BACHOK – Trend menyebarkan berita tidak pasti membabitkan kerajaan menerusi media sosial menjelang pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei ini adalah perkembangan yang membimbangkan, menurut Majlis Profesor Negara (MPN).

Ketua Pegawai Eksekutifnya Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berkata sehubungan itu rakyat perlu ambil tahu apa yang dicapai negara bagi mengelak terpedaya dengan andaian dan tohmahan yang disebarkan itu.

Sebagai contoh, Bank Dunia meletakkan Malaysia sebagai negara ke-23 terbaik di dunia dalam pencapaian ekonomi, katanya kepada pemberita pada Program Profesor Bersama Masyarakat di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini, hari ini.

“Walaupun terdapat kesilapan sedikit sebanyak, pencapaian negara dengan petunjuk-petunjuk yang ada, ia satu kejayaan yang boleh dibanggakan,” katanya.

Beliau berkata dalam aspek pengangguran, negara hanya mencatatkan angka 3.4 peratus daripada jumlah penduduk di negara ini, ia jauh lebih baik berbanding 30 hingga 40 peratus di negara-negara jiran.

Katanya projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan Pelabuhan Klang di Selangor dengan Pahang, Terengganu dan Kelantan yang dijangka siap pada 2024 akan menarik minat pelabur dari dalam dan luar negara untuk melabur di negeri terbabit.

“Ini akan merancakkan ekonomi di negeri-negeri pantai timur termasuk di Kelantan sekaligus memberi peluang pekerjaan kepada ramai anak muda dengan syarat ia memerlukan kestabilan politik dalam negara,” katanya. – BERNAMA



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

%d bloggers like this: