KUALA LUMPUR 16 APRIL 2018. 20 mangsa pendaki terperangkap di atas bukit Batu Caves berjaya di bawa turun.Operasi bersama Bomba Selayang,bantuan Pasukan Bomba Sukarela Gombak,Bomba Sukarela Kepong Selangor,PBS Sri Serdang serta pihak polis. Ihsan: Pasukan Bomba Sukarela Gombak

MO, 16/4/2018, GOMBAK: Sekumpulan 20 lelaki terpaksa mendapatkan bantuan untuk menuruni bukit Batu Caves di sini, malam tadi, selepas mendakinya bagi memasang bendera sebuah parti politik di puncak.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, berkata mereka berusia antara 20 hingga 70 tahun dikatakan mendaki bukit itu pada jam 9.30 pagi, namun tidak dapat turun semula berikutan hari sudah gelap dan lampu pula kehabisan bateri.

“Bagaimanapun, seorang daripada mereka berjaya menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Susulan itu, katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, BBP Gombak, BBP Serdang serta BBP Kepong tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 10 malam untuk operasi mencari dan menyelamat.

Beliau berkata, semua mangsa terbabit kemudian berjaya dibawa turun pada jam 12.30 tengah malam tadi.

“Semua mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, kesemua mangsa tidak cedera tetapi berada dalam keadaan lemah ketika dibawa turun.

Difahamkan, mangsa diberi makanan ringan dan air, selain melakukan pemeriksaan kesihatan sebaik tiba di pusat operasi di kaki bukit terbabit.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

%d bloggers like this: