admin

Chong Wei sanggup bayar denda kepada BWF


KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei sanggup membayar denda kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk tidak menyertai beberapa kejohanan yang ditetapkan kerana mengambil faktor usia dan ketahanan fizikalnya.

Pemain nombor dua dunia itu berkata tumpuannya adalah kepada kejohanan yang mempunyai standard lebih tinggi termasuk persiapan rapi untuk Kejohanan Dunia, Sukan Komanwel, Piala Thomas, Sukan Asia serta All England pada tahun ini.

Berdasarkan peraturan baharu BWF, semua pemain yang berada dalam kelompok 15 terbaik dunia diwajibkan menyertai 12 kejohanan setahun iaitu tiga kejohanan tahap dua, lima kejohanan tahap tiga dan empat kejohanan tahap empat.

“Saya akan berbincang dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) jika perlu bayar denda, saya sanggup bayar. Usia saya bukan 25 tetapi 35 tahun ini. Sepatutnya ketika ini saya dan beberapa pemain lain berehat dan membuat persiapan All England pada Mac ini. BWF telah keluarkan peraturan sebegini, kami pemain perlu akur,” katanya selepas perlawanan semalam.

Ekoran peraturan baharu itu, kebanyakan pemain terkemuka dunia tersingkir awal daripada saingan Perodua Masters Malaysia yang sedang berlangsung minggu ini di Arena Axiata, Bandaraya Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil.

Chong Wei yang turut tewas pada perlawanan pembukaan itu berkata rata-rata pemain tidak dapat memberikan permainan yang baik kerana masing-masing mempunyai jadual kejohanan yang padat.

Dua jaguh badminton dunia, Chen Long dan Lin Dan serta Son Wan Ho dari Korea Selatan antara pemain terkemuka dunia yang turut terkeluar daripada saingan pusingan pertama.

Bekas juara dunia lima kali, Lin Dan turut menyuarakan perkara yang sama berkata semua pemain terkemuka dunia akan memberi tumpuan kepada kejohanan yang lebih tinggi dan secara realistiknya tiada pemain dapat mengekalkan prestasi cemerlang dalam semua kejohanan.

Sementara itu, pemain nombor satu dunia Viktor Axelsen dari Denmark berkata peraturan baharu itu akan mengganggu kecergasan pemain kerana terlalu banyak kejohanan yang perlu disertai pada awal tahun.

Justeru, beliau berkata penting untuk pemain ranking tinggi menjaga keadaan fizikal dan mentalnya untuk menjadi lebih bersaing dalam kejohanan.

“Banyak kejohanan yang perlu kami sertai dan memerlukan masa untuk berlatih, bagaimanapun kami mempunyai banyak perlawanan bulan ini. Ekoran ini, saya percaya banyak pemain hebat tidak dapat melakukannya kerana tidak mempunyai masa yang cukup untuk berlatih.

“Saya percaya para pemain akan memberikan yang terbaik, kami perlu menjaga keadaan fizikal supaya tidak cedera, kami juga perlu mengekalkan kecergasan sebelum menyertai mana-mana kejohanan,” kata Axelsen.

— BERNAMA



Source link

read more

Najib pledges RM8.5mil to upgrade Penampang’s tamu


Najib

MO,18/1/2018, KOTA KINABALU: Residents of Penampang can expect a new and upgraded tamu (market) ground soon. During Datuk Seri Najib Tun Razak’s walkabout here that started at about 4.10pm Thursday (Jan 18), the Prime Minister said the RM8.5mil allocation had been approved “I met with traders and many of them requested for the tamu ground to be upgraded, so I decided to allocate RM8.5mil,” he said.

Najib said he was glad to be in Penampang to hear about the problems faced by its people. He also said that the Federal Government cares for and wants to help its people in Penampang. Najib assured the people of Penampang and Sabah that if the Barisan was given the mandate to lead, there would be more for the people in terms of development and other benefits.

“Ever since I became Prime Minister, I have approved millions in allocations for Sabah,” Najib added. Najib was accompanied by Chief Minister Tan Sri Musa Aman, Deputy Chief Minister Tan Sri Joseph Pairin Kitingan and Sabah Police Commissioner Datuk Ramli Din for the walkabout.

“I am so happy because he paid more than what the items are worth and didn’t ask for change,” said 58-year-old rattan goods trader Asila Gomoru.

–TheStar



Source link

read more

Bursa Malaysia dibuka tinggi | Astro Awani


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan aliran kenaikan semalam untuk dibuka lebih tinggi hari ini susulan minat belian berterusan bagi saham wajaran tinggi terpilih serta seiring dengan prestasi kebanyakan pasaran serantau lainnya, kata peniaga.

Pada 9.10 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,828.64 iaitu menokok 0.01 mata berbanding paras penutup 1,828.63 semalam dan dibuka 2.61 mata lebih tinggi kepada 1,824.55.

Sentimen pasaran secara keseluruhannya adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 197 berbanding 116 manakala 234 kaunter tidak berubah, 1,285 tidak didagangkan manakala 32 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 374.60 juta saham bernilai RM98.52 juta.

Dalam satu nota penyelidikan hari ini, Maybank Investment Bank Research (Maybank IB) berkata bursa tempatan itu dijangka reda hari ini.

“Aliran peningkatan semalaman di pasaran Amerika Syarikat (AS) akan memberi sokongan kepada bursa tempatan, namun selepas mencatat kenaikan selama empat hari berturut-turut, kami percaya FBM KLCI akan mengalami pembetulan teknikal.

“Malah, secara teknikalnya, kami mengunjurkan indeks petunjuk utama itu didagangkan antara 1,820 dan 1,835 hari ini. Paras sokongan menurun pula sekitar 1,812 dan 1,793 mata,” kata firma pelaburan itu.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing susut dua mata kepada RM9.86 dan RM20.86 manakala TNB tidak berubah pada RM15.82 dan Petronas Chemicals naik dua sen kepada RM8.19.

Bagi saham cergas pula, Sumatec untung setengah sen kepada 10.5 sen, UMW O

Indeks FBM Emas naik 5.63 mata kepada 13,197.36, Indeks FBMT 100 menambah 3.50 mata kepada 12,851.87 dan FBM 70 menokok 16.07 mata kepada 16,436.36.

Indeks FBM Emas Shariah menambah 10.19 mata kepada 13,628.70 manakala FBM Ace meningkat 37.65 mata kepada 6,843.83.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan naik 11.21 mata kepada 17,257.47, Indeks Perladangan menambah 17.37 mata kepada 8,092.60 namun Indeks Perusahaan merosot 1.75 mata kepada 3,336.60.

— BERNAMA



Source link

read more

Guan Eng kemuka fakta bercanggah


18chang2.transformedMO, 18/1/2018, GEORGETOWN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Ketua Menteri, Lim Guan Eng, ekoran kenyataannya berhubung isu projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya di negeri ini.

Chang Yeow berkata, ia susulan kenyataan Guan Eng yang melabelnya sebagai pembohong ketika mengemuka kenyataan berhubung projek mega dianggarkan bernilai RM6.3 bilion itu, semalam.

“Saya sudah mengarahkan peguam untuk meneliti dakwaan Guan Eng bahawa saya berbohong dalam isu ini. Saya akan gunakan hak undang-undang untuk mengambil tindakan terhadap beliau.

“Saman pemula ke atas beliau hanya akan diserahkan sejurus penelitian oleh pihak peguam saya selesai nanti,” katanya pada sidang media di Pejabat Gerakan Pulau Pinang di sini, hari ini.

Semalam, Guan Eng mencabar Chang Yeow menamakan Setiausaha Agung DAP itu secara jelas dalam kenyataan medianya berkaitan isu terowong dasar laut dan tiga lebuh raya yang didakwa berunsur fitnah.

Dalam pada itu, Chang Yeow turut menyifatkan Guan Eng sebagai penipu apabila kerap mengemuka kenyataan bercanggah berhubung isu projek mega yang akan menghubungkan Persiaran Gurney di sini dengan Bagan Ajam di Seberang Perai Utara.

Katanya, ia susulan beberapa kenyataan bercanggah dikemuka Setiausaha Agung DAP itu yang turut dimuat naik dalam laman Facebook rasmi CM Lim Guan Eng, sejak 2015 lagi.

“Guan Eng pernah menghadiri upacara menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) pengurniaan tanah tambakan laut di Gurney Wharf seluas 20.23 hektar, antara Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd dengan Ewin Zenith Sdn Bhd, pada 13 Ogos 2015. Bagaimanapun, ia dinafikan Guan Eng, baru-baru ini.

“Guan Eng juga menyatakan pembayaran bernilai RM208 juta kepada syarikat perunding projek mega terbabit dibuat bagi laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) yang sudah lengkap, minggu lalu.

“Bagaimanapun, semalam, beliau menyatakan bayaran bagi keseluruhan kerja EIA projek terbabit ditanggung pihak perunding, sejurus saya membangkitkan fakta berdasarkan laporan Jawatankuasa Kira-Kira (PAC) negeri, kelmarin,” katanya.



Source link

read more

More than 160,000 new-look passports issued since Nov 15


MUSTAFAR ALI

MO,18/1/2018, PUTRAJAYA: The Immigration Department has issued a total of 162,672 of the new and improved Malaysian international passports since it was introduced on Nov 15, last year. Its director-general Datuk Seri Mustafar Ali said throughout last year, more than two million passports, including the new version, have been issued in Malaysia and the department’s representatives abroad.

“On the first day of the introduction, 45 passports were successfully printed and handed over to the applicants without any issues,” he said. Apart from the colourful and attractive design, the upgraded passport comes with a host of enhanced security features including an embedded chip in the polycarbonate personal particulars page. Previously, the chip was placed in the back cover.

In the meantime, Mustafar said the Malaysian Immigration Attaché Office in Melbourne can now issued the upgraded passport. “The application and issuance of the new international passport can be carried out officially at the Malaysian Immigration Attaché Office in Melbourne from yesterday (Jan 17),” he said.

Consul-General of Malaysia in Melbourne Westmoreland Palon handed over the new passport to the first recipient at 10.50am (Australian time). “Penang-born Chin Shu Huoy, who is a permanent resident in Australia, was shocked when she received the passport from Palon.” “She said she was proud and happy about the service which was smooth and simple although its was done outside Malaysia,” Mustafar added.

The simple ceremony was witnessed by Penang Immigration Department director Meor Hezbullah Meor Abd Malik, Sabah deputy director Salmi Farina Salim and several consular officers in Melbourne. “Technical personnel from the department’s technical and supply company were also present to monitor any issues which may arise as well as to ensure smooth application process.” he added.

It was reported that the new version of Malaysian passports, equipped with enhanced safety features, would signal an end to the problem of forged travel documents. Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi officially launched the new travel document on Jan 11.

–NSTP



Source link

read more

11 wanita warga asing ditahan


PETALING JAYA: Seramai 11 wanita warga asing yang dipercayai bekerja sebagai pekerja seks ditahan pasukan polis dalam beberapa seburan di Damansara Perdana di sini malam tadi.

Dalam serbuan yang dilakukan pada pukul 10.45 malam itu, pasukan polis menyerbu sebuah pusat urut dan dua pusat hiburan.

Hasil pemeriksaan mendapati sembilan wanita berasal dari Thailand dan Indonesia manakala dua lagi warga China.

Pemeriksaan juga mendapati, kesemua mereka tidak mempunyai permit sah kerja.

Selain wanita itu, tiga penjaga warga tempatan dan dua lelaki warga Bangladesh ditahan.

Polis turut merampas alatan audio di sebuah premis pusat hiburan tidak berlesen dan sejumlah wang tunai serta jadual kerja.

Kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.



Source link

read more

Terima kasih Dr McDreamy saya kini terima AS20 juta untuk musim baru Greys Anatomy – Ellen Pompeo



Pelakon drama bersiri televisyen popular Grey’s Anatomy, Ellen Pompeo berkata dia akan menerima lebih AS$20 juta (RM81 juta) melalui kontrak baharunya yang meliputi tiga musim termasuk musim ini.

Dalam temubualnya bersama The Hollywood Reporter, Pompeo berkata dia akan digaji AS$575,000 untuk setiap episod, bonus “7-angka” untuk menandatangani kontrak pembaharuan dan tambahan kira-kira AS$6-7 juta.

Peningkatan gaji secara tiba-tiba berlaku selepas Pompeo mengadakan perbincangan dengan penerbit Grey’s Anatomy, Shonda Rhimes.

Katanya kepada Rhimes, jika dia ingin meneruskan siri Grey’s Anatomy, Pompeo harus diberi insentif dan kuasa supaya dia akan rasa seperti sebahagian daripada siri televisyen itu.

Respon Rhimes, “Sudah pastinya saya ingin meneruskan siri ini. Oleh itu, kami akan mencari cara untuk menggembirakan anda. Apa yang anda kehendaki?”

Pompeo menerangkan bahawa komitmen dalam Grey’s Anatomy memberikan tekanan kepadanya kerana dia tidak dapat berlakon dalam projek yang lain disebabkan kontrak yang tidak mengizinkan.

Menurut Pompeo, terma ini harus memberikan bayaran yang tinggi.

Pompeo turut meminta kontrak yang mengizinkan beliau untuk menjadi penerbit kerana pada usia 48 tahun, karier lakonannya menjadi tidak realistik.

Tambah Pompeo, keputusan Patrick Dempsey untuk keluar dari siri televisyen itu bertukar menjadi manfaat baginya dalam menentukan tawaran kontrak baru.

Watak McDreamy lakonan Dempsey ditamatkan pada 2015 selepas wujud ketegangan antara Dempsey dan pelakon lain serta Rhimes.

“Mereka sentiasa membandingkan Dempsey dan saya – ‘Kami tidak memerlukan kamu; Kami ada Patrick’ – mereka sentiasa menggunakan dialog ini ke atas saya.

“Saya tidak pasti jika mereka menggunakan taktik yang sama ke atas Dempsey kerana kami tidak pernah membincangkan tawaran dan kontrak kami.

“Saya pernah meminta bayaran AS$5,000 lebih tinggi daripada Dempsey kerana ini adalah Grey’s Anatomy dan watak saya adalah Meredith Grey, tetapi mereka menolak permintaan saya,” jelas Pompeo.

Katanya dia tidak meninggalkan siri televisyen itu kerana dia tidak mahu seorang lelaki menjadi punca dia keluar dari Grey’s Anatomy.



Source link

read more

Wanita kantoi membunuh gara-gara gambar selfie di Facebook


TEMBERANG seorang wanita membunuh rakannya sendiri pecah gara-gara sekeping gambar ‘selfie’ yang dipapar di akaun Facebook.

Cheyenne Rose Antoine, 21 tahun, mengaku bersalah membunuh Brittney Gargol, 18 tahun di Kanada dua tahun lalu.

Gargol ditemui dengan kesan dicekik berdekatan tempat membuang sampah di Saskatoon, Saskatchewan, dengan seutas tali pinggang berdekatan mayatnya.

Menurut polis Kanada, mereka berjaya menjejak Antoine yang secara tidak sengaja mendedahkan dirinya apabila memuat naik gambar dia bersama mangsa.

Polis mengesan tali pinggang yang ditemui berdekatan mayat mangsa, sama seperti yang dipakai Antoine di dalam gambar berkenaan.

Polis menahan Antoine selepas melihat gambarnya bersama mangsa, Gargol di Facebook yang menunjukkan tali pinggang berwarna biru yang dipercayai senjata pembunuhan

Gambar berkenaan dimuat naik enam jam sebelum berlakunya pembunuhan.

Selepas membunuh rakannya, Antoine menulis mesej di halaman Facebook Gargol.

“Di manakah anda, belum mendengar berita daripada anda, harap anda selamat pulang,” mesej yang ditulis Antoine dengan tujuan untuk mengelak dirinya menjadi suspek.

Namun kerana gambar dan mesej itu, penyiasat mula mengesan Antoine dan menjalankan siasatan lanjut.

Antoine mendakwa dia dan Gargol bersahabat baik, dan minum sehingga mabuk, sebelum terlibat dalam satu pertengkaran.

Dalam hujah mempertahankan diri di mahkamah, Antoine mengaku tidak ingat mencekik Gargol, namun langsung tidak menafikan dia membunuh rakannya itu.

“Saya tidak akan memaafkan diri saya,”kata Antoine dalam kenyataan yang dibacakan di dalam mahkamah.



Source link

read more

Isu sampah terbang: Kucing pun jadi mangsa – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 18 Jan. – “Kucing pun pernah dicampak orang dari tingkat atas,” luah seorang penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai, Pantai Dalam.

Dia yang dikenali sebagai Naza Abdul Rahman, 42, mendakwa, kejadian seperti itu bukanlah berlaku sekali sahaja malah ia berlaku berulang kali.

“Kasihan. Memang tidak logik untuk difikirkan. Lebih-lebih lagi walaupun kucing itu tidak mempunyai akal namun kesemua haiwan mempunyai naluri yang tersendiri.

“Pasti ada yang sengaja menolak atau mencampaknya ke bawah. Saya tak berniat mahu tuduh sesiapa namun tindakan sedemikan memang betul-betul tidak masuk akal,” ujar Naza kepada Utusan Online hari ini.

Tambah Naza lagi, kadang-kala bukan sampah biasa sahaja ditemui bertaburan malah lampin pakai buang yang dipenuhi najis turut pernah ‘singgah’ di laman premisnya.

“Mungkin mereka mahu mencampak lampin itu terus ke tong sampah yang berdekatan tetapi hasil pembuangan itu tidak masuk ke tempat yang betul malah melayang ke tempat lain pula.

“Tindakan sebegitu bukan sahaja menjijikan malah kita yang berjalan di bawah ini pun sudah cukup risau. Takut-takut ada objek berbahaya melayang menimpa orang yang tidak bersalah,” luahnya dengan nada yang kesal. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Saya nak tanya siapa sebenarnya label Tun Dr Mahathir diktator – Salleh Said Keruak


KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini melontarkan soalan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad tentang siapa sebenarnya yang melabel beliau diktator.

Salleh berkata bekas perdana menteri itu menulis dalam blognya semalam catatan bertajuk ‘The Dictator’ yang berbentuk sindiran dan cuba memulang paku buah keras tuduhan beliau seorang diktator dan kleptokrat semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun.

“Mahathir mengakhiri catatannya dengan berkata, “jadi teruskan menggelar saya diktator, Mahazalim dan Mahafiraun, tidak demokratik, dan menjadi terlampau kaya melalui rasuah. Ini adalah benar, sebenar-benarnya, tiada lain melainkan benar.”

“Yang sebenarnya mereka yang menggelar Mahathir diktator, Mahazalim dan Mahafiraun, tidak demokratik dan kini menjadi terlampau kaya melalui rasuah” adalah mereka yang berada dalam Pakatan Harapan,” kata Salleh dalam catatan terbaru blog beliau hari ini.

Menteri itu berkata Dr Mahathir mungkin lupa suatu perkara penting bahawa mereka itu kini adalah sekutu dan rakan politiknya sekarang.

“…atau apakah sebenarnya beliau memang mahu menyindir sekutu politknya sekarang?” tanya Salleh.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons