Dua maut lima cedera dalam kejadian tembakan rambang di Quetta



QUETTA: Dua maut manakala lima cedera di barat daya Quetta, Pakistan apabila dua lelaki bersenjata melepaskan tembakan secara rambang berdekatan sebuah gereja.

Mereka menyasarkan kumpulan jemaah yang baru selesai beribadah di gereja di kejiranan Eisa Nagri di ibu kota wilayah Baluchistan.

Menurut kenyataan seorang pegawai polis, Javed Ahmed, seorang kanak-kanak perempuan antara yang tercedera dalam insiden tembakan tersebut manakala dua lagi mangsa berada dalam keadaan kritikal di hospital.

Pihak polis masih memburu kedua-dua suspek di sekitar kawasan kejadian dan setakat ini masih belum ada pihak yang tampil bertanggungjawab melancarkan serangan terbabit.

Susulan kejadian, orang awam berkumpul menganjurkan protes terhadap kerajaan Baluchistan.

Baluchistan merupakan kawasan pemberontakan peringkat rendah oleh kumpulan pemisah Baluch dan menjadi lokasi beberapa kumpulan pengganas.



Source link

read more

Bashar kutuk serangan Barat ke atas Syria – Luar Negara


MOSCOW 15 April – Presiden Syria, Bashar al-Assad memberitahu penggubal dasar Rusia bahawa serangan peluru berpandu dilancarkan oleh negara Barat terhadap negaranya adalah satu tindakan pencerobohan.

Bashar dilaporkan mengadakan pertemuan dengan penggubal dasar Rusia selepas Amerika Syarikat (AS), Perancis dan Britain melancarkan serangan berkenaan.

“Dari sudut pandangan Bashar, ia adalah pencerobohan dan kami bersetuju dengan pendapatnya,” lapor agensi berita Rusia, TASS memetik penggubal dasar, Sergei Zheleznyak sebagai berkata selepas pertemuan tersebut.

Tambah laporan terbabit, Rusia dikatakan pertimbangkan mahu membekalkan sistem peluru berpandu S-300 kepada Syria, namun perkara itu tidak dibincangkan dalam pertemuan dengan Bashar. – REUTERS



Source link

read more

Ribuan rakyat Catalonia berhimpun – Luar Negara


BARCELONA 15 April – Beribu-ribu orang berhimpun bagi menyatakan bantahan susulan penahanan sembilan pemimpin pemisah Catalonia yang didakwa atas tuduhan pemberontakan.

Sebahagian besar dari mereka melaungkan kata-kata seperti ‘Pembebasan untuk tahanan politik’ ketika berarak di Parallel Avenue, sambil memakai selendang, baju sejuk atau jaket berwarna kuning.

Bantahan itu telah dirancang sejak Mac lalu untuk ‘mempertahankan institusi Catalonia’ dan ‘hak kebebasan asas’ rakyatnya.

Bantahan itu dibuat 10 hari selepas mahkamah Jerman menolak permohonan ekstradisi pemimpin pemisah Catalonia, Carles Puigdemont atas alasan pemberontakan dan membebaskannya dengan ikat jamin. – AFP



Source link

read more

Israel bebas 207 pendatang asing Afrika – Luar Negara


BAITULMUQADDIS 15 April – Israel akan membebaskan kira-kira 207 orang pendatang asing dari Afrika yang ditahan kerana memasuki negara itu secara haram sejak berdekad lalu.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, kerajaan Israel sedang cuba memeterai perjanjian dengan beberapa negara berhubung penghantaran semula pendatang asing dari Sudan dan Eritrea.

Jumaat lalu, Uganda mengesahkan mereka mengadakan perbincangan untuk menerima kira-kira 500 pendatang asing Afrika dari Israel.

Setakat ini, kira-kira 42,000 pendatang asing Afrika berada di Israel. – REUTERS



Source link

read more

Dr. Mahathir umpama Alfonso De Albuquerque – Politik


KUALA LUMPUR 15 April – Tindakan Pengerusi PPBM yang dibubarkan sementara, Tun Dr. Mahathir Mohamad memilih untuk bertanding di Parlimen Langkawi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hanyalah semata-mata mahu ‘menjaga’ kroninya di pulau peranginan tersebut, bukan untuk memperjuangkan nasib rakyat.

Keputusan Dr. Mahathir itu tidak ubah seperti Panglima Portugis, Alfonso De Albuquerque yang menjajah Melaka pada tahun 1511 dengan tujuan hakiki bagi mengaut segala kekayaan hasil bumi Melaka pada masa tersebut.

Perkara ini diakui sendiri oleh bekas pengasas PPBM, Anina Saadudin yang mempersoalkan motif sebenar calon Perdana Menteri sementara gabungan pembangkang PKR itu sedangkan sebelum ini tidak pernah menghiraukan langsung kebajikan rakyat Langkawi.

Jelas beliau, Dr. Mahathir juga disifatkan sebagai ‘perompak’ yang menggunakan kekuasaan semasa menjadi Perdana Menteri dengan membangunkan dan memajukan Langkawi sebagai destinasi pelancongan hanya untuk ‘diserahkan’ tanah kepada kroni untuk membina banyak hotel bertaraf lima bintang.

“Dr. Mahathir cuba menakluk Langkawi dengan menggunakan orang-orang kecewa dalam UMNO serta saki-baki ahli PKR dan PAN yang terpedaya dengan ‘perompak’ dari tanah seberang ini.

“Ahli PPBM Langkawi tidak sampai 1,000 orang malah parti itu juga tidak mempunyai pejabat di sana. ‘Perompak’ ini tidak memerlukan pejabat, (beliau) cuma datang berceramah dan memfitnah pemimpin serta menipu rakyat dengan niat untuk menjadi penjajah pulau tersebut,” katanya dalam catatan Facebook miliknya hari ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan Dr. Mahathir akan bertanding di Parlimen Langkawi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dalam satu majlis yang diadakan di Padang Mat Sirat, Langkawi malam ini.

Tambah Anina, sebahagian besar kawasan pantai indah di Langkawi telah ‘dirompak’ oleh Dr. Mahathir dengan membina hotel-hotel lima bintang tanpa menghiraukan kepentingan anak jati Langkawi.

“Bayangkan bagaimana pulau dengan keluasan 47,848 hektar dengan 25 kilometer panjang utara ke selatan dan lebih kurang 30 kilometer timur ke barat, hanya memperuntukkan satu kilometer pantai untuk anak tempatan beriadah disebabkan pembinaan hotel bertaraf lima bintang untuk kroni-kroninya,” ujar beliau. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

AS bakal kenakan sekatan baharu terhadap Rusia – Luar Negara


WASHINGTON 15 April – Amerika Syarikat (AS) bersedia mengenakan sekatan baharu kepada Rusia susulan sokongan berterusan Moscow terhadap Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Menurut Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley, sekatan itu akan diumumkan esok oleh Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin.

“Sekatan itu merangkumi segala jenis syarikat yang berurusan dengan Bashar berkaitan peralatan dan penggunaan senjata kimia,” ujar Haley. – REUTERS



Source link

read more

Dr. M calon paling tua tanding Parlimen Langkawi – Politik


LANGKAWI 15 April – Tun Dr. Mahathir Mohamad mungkin akan tersenarai sebagai calon paling tua dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) apabila diumumkan bertanding kerusi Parlimen Langkawi malam ini.

Pengumuman pencalonan ahli politik berusia 93 tahun itu dilakukan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam satu ceramah gabungan pembangkang PKR di Bulatan Lapangan Terbang Padang Mat Sirat di sini.

Terdahulu, Dr. Mahathir mengumumkan calon PPBM yang bakal bertanding di 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan enam kerusi Parlimen termasuk Langkawi.

Pencalonan Dr. Mahathir sememangnya sudah dijangkakan bagi membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri sementara jika gabungan pembangkang PKR memenangi PRU-14.

Selain itu, pencalonan Dr. Mahathir di Langkawi turut mencetuskan persoalan bagaimana bekas Perdana Menteri itu mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk pulau bebas cukai berkenaan berikutan faktor usia.

Untuk rekod, calon paling tua pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini ialah Maimun Yusof atau lebih mesra dipanggil Tok Mun, berusia 94 tahun ketika itu yang bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Kuala Terengganu.

Sementara itu, bekas TImbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut diumumkan sebagai calon di kerusi Parlimen Jerlun dan DUN Jitra.

Selain Mukhriz, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit yang keluar daripada Pas, Datuk Ir Amiruddin Hamzah diumumkan kekal di kerusi sama dan Parlimen Kubang Pasu.

Nama lain yang dicalonkan bagi kerusi Parlimen adalah Wan Saiful Wan Jan di Parlimen Pendang; Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi (Jerai) dan Mohd. Taufik Yaacob (Baling). – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Afnan Hamimi calon Pas Parlimen Permatang Pauh – Politik


KEPALA BATAS 15 April – Setiausaha Dewan Pemuda Pas Pusat yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Afnan Hamimi Taib Azamudden diumumkan sebagai calon Pas untuk kerusi Parlimen Permatang Pauh.



Afnan Hamimi Taib Azamudden

Afnan Hamimi Taib Azamudden

Pengumuman itu dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ceramah di ambang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang diadakan serentak bersama pelancaran Gagasan Sejahtera peringkat negeri di sini, malam ini.

Menurut Abdul Hadi, beliau yakin Afnan Hamimi mampu mengembalikan nostalgia kejayaan Pas menawan Parlimen itu menerusi calon mereka, Allahyarham Zabidi Ali pada 1978.

“Kita juga yakin beliau (Afnan Hamimi) akan mendapat sokongan daripada pengundi Permatang Pauh,” katanya kepada pemberita di sini.

Yang hadir sama, Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Fauzi Yusoff; Ketua Setiausaha Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) yang Pengerusi DHPP negeri, P. Asokan dan Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan.

Difahamkan, Pas negeri akan mengumumkan calon penuh mereka Khamis ini di lokasi yang sama serentak dengan negeri-negeri lain. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

City juara Liga Perdana Inggeris – Bola Sepak


MANCHESTER 16 April – Manchester City dinobat sebagai juara Liga Perdana Inggeris ketika saingan masih berbaki lima perlawanan selepas pencabar terdekat mereka, Manchester Utied kalah 0-1 kepada West Brom sebentar tadi.

Kekalahan mengejut United di Old Trafford itu bermakna City sudah tidak boleh dikejar dengan menerajui liga dengan 16 mata sedangkan baki saingan hanya menawarkan 15 mata untuk dikutip.

United mempunyai baki lima perlawanan dan jika skuad bimbingan Jose Mourinho itu mengutip mata maksimum daripada kesemua aksi tersebut masih belum mencukupi untuk mengatasi City yang berkelebihan 16 mata di puncak liga dengan mengumpul 87 mata.

Itu bermakna skuad kendalian Pep Guardiola berjaya merangkul kejuaraan EPL buat kali kelima selepas kali terakhir melakukannya empat tahun lalu.

Kali pertama The Citizens menjuarai EPL pada 1937 sebelum mengulangi kejayaan mereka pada 1968 dan 2012.

Dalam perlawanan tersebut, West Brom terpaksa menanti hingga minit ke-73 untuk menembusi gawang tuan rumah menerusi tandukan Jay Rodriguez. – AGENSI



Source link

read more

Asus Mengesahkan Mereka Bakal Hadir Dengan Telefon Pintar Memfokuskan Permainan Video – Amanz


Asus sebelum ini sedia hadir dengan penawaran keluarga ROG yang memfokuskan komputer riba dan peralatan dalam arena permainan video dan multimedia. Kini, dengan populariti permainan video mudah-alih (permua), Asus kini turut mengesahkan mereka bakal hadir dengan telefon pintar memfokuskan permainan video.

Namun, Asus tidak memberikan sebarang latar-masa pengenalan untuk telefon pintar berkenaan. Ia juga masih menjadi tanda tanya sama ada ia akan mengekalkan penjenamaan Zenfone, atau akan ditawarkan dibawah penjenamaan ROG.

Buat masa ini, antara syarikat yang menawarkan peranti memfokuskan permua ini adalah termasuk Razer dengan Razer Phone, dan terkini adalah Xiaomi melalui Black Shark. Dengan populariti permua yang semakin popular dari hari ke hari, apatah lagi dengan arena e-sukan yang turut meliputi permua, tidak mustahil kita melihat penawaran peranti memfokuskan permua daripada pelbagai pengeluar dalam bulan-bulan akan datang.



Source link

read more