Review Category : Antarabangsa

Remaja 12 tahun tembak rakan sekolah



LOS ANGELES: Dua pelajar cedera dalam insiden tembakan di sebuah sekolah menengah di Los Angeles.

Mangsa cedera, dikenal pasti seorang remaja lelaki 15 tahun, terkena tembakan di kepala kini kritikal namun stabil.

Seorang lagi mangsa cedera terkena peluru di pergelangan tangan.

Insiden turut menyebabkan tiga yang lain, berusia 11 ke 30 tahun cedera ringan.

Suspek penyerang, remaja perempuan dipercayai berusia 12 tahun berjaya ditahan polis sejurus kejadian.

Turut ditemukan, senjata yang digunakan.

Ketua Polis Los Angeles Steve Zipperman memaklumkan sekolah berkenaan ditutup untuk pemeriksaan namun dibuka semula selepas diisytiharkan selamat.



Source link

read more

Isteri terkejut suami gantung diri hingga mati di kebun getah



SEORANG wanita tidak menyangka suaminya sanggup bertindak menamatkan riwayat hidup dengan menggantung diri di sebuah kebun getah di sini Selasa lalu.

Yusral Elhayati menemukan mayat suaminya tergantung pada pokok getah kira-kira pukul 4 petang Selasa di kebun Desa Alahan, Rokan Hulu, Riau Indonesia.

Sebelum kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Adi Putra, 39 tahun dikatakan tergesa-gesa keluar ke kebun itu di Desa Alahan yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumahnya.

Bagaimanapun, Yusral curiga apabila suaminya tidak pulang seperti kebiasaan lalu bertindak mencari mangsa di kebun tersebut.

Sebaik sahaja tiba di kebun itu, Yusral terkejut apabila menemui mayat Adi tergantung pada pokok getah dalam keadaan mengerikan.

Yusral segera meminta bantuan orang ramai untuk memotong tali pada leher suaminya dan membawa mayat itu pulang ke rumah.

Mangsa dikatakan bertindak nekad membunuh diri ekoran masalah ekonomi.

Pihak polis bagaimanapun sedang melengkapkan siasatan dan mengumpul bahan bukti dalam insiden itu.



Source link

read more

Putera William puji Sweden kanak-kanak negara itu banyak beriadah walaupun musim sejuk



STOCKHOLM: Putera Diraja Britain, Putera William memuji langkah Sweden memanfaatkan banyak aktiviti luar kepada kanak-kanak.

Beliau dan isteri, Kate Middleton meluangkan masa dua hari di Sweden, dimana pasangan Diraja itu dibawa bertemu rakyat Sweden dari pelbagai lapisan.

“Dalam masa dua hari, saya dan Kate sangat kagum dengan keunikan gaya hidup orang-orang Sweden.

“Warganya sukakan aktiviti luar, yang mana mereka sangat menghargai alam dan persekitaran serta komited untuk memastikan generasi masa hadapan melakukan perkara yang sama.

“Hakikatnya mereka berbuat demikian pada bila-bila masa, walaupun pada musim sejuk. Satu nilai hidup yang patut kita contohi, iaitu menggalakkan anak-anak meluangkan masa banyak dengan aktiviti riadah luar,” katanya dalam ucapan di hari terakhirnya di sana.

Pasangan Diraja itu juga dibawa melawat institut perubatan, bertemu ahli akademik bagi membincangkan pendekatan Sweden dalam menguruskan cabaran kesihatan mental.

Putera William dan Kate akan terus ke Norway untuk lawatan dua hari.



Source link

read more

Aceh wajibkan semua pramugari Islam memakai tudung



BANDA ACEH: Wilayah Aceh di Indonesia mewajibkan semua pramugari Islam yang melakukan penerbangan ke rantau itu untuk memakai tudung kepala atau berdepan hukuman oleh polis agama tempatan.

Di wilayah yang terletak di pulau Sumatera itu, wanita Islam diwajibkan memakai tudung yang menepati syariat Islam, sementara wanita bukan Islam boleh memilih untuk memakai pakaian yang sopan.

Bagaimanapun, sesetengah anak kapal beragama Islam yang biasanya tidak bertudung sering tidak mempedulikan peraturan yang dikenakan terhadap orang tempatan itu.

Ini menyebabkan pihak berkuasa Aceh terpaksa membuat peraturan baru, kata Mawardy Ali, ketua daerah Aceh Besar.

“Saya harap syarikat penerbangan menghormati keunikan Aceh di mana syariah Islam dilaksanakan,” katanya pada Selasa (30 Jan).

Tambahnya, beliau akan menemui wakil syarikat-syarikat penerbangan yang terkesan dengan peraturan itu dalam minggu ini.

“Kami mengeluarkan peraturan ini kepada syarikat-syarikat penerbangan sepanjang minggu ini. Selepas ini, kami akan bercakap mengenai hukuman pula, jika didapati ada yang melanggar peraturan,” kata Mawardy.

“Jika anak kapal (Islam) gagal mematuhinya, kami akan memberi teguran. Jika dia mengulangi kesalahan serupa, saya akan memerintahkan polis syariah menangkapnya.”

Beliau tidak menyatakan bentuk hukuman yang akan dikenakan kepada mereka yang enggan patuh tetapi menambah, tindakan yang diambil tidak termasuk sebat di khalayak ramai.

Sebatan di khalayak merupakan hukuman yang biasa dilaksanakan di Aceh untuk pelbagai jenis jenayah termasuk menjual alkohol dan mengamalkan hubungan sejenis.

Umat Islam di wilayah lain di Indonesia secara umumnya mengamalkan Islam yang sederhana di mana wanitanya bebas memilih sama ada untuk bertudung kepala atau tidak.

Undang-undang Islam hanya dilaksanakan di Aceh, setelah wilayah itu memenangi autonomi khas pada 2001.



Source link

read more

Lelaki didorong kebencian didapati bersalah rempuh kariah masjid di London



LONDON: Seorang lelaki yang menanam kebencian terhadap orang Islam selepas menonton drama mengenai jenayah seksual kanak-kanak melibatkan lelaki Asia, didapati bersalah di sebuah mahkamah di sini pada Khamis, kerana merempuh sekumpulan orang Islam pada Jun tahun lalu.

Darren Osborne, 48 tahun, telah memandu sebuah van yang disewa dan merempuh ahli kariah di luar sebuah masjid di utara London, mengakibatkan seorang maut.

Osborne memandu kenderaan itu ke arah sekumpulan Muslim yang sedang berkumpul di keliling seorang bapa kepada enam anak, Makram Ali, 51, yang rebah selepas menunaikan solat pada malam Ramadan dalam kejadian pada 19 Jun, 2017, di Finsbury Park di sini.

Dalam kejadian itu, Ali maut sementara 12 yang lain cedera, dua daripadanya serius.

Mahkamah Agung Woolwich mendapati Osborne bersalah kerana membunuh dan cubaan membunuh, sambil pihak polis dan pendakwaan menyifatkan ia satu tindakan keganasan.

Insiden ini merupakan yang keempat dipertanggungjawabkan terhadap pengganas di Britain dalam tempoh tiga bulan dan ia terjadi selepas tiga serangan berunsur Islam.

Osborne, yang sebelumnya tidak pernah menyuarakan pandangan sayap kanan, mempunyai obsesi terhadap umat Islam selepas menonton program BBC bertajuk “Three Girls”.

Drama itu yang disiarkan pada Mei tahun lalu berkisar mengenai peristiwa di Rochdale, utara England, di mana gadis kulit putih didera oleh lelaki Pakistan British.

Menurut polis, kebencian itu kemudiannya didorong oleh penyelidikan atas talian yang dibuat Osborne mengenai tokoh dan kumpulan pelampau berhaluan kanan.

Hukuman ke atas Osborne akan diputuskan pada Jumaat (2 Feb).



Source link

read more

Angelina Jolie desak NATO hentikan keganasan seksual dalam peperangan



BRUSSELS: Utusan khas pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang juga pelakon wanita Hollywood terkenal, Angelina Jolie, mendesak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) agar menghentikan keganasan seksual terhadap wanita dalam peperangan.

Sebagai satu usaha memperjuangkan hak wanita, Jolie menggunakan kedudukannya untuk bersuara agar keganasan seksual sebagai senjata peperangan dihentikan.

“Keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak terutama sekali serangan seksual hanya akan mengeruhkan lagi sesebuah konflik,” kata beliau dalam satu sidang media di ibu pejabat NATO, di sini.

Beliau yang baru sahaja melawat kem pelarian Syria di Jordan awal minggu ini menambah: “Rogol digunakan sebagai senjata untuk mencapai matlamat ketenteraan dan politik. Perkara ini bukan sahaja memberi kesan terhadap golongan wanita malah golongan lelaki dan kanak-kanak.”

Susulan perkara itu, NATO bersetuju untuk membawa kes-kes keganasan seksual ke muka pengadilan dan turut mencabar tanggapan bahawa rogol ketika peperangan sebagai satu perkara yang tidak dapat dielakkan.

Ibu kepada enam anak itu memberitahu, beliau telah banyak menerima rintihan dan aduan daripada mangsa-mangsa keganasan seksual ketika berlakunya peperangan.

Beliau jelas kecewa kerana pelbagai pihak yang kurang memberi bantuan kepada mangsa jenayah seksual.

Oleh itu, beliau mengharapkan pihak NATO mampu meningkatkan standard program ketenteraan dan menambah baik peranan wanita dalam pasukan tentera. 

“Saya sangat mengambil berat tentang Rohingya, lebih-lebih lagi mengenai kisah seorang kanak-kanak perempuan 10 tahun yang dirogol,” jelasnya.

Dalam sidang media tersebut, beliau sangat bersedih dengan krisis pelarian pada ketika ini yang semakin membimbangkan.



Source link

read more

Remaja China lumpuh dari pinggang ke bawah selepas main online game 20 jam tanpa henti



BEIJING: Seorang remaja lelaki di China mengalami kelumpuhan dari paras pinggang ke bawah setelah bermain permainan atas talian di kafe internet selama lebih 20 jam tanpa henti.

Portal DailyMail.co.uk yang memetik laman QQ.com melaporkan, remaja yang dirahsiakan identitinya itu sedang asyik bermain permainan atas talian di sebuah kafe internet di Jiaxing, wilayah Zhejiang.

Dia mula bermain pada Sabtu (27 Januari 2018) dan terus bermain sehingga siang hari Ahad (28 Januari).
Ketika hendak menuju ke tandas, dia menyedari bahawa kakinya tidak boleh digerakkan, malah anggota di bahagian bawah tubuhnya tidak dirasakan sama sekali.

Keadaan itu membuatkan rakan remaja tersebut panik, memandangkan temannya langsung tidak menunjukkan sebarang tanda aneh sewaktu bermain permainan berkenaan dengannya.

“Dia seolah-olah hilang upaya secara tiba-tiba. Tiada pancaindera rasa. Tidak bergerak sama sekali. Maka, kami terus menghubungi ambulans,” ujarnya.

Sejurus ambulans tiba, pegawai paramedik segera mengangkat remaja itu dari kerusi dan di baringkan atas tandu untuk dikejarkan ke hospital.

Lucunya, sebelum meninggalkan tempat itu, remaja itu sempat berpesan kepada rakannya untuk menyambung permainan yang dia terpaksa tinggalkan tersebut.

Keseluruhan insiden itu telah dirakam oleh seorang pengguna telefon pintar yang kemudian ditularkan di media sosial.

Ketagihan permainan atas talian menjadi suatu fenomena dahsyat di negara China, dengan kebanyakan remaja sanggup keluar rumah, ponteng sekolah dan meninggalkan kehidupan sosial hanya untuk bermain permainan kegemaran mereka.



Source link

read more

Terima kasih Nissan tak lama lagi selipar dah boleh parkir sendiri



YOKOHAMA: Syarikat pengeluar kereta Jepun, Nissan Motor Co hari ini mula mempamerkan selipar ‘parkir sendiri’ yang mampu kembali ke posisi asalnya kepada umum di ibu pejabatnya di Yokohama.

Selipar terbabit sebelum ini muncul dalam satu petikan video promosi syarikat itu yang turut memaparkan rekaan bantal kusyen dan meja  ‘parkir sendiri’ di sebuah majlis di Hakone, Jepun.

Apabila selipar, kusyen dan meja ini tidak digunakan ia mampu kembali ke lokasi asalnya yang telah diprogramkan. Ini dibantu dengan sistem sensor kamera.

Idea untuk menghasilkan selipar ‘parkir sendiri’ dicetuskan dari sistem ProPilot yang dibangunkan Nissan yang sebelum ini dipasang di kenderaan model Leaf keluarannya.

Dua tahun lalu, Nissan turut melahirkan kerusi bilik mesyuarat yang boleh disusun secara automatik selepas digunakan dengan hanya gerakan tepukan tangan sahaja.



Source link

read more

Bom petrol dilontar ke kediaman Aung San Suu Kyi



YANGON: Satu bom petrol telah dilontar ke halaman villa Canselor Myanmar Aung San Suu Kyi di sini, lapor AFP.

Lontaran bom petrol di villa mewah menghadap tasik itu berlaku ketika Suu Kyi tidak berada di kediaman tersebut, ujar jurucakap kerajaan.

“Ia adalah bom petrol,” kata jurucakap itu, Zaw Htay kepada AFP, tanpa  memberi sebarang butiran lanjut mengenai motif kejadian.

Bom petrol itu menyebabkan kerosakan kecil, namun serangan ke atas villa yang pernah menjadi ‘penjara’ Suu Kyi selama Myanmar dikuasai junta tentera itu, dilihat sebagai suatu petanda besar.

Suu Kyi kini semakin diperhatikan komuniti antarabangsa atas kegagalannya bertindak untuk membela nasib etnik Rohingya yang ditindas di negaranya.

Hampir 700,000 Rohingya telah meninggalkan negeri Rakhine untuk menyelamatkan diri di kem pelarian di Bangladesh sejak Ogos tahun lalu, dengan masing-masing membawa kisah derita tentang pembunuhan, rogol dan pembakaran khianat.



Source link

read more

Thailand kuat kuasa pengharaman merokok buang sampah di pantai peranginan



BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand mengharamkan merokok dan membuang sampah di 24 lokasi pantai popularnya yang sering dikunjungi pelancong dari seluruh dunia, lapor Reuters.

Menurut Kementerian Sumber Alam Sekitar negara itu, keputusan itu dibuat pada Khamis setelah mengambil kira tentang isu-isu alam sekitar.

Thailand sudah lama menjadi tumpuan dalam peta pelancongan dunia, sama ada dalam kalangan pengembara beg galas pada awal tahun 1990-an hinggalah kepada rombongan berjadual pelancong dari China pada hari ini. Negara itu menganggarkan menerima kemasukan sejulah 37.55 juta pelancong pada 2018.

Kumpulan pejuang alam sekitar telah lama mendesak kerajaan Thailand untuk melindungi kawasan pesisiran pantai negara itu, yang sering dianggap antara yang tercantik di dunia, namun berdepan dengan ancaman pencemaran dan pembangunan tidak terkawal.

Pengarah Pejabat Pengurusan Sumber Marin dan Pesisiran Pantai negara itu, Bannaruk Sermthong, berkata, satu undang-undang yang dikuatkuasakan pada Khamis dikhususkan bagi menangani permasalahan tersebut.

“Bermula hari ini, merokok dan membuang puntung rokok adalah diharamkan di kawasan pantai.

“Sesiapa yang hendak merokok perlu melakukannya di tempat yang dikhususkan, bukan lagi di pantai,” tegasnya.

Undang-undang terbaharu itu bakal melindungi 24 lokasi pantai peranginan popular di 15 wilayah Thailand, iaitu di sepanjang perairan Andaman dan Teluk Siam.

Sesiapa yang melanggar undang-undang itu akan didakwa di mahkamah jenayah dan bedepan hukuman penjara setahun, atau denda sehingga 100,000 Baht (RM12,000), atau kedua-duanya.

Thailand mempunyai 357 pantai di seluruh negara.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons