Tunggulah Pengerusi BN umumkan secara rasmi


JOHOR BAHRU 15 APRIL 2018. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berucap pada majlis perasmian pecah tanah RMMJ Bandar Seri Alam di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang. NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

MO, 16/4/2018, JOHOR BAHRU: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan patuh dengan arahan parti sekiranya beliau bertanding di kerusi Parlimen dan pada masa juga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagaimanpaun, beliau berkata, biarlah semua pihak menunggu Pengerusi Barisan Nasional (BN) membuat pengumuman secara rasmi calon yang bertanding di Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Mohamed Khaled yang juga Pengerusi BN negeri berkata demikian ketika ditanya mengenai spekulasi beliau akan bertanding untuk kerusi Parlimen Pasir Gudang dan DUN Permas.

“Saya ingat kita tunggu pengumuman dibuat sebab selagi pengumuman tak dibuat, ia terus jadi spekulasi.

“Sekarang nak pilihan raya macam-macam spekulasi ada. Jadi, kita tunggu pengumuman Perdana Menteri, mungkin minggu hadapan umum calon, tarikh sebenar saya tidak tahu.

“Saya akan patuh pada arahan parti,” katanya pada sidang media selepas majlis pecah tanah Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) Bandar Seri Alam, di sini, semalam.

Kelmarin ada yang melaporkan desas-desus kuat di peringkat akar umbi mengenai kedudukan Mohamed Khaled yang dikatakan bakal bertanding di kerusi Parlimen Pasir Gudang, pada masa sama mempertahankan kerusi DUN Permas pada PRU-14 ini.

Menurut sumber, spekulasi Mohamed Khaled turut bertanding di kerusi Parlimen Pasir Gudang timbul berikutan kredibilitinya sentiasa dipandang tinggi penduduk kawasan itu.

Pada PRU-13, Datuk Normala Abdul Samad, memenangi kerusi Parlimen Pasir Gudang dengan majoriti 935 undi menewaskan lawannya iaitu calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Ahmad Faidhi Saidi.



Source link

read more

PPBM Terengganu umum calon belum lengkap – Politik


HULU TERENGGANU 15 April -PPBM yang dibubarkan sementara, malam ini mengumumkan senarai calonnya yang akan bertanding di negeri ini.

Entah mengapa dibuat lebih awal sedangkan sebelum ini dikatakan hanya akan diumumkan serentak dengan calon parti-parti lain oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika ketua gabungan pembangkang PKR itu bersama para pemimpin utama dijadual berada di negeri ini pada 26 April ini.

Apatah lagi, ketika bekas Pengerusi PPBM Terengganu, Datuk Razali Idris mengumum dan memperkenalkan calon, masih ada dua daripada 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diperuntukkan untuk parti itu belum dapat diputuskan nama calonnya dan masih dicari.

PPBM mempertaruhkan hampir kesemua calon bukan berlatar belakangkan politik untuk bertanding di kerusi DUN dan tiga kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Kecuali calon bagi kerusi Parlimen Hulu Terengganu yang meletakkan Razali yang sebelum ini merupakan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Marang.

Razali, 51, pernah bertanding atas tiket UMNO melawan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi kerusi DUN Rhu Rendang pada PRU-12 tahun 2008 namun tewas.

Calon lain PPBM yang diketengahkan bagi kerusi DUN ialah Che Ku Hashim Che Ku Mat (Kuala Besut), Ismail Abdul Kadir (Hulu Besut), Wan Hafizie Suzlie Wan Hassan (Tepuh), Datuk Zulkifli Mohamad (Ladang).

Aidi Ahmad (Pengkalan Berangan), Zamani Mamat (Ajil), Mohamad Arif Arifin (Bukit Besi) dan Datuk Wan Marzuki Wan Sembok (Kijal).

Dua lagi calon Parlimen ialah Datuk Ir. Wan Nazari Wan Jusoh (Besut) dan Datuk Dr. Mohd. Faudzi Musa (Setiu).

Namun kerusi DUN iaitu Langkap dan Batu Rakit masih belum dapat diisi calonnya.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Razali berkata, kecuali beliau, kesemua calon yang diketengahkan bagi menghadapi PRU-14 adalah kalangan muka baharu dan tiada pengalaman dalam dunia politik.

Katanya, mereka terdiri dalam kalangan profesional termasuk jurutera, doktor, ahli perniagaan selain bekas pegawai tadbir negeri.

“Kita pilih calon yang boleh menang dengan tidak hanya tertumpu kepada generasi muda atau tua semata dan kita yakin boleh menang di kerusi yang dipertandingkan,” katanya.

Ditanya mengenai dua lagi kerusi DUN yang belum dapat diisi, beliau berkata, pihaknya masih meneliti calon yang paling layak bagi mengisi kekosongan itu dan soal itu dijangka selesai dalam sehari dua ini.

Pemilihan dilihat hanya atas tiket profesional tanpa mengambil kira ketokohan dan pengaruh hubungan setempat, apatah lagi sebilangannya bukan anak tempatan dan mengundi di kawasan lain sebelum ini.

Ramai yang dikatakan tidak mempunyai sentuhan dengan masyarakat setempat, dan berasaskan penentuan kerusi bagi PPBM di kawasan kubu kuat UMNO, ada kalangan daripada kira-kira lebih 30 orang yang turut hadhir di ibu pejabat PPBM itu bercerita tentang ‘balik awal’. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Polis siasat pelajar sekolah dipukul – Nasional


KUALA LUMPUR 16 April – Polis mengesahkan pihaknya menerima maklumat berhubung video pelajar dipukul semasa menyambut harijadi di sebuah sekolah di Shah Alam dekat sini yang tular dalam laman sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku pada Februari lalu dan pihak sekolah telah mengenal pasti semua pelajar terlibat dalam satu siasatan terperinci.

“Setakat ini tiada laporan polis diterima daripada mana-mana pihak berhubung insiden itu dan pihak polis telah berhubung dengan pihak sekolah terbabit serta akan bekerjasama dalam menangani isu ini.

“Justeru, sementara siasatan lanjut dijalankan, pihak polis menyeru kerjasama orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rakaman video berdurasi 30 saat itu menunjukkan seorang pelajar dibelasah beramai-ramai ketika menyambut harijadinya tular dalam media sosial.

Selain dibelasah, remaja tersebut turut dipukul dengan batang penyapu. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

PAS tanding 9 kawasan di Wilayah Persekutuan


WhatsApp_Image_2018-04-14_at_10.24.42_PM.jpeg.transformedMO, 15/4/2018, PUTRAJAYA: PAS Wilayah Persekutuan bersama Gagasan Sejahtera bakal menampilkan calon wanita di salah satu daripada sembilan kerusi yang akan ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad, berkata nama calon dan kawasan Parlimen yang bakal ditandingi calon wanita itu akan diumumkan Khamis ini.

Sembilan kawasan yang akan ditandingi ialah Batu, Wangsa Maju, Setiawangsa, Titiwangsa, Bandar Tun Razak, Lembah Pantai, Segambut, Putrajaya dan Labuan.

“Senarai nama semua calon sudah dimuktamadkan dan akan diumumkan pada 19 April ini,” katanya pada Majlis Pelancaran Manifesto PAS Wilayah Persekutuan PRU-14 di sini, malam tadi.

Wilayah Persekutuan mempunyai 13 kawasan Parlimen. Empat lagi kawasan Parlimen ialah Kepong, Cheras, Seputeh dan Bukit Bintang.

Mengenai khabar angin mengaitkan beliau bakal bertanding di Putrajaya, Mohamad Noor tidak menolak kemungkinan berkenaan.

“Boleh jadi, kita tunggu 19 April ini,” katanya.

Pada PRU-13, PAS mempertaruhkan calonnya di tiga kerusi Parlimen iaitu Putrajaya, Labuan dan Titiwangsa, namun tewas semua kerusi ditandingi itu kepada calon Barisan Nasional (BN).



Source link

read more

Nokia X Dijangka Dilancarkan Di China Pada 27 April – Amanz


HMD Global telah mula mempopularkan kembali jenama Nokia sejak setahun dua ini melalui pelbagai penawaran peranti menarik dan yang mengembalikan nostalgia ramai pengguna. Kini, selain penawaran yang telah diumumkan pada MWC 2018 lepas, HMD Global turut dalam persiapan untuk memperkenalkan sebuah peranti baru dinamakan Nokia X.

Untuk makluman, jenama Nokia X pernah digunakan pada 2014 yang lepas oleh “Nokia lama” untuk penawaran telefon pintar Android mereka. Ketika itu, jenama Nokia hanya memfokuskan kepada penawaran peranti Windows Phone sahaja, dan pengenalan Nokia X memecah tradisi berkenaan.

Nokia X

Ia tidak diketahui apakah perancangan HMD Global dengan Nokia X. Adakah ia akan menandakan penggunaan angka sepuluh seumpama iPhone, ataupun mungkinkah ia merupakan sebuah peranti dengan pelbagai teknologi terkini, ataupun sebaliknya.

Beberapa gambar acah dilihat telah mula kelihatan di China, termasuk penyertaan tarikh 27 April. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan penghujung bulan ini untuk melihat apakah kejutan yang disediakan oleh HMD Global untuk para peminat Nokia.



Source link

read more

Pemuda BN kena yakin dengan kerajaan – TPM


KUALA LUMPUR 14 APRIL 2018.. Timbalan Perdanan Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidimenyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Expo Pemuda 2018 di Dewan Tun Razak 1, PWTC . NSTP/ MOHD YUSNI ARIFFIN

MO, 15/4/2018, KUALA LUMPUR: Masa depan pemuda dari pelbagai parti komponen Barisan Nasional (BN) akan terus diperjuangkan termasuk diberikan tempat dalam kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kali ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kumpulan itu hanya perlu yakin terhadap keputusan pucuk pimpinan parti untuk menentukan calon diketengahkan pada PRU-14.

Katanya, beliau yakin Pemuda BN harus diberi peluang membuktikan kemampuan mereka walaupun mungkin rating mereka secara relatifnya tidak setinggi berbanding orang lain.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lahir daripada kilang Pemuda, begitu juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, malah saya sendiri juga daripada Pemuda…jadi yakinlah kepada kami bertiga.

“Walaupun kami tidak perlu didesak, tetapi kami tahu apakah kehendak Pemuda untuk tonjolkan tokoh di persada tinggi terutama pada 28 April (hari penamaan calon) dan pada 9 Mei ini (pengundian),” katanya berucap pada majlis perasmian Ekspo Pemuda BN 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Pemuda BN merangkap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Naibnya yang juga Pengerusi Penganjur Ekspo, Pemuda BN, Khairul Azwan Harun.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO turut meminta Pemuda yang tidak diberikan peluang pada PRU-14 kali ini supaya tidak menunjukkan rasa kecewa yang terlalu mendalam.

“Saya minta jika kita tidak mendapat peluang kali ini, jangan ada rasa kekecewaan yang mendalam. Saya mahu semua jentera Pemuda BN seluruh negara terus bangkit, bangun dan bekerja untuk memperlihatkan bahawa Pemuda BN di semua peringkat tetap menggerakkan panji BN,” katanya.

Sementara itu, Khairul dalam ucapannya berkata, ekspo kerjaya kali ke 38 sejak 2011 itu memberi peluang belia mencari pekerjaan yang memenuhi kehendak pasaran.

Beliau berkata, Ekspo Pemuda 2018 memfokuskan empat perkara iaitu pameran kerjaya, rumah mampu milik, latihan kemahiran dan dana keusahawanan.



Source link

read more

Dasar kerajaan letak Malaysia di landasan betul – PM


KUALA LUMPUR – Pelaksanaan dasar-dasar kerajaan yang tepat kini meletakkan Malaysia di landasan yang betul menuju ke arah status negara maju berpendapatan tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya ini terbukti dengan langkah Bank Dunia yang telah meningkatkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara bagi tahun 2018 kepada 5.4 peratus daripada 5.2 peratus sebelum ini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pada tahun 2017, Bank Dunia menyemak naik KDNK negara sebanyak tiga kali.

“Dalam masa satu tahun tiga bulan, Bank Dunia telah menyemak naik (kadar pertumbuhan) sebanyak empat kali.

“Ini membuktikan kita berada di atas landasan dasar-dasar yang tepat,” katanya pada majlis minum petang bersama Anak-Anak Pahang di Lembah Klang di sini semalam.

Najib berkata Bank Dunia turut meramalkan Malaysia dapat tergolong dalam kategori negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2022.

Dalam itu, perdana menteri berkata pelaksanaan projek berimpak tinggi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) jelas akan membawa nafas baharu kepada pembangunan di negeri Pahang dan memanfaatkan rakyat negeri itu.

Katanya landasan ECRL yang merentasi terowong bawah tanah sepanjang hampir 20 kilometer dari Genting ke Bentong juga bakal merupakan terowong bawah tanah kereta api yang terpanjang di Asia Tenggara.

Katanya bagi merancakkan pertumbuhan setempat di negeri Pahang, pelbagai projek berpaksikan rakyat juga dilaksanakan termasuk pembinaan ‘central spine road ‘, loji-loji air, Taman Automotif Pekan, Taman Teknologi Pahang dan Taman Perindustrian Malaysia-China di Kuantan.

“Semua ini bertujuan mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak,” katanya.

Perdana menteri berkata projek-projek ini akan mewujudkan lebih 64,000 peluang pekerjaan baharu kepada anak-anak tempatan dan hampir 277,000 isi rumah akan mendapat faedah daripada pelaksanaannya.

Justeru, kata Najib, demi memastikan masa depan negeri itu terus terjamin, beliau turut menyarankan supaya anak-anak Pahang memilih pihak yang boleh menjanjikan masa depan yang jauh lebih baik.

Perjumpaan yang dihadiri kira-kira 1,500 orang anak watan Pahang menetap di sini itu dianjurkan Gabungan Anak Daerah-Daerah Pahang di Lembah Klang.-BERNAMA



Source link

read more

Pengundi Selangor diminta semak tempat mengundi


15unsid.transformedMO, 15/4/2018, SHAH ALAM: Pengundi di Selangor yang bakal mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di negeri ini, dinasihatkan agar membuat semakan tempat mengundi lebih awal.

Timbalan Pengarah Pejabat Pilihan Raya Negeri Selangor, Kamarul Azman Ahmad Sabri berkata, pengundi boleh membuat semakan bermula esok (16 April), di Pejabat Pilihanraya Negeri (PPN) di Kompleks PKNS di sini.

“Kepada pengundi yang sudah daftar dan layak mengundi pada PRU-14 akan datang, saya harap dapat buat semakan awal terutamanya pengundi yang terbabit dengan Persempadanan Semula yang ada perubahan nama kawasan Parlimen dan DUN.

“Takut nanti kita masih menganggap kita mengundi Parlimen atau DUN dengan nama lama, sedangkan nama Parlimen dan DUN sudah berubah walaupun Pusat Mengundi tidak berubah.

“Semak awal sebaik-baiknya dan elak lakukan semakan di saat akhir, nanti tercari-cari di mana hendak mengundi. Kalau semak awal sekurang-kurangnya kita boleh merancang perjalanan dan masa ke tempat mengundi,” katanya kepada NSTP.

Kamarul Azman berkata, semua pengundi yang datang membuat semakan juga dinasihatkan agar berhemah supaya proses semakan berjalan lancar.

Pada 28 Mac lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan sebanyak 12 kerusi Parlimen dan 28 DUN di seluruh negara terbabit dalam Persempadanan Semula dan dipinda kepada nama baharu.

Bagi Selangor, sebanyak lima kerusi Parlimen dan sembilan kerusi DUN yang dipinda kepada nama baharu.

Lima kerusi terbabit, P102 Bangi (dahulu Serdang), P104 Subang (dahulu Kelana Jaya), P105 Petaling Jaya (dahulu Petaling Jaya Selatan), P106 Damansara (dahulu Petaling Jaya Utara) dan P107 Sungai Buloh (dahulu Subang).

Sementara itu, bagi kerusi DUN pula, N16 Sungai Tua (dahulu Batu Caves), N21 Pandan Indah (dahulu Cempaka), N26 Sungai Ramal (dahulu Bangi), N36 Bandar Utama (dahulu Damansara Utama), N45 Bandar Baru Klang (dahulu Sungai Pinang), N48 Sentosa (dahulu Kota Alam Shah), N49 Sungai Kandis (dahulu Seri Andalas), N50 Kota Kemuning (dahulu Sri Muda) dan N52 Banting (dahulu Teluk Datuk).



Source link

read more

Pembahagian kerusi komponen BN diputuskan menerusi rundingan


BENTONG – Pembahagian kerusi dalam kalangan komponen Barisan Nasional (BN) diputuskan menerusi rundingan atas semangat setiakawan, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata oleh itu soal parti komponen BN yang mana akan dipilih bertanding di Parlimen Wangsa Maju dan Bandar Tun Razak pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bukan satu isu dan tidak perlu dibincangkan secara terbuka terutamanya di media.

“Perkara ini dibincang atas semangat dan setiakawan dalam BN di peringkat pimpinan atasan. Sebab itu, saya sendiri selaku presiden MCA tidak akan memberi komen secara terbuka,” katanya ketika diminta mengulas perkara itu selepas merasmikan Fiesta NBOS Mesra Rakyat di Sekolah Menengah Agama Persekutuan di sini, hari ini.

Isu itu tercetus apabila ada laporan menyebut MCA mahu kembali bertanding di kerusi Parlimen Wangsa Maju selepas ia dipinjamkan kepada UMNO pada PRU13, manakala UMNO dikatakan akan meletakkan calonnya di Parlimen Bandar Tun Razak yang sememangnya kerusi tradisi MCA sekian lama.

Semalam, Liow dilaporkan berkata keputusan parti komponen BN mana akan bertanding di Parlimen Wangsa Maju dan Bandar Tun Razak hanya akan dimuktamadkan sehari sebelum hari penamaan calon.- BERNAMA



Source link

read more

Khairy mahu terus mewakili penduduk Rembau


REMBAU – Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berhasrat untuk terus mewakili penduduk Rembau bagi tempoh lima tahun lagi.

Beliau yang menjadi anggota Parlimen Rembau sejak 2008 berkata masih banyak lagi pembangunan yang ingin dibawa ke kawasan itu.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ada minta saya untuk tengok-tengok kawasan lain tapi saya minta untuk kekal di sini.”

“(Apapun) saya orang parti, jadi apa saja keputusan beliau, saya akan terima,” katanya kepada media selepas Program Pemimpin bersama Rakyat dan Penyerahan Kunci Rumah kepada mangsa kebakaran bagi rumah yang telah dibaik pulih di Rumah Rakyat Pedas, dekat sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Modal Insan, Belia dan Sukan Negeri yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Rembau Datuk Zaifulbahri Idris.

Khairy yakin akan terus menang di kawasan itu sekiranya dipilih untuk mewakili Barisan Nasional.

“Saya yakin dapat pertahankan kawasan ini bersandarkan kepada sokongan yang diterima sejak dari pilihan raya umum 2008 dan terus meningkat pada 2013.”

“Mungkin akan ada tekanan dari segi isu-isu semasa dan sebagainya tetapi di sini kita amalkan pendekatan Rembau untuk Rembau,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan telah memperuntukkan RM200,000 untuk membaiki enam rumah yang terbakar dalam kejadian pada Ogos tahun lepas.- BERNAMA



Source link

read more