ECRL pacu sektor agropolitan, keusahawanan – Najib


KOTA BHARU 11 APRIL 2018. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan  pada Majlis Pecah Tanah ECRL Kelantan di Kota Bahru, Kelantan. NSTP/SYARAFIQ ABD SAMAD *** Local Caption ***

MO, 15/4/2018, KUALA LUMPUR: Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) adalah projek berteraskan kepentingan rakyat yang akan menjana kesan limpah dalam sektor agropolitan dan pembangunan keusahawanan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, jajaran pengangkutan awam sepanjang 688 kilometer (km) itu diunjurkan memberi manfaat kepada lebih 64,000 penduduk Pahang dan 277,000 isi rumah di Negeri Tok Gajah itu.

Katanya, projek dengan nilai pembangunan kasar lebih RM60 bilion itu akan melakar sejarah tersendiri, sekali gus menyaksikan landskap pembangunan dan pengagihan kekayaan dilaksanakan secara terangkum lagi menyeluruh.

“ECRL setakat ini mempunyai beberapa stesen di Pahang, iaitu Bentong, Temerloh, Maran, Gambang, Kota SAS (Sultan Ahmad Shah), Pelabuhan Kuantan 1 dan 2 serta Cherating, tetapi Pekan tidak termasuk dalam senarai.

“Laluan ini akan beri nafas baharu kepada pembangunan Pahang, malah bakal menyaksikan pembinaan terowong terpanjang di rantau Asia Tenggara membabitkan jarak hampir 20 km yang melalui stesen Genting ke Bentong.

“Saya dengan penuh keyakinan boleh gambarkan bahawa kualiti ECRL setaraf kereta api moden di Switzerland,” katanya pada ucaptama sempena Himpunan Mesra Anak Pahang di Lembah Klang, di Menara FELDA di sini, semalam.

Turut hadir pada majlis disertai lebih 1,500 anak Pahang yang bermastautin di Lembah Klang itu adalah Pengerusi Gabungan Kelab Anak Daerah Pahang, Datuk Dr Abd Halim Mohd Hussin.

Selain ECRL, kata Najib, projek rawatan loji air yang menjadi teras keperluan penduduk Pahang akan dibina dalam tempoh terdekat.

“Projek Taman Halal, Taman Teknologi Pahang, Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) akan turut dibina kerana ia penjana peluang pekerjaan, sekali gus memberi kesan limpah ekonomi di kawasan pinggir bandar,” katanya.

Mengulas perkembangan sektor ekonomi, Najib menyifatkan Malaysia berada pada landasan tepat ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2022.

Keyakinan itu, katanya, seiring penilaian semula Bank Dunia terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama tahun ini, daripada 5.2 kepada 5.4 peratus.

“Oleh itu, sudah empat kali Bank Dunia menilai semula unjuran pertumbuhan KDNK negara dalam tempoh dua tahun, sekali gus mencerminkan ekonomi kita semakin pesat dan dinamik,” katanya.



Source link

read more

PM hails Chong Wei over spectacular CG18 gold medal win


Gold Coast 2018 Commonwealth Games

MO,15/4/2018, KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has congratulated Datuk Lee Chong Wei for contributing a gold medal to Malaysia’s 2018 Commonwealth Games (CG18) medal tally. It is the third gold medal for Chong Wei at the Commonwealth Games’ men’s badminton single, after winning it in 2006 and 2010.

“Great Datuk @LeeChongWei, amazing win! Each swing of the racket has brought along the spirit of 30 million Malaysians! Congratulations to Malaysia’s sixth gold at #GC2018,” Najib wrote on his Twitter page.

In the match at the Carrara Sports and Leisure Centre, Gold Coast, Chong Wei beat world number one player, K. Srikanth from India 19-21, 21-14, 21-14.

– BERNAMA



Source link

read more

Xiaomi Redmi Note 5 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 24 April – Amanz


Xiaomi kini melalui kedai atas-talian mereka di Lazada telah mula memaparkan gambar acah, memperlihatkan yang mana telefon pintar Redmi Note 5 baru akan dilancarkan di Malaysia pada 24 April 2018 ini.

Xiaomi Redmi Note 5

Untuk makluman, Redmi Note 5 ini adalah peranti variasi yang dikenali dengan nama Redmi Note 5 Pro untuk pasaran India. Ia hadir dengan skrin bersaiz 5.99-inci dengan nisbah 18:9, dijana cip Snapdragon 636, memori sehingga 6GB RAM, dan storan 64GB. Ia turut menyertakan dwi-kamera belakang gabungan 12MP + 5MP, selain kamera hadapan 13-megapixel. Melengkapkannya adalah bateri berkapasiti 4000mAh.

Xiaomi sendiri menekankan kepada ciri-ciri kamera pada telefon pintar ini, dimana ia dikatakan menawarkan sokongan rakaman gambar yang sangat baik melaluinya.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai harga jualan dan variasi memori yang ditawarkan untuk pasaran tempatan menjelang 24 April ini.



Source link

read more

Teresa Kok: Malaysians ‘like cockroaches’, will survive GE14


20180415MZ019

MO,15/4/2018, KEPONG, Malaysians’ indefatigable spirit akin to that of cockroaches can be seen with how they rise up to overcome the authorities’ alleged attempt to make it harder for them to vote in the 14th general election (GE14), DAP’s Teresa Kok has said. Kok, who is DAP deputy secretary-general, said the Election Commission’s (EC) decision to fix polling day in the middle of the week would make it difficult for voters residing away from their constituencies to return home and vote.

But she said Malaysians’ responded by becoming even more determined to return home or help others to come back and vote, citing as an example a comment by a Facebook user currently working in Singapore. “I see a Malaysian working in Singapore saying: ‘This general election, at first, I didn’t plan to come back. But when I saw the EC fixed Wednesday as polling day, I immediately used Singapore dollar 300 to buy a flight ticket. I will fly back that day to Klang to vote’,” she said yesterday at the DAP’s first GE14 ceramah for Kepong.

“We are cockroaches that won’t die despite being hit. The more you hit us, the more we fight back,” she said.

She said the federal government later declared the May 9 polling day as a public holiday, following announcements by private companies that decided to declare their own holidays and even sponsor their employees’ transportation costs to return to their hometowns to vote. She said other Malaysians have themselves raised funds to sponsor or subsidise those who wanted to fly back from places like Singapore or to Sabah and Sarawak to vote.

“You see, these self-initiated actions, the more you beat us down/suppress us, the greater the backlash from the people will be,” she said. Kok also cited the Barisan Nasional’s alleged attempt to suppress the federal Opposition, saying that the DAP was disallowed from setting up new party branches due to the Registrar of Societies’ (RoS) refusal to recognise the party’s internal polling results. Kok said the alleged “bullying” had also extended to an “old man’s party”, referring to 92-year-old Tun Dr Mahathir Mohamad’s Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) that was recently provisionally deregistered.

The ceramah yesterday was for DAP’s Kepong candidate Lim Lip Eng, but Kok also urged the voters there to become polling and counting agents in marginal seats in Pahang, such as Bentong, Raub and Cameron Highlands. During Election 2013, DAP lost the Bentong seat by 462 seats to MCA, but won Raub by a 2,814 vote-majority against MCA. DAP lost Cameron Highlands to MIC by 462 votes in a five-cornered fight.

–TMM



Source link

read more

SPAD: More 1Malaysia taxi driver welfare cards from Monday


cabbie welfare card

MO,15/4/2018, PETALING JAYA: The Land Public Transport Commission (SPAD) is ready to distribute more 1Malaysia Taxi Drivers Welfare Card to some 67,000 taxi drivers from Monday (April 16). Cabbies have three months until July 16 to collect the card from any SPAD branch during working hours. At the same time, the Commercial Vehicle Licensing Board (LPKP) in East Malaysia will announce the location and date for taxi drivers in Sabah and Sarawak to collect the cards soon.

SPAD said all welfare cards would be activated upon collection by the driver. The RM800 value in the card can be spent for fuel at Petronas stations nationwide. Taxi drivers with the card will also receive a personal accident insurance coverage of up to RM50,000 from Mesra-AXESS, subject to terms and conditions. SPAD also dismissed allegations that taxi drivers had been angered after hearing the cards would only be distributed after GE14.

“The allegations are false as thousands of taxi drivers have already collected their cards after Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak launched the Kad Bantuan 1Malaysia in Serdang on April 13,” it said in a statement on Sunday (April 15). It added that it would lodge police reports against those who continue to spread these false claims.

Those who want more information on the welfare card and collection details can visit the SPAD website here. Link to (www.spad.gov.my/ms/pengusaha-kenderaan/teksi/kad-bantuan-teksi-1malaysia)

–TheStar



Source link

read more

Pengangkutan awam digalakkan tawar promosi kepada pengguna


BENTONG 14 APRIL 2018. Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberi nasihaat kepada sebahagian pelajar pada Program Santai Sertik bersama Pemimpin di Sekolah Kebangsaan Sertik, Bentong. NSTP/AIZUDDIN SAAD

MO, 15/4/2018, BENTONG: Kerajaan menggalakkan lebih banyak syarikat pengendali pengangkutan awam menawarkan promosi menarik kepada pengguna yang mahu pulang mengundi, 9 Mei ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata inisiatif seperti itu amat disokong kerajaan, memandangkan usaha itu akan memberi keselesaan dan kemudahan buat rakyat.

Katanya, ia juga menggalakkan rakyat menunaikan tanggungjawab mereka kepada negara, terutama selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan pengundian jatuh pada hari bekerja iaitu Rabu.

“Saya memang menggalakkan perkhidmatan awam dapat beri banyak keselesaan atau caj yang lebih rendah untuk menarik pengundi balik kampung.

“Ini untuk kita sama-sama memastikan lebih ramai boleh pulang mengundi kerajaan (BN). (Penurunan caj) ini memberi peluang kepada orang ramai untuk turun mengundi,” katanya, ketika ditemui semalam.

Beliau berkata, inisiatif dilakukan oleh beberapa syarikat penerbangan sebelum ini perlu menjadi ikutan kepada pengendali pengangkutan awam yang lain.

“Lagi banyak (syarikat tawar harga caj lebih rendah) lagi baik,” katanya.

Sebelum ini, AirAsia menawarkan pengecualian caj penukaran penerbangan bagi tempahan yang dikeluarkan di Malaysia, yang jatuh pada hari pengundian, 9 Mei ini, bagi kelancaran perjalanan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

AirAsia adalah syarikat penerbangan ketiga selepas Cathay Pacific dan Malindo Airways yang menawarkan pengecualian bayaran penukaran penerbangan.

Cathay Pacific, syarikat penerbangan berpusat di Hong Kong yang pertama mengumumkan tawaran itu, dengan memberi kelonggaran kepada pemegang tiket untuk menunda penerbangan mereka sehingga dua bulan selepas hari mengundi.



Source link

read more

Harga lima barangan keperluan asas kekal


PADANG TERAP 14 APRIL 2018. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid (tiga dari kiri) bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin ( kiri) menjual ikan di bawah harga pasaran  kepada orang ramai yang hadir pada Majlis Kenduri Rakyat di Felda Lubuk Merbau. NSTP/AMRAN HAMID

MO, 15/4/2018, PADANG TERAP: Kerajaan memberi jaminan tidak akan menaikkan harga lima barangan keperluan asas selagi Barisan Nasional (BN) diberikan mandat mentadbir negara ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata lima barangan keperluan asas itu membabitkan beras, minyak masak, gas masak, tepung dan gula.

Katanya, lima barangan itu digunakan pelbagai lapisan masyarakat dan kerajaan perlu memastikan harganya dikawal.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri beritahu harga barangan ini tidak boleh dinaikkan kerana ia untuk kepentingan rakyat,” katanya selepas merasmikan Karnival Jualan Koperasi dan Kenduri Rakyat peringkat Kedah di Felda Lubok Merbau di sini, semalam.

Hamzah berkata, janji itu dengan sendirinya menafikan dakwaan sesetengah pihak harga barangan asas terbabit akan naik.

Sementara itu, beliau berkata, Program Jualan Sentuhan Rakyat anjuran KPDNKK memanfaatkan kira-kira empat juta rakyat di seluruh negara sejak diperkenalkan dua bulan lalu.

Katanya, program di 700 lokasi di seluruh negara itu mencatat nilai jualan RM35 juta setakat ini.

Program Jualan Sentuhan Rakyat menawarkan 27 barangan keperluan rakyat yang dijual pada harga jauh lebih rendah berbanding pasaran.

Pada masa sama, Hamzah berkata, cadangan penganjuran program jualan itu dibuat sejak dua tahun lalu tetapi hanya boleh dilaksanakan sekarang bagi memastikan kejayaannya.

“Ini bukan diadakan sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Ia mengambil masa kerana kita nak pastikan barangan yang dijual mencukupi dan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga,” katanya.



Source link

read more

Penang Barisan Nasional manifesto | Merdeka Online


SEBERANG JAYA 15 APRIL 2018. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow (tengah) bersama dengan kepimpinan tertinggi Barisan Nasional Pulau Pinang di majlis pelancarkan Manifesto Pilihanraya Umum ke-14 Barisan Nasional Pulau Pinang di The Light Hotel, Seberang Jaya, Pulau Pinang. NSTP/RAMDZAN MASIAM

MO,15/4/2018, Penang Barisan Nasional (BN) today launched its state manifesto, themed “Save Penang: Penang BN Pledges” for the 14th general election (GE14). The manifesto outlines six core pledges, with 60 initiatives to be implemented if BN were to wrest Penang from the opposition. Among them are:

Pledge 1: To solve flood and bald hill issues within 3.5 years

– Stop hill, high land development 250 feet above sea level.

– Make areas above 250 feet above sea level as permanent forest reserve.

– Install water pump, floodgates to channel floodwaters from hotspot area.

– Introduce Penang Flood Mitigation Plan, tree planting on hill sides.

Pledge 2: To solve people’s housing issue, 65,000 affordable houses to be built within 5 years.

– To ensure developers build 30 per cent quota of low cost, low-medium cost, PPR in same location, as part of whole project.

– Provide Rent-to-Own Housing Scheme, price set at RM40, 000

– Provide medium cost house unit between RM80, 000 to RM120, 000

– Provide public housing rental scheme for poor and disabled.

– Provide special quota for single women, single moms to own low-cost/ affordable house.

– Provide “interest free fund” for eligible low cost, low-medium cost and PPR buyers.

– Provide to cancel further land reclamation at Permatang Damar Laut, Gurney Drive, retain agricultural land status.

Pledge 3: To solve traffic congestion issues within 3 years.

Increase efficiency of public transport system, “park and ride” facilities. (File pix)

– Cancel undersea tunnel project between Bagan Ajam and Gurney Drive.

– Build interchange at congested traffic locations.

– Re-study effectiveness of traffic dispersal system in city centre.

– Increase efficiency of public transport system, “park and ride” facilities.

– Create Traffic Dispersal Plan, build multi-storey carparks in critical areas.

Pledge 4: Economic development

– Develop economic, trading activities via One Belt, One Road (OBOR).

– Set up Halal Hub for medical devices industries, pharmaceutical, healthy food, supplement for export.

– Encourage growth, simplify transformation of SME into MNC.

– Set up infrastructure, talent development to face Industrial Revolution 4.0.

– Set up one ‘e-trade platform’ for young people to venture into business.

– Absorb MPSP, MBPP contract workers as permanent employees.

– Eliminate privatisation system of hawker sites, stalls and temporary sites.

– Increase land bank.

– Reduce rent to RM10 for market hawker sites, stalls, temporary hawker.

– Modernise morning/night market, setup Digital and Robotic Industrial Zone.

Pledge 5: People’s welfare

– Create Prosperous Family Complex in each district

– Abolish water surcharge, postage charge, other charges for bill payment.

– Free water supply to those below the poverty line.

– Reduce charges for water disconnection and reconnection.

– Assist Resident Management Corporation with bill arrear issues

– No water tariff increase for residences within 5 years

– Abolish toll charges for motorcycles.

– Provide school bus subsidy to eligible family

– Provide community ambulance services in rural areas

– Waive land tax, assessment for low-cost, medium-cost and village houses

– Provide RM2,000 special fund for first time married couples

– Free parking for the first 2 hours at MBPP and MPSP roadside parking

– 50 per cent reduction on existing parking rate after first 2 hours

– Free parking in housing areas

– RM15 million fund annually for national type, religious and private schools

– Increase senior citizen aid to RM300 per year, payment of RM150 every 6 months

– Re-introduce the traffic warden in school areas

– Annual grant of RM3,000 to primary School PIBG, RM5,000 to alumni society

– Appoint 50 per cen

t of City Councillors from independent bodies

– Create Penang Education Foundation to pay university admission fee to those eligible.

Pledge 6: Tourism and heritage

– Encourage more direct flights, total stopovers of cruise ships in Penang.

– Limit sales of heritage building to foreigners.

– Preserve status of Georgetown as UNESCO World Heritage Site.

– Create “Penang Food Heaven” zones and improve food tourism activities.

– Revive, upgrade “ Living Heritage”, Artisan Streets at George Town World Heritage sites

– Maintain, conserve, Penang historical buildings and create World Musical Fiesta Tour.

–NSTP



Source link

read more

Harry dan Meghan sedih Michelle Obama tidak akan hadir majlis perkahwinan



PASANGAN diraja Britain, Putera Harry dan Meghan Markle sedih kerana Michelle Obama tidak akan menghadiri majlis perkahwinan mereka.

Menurut laporan Mirror UK, bekas wanita pertama Amerika Syarikat (AS) itu merupakan individu yang memperkenalkan Harry kepada Meghan.

Putera Harry, 33 tahun, dan bekas presiden AS, Barack Obama, merupakan kawan baik sejak 2015 semasa Obama masih bertugas di White House.

Laporan itu menyatakan, perkahwinan tersebut tidak akan berlangsung tanpa Michelle dan itu merupakan sebab utama untuk menjemput mereka.

Harry juga dilaporkan tidak gembira sebab itu diabaikan.

Tambah laporan itu, jika keluarga Obama dijemput, ia akan menyebabkan masalah diplomatik kepada kerajaan.

Umum mengetahui bahawa Harry dan Meghan tidak gemar pada Presiden AS, Donald Trump, dan dengan mengundang keluarga Obama tanpa mengundang Trump, boleh mencetuskan kekecohan.

Difahamkan, pasangan diraja itu kini memahami situasi berkenaan tetapi masih berasa sedih.

Minggu ini, disahkan bahawa keluarga Obama, Presiden Trump dan Perdana Menteri Britain, Theresa May tidak akan hadir kepada majlis perkahwinan diraja itu.

Mengikut protokol, Harry dan Meghan tidak wajib menjemput pemimpin politik kerana Harry bukan waris paling utama dalam senarai untuk menjadi Raja Britain berikutnya.

Harry berada di tempat kelima bagi menaiki takhta dan bakal beralih kepada tempat keenam selepas anak ketiga Putera William dilahirkan.



Source link

read more

Bank Dunia 4 kali semak naik KDNK Malaysia


PEKAN 15 APRIL 2018. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (tengah) disambut orang ramai ketika hadir pada majlis pecah tanah Menaiktaraf Jalan Persekutuan (FT003) dari Bandar Pekan ke Kampung Sungai Miang yang membabitkan jalanraya sepanjang 15 Kilometer di Kampung Ketapang Hilir. NSTP/FARIZUL HAFIZAWANG

MO, 15/4/2018, PEKAN: Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang dinaikkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) oleh Bank Dunia sebanyak empat kali dalam tempoh 16 bulan sejak tahun lalu.

Perdana Menteri berkata, ia membuktikan Malaysia berada di landasan tepat menjadi negara yang berjaya pada masa hadapan menerusi perancangan teliti oleh kerajaan yang ditadbir oleh Barisan Nasional (BN).

Katanya, Malaysia kini mempunyai ciri-ciri menjadi negara paling berjaya di dunia yang dapat dilihat di merata tempat seperti kejayaan menyiapkan projek Transit Aliran Massa (MRT) sepanjang 52 kilometer (km) dengan lebih cepat serta di bawah unjuran kos asal.

“Bagi kawasan Pantai Timur, projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini dalam pelaksanaan yang dijangka siap tahun 2022, ia akan merentasi Pahang dari Bentong ke Kota SAS dan naik ke Cherating, ia akan membawa pertumbuhan kasar sebanyak 1.5 peratus. Walaupun Pekan tidak termasuk dalam laluan, limpahannya akan tetap dikecapi warga Pekan kerana kedudukan Pekan berhampiran dengan Kuantan.

“Baru-baru ini Bank Dunia menaikkan unjuran (KDNK kepada 5.4 peratus) dan ia adalah kali keempat dalam tempoh satu tahun empat bulan (16 bulan sejak tahun lalu hingga sekarang), …tiada negara di dunia dinaikkan unjuran sebegitu seperti Malaysia,” katanya berucap pada pelancaran projek naik taraf jalan persekutuan sepanjang 14.7km dari bandar ini ke Sungai Miang di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Zohari Akob.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, BN akan terus berpegang kepada prinsip dan falsafah berkongsi kekayaan dengan rakyat terutama dengan kumpulan B40 serta M40 apabila hasil negara bertambah untuk berlaku adil dan saksama.

“Apabila kita mengumumkan Bajet 2018, harga minyak dunia sekitar AS$52 (RM201. 76) setong dan sekarang sekitar AS$67 (RM259.96) setong, kutipan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) dan cukai korporat bertambah baik berikutan ekonomi baik, …maka kita putuskan untuk mengagihkannya semula kepada rakyat.

“Pada 7 April lalu, saya sudah mengumumkan berita baik BR1M ditambah 100 peratus, mulai Jun dan Ogos depan jumlahnya bertambah daripada RM400 kepada RM800, ..kita wujudkan kategori baharu untuk individu berpendapatan RM4,000 ke RM5,000,” katanya.

Beliau berkata, peningkatan hasil negara dan perkongsian kekayaan dengan rakyat itu dapat dicapai berikutan kecekapan kerajaan di bawah pentadbiran BN menguruskan ekonomi.

“Oleh itu yakinlah yang kita sentiasa mengotakan janji dan mendahulukan rakyat, kita tidak main janji yang akhirnya tinggal janji sahaja dan tidak menunaikannya,” katanya.



Source link

read more