PUTRAJAYA 14 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima surat penghargaan Masjid Al-Aqsa di atas segala jasa dan sokongan berterusan kerajaan serta rakyat Malaysia terhadap perjuangan Masjid Aq-Aqsa dan Palestin selama ini.

Video oleh Biro Putrajaya

Surat penghargaan itu disampaikan oleh Imam Besar Masjid Al-Aqsa  yang juga merupakan bekas Mufti Palestin,  Sheikh Dr. Ekrima Saed Sabri dalam majlis sambutan Israk Mikraj Peringkat Kebangsaan 1439/2018M.

Perdana Menteri berkata, Masjid Al-Aqsa merupakan lambang penyatuan bersama dalam isu akidah dan kemanusiaan, oleh itu, semua pihak harus bertekad dan istikamah untuk mempertahankan serta memperjuangkan kebebasan Palestin.

“Saya ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia bersatu tanpa kita latar bekalang, fahaman dan warna kulit dalam usaha membebaskan Masjid Al-Aqsa dan Palestin daripada cengkaman zionis, hanya dengan kesatuan jadikan kita lebih kuat dan digeruni musuh Islam,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis sambutan Israk Mikraj Peringkat Kebangsaan 1439/2018M di sini hari ini.

Majlis sambutan Israk Mikraj Peringkat Kebangsaan 1439/2018M yang disertai lebih 1,000 tetamu itu dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Yayasan MyAQSA (MyAQSA) dan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini.

Dalam pada itu, Sheikh Dr. Ekrima ketika berucap dalam majlis yang sama berkata, pihaknya amat menghargai bantuan dan sokongan berterusan kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap perjuangan pembebasan Palestin daripada rejim Zionis. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

%d bloggers like this: