KUALA LUMPUR 15 April – Tindakan Kuantan FA tidak menghadirkan bagi menghadapi PDRM dalam aksi Liga Perdana di Stadium Shah Alam yang sepatutnya berlangsung pada hari mengundang padah apabila pasukan tersebut bakal dikenakan hukuman oleh Malaysia Football League (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

MFL dalam satu kenyataan berkata mereka akan memanjangkan perkara tersebut kepada Lembaga Pengarah untuk membatalkan penyertaan Kuantan FA dalam Liga Perdana dan berdepan hukuman daripada badan induk.

“MFL telah berlaku adil kepada pegawai dan pemain dengan membantu membayar gaji 1 bulan melalui geran pasukan 2018 dengan harapan ianya dapat memberi peluang kepada pengurusan pasukan untuk menyelesaikan masalah ini dan terus mengharungi liga.

“MFL telah menerima banyak jaminan di mana mereka akan menyelesaikan semua masalah mereka dengan penajaan baru yang akan masuk. Namun, ianya tetap gagal dan satu keputusan harus dimuktamadkan.

“Lembaga Pengarah MFL dan juga FAM sudah tentu memandang serius perkara ini dan satu hukuman yang setimpal pasti menyusul, bukan sahaja kepada pasukan, tetapi juga kepada individu-individu yang terlibat dengan memastikan mereka ini tidak terlibat lagi dalam bola sepak tempatan lagi,” kata MFL di sini hari ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan Kuantan FA pernah menyatakan hasrat mereka untuk menarik diri berikutan kegagalan pengurusan kelab itu gagal melangsaikan tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan lebih tiga bulan.

Bagaimanapun, mereka tidak meneruskannya apabila kelab tersebut menerima penaja baharu yang pernah membantu dua kelab Liga FAM iaitu Hanelang dan Terengganu City malah secara lisannya sudah memberikan persetujuan membantu mereka.

Usaha Utusan Malaysia mendapatkan pengendali pasukan, Ismail Zakaria untuk mengetahui punca sebenar mereka tidak menghadirkan diri ke Stadium Shah Alam gagal selepas panggilan telefon tidak dijawab.

Kemenangan 3-0 diberikan kepada PDRM. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

%d bloggers like this: