admin

BN Sabah perlu mentaliti menang hadapi PRU14


KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah perlu mempunyai mentaliti ‘menang’ dalam semua aspek ke arah menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman yang juga Pengerusi BN Negeri, berkata PRU14 perlu dianggap penting dalam memastikan BN terus menerajui kerajaan.

“Ada yang panggil PRU14 ini ‘ibu segala pilihan raya’ dan ‘bapa segala pilihan raya’. Apa pun, ia penting kepada setiap kita.

“Kalau mahu menang, kita mesti ada cara untuk menang, mesti berfikir untuk menang dan bertindak untuk menang,” katanya pada Majlis Makan Malam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama pemimpin masyarakat Sabah di sini malam ini.

Musa seterusnya mengingatkan anggota BN supaya tidak bersikap sambil lewa, sebaliknya perlu memantapkan gerak kerja, kerjasama dan toleransi antara anggota bagi memastikan parti itu meraih kemenangan.

“Kita, BN perlu turun padang untuk menerangkan dan menjelaskan kepada rakyat mengenai kemampuan BN.

“Kita juga perlu menjelaskan mengapa kita menyokong Perdana Menteri kerana banyak manfaat kita dapat daripada kepimpinannya..ini fakta,” katanya.

Musa turut menjelaskan sejak Najib menjadi Perdana Menteri, banyak peruntukan diluluskan kerajaan pusat yang membantu Sabah melaksanakan pembangunan yang pesat.

Antaranya projek pembinaan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) yang dijangka siap akhir tahun ini, projek Pembangunan Eko Tanjung Aru dan Lebuhraya Pan Borneo.

— BERNAMA



Source link

read more

Bas terbakar 52 penumpang rentung



SEBUAH bas terbakar di kawasan terpencil Kazakhstan pada Khamis mengorbankan 52 penumpang warga Uzbekistan, kata Kementerian Dalam Negeri Kazakhstan.

Bas tersebut dikatakan dipandu di sepanjang jalan di utara-barat wilayah Aktau, Kazakhstan yang menghubungkan Samara ke Shymkent, sebuah bandar di selatan Kazakhstan berdekatan dengan sempadan Uzbekistan.

Arah laluan bas sebelum kejadian belum dapat dikenal pasti namun, bas tersebut seringkali digunakan untuk menghantar pekerja-pekerja asing yang kebiasaannya bekerja di tapak pembinaan sama ada pergi dan pulang dari Rusia.

Dalam kejadian tersebut, lima penumpang berjaya menyelamatkan diri dari kenderaan yang terbakar itu.

Kenyataan turut menyebut kemalangan berlaku pada 10.30 pagi waktu tempatan namun tidak menjelaskan mengenai punca kemalangan.



Source link

read more

Be wary of fake DOE officers checking business premises


HAZMI

MO,18/1/2018, SEREMBAN: Negri Sembilan’s Department of Environment (DOE) has urged the public to be wary of a group of men proclaiming to be DOE officers. This follows a case reported in Galla Industrial Park here on Jan 9, where a factory owner was issued with a ‘fine’ for excessive dust production by a group of six men, who had conducted a check at the factory.

The men, who claimed to be DOE officers, had offered the victim a deal, in which the latter would pay RM1,500 to ‘Badan Kebajikan Bekas Relawan Negara Malaysia’ in exchange for the fine. Revealing this today, state DOE director Norhazni Mat Sari said the factory owner made the payment on the same day, only to be told by the suspects later that he had to make another RM3,000 payment, this time to spare the premises from being checked again in the future.

“The victim felt suspicious and went to the state DOE office to verify the matter. That was when he realised that he had been duped. A police report was lodged by the victim,” she said in a statement here today. Norhazni said the syndicate’s modus operandi involved threatening to issues summonses to business owners for polluting the environment.

“We urge the public and business owners to be wary of the syndicate’s activities. According to the department’s standard operating procedure, every DOE officer must present the department’s identification card. “DOE officers also wear green uniforms and use the DOE’s official transport, with its logo prominently displayed on the car. All business owners should be made aware of the matter,” she said.

Norhazni said those seeking further information can contact the department at 06-7649017 / 18.

–NSTP



Source link

read more

Didakwa sebar kandungan jelik MCMC siasat Nga Kor Ming


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Kontinjen Perak telah menyerbu beberapa lokasi berlainan melibatkan premis Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming yang didakwa menyebarkan kandungan jelik menerusi laman media sosialnya.

Serbuan dijalankan sekitar 3 petang Khamis di Ayer Tawar, Taiping dan Ipoh susulan aduan terhadap Timbalan Setiausaha Agung DAP itu dan beberapa peralatan komunikasi telah dirampas untuk siasatan lanjut, kata MCMC dalam satu kenyataan.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan jika sabit kesalahan, denda tidak melebihi RM50,000 boleh dikenakan atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Pemuda Palestin mati ditembak tentera Israel di Jenin



RAMALLAH: Seorang pemuda Palestin ditembak mati pada awal Khamis oleh pasukan tentera Israel di kawasan Wad Burqin di barat Jenin yang terletak di bahagian utara Tebing Barat, lapor agensi berita Jordan (Petra) memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin.

Menurut kenyataan itu, tentera rejim Israel telah menceroboh masuk ke dalam rumah Ahmed Nasr Jarar sebelum menembak mati pemuda berusia 22 tahun itu.

Kenyataan itu menyebut mangsa telah menggunakan senjata automatik untuk menentang tentera Israel.

Media Israel pula melaporkan bahawa pemuda Palestin itu terlibat dalam pembunuhan seorang rabbi berhampiran Nablus minggu lepas.

— BERNAMA



Source link

read more

Membrane technology to provide instant drinking water for flood victims


NEWS

MO,18/1/2018, PUTRAJAYA: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) has developed a mobile water treatment system using ‘membrane technology’. With the system, flood water can be processed to make it safe for drinking and daily usage. Higher Education Minister Datuk Seri Idris Jusoh said the treated water would benefit flood victims in Pekan, Pahang who were affected by prolonged flood.

“UTM has the expertise in developing the membrane technology and such facility can help flood victims to have access to clean water for their daily needs,” he said in a statement today. The technology, he added, had caught the interest of Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar.

Idris said Tunku Azizah took a closer look at the technology and drank the treated water during her visit to the flood relief centre at Sekolah Kebangsaan Temai, Pekan Pahang. She also presented aid to flood victims at the relief centre. He said the mobile water treatment system using the membrane technology was developed by a team of lecturers led by vice-chancellor (research and innovation) Professor Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail of the Advanced Membrane Technology Research Centre.

“This system can generate 1,000 litres of clean drinking water a day and 2,000 litres of treated water for daily use. “The school, which has been turned into a relief centre, will have access to the technology until the flood situation improves and the centre is officially closed,” Idris added.

–NSTP



Source link

read more

Pakatan Harapan adalah Pakatan Wayang – Salleh


KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan sebagai sebuah pertubuhan yang sah sebenarnya tidak wujud, sebaliknya hanyalah sebuah “Pakatan Wayang” yang menyaksikan pakatan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan empat parti pembangkang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Beliau berkata wujud Pakatan Wayang itu adalah lebih kepada untuk mengelirukan rakyat mengenai niat sebenar mereka apabila beberapa pemimpin pembangkang terdiri ahli parlimen berpakat dengan Dr Mahathir yang bukannya ahli parlimen.

“Pembangkang sekarang merupakan mereka yang sama yang mahukan Dr Mahathir ditukar ketika menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

“Sekarang mereka ini jugalah yang mahukan Dr Mahathir kembali ke tampuk pemerintahan. Adakah mereka fikir orang ramai akan begitu mudah mempercayai mereka?” soal Salleh menerusi catatan laman blog beliau, hari ini.

Menurut Bendahari UMNO itu kini wujud persepsi umum bahawa Dr Mahathir mahu menggunakan pembangkang untuk meletakkan anaknya Datuk Seri Mukhriz kembali ke landasan politik, sementara pembangkang yang diketuai oleh DAP pula mahu Dr Mahathir memberikan mereka undi Melayu.

“Malah, Mukhriz sendiri mengakui adalah menjadi perkara biasa untuk beliau bercita-cita menjadi perdana menteri.

“Jadi tidak ada Pakatan Harapan sebenarnya. Ia adalah lebih kepada Pakatan Wayang untuk mengelirukan rakyat tentang niat sebenar mereka,” katanya.

–BERNAMA



Source link

read more

Bunuh diri tu haram akal kat mana – Hafiz Hamidun sindir Fathia Latiff



Baru-baru ini, pelakon Fathia Latiff sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia meninggalkan beberapa komen ketika Iqram Dinzly sedang mengadakan sesi video ‘live’ di laman Instagram miliknya.

Fathia meninggalkan empat komen yang berbunyi “pergi bunuh diri”, “bunuh diri Iqram”, “tak ada scene bunuh diri ke?” dan “alang-alang” ketika aktor tersebut sedang mengadakan sesi ‘live’.

Tidak dapat dipastikan sama ada komen yang ditinggalkan oleh Fathia kepada Iqram berunsur gurauan atau serius.

Terbaru, penyanyi Hafiz Hamidun tampil memberikan komen mengenai isu tersebut secara umum menerusi laman Twitter .

“Bunuh diri tu haram. Tapi kalau suruh orang bunuh diri tu, (kalau bergurau sekali pun) memang tak lawak dan tak guna punya pemikiran.

“What if orang yang kau suruh bunuh diri tu triggered dan betul-betul bunuh diri. Kau happy? Puas? 

“Akal kat mana? Nafsu kat mana?” tulis Hafiz.

Biarpun tidak menyebutkan nama Fathia, netizen mengandaikan nasihat itu sebagai satu sindiran dan mendakwa tweet tersebut ditujukan kepada aktres itu berikutan tindakan yang dilakukan olehnya kepada Iqram.

BACA: “Tak ada scene bunuh diri ke?” – Fathia Latiff suruh Iqram Dinzly bunuh diri? 

Nama Fathia dan Iqram terus menjadi bualan ramai semenjak tahun lalu. 

Fathia terpalit dengan isu Bigo Live serta kenyataannya di laman sosial yang mengundang kontroversi manakala Iqram pula dilihat gemar melakukan aksi pelik di Instagram.



Source link

read more

Thai lumpuhkan sindiket dadah kendalian wanita dan suaminya pegawai tinggi polis



BANGKOK: Polis anti dadah Thai memberkas seorang wanita dan suaminya, seorang pegawai tinggi polis, yang dipercayai menjadi dalang di sebalik sindiket dadah melibatkan berjuta-juta Dolar, dengan operasinya meliputi beberapa negara di rantau ini.

Ketua Biro Pencegahan Narkotik Thailand (NSB) Lt Jen Sommai Kongvisaisuk berkata wanita berumur 31 tahun itu dan suaminya yang berpangkat Lt Kolonel, ditahan dalam beberapa serbuan bersepadu yang dilancarkan NSB di seluruh negara bermula 12 Jan tahun ini.

“Kami syak sindiket ini yang diketuai seorang wanita dan suaminya mempunyai kaitan dengan raja dadah Laos, Xaysana Keopimpha dan raja dadah tempatan, Usman Salaemeng,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Ketua Polis Negara Jen Chakthip Chaijinda di ibu pejabat NSB di sini hari ini.

Xaysana, yang digelar ‘Raja Dadah ASEAN’ oleh pihak berkuasa Thai, ditahan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi tahun lepas dan kini menunggu untuk dibicarakan, manakala Usman dari Narathiwat, menjadi orang buruan sejak 10 tahun lepas dan dipercayai menyembunyikan diri di sebuah negara jiran.

Menurut Sommai, serbuan terhadap wanita itu dan suaminya merupakan sebahagian daripada siasatan lanjut NSB terhadap rampasan 520kg marijuana di Hatyai, selatan Thailand pada 21 Dis tahun lepas.

Katanya berdasarkan siasatan polis, wanita itu dipercayai menjadi orang yang bertanggungjawab dalam mengawal perdagangan dadah dengan seorang pengedar dadah yang tidak dinamakan dari Laos, selain aktiviti transaksi wang yang mempunyai kaitan dengan perdagangan dadah yang membawa keuntungan lumayan.

Sementara itu, pihak berkuasa akan mendakwa suami wanita itu dengan pertuduhan konspirasi dadah dan pengubahan wang haram.

“Sindiket diketuai wanita terbabit dan suaminya itu terlibat terutamanya dalam mendapatkan dadah jenis Methaphetamine seperti ‘Ice’ (Crystal Methaphetamine) dan Marijuana daripada Segitiga Emas ke Selatan Thailand, sebelum dadah itu dipasarkan ke negara lain,” katanya.

Timbalan Sommai, Maj Jen Thanai Aphichartsenee berkata sindiket suami isteri itu beroperasi sejak empat hingga lima tahun lepas, dengan dadah dalam kawalan mereka biasanya diseludup merentasi sempadan ke negara ketiga sebelum sampai ke bandar di selatan sempadan, Hatyai.

Polis turut mengumumkan selain wanita itu dan suaminya, mereka turut menahan tujuh orang lagi dalam serbuan itu dan merampas 21 senjata api, pelbagai jenis kereta, hak milik tanah, kondominium, rumah, wang tunai dan barangan kemas dianggarkan bernilai kira-kira 188 juta Baht (RM22 juta).

Polis turut merampas pelbagai jenis dadah termasuk 3.34 juta pil Methaphetamine, 2kg “Ice”, 12kg Marijuana dan sejumlah kecil Heroin bernilai kira-kira 722.8 juta Baht (kira-kira RM90 juta), kata polis.

— BERNAMA



Source link

read more

The latest technology for youths to prepare for Industry 4.0


KJ

MO,18/1/2018, KUALA LUMPUR: Youth and Sports Minister, Khairy Jamaluddin, today launched a partnership with Microsoft Malaysia to introduce several learning tools to be used at the Youth and Sports Skills Training Institute (ILKBS), as part of the 2050 National Transformation 2050 (TN50) initiative.

Khairy said the implementation of the partnership programme, Digital ILKBS, will benefit over 10,000 students of mechanical manufacturing at eight ILKBS including the National Advanced Youth Vocational Institute (IKTBN) Sepang, IKTBN Dusun Tua, IKTBN Pagoh, IKTBN Chembong, IKTBN Bukit Mertajam, IKTBN Miri, IKTBN Jitra and IKTBN Temerloh.

He said that the move to introduce the world class technology was a very important step not only to enhance the country’s training and education institutions, but also to prepare the students and graduates for the Fourth Industrial Revolution. “All eight institutions were selected to be part of this Digital ILKBS because they have a special focus on mechanical manufacturing.

We are starting with technical vocational courses first simply because Industry 4.0 is already upon us and we must be ready for it. We believe that it is imperative for young Malaysians to be equipped with the most up to date knowledge and tools to prepare them for the future,” he told reporters at the launch which took place at Microsoft office here today.

He is confident that the latest guidance and software provided through the partnership with Microsoft, will help mould students into becoming Malaysia’s frontline workforce and entrepreneurs who are not just technologically prepared, but capable to of taking on the challenges of Industry 4.0

Khairy said that the Implementation of the Digital ILKBS will be rolled out is phases beginning January this year to December 2020.

–NSTP



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons