Seorang maut, dua cedera Hilux bertembung treler – Nasional


RANAU 17 April – Seorang maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Ranau – Telupid di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, kemalangan membabitkan kenderaan jenis Toyota Hilux dan Toyota Land Cruiser bertembung dengan sebuah lori treler dari arah Sandakan menuju ke Kota Kinabalu.

Pegawai Bomba II Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Ranau, Jaminak Kasuman berkata, mangsa Sulaiman Arianto, 28, yang merupakan pemandu kereta Toyota Land Cruiser maut di lokasi kejadian dipercayai tersepit.

“Sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.15 petang, BBP Ranau bergegas ke lokasi kejadian bersama lapan anggota dan dua buah jentera.

“Pasukan bomba kemudian membuat operasi mengeluarkan pemandu yang tersepit sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jaminak memberitahu, kedua-dua mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Operasi tamat pada pukul 4.35 petang,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Mahkamah Jakarta putuskan penahanan Equanimity tidak sah – Luar Negara


JAKARTA 17 April – Mahkamah di Indonesia hari ini memutuskan penahanan kapal layar mewah Equanimity oleh polis republik berkenaan sebagai tidak sah dan mengarahkan dikembalikan kepada pemiliknya.

Portal berita Detik.com melaporkan, Hakim Mahkamah Jakarta Selatan, Ratmono berkata, penahanan yang dibuat oleh polis tidak mengikut lunas undang-undang dan tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran daripada Kementerian Hak Asasi Manusia dan Undang-undang terlebih dahulu.

“Kami mengisytiharkan tindakan merampas oleh polis sebagai tidak mengikut lunas undang-undang dan tidak sah,” katanya semasa perbicaraan kes berkenaan di Jakarta hari ini.

Pada 28 Februari lalu kapal layar berkenaan dikatakan milik ahli perniagaan Malaysia Low TaekJho atau lebih dikenali sebagai Jho Low dirampas sebagai sebahagian daripada penyiasatan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat, yang bermula pada 2016, terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam pada itu Ratmoho berkata, kapal tersebut tidak sepatutnya dirampas kerana pemiliknya tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah oleh mana-mana mahkamah. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

6 Sekeluarga Nyaris Maut Rumah Dihempap Pokok Sawit – MYNEWSHUB


AYER TAWAR – Enam sekeluarga nyaris maut apabila rumah papan dua tingkat mereka dihempap pokok sawit yang tumbang di Kampung Banjar, Beruas, di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar, Mohamad Azlan Mahiyidin berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 3.40 petang, sebelum sebuah jentera bersama enam anggota ke lokasi kejadian bagi memotong pokok tumbang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian mendapati pokok sawit tersebut menghempap bahagian kiri rumah tersebut dan meranapkan bilik tidur mereka.

“Bagaimanapun, ketika kejadian, kesemua enam sekeluarga termasuk dua warga emas berumur 70-an berada di bahagian bawah rumah tersebut dan tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mohamad Azlan berkata pokok sawit berkenaan dipercayai telah mati dan berusia lebih 20 tahun menyebabkan ia reput dan mudah tumbang.

“Semasa kejadian, cuaca dalam keadaan baik. Jumlah kerugian dianggarkan hampir RM3,000 dan kerja-kerja memotong pokok selesai pada 4.30 petang,” katanya. – BERNAMA



Source link

read more

Razer Phone Akhirnya Menerima Kemaskini Android Oreo 8.1 – Amanz


Razer Phone adalah telefon pintar untuk gamer dan ia memberi pengalaman bermain permua yang menakjubkan dengan skrin 120Hz yang tampak lancar dan hebat. Sejak dilancarkan pada November 2017, Razer Phone sehingga kini masih menjalankan Android 7.0 Nougat.

Kini selepas hampir sebulan menguji Android 8.1 Oreo versi Beta, Razer bersedia untuk memberi kemaskini Android 8.1 Oreo versi stabil kepada pengguna. Menurut Razer, kemaskini ini akan hadir dalam masa 10 hari lagi.

Pada Android 8.1 Oreo versi beta untuk Razer Phone, ia membawakan aplikasi equalizer Dolby Atmos untuk mengawal pembesar suara stereo, ciri dwi-tap untuk mematikan skrin, kawalan warna skrin (boosted, saturated dan natural) seumpama Pixel 2 dan juga sokongan Project Treble. Razer Phone yang kini menyokong Project Treble, kemaskini selepas ini pasti semakin pantas.



Source link

read more

Tentera Rusia dakwa temui makmal senjata kimia di Douma



DOUMA: Stesen televisyen Rusia menyiarkan video tentang penemuan senjata kimia yang didakwa digunakan dalam serangan oleh tentera Rusia di Douma baru-baru ini.

Bercakap kepada stesen RTR, Alexander Rodionov, salah seorang anggota yang bertugas di unit perlindungan senjata berkata, pakar menemui klorin dan komponen utama yang digunakan untuk menghasilkan gas mustard di makmal pemberontak di Douma.

Katanya pada Selasa, bahan-bahan utama yang ditemui di makmal adalah sama dengan gambar yang dikeluarkan oleh pihak aktivis di Syria.

Sebelum ini, pihak aktivis menyalahkan kerajaan Syria di bawah kepimpinan Presiden Bashar al-Assad yang didakwa menjadi dalang utama insiden serangan senjata kimia di Douma, yang meragut puluhan nyawa termasuk wanita dan kanak-kanak.

Kejadian ini mendorong Amerika Syarikat, Britain dan Perancis melancarkan serangan udara sebagai tindak balas ke atas tragedi berdarah itu.

Kerajaan Syria dan sekutu kuatnya Rusia bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Malah, Moscow melemparkan tuduhan bahawa kumpulan pemberontak di Douma bersekongkol dengan pasukan perisikan British untuk melakukan serangan tersebut.

Britain bagaimanapun menyangkal tuduhan tersebut.



Source link

read more

Memang pun DAP parti Cina – Tunku Aziz – Politik


KUALA LUMPUR 17 April – DAP sememangnya sejak dahulu adalah parti didominasi kaum Cina dan sekiranya Datuk Zaid Ibrahim hanya baru sedar perkara tersebut selepas 14 bulan menyertainya, maka itu cukup malang bagi beliau.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, beliau sendiri sudah bangkitkan perkara ini lama dahulu walaupun pemimpinnya cuba berselindung di sebalik gelaran parti pelbagai kaum.

“Jika mahu bertanding pun mereka seboleh-bolehnya akan bertanding di kerusi yang majoriti Cina.

“Hanya dalam beberapa kawasan yang bukan kawasan majoriti Cina, mereka akan menggunakan calon Melayu untuk memperoleh undi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Tunku Abdul Aziz turut berpandangan DAP merupakan parti yang paling dominan dalam gabungan pembangkang PKR memandangkan parti tersebut telah dan dijangka terus mempunyai bilangan kerusi Parlimen yang paling tinggi dalam gabungan tersebut.

Malah, pengumuman bahawa Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong sebagai calon menteri turut mengesahkan perkara ini.

“Jelas sekarang ini DAP adalah parti yang paling berkuasa dalam gabungan pembangkang PKR. Ketika parti lain masih mendiamkan diri soal calon menteri, mereka lebih terkehadapan,” ujarnya.

Melalui sebuah kenyataan di laman Twitter, Zaid melabel DAP sebagai ‘parti Cina’ ketika mengulas tentang pengumuman Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng bahawa DAP sudah mempunyai dua orang calon menteri untuk kabinet bayangan gabungan pembangkang PKR.

“Sebuah parti Cina dalam pakatan itu telah mengumumkan mereka mempunyai dua orang calon Menteri. Mungkin akan menyusul lagi. Parti Melayu masih senyap tentang perkara ini. Begitulah sikap orang Melayu secara umumnya, malu dan tidak mahu menyatakan pandangan. Tiada yang berubah,” katanya dalam sebuah kenyataan di laman Twitter miliknya.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pemandu teksi minta bantuan polis kejutkan penumpang tidur lena – Nasional


SEREMBAN 17 April – Seorang pemandu teksi terpaksa bertindak membawa penumpangnya ke Balai Polis Sikamat di sini selepas lelaki tersebut gagal dikejutkan daripada tidur dalam kejadian Ahad lalu.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, lelaki berusia 20-an itu menaiki teksi dari Kuala Lumpur untuk pulang ke rumahnya di Taman Sri Pulai, Sikamat di sini pada pukul 9 pagi.

Katanya, bagaimanapun lelaki itu tertidur semasa dalam perjalanan dan gagal dikejutkan oleh pemandu teksi apabila tiba di kawasan perumahan berkenaan.

“Selepas beberapa minit cuba mengejutkan lelaki itu, pemandu teksi mengambil keputusan membawanya ke Balai Polis Sikamat kerana dia tidak tahu alamat rumah lelaki berkenaan.

“Beberapa anggota polis turut gagal mengejutkannya, namun berjaya mengesan ibunya berusia 55 tahun melalui maklumat dari dokumen pengenalan diri milik lelaki itu.

“Ibu dan ahli keluarganya datang ke balai polis dan dengan bantuan mereka lelaki terbabit terjaga. Keluarganya memaklumkan dia mengalami masalah sukar untuk bangun daripada tidur,” katanya di sini hari ini.

Ujarnya, menyedari video dan gambar kejadian anaknya sukar dikejutkan daripada tidur oleh pemandu teksi itu tular di laman sosial, ibunya tampil membuat laporan polis pada pukul 3.51 petang ini.

“Wanita itu dimaklumkan tentang perkara tersebut oleh anak bongsunya pada pukul 6.30 petang semalam. Video dan gambar itu tular selepas dimuat naik seorang pemilik akaun Facebook dan kes dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pasaran saham: Kemenangan selesa BN bakal beri impak positif – Politik


KUALA LUMPUR 17 April – Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bukan sahaja dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat untuk memilih kepemimpinan terbaharu bagi lima tahun akan datang, tetapi juga diikuti rapat oleh pelabur dalam pasaran saham.

Memetik laporan portal The Edge Markets, pasaran saham diramal akan menjadi sangat kukuh dan keyakinan pelabur asing juga bakal meningkat sekiranya Barisan Nasional (BN) menang selesa.

Malah, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) juga akan menyaksikan perolehan lebih tinggi sekiranya BN kembali memenangi majoriti dua pertiga yang pernah diperoleh sehingga PRU-12 pada tahun 2008.

Jelas laporan tersebut yang memetik pandangan beberapa pengurus dana, mengikut kepada data-data lalu, FBM KLCI berada pada paras lebih baik dalam tempoh 12 bulan selepas PRU semasa lima daripada tujuh PRU sebelum 2008.

“Dari tahun 1978 sehingga 1995, perolehan purata FBM KLCI dalam tempoh 12 bulan selepas PRU berjaya merekodkan sebanyak 32.7 peratus.

“Sekiranya BN hanya berjaya mengekalkan majoriti mudah pun, pasaran saham dijangka melonjak dengan positif walaupun akan sedikit mendatar beberapa hari menjelang hari pengundian seperti yang berlaku dalam PRU yang lalu,” kata laporan itu semalam.

Laporan The Edge Markets tersebut antara lain menyenaraikan empat senario yang bakal berlaku terhadap pasaran saham sejurus selepas PRU-14 yang dilabelkan sebagai ‘ibu segala pilihan raya umum’.

Menurut laporan itu lagi, pasaran saham akan menempuhi tempoh ‘paling sukar’ sekiranya gabungan pembangkang PKR memperoleh kemenangan atau wujud keadaan ‘Parlimen tergantung’ di mana kedua-dua pihak iaitu BN dan gabungan pembangkang PKR tidak mendapat mandat secukupnya.

“Parlimen tergantung’ akan menyebabkan ketidaktentuan pasaran saham sekali gus mencetuskan penjualan saham besar-besaran sehinggalah pelabur benar-benar yakin dengan pasaran saham negara.

“Hal yang sama juga bakal berlaku sekiranya gabungan pembangkang PKR mencipta kejutan memenangi PRU-14 kerana pelabur akan mengambil tindakan tunggu dan lihat dengan menunggu kepada proses pemulihan pasaran bergantung kepada bagaimana kerajaan baharu itu dapat memenangi keyakinan pelabur dan melaksanakan segala polisinya,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Thai Kumpul Maklumat Lelaki Dikehendaki Polis M’sia – MYNEWSHUB


BANGKOK – Pihak berkuasa Thailand sedang mengumpul lebih banyak maklumat tentang seorang rakyat negara ini yang dikehendaki polis Malaysia kerana didakwa terlibat dengan kumpulan pengganas Daesh.

Ketua Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (NSC) Jen Wanlop Raksanor berkata, Thailand belum dimaklumkan Malaysia tentang pembabitan lelaki berusia 37 tahun dari Narathiwat itu dan hanya mengetahui perkara berkenaan melalui laporan media.

“Kami sedang menyiasat perkara ini. Saya hanya mendapat tahu tentang perkara ini melalui laporan berita. Setakat ini, pihak berkuasa Malaysia belum menyampaikan sebarang maklumat kepada kami (tentang lelaki berkenaan),” kata Wanlop kepada Bernama sebelum menghadiri mesyuarat mingguan Kabinet di Rumah Kerajaan di sini hari ini.

Beliau berkata pihak berkuasa Thailand juga akan menyiasat sama ada lelaki itu memiliki kerakyatan Thailand dan Malaysia atau sering berkunjung ke Timur Tengah.

Wanlop berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan dikeluarkan Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun semalam tentang usaha polis untuk menjejaki tiga rakyat Malaysia dan seorang rakyat Thailand, yang menurut beliau “disifatkan sebagai berbahaya.

Polis Malaysia mengenal pasti rakyat Thailand itu sebagai Awae Wae-eya dari Cho Airong di Narathiwat.

Tiga rakyat Malaysia yang disebut dalam kenyataan Fuzi semalam ialah Nor Farkhan Mohd Isa, 31, dari Skudai, Johor; Muhamad Hanafi Yah, 51, dan Muhamad Faizal Muhamad Hanafi, 29, dari Kampung Ketil, Pengkalan Kubor.

Empat suspek itu dipercayai merancang untuk menyerang tempat ibadat bukan Islam dan menculik serta membunuh anggota polis.

Menurut Fuzi, enam anggota kumpulan pengganas sama ditangkap Polis Cawangan Khas di Johor antara 27 Feb dan 1 Mac.

Di sebalik konflik berlarutan di selatan Thailand yang meragut 7,000 nyawa sejak 2004, Bangkok berulang kali menyatakan negara ini bebas daripada sebarang ancaman melibatkan Daesh dan tiada seorang pun ditangkap kerana mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas itu. – BERNAMA



Source link

read more

Bapa bekas Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan meninggal dunia – Nasional


PULAU PINANG 17 April – Bapa kepada bekas Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Nasir Ali meninggal dunia kira-kira pukul 2 pagi ini.

Difahamkan, Allahyarham Ali Othman, 84, meninggal dunia di rumahnya kerana sakit tua.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Islam Teluk Kumbar di sini selepas solat zuhur hari ini.

Allahyarham yang merupakan seorang guru pernah bertugas di beberapa buah sekolah rendah dengan sekolah terakhir di Sekolah Kebangsaan Assumption, Butterworth di sini.

Sementara itu, Mohd. Nasir yang berkhidmat di Utusan Melayu (M) Berhad selama 14 tahun sejak Oktober 2000 menamatkan perkhidmatannya pada Mei 2014. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more