenaan sekali gus bagi memastikan bekalan makanan negara terjamin.

“Oleh kerana FELCRA menawarkan supaya diadakan kerjasama bersama-sama Kementerian Pertahanan bagi mewujudkan gedung makanan bersama mereka, kita akan melihat semula perkara ini nanti.

“Mungkin veteran tentera boleh dibabitkan dalam usaha murni bagi memastikan bekalan makanam negara tidak terjejas atau berkurang,” katanya.



Source link

read more

RM42.4 juta bantuan untuk OKU di Pahang


KUANTAN 14 APRIL 2018. Wakil khas Menteri Besar dan juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Pahang, Datuk Shafik Fauzan (tengah) bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Seri Shahniza Shamsuddin (empat kanan berdiri) bergambar bersama penerima geran Peruntukan Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Pahang,  pada majlis ramah mesra bersama warga kerja JKM dan NGO berasaskan kebajikan Pahang di Komples RTM Kuantan. NSTP/FARIZUL HAFIZ AWANG

MO, 14/4/2018, KUANTAN: Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM42.4 juta bagi membantu 10,473 orang kurang upaya (OKU) di negeri ini, tahun ini.

Peruntukan itu membabitkan tiga kategori penerima iaitu OKU yang bekerja, bantuan pesakit terlantar dan OKU tidak bekerja.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif, berkata bantuan ini adalah hasil peruntukan bersama Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Tahun ini, katanya, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM94.1 juta bagi menyalurkan pelbagai bantuan kepada penerima yang layak manakala kerajaan negeri, RM15.1 juta.

“Ini termasuk golongan OKU yang sentiasa diberi perhatian oleh kerajaan dalam membantu mereka meneruskan kehidupan dengan lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, merasmikan Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Pahang Bersama Warga Kerja Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasaskan kebajikan di Auditorium Darul Makmur, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin dan Pengarah JKM Pahang, Zulkhairi Zainal Abidin.

Pada majlis itu, sebanyak 51 pertubuhan pemulihan dalam komuniti (PDK) menerima geran tahunan berjumlah RM3.2 juta.



Source link

read more

Bertuahnya peminat ini dapat jumpa Dr Strange



BUAT peminat filem adiwira Marvel, anda pasti tidak sabar untuk tonton sekual ketiga Avengers: Infinity War yang akan ditayangkan di seluruh dunia dalam masa kurang dari dua minggu lagi.

Namun, apa yang lebih mengujakan buat peminat filem ini adalah berjumpa dengan barisan pelakon hebat filem seperti Robert Downey Jr, Chris Evans dan Benedict Cumberbatch.

Ini yang terjadi di Singapura apabila Benedict Cumberbatch yang memegang watak Dr Strange sempat singgah dalam satu festival di sana, pada Sabtu, lapor Channel NewsAsia.

Salah seorang peminat yang juga merupakan pengurus festival tersebut, Jamal Mohamad, mengambil peluang untuk bergambar bersama Cumberbatch dan telah memuat naik gambar tersebut di platform media sosial Facebook.

Para peminat turut meluahkan rasa keterujaan mereka selepas posting tersebut mula tular di media sosial. Ada juga yang cuba untuk mencari dan dapat melihat kelibat Cumberbatch. 

Terdahulu, Cumberbatch dilaporkan akan mempromosikan Avengers: Infinity War di Singapura pada 16 April ini bersama pelakon utama filem itu seperti Robert Downey Jr yang memegang watak Iron Man dan Karren Gillan (Nebula) serta pengarah bersama filem itu, Joe Russo.

Infinity War dijangka akan mencatat kutipan tertinggi dalam sejarah filem Marvel dan akan mula ditayangkan bermula 27 April ini di seluruh dunia.

BACA: Trailer ‘Avengers: Infinity War’ trending, peminat mula kongsi ramalan jalan cerita

BACA: “Sudi tak arahkan Avengers 5?” – Anak Malaysia dapat ‘tawaran’ pengarah Marvel Studios



Source link

read more

Roti Telur Berempah Ala Roti John. Sesuai Untuk Menu Pagi Hujung Minggu!


Sarapan adalah amat penting untuk memberi tenaga pada kita untuk memulakan hari dengan baik. Jadi tiada alasan untuk kita tidak mengambil sarapan dengan resipi yang sangat mudah ini.

ROTI TELUR BEREMPAH ALA ROTI JOHN

BAHAN-BAHAN :

  • *2 biji telur
  • *1/2 bj bawang holland
  • *Daun bawang
  • *1/2 biji cili merah/capsicum
  • *1 sudu kecil rempah kari daging
  • *1/2 sudu kecil serbuk lada hitam/sulah
  • *Sedikit garam
  • 6 keping roti (terpulang jenis roti yang hendak digunakan)
  • Mayonis
  • Sos cili
  • Sayuran: timun, salad, tomato, coleslaw atau sebagainya.

 

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan semua bahan yang bertanda * hingga sebati.
  2. Sapukan sedikit minyak pada kuali.
  3. Tuangkan sedikit campuran telur tadi dan letakkan sekeping roti ke atas telur. Goreng seketika dan  terus angkat.
  4. Kemudian boleh letakkan mayonis dan sos cili. Serta letakkan sayuran pilhan anda.

 

Kredit: Ellyna Abdul Aziz

Komen anda



Source link

read more

Yang belum menerima Kad Bantuan Teksi 1Malaysia, kunjungi pejabat SPAD di seluruh negara


imageMO, 14/4/2018, KUALA LUMPUR: Seramai 30 pemandu teksi dilaporkan cedera ketika berasak-asak untuk menerima Kad Bantuan Teksi 1Malaysia yang mula diagihkan di Serdang, Jumaat lalu.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam satu kenyataan berkata, 30 pemandu teksi terbabit cedera ringan dalam insiden yang berlaku di Hall C, Taman Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS).

“Insiden yang tidak diingini ini berpunca daripada segelintir pemandu teksi yang berasak-asak dan tidak mematuhi langkah pengurusan kawalan sistematik disediakan ketika mereka masuk ke dewan pengambilan kad.

“Anggota penguat kuasa SPAD, Polis Diraja Malaysia dan RELA mengambil tindakan serta-merta untuk mengawal keadaan dan ia dapat dikawal sepenuhnya pada jam 7 malam,” katanya.

Kad Bantuan Teksi 1Malaysia yang mengandungi nilai RM800 untuk pembelian petrol atau gas asli (NGV) di stesen minyak PETRONAS itu turut memberi perlindungan Insurans Kemalangan Peribadi sehingga RM50,000.

Kad yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itumemberi manfaat kepada kira-kira 67,000 pemandu teksi di seluruh negara yang memiliki kad pemandu SPAD yang masih sah dan aktif.

SPAD berkata, pemandu yang cedera menerima rawatan serta-merta, manakala seorang daripadanya dibawa ke hospital bagi menerima rawatan selanjutnya dan kos perubatan individu terbabit ditanggung SPAD.

Katanya, kira-kira 12,000 pemandu teksi hadir pada majlis itu dan sebahagian besar daripadanya memberikan kerjasama ketika beratur mengambil kad melalui 60 kaunter disediakan.

Berikutan insiden itu, SPAD mengesyorkan pemandu teksi yang belum menerima Kad Bantuan Teksi 1Malaysia untuk mengambilnya di pejabat SPAD di seluruh negara kecuali di ibu pejabat Kuala Lumpur.

Pemandu teksi boleh mengunjungi pejabat SPAD di Kelana Jaya, Pulau Pinang, Kuala Terengganu dan Johor Bahru bermula 16 April hingga 16 Julai tahun ini.

Bagi cawangan SPAD di Melaka, UTC Ipoh, UTC Alor Setar, UTC Kota Bahru dan UTC Kuantan, kad itu boleh diperoleh bermula dari 17 April hingga 16 Julai 2018.

Pemandu teksi di Sabah dan Sarawak pula boleh mendapatkan Kad Bantuan Teksi 1Malaysia daripada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.

Bagaimanapun, tarikh pengambilan akan dimaklumkan kemudian oleh pejabat LPKP Sabah dan Sarawak.

Untuk maklumat lanjut mengenai proses pengambilan kad itu, pemandu teksi boleh melayari www.spad.gov.my/ms/pengusaha-kenderaan/teksi/kad-bantuan-teksi-1malaysia .



Source link

read more