Wanita guna penyamar duduki ujian kemasukan universiti



PENNSYLVANIA: Seorang wanita mengaku bersalah kerana menipu semasa ujian kemasukan kolej di Amerika Syarikat (AS).

Dia merupakan suspek terbaru yang mengaku bersalah selepas AS memulakan siasatan terhadap pelajar antarabangsa yang menggunakan khidmat orang lain yang menyamar untuk memasuki universiti-universiti di negara Uncle Sam itu.

Huang Leyi, penuntut di Universiti Pennsylvania menggunakan visa pelajar, mengaku bersalah di mahkamah persekutuan di Boston kerana bersubahat untuk menipu AS, menurut rekod mahkamah.

Pendakwa berkata Huang pada Mac 2016 menggunakan seorang pengambil ujian berbayar untuk menduduki ujian di tempatnya untuk mengambil TOEFL, ujian bahasa Inggeris bagi menilai kemasukan pelajar asing, selepas gagal meraih markah minimum untuk memasuki universiti itu.

Menurut dokumen mahkamah, Huang mengaku kepada pihak berkuasa bahawa dia membayar AS$3,000 (RM11,643) untuk orang lain menduduki ujian TOEFL buatnya, yang mengikuti arahan orang tengah, mengirimkan pasport China ke alamat di Massachusetts.

Pasport tersebut digunakan oleh Wang Yue, seorang pelajar China di Sekolah Perniagaan Antarabangsa Hult di Cambridge, yang menurut pendakwa raya menduduki ujian untuk Huang dan untuk sekurang-kurangnya dua lagi wanita China yang ingin memasuki universiti-universiti di AS.

Ramai pelajar China memasuki kolej dan universiti-universiti AS kerana tertarik dengan status pendidikan Amerika yang berprestij dan peluang pekerjaan yang lebih baik.

Jumlah pelajar China yang menuntut di AS pada tahun akademik 2016-2017 meningkat sebanyak 6.8 peratus kepada sekitar 350,750, menurut Institut Pendidikan Antarabangsa pada November lalu.



Source link

read more

AS sedia serang sekali lagi


AS sedia serang sekali lagi

AS dan tentera sekutu Britain serta Perancis melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Syria, 14 April, 2018. – Foto Syriacare

WASHINGTON : Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberi amaran kepada kerajaan Presiden Bashar al-Assad bahawa negaranya bersedia untuk menyerang sekali lagi sekiranya Syria melancarkan serangan senjata kimia baharu.

Amaran tersebut dikeluarkan selepas operasi ketenteraan membabitkan AS, Britain dan Perancis melancarkan serangan peluru berpandu yang mendakwa berjaya mengenai tiga sasaran iaitu pusat penyelidikan saintifik, kemudahan simpanan serta pusat pemerintahan tentera dekat Damsyik dan simpanan senjata kimia di Homs.

BACA: AS guna berita palsu untuk serang Syria, Trump umpama Hitler – Rusia

BACA: AS dan sekutu desak siasatan senjata kimia Syria

BACA: 500 penduduk Douma ada simptom terkena serangan senjata kimia toksik – WHO

BACA: Puluhan dikhuatiri maut dalam serangan gas kimia di Syria

Bedilan dilancarkan dengan alasan membalas serangan menggunakan gas klorin di bandar Douma yang meragut sekurang-kurangnya 60 nyawa minggu lalu.

Rejim Syria bagaimanapun menafikan pembabitan dalam insiden terbabit dan mengatakan ia sengaja direka puak pemberontak.



Source link

read more

Melayu terpinggir di bawah gabungan pembangkang PKR – Politik


KUALA LUMPUR 14 April – Jika dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dahulu wujud ‘tsunami Cina’, keadaan di mana orang Cina beralih sokongan dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat, untuk PRU-14 ini pula digembar-gemburkan akan muncul pula ‘tsunami Melayu’.



AZLAN ABU BAKAR

AZLAN ABU BAKAR

Hanya waktu yang akan menentukan sama ada ‘tsunami Melayu’ benar-benar akan melanda atau tidak. Namun harus diingat, pengundi Melayu perlu berhati-hati memilih parti yang ingin diangkat kali ini, seperti kata pepatah, diindang ditampi teras, dipilih antah satu-satu.

Hal ini kerana keputusan PRU-14 kali ini akan menentukan untung nasib orang Melayu dalam negara ini kelak.

Mengulas perkara tersebut, Ketua Perwira Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azlan Abu Bakar berkata, orang Melayu perlu membuat pilihan berpandukan fikiran yang rasional.

Menurut beliau, hal ini kerana gabungan pembangkang PKR akan sedaya-upaya cuba menggambarkan bahawa kemenangan mereka akan  menguntungkan orang Melayu, sedangkan ia sebenarnya merugikan.

“Kita ambil iktibar di Selangor. Walaupun Menteri Besarnya orang Melayu, tetapi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada DAP lebih berkuasa.

“Buktinya,  sepanjang DUN Selangor bersidang, tiada usul yang menampakkan usaha mereka untuk menjunjung tinggi martabat agama Islam dan juga orang Melayu yang dibincangkan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, usaha gabungan berkenaan untuk mengangkat seorang bekas Perdana Menteri merupakan percubaan untuk mengaburi dominasi sebenar DAP dalam gabungan tersebut.

“Percayalah, dalam gabungan tersebut, DAP lebih maju selangkah daripada parti lain dengan agendanya yang tersendiri,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Keunikan warisan, budaya orang asli tarik 5,000 pengunjung – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 14 April – Sebanyak 5,000 pengunjung hadir menyaksikan Program Semarak Muzium di Muzium Negara di sini.

Ketua Muzium Seni Kraf Orang Asli, Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Asmawi Mohd. Yunus berkata, pameran selama dua hari yang bermula hari ini memaparkan keunikan budaya, hasil kraftangan dan aktiviti masyarakat Orang Asli.

“Program ini bertujuan memberi pendedahan dan penyebaran maklumat kepada masyarakat di negara ini termasuk pelancong luar mengenai keunikan cara hidup Orang Asli dan warisan keseniannya.

“Kami menerima sambutan dan maklum balas yang baik daripada pengunjung dan jumlah kunjungan pada hari pertama sudah mencapai sasaran,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada program yang bermula pada pukul 10 pagi hingga 5 petang itu, pelbagai aktiviti dipamerkan antaranya persembahan kebudayaan, penghasilan dan jualan kraftangan, demonstrasi makanan tradisional dan aktiviti menyumpit. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more