spadlogo_cropped.transformedMO, 15/4/2018, KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menegaskan tohmahan di media sosial kononnya ‘para pemandu menjadi marah selepas diberitahu Kad Bantuan Teksi 1Malaysia hanya akan diberikan selepas pilihan raya’ adalah dakwaan palsu.

Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis supaya penyebar berita tersebut disiasat pihak berkuasa, jika dakwaan liar itu masih berleluasa.

“Dakwaan itu adalah palsu kerana ribuan pemandu sudah mengambil kad masing-masing selepas kad bantuan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 13 April di Taman Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS), malahan semua kad telah diaktifkan sebaik sahaja diambil pemandu,” katanya.

Mengikut kenyataan itu, pemandu teksi tidak perlu risau kerana SPAD sudah menyediakan 67,000 kad bantuan yang boleh diambil dalam tempoh tiga bulan bermula hari ini hingga 16 Julai depan.

Pemandu teksi boleh mengambil kad bantuan berkenaan dari pejabat-pejabat cawangan SPAD, tertakluk kepada waktu pejabat dan hari-hari kelepasan am setempat.

Menurut kenyataan itu, tarikh dan tempat pengambilan bagi para pemandu teksi di Sabah dan Sarawak pula akan diumumkan dalam masa terdekat oleh pejabat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di negeri berkenaan.

“Semua kad bantuan akan diaktifkan setelah diambil oleh pemandu teksi dan mereka boleh membelanjakan nilai sehingga RM800 untuk pembelian petrol dan NGV di stesen-stesen Petronas di seluruh negara,” kata kenyataan itu.

Maklumat lanjut mengenai Kad Bantuan Teksi 1Malaysia boleh dilayari di laman web www.spad.gov.my/ms/pengusaha-kenderaan/teksi/kad-bantuan-teksi-1malaysia.

INFO :

Pengambilan Kad Bantuan Teksi 1Malaysia di pejabat SPAD bermula Isnin (16 April hingga 16 Julai 2018)

• Pejabat SPAD Kelana Jaya (pada 16-18 April sila hadir di Stadium MBPJ Kelana Jaya bermula 10.00 pagi hingga 5.00 petang)

• Pejabat SPAD Pulau Pinang

• Pejabat SPAD Kuala Terengganu

• Pejabat SPAD Johor Bahru

Pengambilan Kad Bantuan Teksi 1Malaysia di cawangan-cawangan SPAD bermula Selasa (17 April hingga 16 Julai 2018)

• Cawangan SPAD Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan

• Cawangan SPAD Melaka

• Cawangan SPAD UTC Ipoh

• Cawangan SPAD UTC Alor Setar

• Cawangan SPAD UTC Kota Bahru

• Cawangan SPAD Langkawi



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

%d bloggers like this: