Nokia sebelum ini telah mengambil-alih Withings pada 2016 yang lepas, dan menamakan ia sebagai sebahagian Nokia Health sebelum ini. Terkini, dengan pelbagai penstrukturan semula yang dilihat oleh Nokia, laporan baru hadir mengatakan Google berminat untuk membida mendapatkan Nokia Health.

Nokia Health mempunyai sejumlah penawaran peranti yang mengumpulkan data berkaitan kesihatan, termasuk jam tangan pintar Withings, sensor untuk memantau tidur, penimbang berat pintar, dan sebagainya.

Desas-desus mengenai Nokia akan menjual bahagian kesihatan digital ini telah kedengaran sejak beberapa bulan lepas, dan menurut laporan baru ini, ia dikatakan Nest (sebahagian daripada Google) sebagai salah satu syarikat yang berminat untuk mendapatkannya.

Selain Google, terdapat beberapa syarikat lain yang turut dilaporkan membida untuk mendapatkan Nokia Health ini. Ia turut dikatakan yang mana harga akhir yang mungkin dibayar untuk Nokia Health ini mungkin lebih rendah daripada apa yang dibayar Nokia untuk mendapatkan Withings sebelum ini.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

%d bloggers like this: