KUANTAN 14 April – Pas Pahang bakal membariskan calon dalam kalangan penduduk tempatan dan meolak calon import pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), 9 Mei ini.

Pesuruhjaya Pas negeri, Rosli Abdul Jabar berkata, senarai calon yang dijadual akan diumumkan pada 19 April ini siap sepenuhnya iaitu 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 14 kerusi Parlimen.

“Pas di Pahang tiada calon import tetapi cuma ada bukan Islam dan wanita, dua baki kerusi DUN kita serahkan pada Pusat.

“Kriteria calon ialah individu yang dikenali dan memberi khidmat kepada masyarakat selain daripada dia seorang ustaz,” katanya ketika Ceramah Anda Tanya Pas Jawab di Padang Awam Taman Berjaya Permai, Kempadang di sini malam ini.

Turut hadir sebagai panel ialah Naib Presiden Pas, Datuk Nik Amar Nik Abdullah; Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr.Fuad Salleh dan Timbalan Yang Dipertua Pas Kuantan, Sulaiman Md. Derus bertindak sebagai moderator. UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

%d bloggers like this: