Review Category : Antarabangsa

Tercepat 20 saat syarikat kereta api Jepun minta maaf bagai nak rak



TOKYO: SEBUAH syarikat kereta api di Tokyo, Jepun hari ini membuat permohonan maaf kepada pengguna pengangkutan awam negara itu.

Semuanya gara-gara tren yang sepatutnya meninggalkan stesen Minami Nagareyama pada pukul 9.44 pagi pada saat yang ke 40, tetapi ia meninggalkan stesen tersebut 20 saat lebih awal pada Selasa.

Lapor portal Herald Sun, walaupun tiada pengguna yang membuat sebarang aduan tentang insiden berkenaan, pekerja di syarikat itu diingatkan supaya kejadian itu tidak berulang lagi.

Ketepatan masa merupakan satu perkara perkara yang penting yang dianggap amat penting di negara matahari terbit itu.

Ini disebabkan ramai rakyat Jepun terutamanya bagi orang yang bekerja bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan pengangkutan awam itu.



Source link

read more

Trump layak mati kerana hina Kim Jong Un – Korea Utara



KOREA UTARA dalam satu kenyataan pada Rabu menyatakan bahawa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berhak dikenakan hukuman mati kerana menghina pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.

Minggu lepas, Trump menggunakan saluran media sosial pilihannya untuk meluahkan rasa tidak puas hati apabila mengetahui Jong Un memanggilnya dengan gelaran ‘orang tua’, sedangkan dia telah menahan diri daripada memanggil diktator Korea Utara itu sebagai ‘pendek dan gemuk’.

Sebagai tindak balas ke atas kenyataan Trump itu, akhbar Korea Utara Rodong Sinmun menulis bahawa Trump kini telah ‘dihukum mati oleh rakyat Korea’.

“Jenayah paling buruk yang tidak boleh diampuni adalah dia (Trump) berani menjatuhkan maruah kepimpinan tertinggi.

“Dia perlu tahu bahawa dia hanya seorang penjenayah yang telah dihukum mati oleh rakyat Korea,” kata kenyataan itu.

Sejak menjadi presiden, Trump dilihat banyak terlibat dengan perang kata-kata dengan Kim Jong Un.

Sabtu lalu, Korea Utara mengeluarkan kenyataan mengecam kunjungan Trump ke Asia, dan
menyifatkannya sebagai satu ‘lawatan si ketua peperangan’, selain menggelarkan Trump dengan gelaran ‘dotard’, satu istilah penghinaan yang turut membawa maksud ‘orang tua’.



Source link

read more

Tiga lagi kes baharu penyakit Legionnaire yang dikaitkan dengan Disneyland



LOS ANGELES: Tiga lagi individu telah didiagnosis menghidap penyakit Legionnaire selepas mereka berkunjung ke Anaheim, Daerah Orange, California, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang dijangkiti setakat ini ialah 15 orang, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan pegawai kesihatan.

Dua daripada tiga kes baharu itu membabitkan individu yang berkunjung ke Disneyland di Anaheim manakala 11 daripada 15 kes tersebut melibatkan pengunjung taman tema berkenaan pada bulan September, termasuk seorang yang bekerja di situ, kata pegawai kesihatan Daerah Orange.

Disneyland telah menutup dua menara penyejuk selepas mendapati ia mempunyai tahap bakteria Legionella yang tinggi susulan penularan penyakit Legionnaire di rantau ini. 

Pegawai Disneyland berkata mereka telah berganding bahu dengan agensi penjagaan kesihatan daerah dan merawat menara terbabit dengan bahan kimia yang boleh menghapuskan bakteria itu.

Agensi terbabit dilaporkan telah bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Awam California serta Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) bagi membantu pegawai perubatan dan jabatan kesihatan awam mengenal pasti jangkitan dalam kalangan orang ramai yang mungkin jatuh sakit selepas berkunjung ke Anaheim, terutama Disneyland, sebelum 7 Nov.

Mereka yang didiagnosis menghidap penyakit Legionnaire adalah dalam lingkungan usia 52 hingga 94 tahun.

Penyakit Legionnaire adalah sejenis wabak bawaan udara yang mengakibatkan radang paru-paru akut kepada mereka yang berusia lebih 50 tahun, atau yang mempunyai sistem imun lemah.

Menurut CDC, Legionella adalah sejenis bakteria yang terdapat secara semula jadi dalam persekitaran air tawar. 

Keadaan akan berubah menjadi teruk dan menjejaskan kesihatan manusia apabila bakteria Legionella membiak serta merebak di dalam sistem pengairan buatan manusia seperti pancuran dan kepala paip, menara penyejuk serta air pancut hiasan.

Orang ramai boleh dijangkiti penyakit Legionnaire apabila mereka bernafas dalam titisan kecil air yang terdapat dalam udara, yang mengandungi bakteria tersebut.

— BERNAMA



Source link

read more

Perut wanita hamil dirobek bayi direntap rakan sendiri



NEW YORK: Gara-gara kempunan mendapat anak, seorang wanita tergamak membunuh rakannya sendiri dan mengaku bayi mangsa sebagai anaknya.

Mangsa Angelikque Sutton, 22 tahun, yang sarat mengandung lapan bulan ditikam dan dikelar leher oleh Ashleigh Wade, 24 tahun, yang kemudian bertindak kejam dengan merentap bayi keluar dari rahim ibunya.

Portal Daily News melaporkan Wade bertindak demikian kerana ingin menjadikan bayi perempuan itu sebagai anaknya sendiri dalam pembunuhan yang dirancang teliti.

Wade dilapor berpura-pura hamil berbulan-bulan lamanya dan hanya menunggu masa untuk membunuh Sutton.

Peluang itu diambil Wade dalam insiden pada 22 November 2015 apabila Sutton singgah di rumahnya dalam perjalanan untuk mendaftar perkahwinannya.

Wade menikam rakannya berkali-kali sebelum mengelar leher mangsa. Dia kemudian membelah perut Sutton sebelum merentap bayinya keluar.

Atas kesalahan yang dilakukan itu, Wade dijatuhi hukuman penjara 40 tahun di sebuah mahkamah di Bronx, Amerika Syarikat pada Rabu.

Bayi yang diberi nama Genesis itu dilapor berada dalam keadaan selamat.



Source link

read more

Situasi di Zimbabwe Menteri Luar SADC adakan mesyuarat tergempar



CAPE TOWN: Satu mesyuarat tergempar menteri-menteri luar Komuniti Pembangunan Afrika Selatan (SADC) akan diadakan tidak lama lagi bagi membincangkan pergolakan politik dan situasi keselamatan di Zimbabwe, lapor agensi berita China Xinhua.

Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma, dalam kapasitinya sebagai pengerusi SADC, telah meminta agar mesyuarat itu diadakan pada Khamis di sekretariat SADC di Gaborone, Botswana.

Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe, 93, dilaporkan telah diletak di bawah tahanan rumah sejak Rabu oleh pihak tentera.

Tentera Zimbabwe telah mengumumkan melalui stesen televisyen rasmi negara itu bahawa mereka tidak berhasrat untuk mengambil alih kerajaan, sebaliknya “menyasarkan penjenayah di sekeliling” Mugabe, dan memaklumkan bahawa Mugabe serta keluarganya berada dalam keadaan sihat dan keselamatan mereka adalah terjamin.

Sekretariat SADC berkata mesyuarat tergempar itu akan dihadiri menteri-menteri luar negara anggota badan itu, yang mengamalkan kepimpinan secara bergilir, termasuk SADC Organ Troika yang dianggotai  Angola, Tanzania dan Zambia serta Majlis Presiden SADC Afrika Selatan.

Terdahulu pada Rabu, Zuma berkata beliau telah menghantar utusan khas ke Zimbabwe. Menteri Pertahanan dan Keselamatan Afrika Selatan akan bertolak ke Zimbabwe untuk bertemu Mugabe serta pemimpin tentera Zimbabwe.

Utusan khas itu juga akan ke Angola untuk bertemu Presiden Joao Lourenco, pengerusi Organ SADC berkaitan Politik, Pertahanan dan Keselamatan untuk memberikan taklimat mengenai situasi di Zimbabwe.

Menyentuh situasi di Zimbabwe, Zuma mengulangi permintaannya agar rakyat negara itu bertenang dan bersabar serta menggesa pihak tentera Zimbabwe memastikan keamanan dan kestabilan tidak terjejas.

SADC akan terus memantau situasi di Zimbabwe dengan teliti, kata Zuma. 

Sebelum itu, Zuma telah berbual dengan Mugabe yang mendedahkan bahawa beliau telah diletak di bawah tahanan rumah oleh pihak tentera namun berkata beliau baik-baik sahaja.

— BERNAMA



Source link

read more

11 terbunuh pesawat terhempas di Tanzania



DAR ES SALAAM: Sebelas orang termasuk warga asing maut selepas pesawat yang dinaiki terhempas di utara Tanzania, pada Rabu pagi.

Pengarah Urusan Coastal Aviation, Julian Edmunds berkata, pesawat Cessna Grand Caravan yang membawa 10 penumpang dan seorang juruterbang itu, dipercayai terhempas kira-kira pukul 11 pagi waktu tempatan, di kawasan Empakaai ketika dalam perjalanan menuju ke Serengeti.

Nama mangsa masih dirahsiakan dan usaha untuk memaklumkan waris sedang dilakukan. Punca kemalangan masih disiasat. 

Menurut Edmunds, pihaknya terkejut dengan kejadian itu dan akan memberikan kerjasama penuh untuk membantu siasatan.

“Saya sering menaiki pesawat berkenaan dan amat yakin terhadap keupayaan juruterbang serta keadaan pesawat,” katanya,

Menurut seorang pegawai di Taman Negara Serengeti yang enggan dikenali, mayat mangsa berjaya dikeluarkan kecuali juruterbang.

“Mangsa terdiri warga asing dan rakyat tempatan yang bekerja dalam industri pelancongan,” katanya.

— BERNAMA-NNN-AGENCIES



Source link

read more

Serangan bom di Nigeria 18 terbunuh



ABUJA: Insiden letupan bom di Maiduguri, Nigeria, yang merupakan kubu pemberontak Boko Haram, menyebabkan 18 orang terbunuh, termasuk empat pengebom bunuh diri, lapor agensi berita China Xinhua.

Jurucakap polis, Victor Isuku berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.15 malam waktu tempatan, pada Rabu, selepas empat orang dipercayai pengebom bunuh diri meluru masuk ke kawasan tempat masyarakat Islam sembahyang di Muna Gari, berhampiran Maiduguri, sebelum meletupkan diri mereka. 

Isuku berkata, 29 orang lagi cedera dan dihantar ke dua buah hospital awam di pusat bandar untuk menerima rawatan.

Susulan insiden tersebut, pihak polis mengetatkan kawalan keselamatan di lokasi kejadian.

— BERNAMA



Source link

read more

Rampasan kuasa Zimbabwe Apa nasib Mugabe dan isteri



HARARE: Sehari selepas tentera mengambilalih kuasa di Zimbabwe, krisis politik negara Afrika itu semakin parah.

Presiden Robert Mugabe dan isteri, Grace kini dilaporkan ditahan di rumahnya, satu tindakan yang dianggap banyak pihak sebagai satu rampasan kuasa terancang. 

Serentak itu, blok utama rantau Afrika, iaitu Kesatuan Afrika (AU) melihat krisis politk Zimbabwe kini semakin membimbangkan.

“Satu penyelesaian segera perlu diambil. AU dan pihak-pihak yang berkaitan perlu memulihkan segera isu perlembagaan supaya kententeraman dan keamanan dipulihkan di Zimbabwe,’’ kata Ketua AU, Alpha Conde dalam satu kenyataan.

BACA: Rakyat Malaysia di Harare yang dilanda krisis selamat – Kementerian Luar

BACA: Tentera Zimbabwe rampas kuasa untuk halang ‘penjenayah’

BACA: Beberapa letupan kedengaran di Zimbabwe, nafi rampasan kuasa

Kata Conde, yang juga Presiden Guinea, pada masa ini, sebilangan besar tentera digembleng dan ditempatkan di jalan-jalan utama untuk kawalan ketat keselamatan.

“Askar dan tentera pada bila-bila masa boleh berganding bahu dan merampas sekali gus mengambil alih kuasa daripada kepimpinan awam,’’ tambah beliau.

Bagaimanapun, tentera menafikan sudah merampas kuasa sebaliknya menegaskan Mugabe dan isteri berada dalam keadaan selamat di rumahnya.

Tambah mereka, tindakan diambil adalah bertujuan memburu penjenayah dalam kalangan kepimpinan Mugabe.

Tentera pada Selasa menawan sebuah pusat penyiaran negara, ZBC. Serentak tindakan itu, saksi turut mendedahkan terdengar beberapa letupan yang turut disusuli kenderaan tentera mara memasuki ibu kota Harare.

Naib Presiden, Emmerson Mnangagwa dipecat minggu lalu, satu tindakan yang membuka jalan membolehkan isteri Mugabe, Grace mengisi kekosongan itu.

Bagaimanapun, ia tidak disenangi tentera yang melihat mereka diketepikan. Pemecatan itu dilihat kemuncak pergolakan antara pentadbiran Mugabe dan tentera.

Mugabe, 93 tahun sudah berada dalam pentas politik Zimbabwe sejak negara itu merdeka daripada Britain pada 1980.



Source link

read more

Lukisan Christ sentuhan da Vinci pecah rekod jualan RM1.88 bilion



LUKISAN potret Christ oleh pelukis ternama Leonardo da Vinci berjaya dijual pada harga AS$450.3 juta (RM1.88 bilion) di New York pada Rabu, sekali gus mencatat rekod baharu lelongan karya seni.

Hasil lukisan yang berjudul “Salvador Mundi” baharu ditemui semula dan merupakan karya da Vinci terakhir yang menjadi milik peribadinya, dijual empat kali ganda lebih daripada harga pra-jualan pusat lelongan Christie’s iaitu pada AS$100 juta (RM417 juta).

Ia juga dijual dua kali ganda lebih daripada rekod lama AS$179.4 juta (RM749.3 juta) yang ditetapkan dari hasil karya Picasso,”Les Femmes d’Alger”.

“Salvador Mundi” dijual kepada pembeli yang tidak dikenali, dalam satu bidaan melalui telefon yang berlarutan selama hampir 20 minit di pusat lelongan New York tersebut.



Source link

read more

Berang anak asyik meragam bapa pukul bayi empat bulan sampai mati



HANYA kerana bayi tidak berhenti menangis, seorang bapa dari Pennsylvania sanggup memukul anak perempuannya yang baru berusia empat bulan sehingga mati.

Suspek, George Gazzam, 30 tahun, mendakwa bayi itu terjatuh dari tempat tidur di kediaman mereka di Mount Lebanon pada Ahad.

Namun, pemeriksaan perubatan menunjukkan Victoria Gazzam mengalami pendarahan otak, kerosakan buah pinggang, luka pada jantung, patah tulang rusuk, luka di belakang badan dan kepala, serta pendarahan di belakang mata.

Menurut pegawai koroner Christine James, kecederaan pada bayi itu bagaimanapun tidak sepadan dengan dakwaan bapa mangsa. 

Ketika disoal siasat, suspek mengubah cerita dan akhirnya mengaku memukul anaknya beberapa kali kerana asyik “meragam”.

“Bayi berhenti bernafas dan matanya berpusing ke belakang,” kata suspek kepada polis.

Ketika kejadian, ibu mangsa sedang bekerja, kata polis seperti yang dipetik oleh Daily News. 

Suspek kini ditahan dan bakal didakwa atas tuduhan mencederakan kanak-kanak.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons