Bom ikan meletup, dua lelaki cedera – Nasional


JELI 15 April – Dua lelaki cedera selepas bom ikan buatan sendiri meletup di Kampung Sungai Seting, Lubuk Bongor di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintenden Mohd. Yusoff Jaafar berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa pertama berusia 34 tahun putus pergelangan tangan kiri dan hancur tangan kanan.

Menurutnya, mangsa turut mengalami kecederaan di bahagian kaki kiri, muka dan dada.

“Mangsa dihantar ke Hospital Jeli sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan lanjut.

“Keadaan mangsa kritikal tetapi stabil,” katanya di sini, hari ini.

Mohd Yusoff berkata, mangsa kedua berusia 22 tahun pula cedera di bahagian jari dan badan akibat terkena serpihan.

“Dia dihantar ke Hospital Jeli sebelum dirujuk ke Hospital Tanah Merah untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Bekas pensyarah UKM calon gabungan pembangkang PKR Parlimen Putrajaya – Politik


PUTRAJAYA 16 April – Gabungan pembangkang PKR mengumumkan bekas pensyarah UKM, Datuk Dr. Samsu Adabi Mamat sebagai calon Parlimen Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengumuman itu dibuat oleh bekas Pengerusi PPBM Wilayah Persekutuan, Muhammad Suhaimi Yahya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Turut diumumkan Ketua Wanita PPBM, Rina Harun sebagai calon di kerusi Parlimen Titiwangsa.

Samsu Adabi dan Rina masing-masing dijangka berhadapan persaingan dua parti lain iaitu BN dan Pas.

Penyandang kedua-dua kerusi parlimen itu ketika ini adalah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.



Source link

read more

Misi Arsenal semakin sukar – Bola Sepak


NEWCASTLE 15 April – Hasrat Arsenal untuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam empat kelompok pasukan terbaik semakin sukar apabila skuad kendalian Arsene Wenger itu tumpas 2-1 kepada Newcastle di St James Park sebentar tadi.

Arsenal kini berada di kedudukan keenam dipisahkan 13 mata dengan Tottenham Hotspur yang berada di tangga keempat. The Gunners kini mengumpul 54 mata.

Selepas ini, Arsenal hanya mempunyai empat baki perlawanan pada musim ini dan mereka dijadual menentang West Ham pada 22 April kemudian Manchester United (29 April), Burnley (6 Mei) dan Huddersfield (13 Mei).

Itu bermakna Arsenal sudah boleh memberi tumpuan mereka lebih kepada saingan Liga Europa apabila bakal berdepan Atletico Madrid di peringkat separuh kejohanan pada 27 April ini sebelum aksi timbal balik pada 4 Mei.

Dalam aksi tersebut, The Gunners terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah seawal minit ke-14 menerusi jaringan Alexandre Lacazette namun kelebihan itu tidak kekal lama setelah Ayoze Perez menyamakan kedudukan selang 15 minit kemudian sebelum Matt Richie meledak gol kemenangan pada minit ke-68. – AGENSI



Source link

read more

Masalah kostum payudara Beyonce hampir terdedah



BINTANG pop, Beyonce, mengalami beberapa masalah dengan kostumnya semasa persembahan Coachella dan berusaha memastikan payudaranya tidak terdedah.

Penyanyi itu kelihatan memegang bajunya sambil menyanyi lagu-lagu hit Destiny’s Child bersama ahli-ahli kumpulan itu.

Ketika beliau, Michelle Williams dan Kelly Rowland menari untuk lagu Soldier dan Independent Woman, tangan Beyonce asyik memegang dan membetulkan kostumnya di sebelah kiri bahu untuk memastikan pakaiannya tidak jatuh.

Itu bukan satu-satunya masalah yang dialami Beyonce dengan kostum.

Salah satu boot setinggi pahanya juga terlucut semasa dia menari dalam satu lagi persembahan pada malam yang sama.

Tidak lama kemudian boot kaki sebelah juga terlucut.

Walau bagaimanapun, Beyonce kekal menyampaikan persembahan bertenaga tinggi.

Terdahulu, Beyonce mengejutkan para penontonnya dengan membuat persembahan bersama beberapa tetamu jemputan selain ahli kumpulan Destiny’s Child yang merupakan aksi mereka kali pertama selepas lima tahun.

Destiny’s Child dilihat membuat persembahan bersama sebelum ini di Super Bowl pada tahun 2013.



Source link

read more

LG V30 Plus Kini Sudah Boleh Didapati Pada Harga Kurang RM3k – Amanz



RM2999 RM3199 -6%

LG V30 Plus telah ditawarkan di Malaysia secara rasminya sejak minggu lepas, pada harga RM3199. Namun, kini bagi anda yang menyasarkan untuk mendapatkan peranti berkenaan, boleh mendapatkannya dengan diskaun sebanyak RM200, sekaligus menjadikan harga jualannya adalah RM2999.

LG V30+

LG V30 Plus hadir dengan skrin 6-inci P-OLED, cip Snapdragon 835, memori 4GB RAM, dan storan sebanyak 128GB. Ia turut dilengkapi dwi-kamera belakang 16-megapixel + 13-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel, selain sokongan audio yang sangat baik.

Bagi anda yang berhasrat untuk mendapatkan telefon LG ini, mungkin boleh menyemak penawaran ini hari ini.

Beli : LG V30 Plus



Source link

read more

Penduduk Damsyik berang campur tangan negara teluk



DAMSYIK: Serangan udara yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat, Britain dan Perancis terhadap Syria pada hujung minggu lalu meningkatkan ketegangan di antara Syria dan negara-negara teluk lain yang menyokong serangan tersebut.

Arab Saudi menerusi Putera Mahkotanya sebelum ini juga menyatakan kesediaannya untuk mengambil bahagian dalam serangan tersebut.

Sokongan dinyatakan ketika lawatan Putera Mohammed Salman ke Perancis baru-baru ini.

Menerusi satu temu bual yang dijalankan oleh Associated Press terhadap penduduk Damsyik, mereka meluahkan kemarahan dan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin tertinggi Arab tersebut yang juga menganjurkan sidang kemuncak di Riyadh pada hari sama.

Syria tidak mengambil bahagian dalam mana-mana persidangan sidang kemuncak Arab sejak keanggotaannya digantung pada November 2011.

Sejak krisis di Syria bermula pada Mac 2011, negara-negara teluk seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Qatar menjadi penyokong kuat pemberontak dalam percubaan menggulingkan Presiden Bashar al-Assad dari tampuk kepimpinan negara itu.



Source link

read more

Raja Salman sumbang RM582 juta kepada Baitulmuqaddis – Luar Negara


DHAHRAN, Arab Saudi 15 April – Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud mengumumkan sumbangan derma sebanyak AS$150 juta (RM582 juta) untuk tujuan penyelenggaraan peninggalan warisan Islam di Baitulmuqaddis Timur.

“Arab Saudi mengumumkan geran sebanyak AS$150 juta (RM582 juta) untuk membantu pentadbiran hartanah Islam di Baitulmuqaddis.

“Saya menamakan sidang kemuncak ini sebagai Sidang Kemuncak Baitulmuqaddis, supaya seluruh dunia tahu bahawa Palestin dan rakyatnya kekal menjadi keutamaan kami,” ujar Raja Salman ketika pembukaan Sidang Kemuncak Liga Arab Ke-29. – AFP



Source link

read more

Kuantan FA tarik diri? – Bola Sepak


KUALA LUMPUR 15 April – Tindakan Kuantan FA tidak menghadirkan bagi menghadapi PDRM dalam aksi Liga Perdana di Stadium Shah Alam yang sepatutnya berlangsung pada hari mengundang padah apabila pasukan tersebut bakal dikenakan hukuman oleh Malaysia Football League (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

MFL dalam satu kenyataan berkata mereka akan memanjangkan perkara tersebut kepada Lembaga Pengarah untuk membatalkan penyertaan Kuantan FA dalam Liga Perdana dan berdepan hukuman daripada badan induk.

“MFL telah berlaku adil kepada pegawai dan pemain dengan membantu membayar gaji 1 bulan melalui geran pasukan 2018 dengan harapan ianya dapat memberi peluang kepada pengurusan pasukan untuk menyelesaikan masalah ini dan terus mengharungi liga.

“MFL telah menerima banyak jaminan di mana mereka akan menyelesaikan semua masalah mereka dengan penajaan baru yang akan masuk. Namun, ianya tetap gagal dan satu keputusan harus dimuktamadkan.

“Lembaga Pengarah MFL dan juga FAM sudah tentu memandang serius perkara ini dan satu hukuman yang setimpal pasti menyusul, bukan sahaja kepada pasukan, tetapi juga kepada individu-individu yang terlibat dengan memastikan mereka ini tidak terlibat lagi dalam bola sepak tempatan lagi,” kata MFL di sini hari ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan Kuantan FA pernah menyatakan hasrat mereka untuk menarik diri berikutan kegagalan pengurusan kelab itu gagal melangsaikan tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan lebih tiga bulan.

Bagaimanapun, mereka tidak meneruskannya apabila kelab tersebut menerima penaja baharu yang pernah membantu dua kelab Liga FAM iaitu Hanelang dan Terengganu City malah secara lisannya sudah memberikan persetujuan membantu mereka.

Usaha Utusan Malaysia mendapatkan pengendali pasukan, Ismail Zakaria untuk mengetahui punca sebenar mereka tidak menghadirkan diri ke Stadium Shah Alam gagal selepas panggilan telefon tidak dijawab.

Kemenangan 3-0 diberikan kepada PDRM. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

3 terlibat pengeluaran sijil pentauliahan palsu ditahan – Nasional


KUALA LUMPUR 15 April – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu selepas dipercayai terlibat dalam sindiket pengeluaran sijil pentauliahan menggunakan nama beberapa universiti swasta di negara ini.

Menurut sumber, suspek-suspek tersebut didapati telah mengeluarkan sijil palsu Master Degree, Ijazah Sarjana Muda dan diploma tanpa memerlukan seseorang mengikut kursus pembelajaran itu.

Ujarnya, sindiket ini hanya akan mengambil masa selama seminggu untuk menyediakan sijil palsu tersebut menggunakan nama universiti swasta terlibat.

“Difahamkan, sijil pentauliahan palsu itu boleh diperoleh dengan bayaran antara RM2,000 hingga RM16,000.00 bergantung dengan jenis sijil dan universiti swasta,” katanya.

Sumber memberitahu, ketiga-tiga suspek yang berusia 34 dan 30 tahun itu ditahan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur dalam satu operasi yang dilancarkan kira-kira pukul 4 petang ini.

Jelasnya, seorang daripada suspek yang ditahan merupakan warganegara India berusia 30 tahun.

“Mereka yang ditahan merupakan orang tengah yang menguruskan proses pembelian sijil palsu tersebut.

“Pasukan penyiasat kini dalam proses mengenal pasti individu yang bertanggungjawab untuk mencetak sijil pentauliahan palsu itu,” katanya.

Tambah sumber, pihak SPRM juga sedang menyiasat sama ada terdapat penglibatan orang dalam universiti swasta yang bersubahat dengan kegiatan sindiket ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, pihaknya masih mengesan beberapa suspek yang dipercayai turut terlibat dalam kegiatan ini.

“Kesemua suspek dijangka dihadapkan ke Mahkamah Putrajaya esok untuk direman.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009,” katanya.-UTUSAN ONLINE



Source link

read more

PKNP FC tunduk kepada ‘abang’ – Nasional


BATU KAWAN 15 April – Pasukan PKNP FC terpaksa akur kepada kehebatan ‘abang’ mereka apabila tunduk 1-2 kepada Perak dalam saingan Liga Super di Stadium Negeri Pulau Pinang di sini malam ini.

Skuad bimbingan Abu Bakar Fadzim itu diasak beberapa kali pada separuh masa pertama sebelum Perak membuka jaringan pada minit ke-19 hasil sepakan lambung Wander Luiz Junior.

Perak menambah jaringan lima minit kemudian hasil tendangan kencang dari luar petak penalti oleh ketua pasukan Mohamad Nasir Basharudin menewaskan penjaga gol tuan rumah Ahmad Asyraaf Omar.

Bersambung separuh masa kedua, PKNP FC cuba mengasak untuk merapatkan kedudukan sebelum Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi berjaya mencipta jaringan pada minit ke-80.

Permainan agak tegang menjelang minit-minit akhir permainan namun Perak berjaya mengekalkan kedudukan untuk meraih 10 mata bagi mengukuhkan kedudukan dalam liga.-UTUSAN ONLINE



Source link

read more